Sunday 31 January 2010

snowy me

last Friday Mya ada appointment kena cucuk anti swine flu untuk baby...nasib baikla klinik dekat je, ada ke patut after nearly 3 weeks bergloomy, hujan dan dah nak start panas-panas manje, snow kembali menerjah? haiyo. banyak-banyak hari, hari Mya nak kena jalan kaki pergi klinik jugak la dia datang.

Tapi bagus jugak, sebab we all tak sempat pun nak bawak Mya amik gambar dengan snow lagi hari tu.. (T__T) iya saya tau...rugi kan kalau tak amik gamba Mya dengan snow...nanti kesian dia tak boleh tunjuk bukti yang dia pernah duduk obersea bila bercerita dengan kawan-kawan di sekolah nanti...hehe...

so here we goes, amik gamba dekat je, kat belakang rumah....


Mya yang kesejukan, air hidung berkerak dan geram melihat salji putih gebu...

eh eh...Mya sudah ada 'tanduk dua'..hehe...tapi rambut nipis, thanks to gen mama dan papa yang memang both berambut nipis (dah pesan kpd papa sediakan budget untuk Mya buat treatment di salun sebab dia mesti salahkan kita yang berambut nipis ni huhu...)


teruskan perjalanan...mandaki bukit bersnow dengan 3 wheeler adalah sangat mencabar okkk... oleh itu jangan beli 3 wheeler untuk bayi anda kerana ia tidak stabil dan selalu nak senget sebelah ketika menolak. haih. now the only thing saya suka pasal stroller ini hanyalah ia adalah berjenama yang agak mahal (-_-')


wahhh...macam tengah berjuang nak pergi mana je bila tengok gambar ni waahaahaa...

hah, sampai pun ko klinik - Ferryhill Medical Centre...klinik dia chomel je, bangunan rumah2 jugak...then kena naik tangga cam citer gothic pegi tingkat atas untuk cucuk dan saya sangat pelik masa first time sampai sebab membayangkan bangunan klinik yang fancy macam kat Msia


Si Cinonet Mya seperti biasa - masuk bilik cik misi, duduk, dan baru nak borak2 dengan misi dia dah menangis dulu...adoiyai....drama sebabak betul..orang tu belum buat apa-apa lagi dah meraung...hehe...

ok, tu je nak citer sebenarnya..hehe...other than that, weekend seperti biasa - disebabkan saya dah bosan duduk terperap sampai tahap menangis senyap2 dalam selimut kerana kebosanan dan meroyan mahu balik Msia, hubby dah janji dgn Enche Hafiz pergi shopping groceries bersama di Asda, beli ayam and lunch di Lahore kerana dia mau makan Ayam Tandori...huhu..sedih tak? mana lagi nak pergi uolss....itu pun dah equivalent macam bapak janji dengan anak dia hujung minggu mari kita pergi Genting Highlands nak tak? wuuwuu...

sila bayangkan betapa bosannya tahap kebosanan saya sampai boleh sampai menangis (T__T)


Wednesday 27 January 2010

Skinny Me Silly - An Introduction


I think everybody at least have experience weight problems once in their lifetime, whether over or under weight. For me, unfortunately I’ve been faced the latter ones. Tak pernah seumur hidupku ini mengalami masalah kekurangan berat badan…oh! Teringin jugak nak rasa macam mana ‘terkurus sangat’ tu..hehe…

Back to my old school days, I was a known as ‘Lin yang chubby-chubby tuh’ or even lagi nakal ‘Lin-tat’ stand for buntat (yeah I know dunia ini kejam lebih2 lagi dalam dunia high school yang banyak persaingan huhu) OR, kalau nak sedap sikit telinga I ni mendengar, ‘ala..Lin yang comel2 tuh’ hehe (hey I wasn’t make this one up okay LOL)

But then, during my prosperous uni years (eceh, konon di era zaman kegemilangan…I bet it is for all of us, kan?)bit by bit I’m losing my weight…well, part of it because of my very unhealthy lifestyle I led that time - not enough sleep for assignments of course or, aktiviti marathon menonton CD Box filem Jepun or Korea sehingga pagi atau just being silly with the girls bergosip dan menari dangdut di asrama…woohoo rindu la weyh! (murni, ko ingat tak kita bukak sesi aerobic salsa dalam bilik? Hehe..)


teman tidur sekatil, sebantal, share makan nasi tapau sebungkus,
juga teman kumpulan menari gelek inul dan aerobik latin dalam bilik =)


Selain itu perlu juga berterima kasih kepada ketidakmampuan keluarga untuk membekalkan kereta bagi memudahkan urusan berjimba ke Jaya Jusco Taman U eh bukan bukan silap tu, nak pergi/balik ke fakulti…berjalan kaki setiap hari dalam panas terik dengan sandal tipis dan baju kurung berpayungkan folder kuliah dengan muka tebal menahan geram kerana diusik abang-abang kental a.t.m.a…hey mereka sangat nakal okkk, ada ke patut we all gadis sunti yang comel2 ni tengah jalan diorang kawat kan kitorang…ok, sekarang sila bayangkan… macam ni, kitorg tengah jalan then diorang jerit ramai-ramai ‘KIRI! KIRI! KIRI, KANAN, KIRI!!’ then mesti si gadis-gadis sunti tadi akan terikut rentak kawat diorang, ches! Berselirat kaki I nak terikut okeh..dah la kita tengah sibuk, sebelah tangan pegang plastik tapau nasi untuk lunch sebelah lagi nak pegang folder (yang sekarang digunakan untuk mencover muka comel dari pandangan abang kental, bukan lagi untuk melindungi wajah dari terkena matahari) wuuwuuwuu..nasib baik I gadis sunti yang bersopan santun, kalau tak ada jugak yang kena baling dengan nasi lauk ikan keli sambal ni…tapi kadang2 kalau nasib baik terserempak dengan mamat kancil biru NBA, so selamat la I dari gangguan pengKAWAT,dah ada orang hantar sampai depan blok (haha tu kereta bf @ hubby I dulu tau, enjin turbo, 2 km dah boleh dengar dia datang nak amik pergi dating)

Selingan penaja : Yanti, ko mesti paham apa yang aku cerita ni kan? Hehe…

Satu lagi, perlu berterima kasih kepada diri sendiri kerana mendaftarkan diri dalam Adventure Team di kolej…jadi setiap petang perlu memaksa diri ikut berjoging untuk training naik gunung, rather than enak berselubung menikmati tidur petang yang panjang dalam bilik dengan langsir tertutup…huhu…kalau program dah dekat training lagi mahsyuk, I still remember ada satu kali tu we all kena naik-turun tangga bangunan asrama yang baru siap, dalam 8-10 tingkat kut..woh ho ho! Nak tercabut bon-bon I okkk! Bukan sekali, tapi berkali-kali tau…naik, turun, naik balik, turun, naik balik…Gilak betul…tapi memang patut pun sebab masa tu nak pergi naik Gunung Tahan, are you kidding me? highest in Peninsular OKK…oh my, that was my biggest achievement dalam arena mendaki gunung ni.…kalau ingat balik, sumpah dan taubat tak nak buat dah…dah pancit beb! Hehe…


muka zaman ateam...cari gambar masa naik gunung tak ada kalau x mesti korang puas hati tgk muka i yg masam berkilat comot akibat tak ada kerja cari kerja (that's what my emak said) duduk bertapa 3 hari dalam hutan atas gunung hahaha

meletak gambar teman lelaki yang sunburned sebab baru lepas balik keje di off-shore dan terus roadtrip bersama kawan2nya ke jb mahu bersama buah hati konvo adalah disengajakan muahahaha... (^o^)

Bila balik cuti sem dan jumpa kawan-kawan sekolah dulu mesti diorang terkejut Lin-tat bukan lagi Lin-tat yang dulu..sudah tidak buntat lagi..hehe..i tell you what, perasaan getting compliments from other peeps yang diri sudah kurus tu sangat membahagiakan..hehe…

Akan tetapi, ya ada tetapi disitu..kebahagiaan berkurus tidak lama, getting married then immediately preggie, badanku mengembang selaras dengan nature calls seorang wanita mengandung (T_T) DAN, mahu kembali kepada bentuk badan asal adalah SANGAT MENCABAR tahap motivasi diri ini…kerana saya mahu kurus, tetapi selalu lupa (atau buat2 lupa) akan fakta untuk kurus – EAT LESS, MOVE MORE. Susahkan? Bagi anda yang selalu rasa sukar untuk berkata ‘Tidak!’ kepada hidangan enak di depan mata seperti saya, ya memang susah.

engagement...masih boleh ketawa lebar tanpa risau muka tak muat masuk kamera

deepeeyeaa...masih chomel dan boleh bergambar dgn kamera duduk di bawah bersama teman yang chomel kecil molek juga tanpa risau saiz tidak setaraf dengan mereka dan kelihatan gorgon dalam gambar

preggie...moral of the piccas: jgn bergambar disebelah teman wanita anda yang kurus dan memakai kebaya (iya, walaupun bibirnya muncung) hahaha

Jadi, renung-renungkan lah motto di atas, EAT LESS, MOVE MORE.

Sekian, untuk rancangan Kurus Saya Bod** kali ini.


Monday 25 January 2010

what's cookin - Choc Moist Brownies


bahagiakah anda jika bangun pagi dan jumpa sesuatu di dalam oven anda yang lazat-liat-bercoklat seperti ini....

eh eh...ada brownies la! (^o^)

doesn't that really made your day? haha...patut berterima kasih kepada mood membaking yang datang secara tiba-tiba malam tadi..juga patut berterima kasih kepada Mya yang kepenatan tidak cukup tidur siang yang selamat tidur jam 8.30 malam....suddenly all i know is my Chocolate Moist Brownies selamat masuk ke dalam oven jam 9.30 pm...

Hasil: Just exactly what i look into Brownies - Chewy, Fudgy, Chocolatey, Not So Sweet. Need i say more?

Saya adalah malas mahu decorate kerana mahu cepat masuk mulut LOL! I dunno with other people, tapi saya selalu ada masalah kalau bake something yang berasaskan coklat. Saya paling suka bau coklat hangus, the best part adalah makan kerak kek coklat yang keras di bahagian atas kek tu...fuuhhh..panas-panas suam, keras-keras rangup..nyum nyum...


Resepi adalah dari RinnChan Fotopages ok =)

Choc Moist Brownies

Dry Ingredients:
1 ½ cup (185 gm) flour
¼ cup (30 gm) cocoa powder
1 tsp baking powder
½ tsp soda bicarbonate
1 ½ cwn (205 gm) macadamia nuts, chopped
( i didn't put sebab tak ada =P
)

Wet Ingredients:
125 gm butter
200 gm cooking chocolate, chopped (i use half dark cooking choc, half regular cooking choc)
1 cup (250 gm) castor sugar
2 eggs, lightly beaten
1/3 cup (90 gm) sour cream (don't really like my brownies taste sourish, so i use light single cream instead)

Method:
1. In a large mixing bowl, prepare DRY Ingredients and mix in flour, cocoa powder, baking powder, soda bicarbonate and macadamia nuts.
2. Then, working on your WET Ingredients, melt butter and chopped cooking chocolate together either using double-boiler or your microwave.
3. Remove your chocolate mixture from heat, mix in sugar and stir. Then, fold in your lightly beaten eggs.
4. Pour cream into the chocolate mixture and stir.
5. Now, pour your WET mixture into DRY ingredients. Lightly fold in all the flour. Do not overmix.
6. Pour into your prepared baking pan, bake in pre-heated oven 30-35 minutes for 180 C or until done, depending in your oven.

Enjoy!

Saturday 23 January 2010

End of GLEE Pilot Episode

Saya suka sangat GLEE suka suka suka woohoo!
Record dalam decoder Sky kesayanganku and this is one of my favorite part, this is the end of its first pilot episode...it was such a happy song, dengat mesti rasa gembira. kalau pagi-pagi drive nak ke ofis then dengar lagu ni mesti rasa bersemangat. even ulang banyak kali pun masih melopong tengok sampai hubby perli pun mata i still tak berkelip..haha biasa la kan, sila jangan bercakap dengan isteri anda jika dia sedang menonton rancangan seperti ini, E! Channel dan lain-lain rancangan tv yang sewaktu dengannya.

Enjoy! (^_^)


Just a small town girl
Livin’ in a lonely world
She took the midnight train going anywhere

Just a city boy
Born and raised in south Detroit
He took the midnight train going anywhere

A singer in a smoky room
The smell of wine and cheap perfume
For a smile they can share the night
It goes on and on and on and on

Strangers waiting
Up and down the boulevard
Their shadows searching in the night
Streetlight people
Living just to find emotion
Hiding somewhere in the night

Working hard to get my fill
Everybody wants a thrill
Payin’ anything to roll the dice
Just one more time

Some will win, some will lose
Some are born to sing the blues
Oh, the movie never ends
It goes on and on and on and on

Strangers waiting
Up and down the boulevard
Their shadows searching in the night
Streetlight people
Living just to find emotion
Hiding somewhere in the night

Don’t stop believin’
Hold on to that feelin’
Streetlight people

Don’t stop believin’
Hold on
Streetlight people

Don’t stop believin’
Hold on to that feelin’
Streetlight people

Friday 22 January 2010

yummy yum!


bekalan ayam saya sudah habis...yang tinggal hanyalah cebisan fillet ayam..mahu masak apa dengan fillet ayam? sayur yang ada kentang dan carrot (baby-friendly veggies of course)...huhu saat ini makin terasa dengan kerinduan ikan goreng, tempeh, sayur kacang panjang, sawi dan tauhu...jemu la asyik makan ayam dan sayur yang sama setiap hari...

tapi...tak cukup bekalan tak bermakna kita tak boleh makan sedap bukan?

walau apa pun makan mesti sedap...penting tu untuk kebahagiaan bersama...hehe...

maka hasilnya...

Nasi Beriani, Kuah Dal, Ayam Madu dan Papadom...nyum nyumm...


my lifesaver of the day adalah Kuah Ayam Madu Brahims dalam paket dan serbuk nasi beriani jenama Shan dari Pakistani...weyh korang, tengok ni orang Pakistani pun ada buat serbuk Chicken Beriani Malay style woh! hehe...bagus betul, sampai kat German diorang eksport sebab ada tulisan Germany kat kotak dia...

kesedapan rasa Nasi Beriani Shan ni memang tidak dapat disangkal lagi..ewah! hehe....betul ni beb memang sedap dan lazat, kena dengan taste i....masa 1st time buat tu memang confuse dengan instruction dia, dah la dalam English versi Pakistani (faham-faham je la kan berapa banyak pusing daa...) 10 kali baca pun confuse lagi sebab leceh...ayam marinate, then rebus, then goreng, then tumis perencah, then masuk ayam tadi dalam nasi yang dah 3/4 masak.. haih. memang mencabar kesabaranku...hai lah nasik, nasib baik la ko sedap... hehe...tapi hari ni sebab ayam sudah habis so campak je la paste beriani yang dah masak dalam periuk nasi..siap!

oh ye, resepi Kuah Dal tu senang je rupanya...seperti biasa resepi dapat dari MyResepi =) Mya punya la suka hirup dal macam sup la pulak...

ok, perut sudah kenyang...hati juga senang..la la..la..la... (^_^)

oh! baru teringat!

ai-yay-yay! (terpengaruh dengan Khloe Kardashian Odom dalam Fashion Police 2010) walaupun sumber masakan terhad tapi kepala otak ni pandai je cari jalan nak makan sedap huhuhuhu....apakah impianku untuk kuruskan badan akan terkubur begitu sahaja...

tsk tsk.. (-_-')


Wednesday 20 January 2010

what's cookin - Ayam Percik II

Menu hari Selasa, Ayam Percik Aberdeen...hehe...dah pernah post entry Ayam Percik ni sekali, tapi rupanya hubby i prefer Ayam Percik yang kuah merah macam sos tu...hai laaa...itu dah tak ori la darling...marah orang Kelantan kalau tengok percik kuah merah, sebab kalau tak silap resepi style Kelantan yang ori cili giling pun tak letak, betul tak Mek Murni? =)

punya la i mencari resepi ayam percik style kuah sos merah merah tapi nan ado uols....tu mesti resepi olahan penjual kat pasar malam untuk cipta ayam percik yang lain sikit dari rupa paras....ala kontemporari la tu kan...last last cipta resepi sendiri je, main campak-campak agak2 rasa letak kiub ayam sikit so jadi la Ayam Percik Aberdeen...hehe...

kalau ikut resepi-resepi lain ada yang tak letak cili, ada yang letak buah keras and macam-macam lagi la...a few resepi yang saya jadikan guideline is from EmahTimah's Blog and Anjung Cafe. But for mine, just ikut apa bahan yang ada kat dapur chomel i aje okk..so kepada yang berminat nak mencuba tu maybe boleh ubahsuai ikut taste masing-masing ok? =)

Bahan:
ayam dipotong ikut suka
santan
air asam jawa (sikit je )

Bahan untuk dimesin:
serai
bawang merah
bawang putih
halia
cili kering (yang dah rendam air panas/direbus)
jintan
serbuk ketumbar

Cara-cara:
Masak santan bersama ayam dan bahan yang dah mesin tadi atas api perlahan. Kacau sentiasa jangan sampai pecah minyak sampai pekat (it takes quite a while ok). Perasakan dengan kiub ayam, garam, gula dan air asam jawa. Bila dah mendidih dan pekat, keluarkan ayam dan bakar sekejap. Masa tengah bakar tu berus-beruskan ayam dengan kuah percik yang dah masak tadi. Siap!

p/s: kalau masak lauk pauk saya tak pandai ikut sukatan, leceh! main campak2 je senang dan sedap hehe..


sedap ni tau kawan-kawan...lemak2 santan, ada rasa serai sikit, gabung dengan manis jintan, pedas-pedas cili and manis masam masin...hehe...i can say it is much better than my previous ayam percik...see? kan dah cakap resepi sendiri main campak-campak lagi menjadi...time masak tu just follow your heart...cewah!

cuba jangan tak cuba okk?

and kalau sesape yang ada resepi buat kuah percik ala sos merah macam kat pasar malam tu share la ok..


weekend menus and update


ahahaha...weekend sudah basi baru mau update ka...sori la saya sangat terasa kemalasan mahu update blog 2-3 hari ni...LOL.

ISNIN, main tepung buat Irish Soda Bread...sambil tengok recorded Keeping Up With The Kardashians New Season..sebab malam tu perlu layan Mya bergolek2 sebelum tidur jadi kena la record sahaja (kenapa la Astro tak bagi je decoder boleh record sekali cam kat sini kan? Astro Max adalah super mahal dan tak laku pon huhu..) best woo new season...Kim down sebab masalah percintaan dgn Reggie, Scott ada isu untuk ambil hati The Kardashians(dari dulu lagi kan? tak habis-habis sebab dia adalah malas kerja hari2 duduk lepak tepi pool kat rumah diorg cmne Kris tak bangang. haih.), Khloe tengah cari rumah and currently she and Lamar stay at the hotel..wahh..bestnye idop kalau kaya cam tu, eh bukan kalau rich, young and beautiful seksi meksi cam diorang nih (T_T)

OK, kembali kepada tajuk di atas..Sabtu lepas Enche Hafiz and family singgah rumah sebab ada nak amik barang and then afterwards we all nak pergi lunch kat Lahore Karahi, restoran Pakistan kat sini...mana lagi nak pergi jalan kan? bila tau je nak pergi makan kat Lahore hati i ni berbunga2 you...ahaha..excited sebab lama tak kelua rumah sampai hubby ckp " nak pergi Lahore cam nak pergi Genting.." hehe sian kat bini dia si pathetic ni kan? =P

dan memandangkan we all akan pergi lunch bersama jadi saya just buat kuih-kuih je la nak jamu diorang, tengok dalam fridge ada Plum yang tak berapa nak manis so search resepi yang berkenaan dengan plum maka terhasil lah Plum Shortcake

sedap jugak shortcake ni, chewy2 gitu..Mya dgn Shin Chan pun suka..tapi rasa cam agak manis so next time maybe kena kurangkan gula sket..lagi satu kalau ada sape2 yang berminat nak buat shortcake ni maybe kena check both layer dah masak betul ke tak sebab dia lapis2 dengan plum kan, so takut yang bawah tu tak masak betul..OK?

sebelum dapat makan sedap, pergi beli barang kat Asda dulu...hubby terlupa nak bawak turun digi cam so tak adalah gambar..chis! baru je nak posing sambil shopping and dukung Mya konon ada papparazi snap gambar =P

lepas shopping, fuh lapar lapar semua orang pun dah kembang kempis menahan kelaparan...dah terbayang Mango Lassi sedap..slurpp! nasib baik Lahore tak ramai orang..cam pelik jugak sebab selalunya confirm penuh lagi2 la time weekend cam nih, dgn mat saleh pun sibuk nak makan nasi beriani pedas2..maybe sebab tengah bulan and orang tak dapat gaji kut, husband kitorg je dapat gaji tengah bulan hehe...


cepat-cepat chop seat tepi dinding depan sekali sebab sebelah heater..me and hubby berlagak malas nak pakai jaket tebal bagai, sekali angin kuat dgn hujan lagi hehe amik ko sejuk yang amat..tu la uols, i ingat cam nak pergi shopping alamanda tadi...(wah rindu alamanda la tetibe!)

ok sudah order mari kita pose...Mya adalah nampak seperti boy dan tahap kekembangan muka saya adalah sangat ketara disini..ni kena tukar gaya pose senget nih..

haaa..baru la nampak slim sikit pipiku..hehe...penat i ternak ni uols =P eh, tapi Mya masih nampak seperti boy, senyumla ayu sket mya oii... (T_T)

bekal Mya, Plum Shortcake and ada satu lagi meehun goreng putih..shortcake ni mama dia pun tumpang kaki sekali hehe..lapar tau dah lama order ni tak sampai2....


hehehehe..sudah sampai sudah sampai...Mango Lassi, feveret Mya and Mama...sedap nih..

mine, Vegetable Beriani saja nak tukar selera nak rasa..nama pun veggie haruslah kureng..mahal nih nasi je 5 pounds baik amik Lamb Beriani terus..next time konfem tak nak order dah huhu...i makan tak sampai half pun sebab portion dia banyak... tapau bawak balik pun tak habis makan rugi rugi...

for hubby, nasi apa entah Pilaf Rice kut...tapi sedapppp...

Chicken Tandori yang super sedap...seekor ni habis uols hubby ratah...tapi ayam saiz mini je la bukan ayam dewasa hehe..

yang ni hubby pulak nak tukar selera, Prawn Curry...sakit hati tak kalau anda membayangkan udang besar tapi realitinya adalah seperti ini? uwaaa..kechewa tau, ni udang dia besar sikit je dari udang kering...dok celah gigi je chett!


wah wah sedapnya dia minum...dah pandai pakai straw =) nasib baik tak sakit perut sebab minum banyak sangat..berebut lassi dengan mama so i terpaksa order lagi satu bawak balik hehe...

dah makan, fuhhh..lega sikit perut i ni uols hehe...

ok cerita hari AHAD pulak, mi amor nak keluar pergi beli mentol so tengok cuaca ok me and mya gediks nak ikot

winter yg gloomy..ni pun kira ok ada sunshine sikit...i hate winter, cepatla spring..i miss sunshine you know...city centre on weekend as usual mesti busy and ramai orang..entah apa lagi la yang diorang dok shopping lagi ni,cuba bawak bertenang sikit.. jeles i okkk....

beli mentol kat kedai 1 Pound...hehe cam kedai 2 ringgit la kalau kt msia tu...mya dah ngantok time nih, ok dah bayar then terus balik...nasib baik la rumah dekat je..

balik rumah sambung projek tergendala saya - membuat kuih Tepung Pelita...ini request mi amor..see? i told uols hubby i nih typical lidah melayu, eh bukan 1Malaysia punya taste, request Vadai then Tepung Pelita pulak...jadi objektif untuk me-western-kan selera dia adalah impossible,for that, i rest my case hehe... saya surrender =)

Resepi Tepung Pelita ni dapat dari MyResepi. did a few research and it seems like all the recipe for this kuih were quite alike. plus, super easy...jadi keyakinan saya untuk mula ketung ketang di dapur membuat Tepung Pelita adalah almost 90% hehe (jangan over confident weyh nanti tak jadi kena usik sikit dgn hubby muncung cencorot pulak )

disebabkan daun pandan adalah sangat berharga di Aberdeen dan saya sangat sayang dengan koleksi daun pandan frozenku ditambah dengan malas nak belajar cara lipat-lipat daun menjadi mangkuk, makanya curah dalam tupperware besar aje la jawabnya...hehe...sayang woo dgn daun pandan kat sini,secekak kecik kalau convert 6Ringgit okkkk, haruslah i frozenkan.. kalau kat msia tu pijak2 je depan rumah siap bazir2 ambik secekak penuh padahal nak guna sehelai je untuk buat kuih buah melaka (alamak, Buah Melaka also sound yummy...kan?huhu..)

tadaaa! sudah siap..mi amorrrr meh makan meh...nasib baik jadi kawan kawan...kaler hijau bawah tu je la tak berapa kick sangat sebab blend daun pandan je, cari pandan paste tak jumpa entah2 tak pernah sampai pun kat sini...


sila eh sila...nak makan kena scoop scopp ceduk ceduk okk...punya la banyak i makan sampai muak and sebu perut ni ha...hehe...

ok la, itu je kisah weekend diari harian seorang suri rumah yang kebosanan mencari kerja...kalau tak masak, surfing cuci mata tengok baju kasut handbag or menjeleskan diri bukak blog/fb perempuan cantik kurus, kalau tak surfing i tengok tv jadi kerusi kentang (couch potato la hehe), sibuk sikit pun just untuk melayan mya or laundry or basuh pinggan...itu sahaja...

but then, kalau saya di tempat anda pasti saya merasa cemburu - wah, banyak betul masa perempuan bermuka lebar ini untuk dihabiskan (T_T)

ya tak? especially for those working mum (oh trust me i know how u feel..tak boleh lari dari perasaan bersalah kurang masa untuk anak dan keluarga) jadinya, saya harus bersyukur kerana diberi kesempatan memikul tanggungjawab sebagai surirumah, being able to do what i like the most (cooking and baking of course! and eating) whilst giving my undivided attention to our Mya (^_^)