Friday 27 November 2009

a spoil brat?


anda kenal siapa Jane Aldridge? huhu..kalau kenal maknanya saya yang ketinggalan...ive found her blog while doing my blog hopping routine recently...


*pics taken from Jane's blog

for me, dia adalah sangat bertuah. reading all comments people made towards her i dont think she's a spoil brat...ada sorang makcik tu even cakap Jane ni tak tahu value duit becoz she herself wouldn't dare going up to 4th Floor of Barneys to buy shoes until she's 50 dan telah bekerja keras stabilised herself..haha u got point there makcik!

she gave brilliant answers in her interviews (you can't believe it comes from 16 yr old teenage girl!) , clearly she has a high-taste fashion sensed (and of course trillion of parents money to spend on, just imagine her mum wore YSL Boots just to walk her dog having "poops") and she knows what exactly she wanted to do..

no wonder ini budak boleh appear dalam Vogue....huhu...

agak melampau dan over the top? mungkin....apa komen anda?

Wednesday 25 November 2009

what's cookin - vanilla muffin

hai hai hai! episod whats cookin kali ini adalah susulan dari misi mencari resepi vanilla muffin sedap ala Kenny Rogers tuh...and i came across this recipe from MyResepi.com
cupcake comelku kesengetan kerana tiada loyang utk muffin

membuat muffin vanilla yang sedap, moist, padat dan lemak2 gebu adalah perlu kerana Kenny Rogers's Vanilla Muffin adalah ultimate favourite husband saya....but for me, the taste come out nothing like the Kenny's version..huhu kechewa...adakah kerana penggunaan susu mya bagi menggantikan susu segar? hahaha..mungkin juga... inilah natijahnya terlampau semangat nak buat muffin pada hari itu juga walaupun belum beli susu segar...

but don't get me wrong...rasanya tetap sedap cuma untuk mencapai piawai kenny rogers tu masih jauh...tekstur fluffy, ringan dan very the vanilla-ish...paling suka sebab super easy nak buat, just combine semua bahan kacau sebati dan dah boleh bakar..haha...suka suka...

jadi pesanan penaja kpd pada rakan2 yang mungkin nak cuba resepi ni, sila pastikan anda guna bahan bermutu seperti butter yang mahal dan wangi serta susu segar yang mantap (full cream mungkin) ya...

have fun baking! v(^_^)v

WHOOGA Boots? nahh...



last sunday i managed to lari kejap ke bandar while mya taking her nap...tinggalkan mya dgn papanya yang berpesan 'kuar kejap je tau, sejam je pastu balik" yang takut dan tak reti nak layan kalau2 mya meragam..hehe..saya suka keluar sorang2, sebab kalau pergi bertiga means that perlu pulang selepas objektif keperluan tercapai..baru nak sekodeng barang2 best yg tengah sale tuan puteri dah ngamuk...dia tu jenis yang kalau nak tido mesti nak kena golek2 sekalian alam atas tilam tu and nak mama tepuk2 nyanyi2 baru boleh tido...haih, drama drama...

so, kembali kepada landasan sebenar. motif utama saya untuk keluar adalah untuk mencari susu mya, dan mahu cari but murahan...dan seperti biasa untuk golongan bawahan seperti kami mana lagi nak membeli kalau bukan di Primark...hahaha...nasib la kan, bukannya selalu keluar pun so nak beli but mahal2 cam membazir, sebab purpose nak pakai time winter...kalau ikutkan hati dan nafsu memangla nak yang best cam UGG Boots tuh...saya suka yang kaler grey dengan violet macam ni ha....


tapi uols, apakan daya sahabatmu ini adalah tidak mampu untuk membeli but idaman seperti di atas ya...harga adalah around 60 to 80 pounds for a pair of UGG Boots here...and yes, even tgh nak christmas ni pun harganya masih tidak menjunam lagi..bila convert around RM400 ++ which means boleh menampung sebahagian perbelanjaan untuk berjalan2 sehingga ke Edinburgh...hehe..
syabas, comparison yang sangat wise.. =P

jadi hasil tangkapan untuk hari itu adalah ini...

of course tidak boleh menandingi UGG Boots idamanku tapi what the heck...harganya? hehe tak yah la mention segan la saya...murah giller punyer...pakai pun rasa smushy tapi nak sedapkan hati i keep saying "takpe takpe nanti pakai stokin tebal banyak2 eh" to myself...yang penting kaki gue tidak kebas kesejukan lagi bila keluar selepas ini...hehe..

oh, motif utama (beli susu mya yg kehabisan) tidak tercapai...yang dapatnye but murahan, kasut mya dan sehelai kemeja kerja untuk papa..heh, beli barang yang tidak termasuk dalam objektif memang kepakaran saya =D

Tuesday 24 November 2009

P.A.P.A - dom

papa..ayah..abah..daddy..bapak...lain orang lain panggilan diberi, tapi semuanya membawa kepada satu maksud..iaitu insan yang membesarkan, memberi makan pakai pendidikan dan yang paling penting protection...

hah. ni kenapa bermadah pujangga pulak ni? hehe...
saya baru lepas layan Papadaom weekend lepas bersama suamiku dan to my surprised, tak sangka Afdlin's movie kali ni sangat berlainan dari his previous movies (i think Baik Punya Cilok is genius, top in my list)

like what he said in his blog, dia adalah Saadom (the main character in Papadom) dan apa yang Saadom buat untuk anak dia adalah apa yang dia akan buat untuk anak dia...agak sedih la citer dia..sebab jarang ada movie yang specially dedicated pada pengorbanan seorang bapa...walaupun ada certain part tu saya rasa macam tak logika seorang bapak akan buat utk anak dia tapi what the heck kan, kadang2 ayah tu lagi boleh syg anak way much better dari ibunya...

dalam cerita ni, Saadom jadi fanatik giller dgn anak sendiri sebab dia rasa bersalah tak spent lebih masa dengan family sampai la isteri dia mati accident (takut woh sebab accident tgh drive sambil call laki marah2, oh tak rela mati dengan cara macam tuh takde kab bar ro kabarkatan) - masalah tidak spent time bersama family kerana kesibukan kerja which is cari duit utk family jugak adalah tidak dapat saya rungkaikan, rasanya semua orang ada problem ni kan?

overall, walaupun jalan cerita sarat dengan mesej kasih sayang tapi kalau dah Afdlin tu Afdlin la jugak, mesti ada unsur2 lawak especially bila dia cakap2 dengan bayangan isteri dia yg chomel, Norkhiriah (minah ni aku tengok muka je dah nak gelak dah) time sekodeng anak diorang dating and tengok wayang hehehe...

being a wife and mother sedikit sebanyak mengubah pandangan saya kepada suamiku dalam dimensi yang berbeza...i mean, the way dia cari duit, kerja penat2, cara dia planning for our future which..part yang saya paling failed (kepala ni asyik ingat nak beli make up ape dan nak makan sedap je, dah jd penganggur ni baru sedikit terkawal) paling tak suka dengar statement tamparan wanita dia 'kita kan kena simpan duit nanti dah tua duit banyak kan senang..mya ni ha entah2 dah bkeje esok tak nak bagi papa dia duit..' haaa...lebih kurang cenggitu la ayat dia yang akan membuatkan ke-excited-an saya untuk berecrita tentang jualan murah terkini terbantut serta merta...haha..potong betul =P..dan statement balasan dari saya untuk menutup kekecewaan adalah 'eleh entah2 dah tua esok papa cari gf lain sbb mama dah ganyut..wuwu..tau la mama ni gemuk..' motifnya adalah utk membuatkan dia rasa serba salah tanpa sebab kuangkuangkuang...kita perlu bermain dgn reverse psychology di sini ye kawan2.. =P

oh oh dan paling chomel ialah melihat kerisauan seorang bapak bila anaknya sakit...ala la la la..manja yang amat (tengok la anak sape kan..) dan tiba2 terlintas dalam hatiku 'ces...nak demam jugak la cam ni' hahaha boleh? =P
dan lagi satu saya paling suka tentang suami saya adalah dia juga suka melancong dan sangat suka bila dia dah mula bercakap pasal rancangan cuti2 akan datang..haha...buat masa ni sasaran untuk kita-perlu-melancong-ke-luar-gara-setahun-sekali tercapai, tak kisah la pergi dgn duit sendiri atau duit kompeni, heh heh heh..
2008-sydney, 2009-germany+paris, sekali tengok tup2 dok kat UK terus huhuuu....

baiklah, moral of the story disini ialah i love you papa dan saya telah bertekad untuk menjadi isteri yang LEBIH baik iaitu menjadi lebih lemah lembut (paling mencabar, adakah manja mengada boleh dikategorikan sbg lemah lembut? itu yang kita tak tau tu), menjaga hati, pastikan rumah sentiasa kemas (takpe yg ni ada mya sebagai alasan =P ), masak masakan lebih sedap, lebih memahami dan saling bantu membantu untuk mencapai objektif sampingan kami tinggal di UK - "Kumpul duit, bukan kumpul barang tapi belanja duit utk tour europe dibenarkan" (HAHA tetibe font kecik dan ada statement tambahan =P )

Sekian ikrar dari saya. =P

dua orang comel kesayangan saya di dunia =)

jamuan hari jadi saya yang pertama


OK. the 'big' day...huah huah huah...janji dengan enchehafiz majlis start pukul 11 pagi...pukul 10.30 baru nak decorate kek dan mya masih belum bangun...haha kelam kabut dibuatnya....tu yang eja nama pada kek comot dan salah spelling 'Mya'..dan mya sangat konfius, bangun pagi terus mandi sejuk giller gigil2 tengok ramai orang dalam rumah dan menangis semasa lagu happy birthday dinyanyikan hahaha..kelakar..sampai lupa nak ambil gambar bertiga dengan kek huhu...

below are few pics taken on that big day =)

tuan rumah yang sibuk...takut makanan tak cukup hehe..
(cis! rambutku adalah leper menampakkan muka bulat maka shampoo baru yg bagus adalah perlu)


the makanans...

over all, saya puas hati sebab tetamu cukup makan dan siap tapau berbekas2 soto dan makanan..hehe...suka suka...lepas majlis we all pergi shopping mall baru...dekat je belakang rumah den ni haa...jalan kaki tak sampai 15 minit dah sampai...misi utama: cari ini..

pics taken from avent.com

perlu beli pacifier baru sebab yang ada sekarang sudah genting digigit mya...nanti ada yang tertelan muncung puting tu parah den...haha....at this time mya sudah mula kembali mengamuk sebab mengantuk...hadoi...tapi tak apalah asalkan misi utama tercapai...misi saya untuk cari boots murahan yang tak tercapai...huhu... (murahan adalah perlu ya sebab otak masih convert ke RM secara automatik bila tengok tag harga)

and uols, shopping complex kita kt msia nun lagi wayyy much better...believe me..sbb kat sini paling besar pun 2 tingkat je dan barang mahal...yela, city center aberdeen ni bukannye besar mana pun...membangun pun sbb bandar minyak utk oil and gas...no wonder my fren ckp aberdeen bandar mahal...sale christmas pun paling tinggi 25% aja dong wth...kedekut tul...hoh hoh..i wonder london tu org dok ckp murah kalau sales agaknyer semurah mana ya... (mata bling2 sambil jeling suamiku tersyg..ahaks!)






Monday 23 November 2009

party prep

hola! party hari jadi mya telah berlangsung dgn jayanya pada hari sabtu lepas...menu simple, soto, birthday cake of course and chocolate bread butter pudding as dessert...simple tapi leceh especially nak prepare aksesori untuk soto tuh..huhu...bawang goreng, goreng dan gentel kentang untuk bergedil, nasi himpit survivor (masak nasi lembik dan tekan dalam tupperware), buat puding roti, bakar kek then nak decorate lagi...niat di hati nak buat simpla vanilla cuppies tapi tak sempat..haha takut sgt orang tak cukup makan padahal diri sendiri yang nak ish ish ish... (-_-") dan sekarang baru rasa bersyukur kerana kerajinan menolong emak masak soto setiap hari raya tidak sia2...hehe...vangga i sebab bergedil menjadi dan sedap!

so saya agak sibuk sejak jumaat lagi...oleh itu saya decide untuk buat kek dari kek mix sahaja haha malas nak sukat2 bagai dgn byk keje lain nak buat kan (tahniah lin alasan yg kukuh! ) ..actually i've been looking for Devil's Food Cake Mix from Betty Crocker, tapi masa pergi beli tu dah habis (damn..dah la nak pergi susah sebab hari tu sewa kereta jadi tak ada peluang nak pergi lagi) so end up beli cake mix jenama supermarket itu sahaja iaitu jenama ASDA (barang di ASDA adalah super duper murah dan menyebabkan objektif 'buy-only-what-u-need' gagal, moisturizer Simple hanya 1 pound shj ya kawan2..) ...huhu kecewa kerana sudah berhari2 surf dan research pasal kek mix Betty Crocker... =(

pics courtesy from asda.com


dapur adalah seperti kapal karam pada hari itu...lebih disaster kerana dapur saya adalah hall cum dining area cum tempat nonton juga...haha maklumlah rumah comel cute walaupun bila convert rate sewa rumah kepada RM anda sudah boleh bermegah tinggal di banglo kalau kat msia huhu...

tiba tiba saya terfikir, sekarang buat party birthday mya yang pertama...then birthday party yg ke si manis tujuh belas and nanti sedar2 sedang rancang majlis tunang or nikah mya...owh my baby! tidakkk...terus terasa hiba dan sebak di hatiku..apakah? haha tetibe je sayu uols....

sudah sudah cepat edit gambar utk entry party HAHAHA.. =D

Friday 20 November 2009

bizzy bee...

its already 9am when i woke up this morning, thanks to cinonetku yg tido pukul 2 malam tadi...haih. main byk gelak byk pastu dah ngantuk sgt tak boleh tido cipta alasan susah mahu tido kerana hidung tersumbat dan menangis...nice...

i've got tonnes to do. kek tak buat lagi, bawang untuk soto dan bergedil masih enak terbeku dan perlu digoreng garing, kentang untuk bergedil juga masih belum digoreng lenyek, nasi himpit, kacang goreng, desserts, kemas rumah, cuci toilet, laundry...huah huah huah...dan perlu pergi kedai untuk beli bahan segala...haih.

oh, lupa pulak. esok adalah party birthday mya yang belated seminggu...ya akhirnya dan mummy ini sangat lah excited mahu masak dan menjamu orang makan, lama tak host party dan rindu perasaan meng-entertaining kawan2...

and right now, i choosed to sip up my cuppa for a while just to set my mind straight..

wish me luck!

Thursday 19 November 2009

what's cookin - the best butter cookies


kepada sesiapa yang mengenali diri saya mesti tahu kuih kegemaran saya adalah yang berbaur tradisi, atau dalam kata lainnya 'kuih taste orang tua'...contohnya seperti suji, biskut arab dan termasuklah butter cookies... so after a few research i found this recipe from recipezaar.com, the best butter cookies recipe (that's what they claim themselves)..for recipe and method please click here..

amazingly, i found the cookies still menggebu walaupun tanpa kehadiran ejen penaik..and sadly a few pieces of my cookies slighly burned a bit especially those yang parked kat belakang2 oven dekat dgn kipas tuh..adakah kerana oven ku yg kepanasannye merakuskan? so, sekiranya anda berminat utk mencuba be carefull not to burned these baby out ya kawan2...and please be patient coz the dough is super-sticky, maybe that's why we have to let chilled for a few hours before bake...



hasilnya sangatla sedap, just like my preference on how i want my butter cookies to be...crisp, buttery, not too sweet and kinda melt in your mouth..hmm hmm....mya pun suka, lemak2 gitu...and surprisingly papa mya pun makan you, cicah teh o lagi..haha being that 'kicap boy' selalunya jarang dia nak rasa apa2 resepi baru yang saya buat walaupun dia suka jugak makan kek and cuppies...macam hari tuh masa try buat scone..

me: 'papa, papa hari ni mama try masak scone..sedap tau sukanye2 try terus jadik..papa rasala rasala..' dgn mata bersinar ke-excited-an dan aksi gedix..
him: 'hah, apo? sekoi?..apobondo eh tu?..'
me:'wth...kj@#9ks@#..se-kon la papa, scones(wif english accent haha)..english style punye kuih selalu diorg makan utk bfast or tea..papa ni..' muka muncung cencorot huhu...

haha kesimpulanya kalau nak masak apa2 tunggu request dari big boss, konfem dia akan makan..

ok back to the story, tak tau la uols suka ke x makan biskut butter nih atau saya je yang bertaste granny..tapi kalau nak try buat it is highly recommended ya...till then, bertemu lagi di lain episod dgn resepi baru yang lebih gereks...ahaks! =P

Monday 16 November 2009

what's cookin - mee hoon ala siam mengelat


hai hai hai!

episod masak ape tu? kali ini special dedicated to whoever yang sedang dalam mood nak masak tapi malas, or sape yang rindu nasi goreng tomyam di SS2, atau sesiapa yang dah bosan dgn masakan take-out dan rasa nak masak tapi penat dan sibuk...

resepi hari ini - mee hoon ala siam / mee hoon goreng tomyam
atau boleh juga tukar kpd nasi goreng tomyam ikut kpd selera masing2...

bahan2 macam nak goreng mee hoon or nasi goreng biasa, cuma yang buat dia jadi mengelat adalah ini...

lifesaverku di saat genting...

ahaks! pakai aja tom tam paste kegemaran anda sbg perencah asas...as for me being a cili padi kind of girl tak salah kalau masak tak letak cili padi..so here we goes...resepi basic :

1. mee hoon direndam
2. perencah tom yam
3. cili padi
4. bawang besar
5. serai (utk tambah kick)
6. ayam / daging / seafood (ikut selera dan ikut apa yang kt fridge anda)
7. your fav veggies

cara2 nak goreng tu rasanya sume org pandai nak goreng mee kan...(haha malas nk taip sbb nak kejar pergi mandi ckp je la lin..=P )

hasilnya, simple aje kan?

as for me, being a full time house wife doesn't mean that saya ada masa untuk masak best hari2.. there were times where saya bangun lambat or bahan masak dah nak habis or mya sedang berdrama or just being lazy and nak masak simple tapi sedap...hehe...nak masak ni tak semestinya kena berpulun kat dapur utk dapat result yang tip top kan? we just have to be creative atau dalam erti kata lainnya cari jalan utk masak masakan mengelat yang mudah dan jimat masa...hehe..

ok kawan kawan....selamat mencuba dan diharapkan berpuas hati dengan tip what's cookin kali ini ya...tata~


p/s: terfikir adakah puan chief didi tahu makna perkataan 'mengelat' ? haha..


once upon a so not long time ago...


after being in relationship for almost 6 years, and nearly 2 years of married life i present you...

si cinonet ku pada hari ini yang telah bertukar daripada ini....


.....kepada ini......


...ini...
...Dan INI!




wah! seperti transformasi the ugly duckling nampaknye siap dgn gaun kembang lagi hahaha statement yg keji =P

to think of it, setahun yang lepas pada saat ini saya sedang menahan kesakitan u-know-whatselepas freshly delivered a baby girl yang sangat degil untuk keluar..muka berbelang sebab kene forsep...tu la sape suruh tak nak keluar kan dah kene tarik...elok je dia parking kepala kat tepi pintu dok diam diam....maybe masih mengharapkan mamanya meneruskan rancangan awal mari kita pergi makan thai food kat basil, bangsar village selepas check-up doktor hari ini yang TERPAKSA dibatalkan sebab doktor ku detect mild contraction (which I dont even notice)...cis cis..kalau tau esok malamnya baru beranak boleh je lari kejap pegi makan then dtg balik sebab lepas kene tahan tu saya kena puasa dush dush..

ok then enuff membebel. (sampai hari ni masih belum qada' hutang makan thai basil lagi slurrp slurrp sedapnya... (T_T) )

watching her vast grow really knocked me up on how fast time goes by..pejam celik pejam celik dah setahun which agak kecewa for me personally kerana sasaran utk slim seperti zaman kegemilanganku masih belum tercapai..haha...but that will be washed away the very moment i saw her innocent face (spt berkata jgn salahkan i mama u yg mkn tanpa henti okkk)

kasih mya. that was the finalised name we chose one fine evening while watching tv (sgt rindu momen itu)...it was him who picked 'kasih' as the main name, 'bunyi nama yg lembut' his said. and also it was him who sangat mengharapkan baby girl dan saya pun terpengaruh nak baby girl jugak =P

to be honest, i was not that prepared to be mummy immediately after getting married..well ya la kan not THAT early, gila kau bulan lepas aku kawen sekarang aku sudah preggie...anyone who's married will understand what i meant by that. hari kedua selepas tinggal bersama away from family sangat memerlukan adjustment dan tuning yang tepat utk mengelakkan konflik. haha..ingat lagi masa mula2 nk hidangkan lauk pun kekok giler auww =P

she my sunshine, she my life..
the person who will make my day and also the same person who can make my day disastrous..but deep inside i now truly understand how my mother felt, or should i say how our mothers felt towards us...as for me, watching her calm face while she was sleeping was the best remedy after looonggg working hours..
sometimes i wish that she will never grow up and stay this cute forever...

just thinking about her ups and downs in her later life -first day at school, taking exams, kene denda dgn cikgu, have a crush on someone,
or someone have a crush on her, masuk univ, taking driving licence, getting married..tu pun dah cukup membuatkan saya terasa sebak dan syahdu syahdan...and there were times where i felt like im a bad mommy when she fell sick, or bila termarah dan terhilang sabar thanks to my pms-ing..

kasih mya mama, i wish all the best for u sayang...be a nice girl, membesar dgn happy dan sihat, mesti suka masak n buat kek n cookies mcm mama, mesti suka dancing2 macam mama juga, mesti pandai matematik mcm papa (yg ini TOLONG jgn ikut mama ye),
stadi rajin2, mesti berani dan pandai jaga diri macam mama juga (ehem ehem) dan mama doakan mya jumpa seorang lelaki yang baik dan loving sebaik papa mya utk untuk take over tanggungjawab menjaga mya dari mama dan papa nanti...
we worked hard to give u only the best we could sayang, and im sure there were bright future lies ahead waiting for you.mummy also want u to know that i will always there for you no matter happens..and give my full support in everything that u do..

Happy 1st Birthday our dear Kasih Mya, we really truly loves u so much! (^_^)




Wednesday 11 November 2009

exhausted


lama tak update, sangat sibuk sibuk dan sibuk...
sabtu lepas keluar town jalan2, amik gambar, beli ikan...

balik rumah ptg tu mya demam. huhu...maybe sbb sejuk sgt dan lama jln kat luar kan
ahad baik demam, nangis nak tumbuh gigi pulak...

jadi itu cinonet sangatlah meroyan sekarang...tak nak makan, tak nak susu...
sampai la hari ni, masih moody dan 'meroyan'.

haih.

risau gak ni, sian dia mesti lapar tapi nak makan sakit mulut..

hey gigi, cepatlah kau keluar...
im so washed out and ding dong, mummy needs her beauty sleep.



Wednesday 4 November 2009

what's cookin - choc chunk scones

semalam adalah hari masak sedunia, having nasi ayam hainan for lunch, mee hoon goreng ala siam for dinner dan tekak ni mcm teringin nak mkn freshly cooked desserts...

saya mmg suka makan pencuci mulut...bak kata org kampung saya 'sweet tooth' gitu...lebih2 lagi yang berasaskan coklat (ada ke org x suka choc eh?) hmmm...dan semalam juga mcm terbau2 je bau oven yg menusuk hidung membakar kuih dan mendapat idea utk mencuba resepi scone...

and after a few research here and there, i found this recipe is the most simplest way on how to do it..dan yg penting chek ada bahan2 nya hehe..resepi mahvelous ni adalah dari www.bbc.co.uk (sila klik sini ya)

ayuh, kita semak bahan2 nya..

INGREDIENTS:

225g/8oz self-raising flour - got it, checked!
1 tsp baking powder - got it, checked!
pinch salt - melampau kalau xde..
25g/1oz caster sugar - got it, checked!
50g/2oz unsalted butter, slightly softened -got it, checked!
150ml / ¼ pint milk - nan ado, xpe bancuh susu mya je =P
1 egg, beaten, or plain flour, for brushing or dusting - got it, checked!

simple kan? dan utk lebih ummph saya tambahkan about a handful of chopped chocolate...kalau ada choc chips pun lagi cantek... (kalau x ubah resepi tak sah hehe.. =P )

and now the prob is saya tidak ada penyukat bahan dan juga rolling pin utk mencanai...inspired by my dear sis in law, saya pun sukat guna botol susu mya utk dpt sukatan dlm ounce (oz) hehe..teringat kenangan main masak2 kt seremban and she just measure the ingredients using adam's bottle..haha...utk mencanai pulak saya guna mya's flusk...duduk rumah baru di perantauan ni kena kreatif beb....byk alat2 dan bahan masak yg x complete... =)

ok then, here we goes...(sori xde gamba dari mula, kene concentrate dan tgn tgh messy main tepung hehe..)

METHOD:

1. First, make sure butter tu dah lembut. Nak senang, potong2 jadik kiub kecik.

2. In other bowl, mix together dry ingredients - self raising flour, baking powder, salt, and caster sugar. Masukkan butter dalam mangkuk tepung tadi dan gaul2 picit2 sampai jadi macam habuk2 breadcrumb gitu...lepas tu bolehlah dimasukkan chopped chocolate...

3. Masukkan susu sedikit demi sedikit (haha dah lama x guna perkataan 'demi' ) sambil gaul-gaul tepung hingga menjadi doh lembut. Saya tak guna habis pun susu tu sebab tengok doh tu jadi cantik je. At this point doh tu maybe a bit sticky.

4. Biarkan doh tu rehat seketika dalam 5-10 minit.

sedang direhatkan...looking good...berdebar2 ni jadi ke tak scone i.. =)


5. Lepas rehat seketika, doh tu akan jadi lembut dan dah tak lekit2 or sticky lagi. Uli kejap dalam 2-3 kali perlahan2 jangan ganas2...after that, roll sampai jadik tebal dalam 2cm. at this stage, kalau ikut instruction asal dia suruh pakai cookie cutter besi bentuk bulat dan make sure tajam. saya xde benda alah tu so potong pakai pisau je la labu...

dah potong...sebelah tu la flusk air panas mya yg jadi rolling pin saya...
sgt multitasking, syabas!


6. dah potong, saya masukkan dalam bekas cupcake kertas utk elakkan melekat, lagipun ada choc kan sure bila masak melekat punyer...then saya masukkan dalam freezer dan simpan utk stok mya bfast esok pagi (oh, at this time tgh pukul 9.00 mlm) and of course saya bakar sikit utk rasa...the result? tunggu...

my scrumptious babies after kuarkan dari freezer the next morning...
tunggu nak bakar dan di ngap oleh mya dan mamanya..


7. Sebelum bakar, sapukan telur yang dah dipukul atas skon tu utk kasi glaze cantik. Susun dalam baking tray dan bakar dalam pre-heated oven 220C / 425F untuk 10-12 minit.
tadaaa..!! siap utk di makan....

mya yg teruja dgn menu bfast baru lepas tunggu dgn sabar depan oven...

WHAT'S COOKIN? SAYS:
Wahh..!! saya sgt gembira, first time buat skon terus jadi dan surprisingly sangat senang...
and they're so tasty, rangup di luar, ringan lembut dan fluffy di dalam..emm emm...

ye la kan, dgn sesuka hati ubah2 resepi ikut taste sendiri dan pakai susu mya, kira ok la tu menjadi...
best served with jams or choc sauce, lagi terangkat..dan sangat mengenyangkan..
even after a while, skon ni still lembut dan luarnya tak keras..syabas! (^_^)v

saya sgt syorkan kawan2 mencuba resepi ni, then sesape yg dah cuba boleh share outcomenya disini..
misi seterusnya dalam rancangan What's cookin? - Molten Choc Cake dari kraftfoods.com.

wish me luck!