Sunday 28 February 2010

babies day out


ni nak update citer weekend lepas...hehe agak basi tp saya dah 3 hari tak pegang pc...sabtu lepas pergi makan Fish n Chips dengan Enche Hafiz sekeluarga (sape lagi la kawan kitorg kat sini kan?) and then after makan on da way balik singgah kejap kat taman, bagi lepas 2 orang cinonet ni berlari jejak tanah kejap..wah ha ha ha! bukan main seronok lagi anak i dapat kaki weh....ye la, kesian Mya, sejuk sangat nak pergi main-main playground or jalan-jalan tengok bird and dog kat taman....

entry ni adalah entry bergambar ye, forgive my laziness..hehehe...jom kita terjah, zasss!

muka mamai ngantuk dan confuse tiba-tiba duduk dalam high chair..belum start enjin nak main lagi ni....

yang ni lagi kesian, muka marah sebab kacau dia tengah sedap tido tiba-tiba kena angkat...masam gila muka siap jeling weyh...haha chomel =)

yang ni muka tak sabar tunggu ikan sedap...dan menahan diri dari abeskan milk shake sebab nak simpan perut utk main dish...enche hafiz siap warning "tunggu la nanti tengok ko boleh abeskan ke tak...diorang boleh bagi lagi satu set free kalau ko abeskan sume..." memandangkan portion set yang di order oleh mi amor adalah sangat banyak dan besar...tapi dengan yakinnya beliau membalas "ahh..senang je tu aku tengah lapar ni.."

sebab tunggu makanan lama sangat nak sampai mama and mya main ambik gambar kat luar...punya la susah nak buat dia pandang kamera...dah la sejuk gila..

tengok tu..balik-balik mak budak yang excited lebih-lebih...

haaa...amik ko! besar gila portion papa punya order...hahahaha (gelak jahat sbb orang tu dah kembang tekak tak larat nak abeskan),patut la diorang boleh janji bagi satu set lagi FREE or dessert kalau sesape yang dapat abeskan...sebab kalau dapat abeskan pun konfem org akan pilih dessert...
nasib baik i amik lunch set, ikan saiz chomey and ada starter dengan dessert lagi....hehehe...

kihkihkih..dah semput ke bang? no komen =)

kedai ni agak femes...sebab lunch pun kena buat reservation dulu...pastu penuh je ramai orang makan...tempat makan pun luas sangat...the food was superb! sedap...ikan tu tak berminyak and harga pun ok...lagipun untuk kids and baby dapat set meal free...hehe...

on da way balik, singgah taman bagi can kanak-kanak riang ni jejak tanah...punya la laju diorang berlari, tak takut langsung...terus lupa nak pegang tangan mama huhu...

sejuk ni beb, suhu 2C je...tu la nak tunjuk gagah tak mo pakai jaket bagai...hehehe...

mama ni..go away la i want to go there! - cubaan melepaskan pegangan tangan mama sebab nampak dog hehe...

yeay! happynya saya dapat jalan-jalan dan rasmikan penggunaan kasut atas tanah sebenar =D


Saturday 27 February 2010

special delivery

hari khamis lepas parcel 'istimewa' dari mak sampai....hehe..suka suka..istimewa sebab ada berbagai jenis ikan masin (u name it, i have it!), 3 bungkus besar ikan bilis (fuh..ini baru rasa ikan bilis sebenar!), cili kering, udang kering and ali cafe (kat sini satu uncang ali cafe 3-in-1 tu RM3++ okeh!)

bukak je kotak terus i goreng ikan masin...hehe..nasib la ko tuan rumah, dapat tenant org Melayu...habih la umah hang bau sambal tumis, ikan masin bagai...kehkehkeh....so this monday or tuesday, nak tunggu parcel dari ma (my MIL) pulak...ada gula melaka dan ikan masin talang (woh ni orang ke hape makan ikan masin sbg makanan asasi?hehe.. ) boleh kita buat kuih gula melaka aka ondeh-ondeh kan? wahhh! suka suka =D

oh ye, walaupun lagi 2 minggu je mak and ma nak datang tapi barang-barang ikan bilis atau apa-apa makanan dalam bentuk binatang tak boleh bawak dalam luggage..takut kantoi kat Heathrow....nanti kang menangis air mata darah pulak i terkenang ikan masin kena campak dalam tong sampah kan...lagipun bila tengok dalam UK Border Force (rancangan berkisarkan tugas immigresen UK) barang-barang makanan yang orang bawak dalam luggage kena banned siap ada yang nangis2 lagi we all play safe je la....nanti kang satu hal pulak 2 orang nenek nak menjawab soalan pak polisi UK kat airport..hehe...

hmm..lagi 2 minggu ma and mak nak sampai. tak sabar gila beb...boleh masak-masak, jalan-jalan dan yang penting we all akan pergi London sebelum diorang fly balik Msia, then sebelum balik Aberdeen pulak Mya nak singgah Manchester tengok Olf Trafford (yang ni mak dgn bapak budak yang lebih-lebih LOL)


Thursday 25 February 2010

what's cookin - Great Chocolate Chips Cookies

i love chocolate chips cookies. every time pergi alamanda tak pernah menang dengan godaan bau Famous Amos, its just suddenly i'll realise i was drooling after their freshly baked cookies through the glass display, or ordering my ultimate favourite peppermint ice cream (my friend ada cakap tak pernah jumpa org yg suka peppermint ice cream, pelik sangat kah? sedap apa), or more unfortunately, having both. and then challenge myself driving AND eating the cookies which akan hilang separuh masuk ke perut sebelum sempat keluar dari parking. yes, i'm that selekeh. =P (makan sambil drive - my bad habit yang cuba di hakis supaya tidak menjadi contoh buruk kepada Mya tetapi tidak pernah berjaya, time mengandung lagi teruk ada la huhu..T_T )

oleh itu, selain dari disebabkan saya seorang yang si gigi manis (sweet tooth) dan selalu tidak ada benda untuk di munchies di kala asyik menonton, mari kita buat cookies. this is my 3rd time using this recipe and it never turn me down. for CRUNCHIER cookies, i substitute brown sugar with demerara sugar.

Demerara Sugar (pics credit to Google)

Apa pulak la Demerara Sugar ni kan? sama je gula jugak. nama demerara tu di ambil sempena nama tempat asal gula ni hasil kan, kat Demerara, Guyana.Tekstur demerara lebih besar, crystal-like, smell just like brown sugar. Actually, 'kesilapan' beli gula ni disengajakan sebab masa nak beli brown sugar time tu la dia nak habis kat kedai tu. tengok-tengok demerara ni lebih kurang je so hentam je la (masa ni keinginan nak buat cookies sangat memuncak, kalau tak tido termimpi-mimpi makan cookies - orang yang ketagih baking mesti faham perasaan i,kan?). Balik rumah terus google 'demerara sugar' sebab takut gak tak boleh pakai buat biskut (ceh, dah beli baru takut). walla! memang kalau guna untuk buat biskut adalah untuk merangupkan biskut, dan selalu jugak guna untuk memaniskan teh atau kopi.=D

rupa paras macam choc rice cookies sebab tak ada choc chips dan hiris-hiris cooking chocolate aje =)


allow me, disebabkab kepanasan oven i agak ganas so cookies ni agak leper ye...takpe janji sedap nyah..

berlatar belakangkan hari hujan tepi tingkap... indahnya sejuk-sejuk begini dapat makan cookies...



Great Chocolate Chips Cookies
Recipe adapt from 101Cookbooks.com (source from David Lebovitz's Great Book of Chocolate)

1/2 cup (100 grams) granulated sugar
1/2 cup (120 grams) firmly packed light brown sugar -
i substitute with demerara sugar for crunchier cookies
8 tablespoons (1 stick) (115 grams) unsalted butter, cold, cut into 1/2-inch (1cm) pieces
1 large egg
1 teaspoon vanilla extract
1/2 teaspoon baking soda
1 1/4 cups (175 grams) all-purpose flour
1/4 teaspoon salt
1 1/2 cups (200 grams) semisweet chocolate chips
1 cup(130 grams) walnuts or pecans, toasted and chopped

1. Pre-heat oven 150C.
2. Beat both sugars and butter until smooth. Mix in egg, vanilla, and baking soda. Stir together the flour and salt, then mix them into batter. Mix in chocolate chips and nuts.
3. Scoop the cookie dough into 2-tablespoon (5cm) balls, spaced 4 inches apart. Bake for 18 minutes until golden brown. For chewy cookies, bake until pale brown. Remove from oven and cool on wire rack.
4. Be prepare to store your cookie jar far far far away to the most hidden place possible in your cabinet. hehehe... =)

Happy Baking! (^_^)

what's cookin - Nasi Tomato (my 1st attempt - from scratch woh!)

minggu ni adalah minggu what's cookin..hehe..sebab tak tau nak cerita apa selain dari snow yang kejap ada kejap tiada dan kisah Mya yang semakin pandai aka notty, bercerita tentang makanan dalam keadaan cuaca sejuk-sejuk lapar ni adalah lebih baik..kan? hehe..

cubaan kali ini adalah memasak Nasi Tomato..from scratch..err, tanpa bantuan instant tomato rice paste...selama ni pernah cuba tapi guna perencah..tengok-tengok bahan semua ada so zasss...! let's get started! =)

untuk compliment nasi tomato, i also cooked Ayam Masak Merah and Acar...nyum nyum....but ikut selera masing-masing la kan, boleh jugak buat dalca, kurma or kari plus papadom...


senang je rupanya nak masak nasi tomato ni..alahai...termalu i sekejap, bak kata Nigella Lawson (i could sit drooling in front of tv all day hearing her babbling about philosophy of food) - "almost embarrasingly easy to make" wah ha ha ha...the result, sedap! and lepas ni dah tak payah nak pakai paste segera lagi...hehe...


Nasi Tomato
Recipe adapt from MyResepi.com

2 cawan beras basmathi
2 cawan air
1/2 cawan susu
2 biji tomato - potong dadu
3 sudu besar pes/ sos tomato
sehelai daun pandan
sedikit garam
sedikit serbuk kiub ayam - to taste

Bahan Tumis:
2 sudu mentega/ghee
2cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
2 ulas bawang putih-hiris
1/4 bawang besar dihiris

bawang goreng untuk hiasan - (homemade bawang goreng : gaul bawang yang telah dihiris dengan tepung, dan sedikit garam dan gula kemudian goreng dengan minyak panas. Kacau sentiasa sampai garing. Confirm tak boleh berhenti ratah i tell u!)

Cara-cara:
1. Cuci beras dan tos.
2. Panaskan mentega/ghee. Tumis bahan tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan beras. Kacau sekejap dan masukkan air, susu, pes tomato, garam, serbuk kiub ayam dan daun pandan.
4. Masak nasi seperti biasa.
5. Siap! hias dengan bawang goreng...sodap weh...

Monday 22 February 2010

what's cookin - Murtabak Perantau


bertitik tolak dari perbualan manja suami isteri setiap malam yang berkisarkan makanan kegemaran di pasar malam serta bazar ramadhan yang high cholesterol, super high calorie, tinggi lemak serta yang sewaktu dengannya, berikut adalah senarai makanan kegemaran kami yang termasuk dalam kategori di atas:

1. Rangka Ayam (dulu tak pandai makan tapi hubby i suka sangat, so terikut jugak)
2. Murtabak (bukan yg banyak bawang tapi kaya daging nyumm!)
3. Char Kuey Teow (nak kuah banyak)
4. Nasi Lemak Panas (plus segala macam mak nenek lauk pilihan - rendang/telur puyuh/paru sambal/ ayam rempah/etc)
5. Kuih Putu Bambu
6. Keropok Lekor
7. Kacang Kuda Rebus
8. Otak-otak (oh sangat rindu otak-otak JB!)
9. etc etc bla bla...

bila tengok list kat atas tu, impian nak makan adalah impossible untuk direalisasikan...huhu..mana nak carik rangka ayam dgn buluh nak buat putu bambu tu kan...jadi bila terjumpa resepi Murtabak Muhibah from Little Corner of Mine, yang dapat idea utk buat murtabak dari Teczcape.

OMG! SO GENIUS! why la i tak terfikir dan tak sekreatif sifoo-sifoo masak ni utk buat murtabak out of plain frozen paratha? why? why?! hehe..ini adalah possible untuk diusahakan, bukan? jadi terus teruja nak cuba buat murtabak..hepi weyh! (^o^) Thanks to LCM and Teczcape for sharing this wonderful idea! Murtabak is my ultimate fav dish forever and ever(wah, macam ada skandal pulak) dulu time student waktu bulan puasa adalah masa paling best sebab JB yang sememangnya terkenal dengan makanan super sedap ada banyak bazar ramadhan superb, and i remember buka puasa with my favourite Murtabak every single day (menu berbuka setiap hari -murtabak + dessert sedap spt sagu gula melaka or puteri mandi)...sampai dah tau mana gerai yang sedap dan beli setiap hari tanpa gagal....

OK. now the filling. kalau kita tengok abang2 yang jual murtabak ni selalu diorang bancuh telur dengan inti sebelum goreng...but for me, i can't bear doing that way...NO, NO, NO...that's quiet a messy job isn't it? sebab paratha ni tebal dan kene goreng dulu...bancuh telur mentah dgn inti semestinya akan basah dah berat,kan? so after did a few research (some people do it that way, some just pour the egg and cook it with the filling) i decide to play safe.
masak inti ikut selera sendiri dan campak sahaja telur semasa inti tersebut dimasak. i just can not accept if my murtabak turn sloppy and soggy.

the filling...lots of lots of lots of chicken meat...

acara kemuncak - lipat inti dengan roti paratha yang agak tebal utk dijadikan kulit murtabak adalah sedikit mencabar dan memerlukan kesabaran ya...


not bad huh? *wink wink

Murtabak Perantau
(resepi inti ikut suka hati i je ok, kalau tak sedap jangan mara aaaa...boleh tukar/tambah bahan sayuran lain ikut selera masing-masing)

Bahan Inti:
200 gm daging lembu kisar/ayam
1 labu bawang besar - potong dadu
1 biji kentang - potong dadu
3 cm lobak - potong dadu
1 biji telur
1 sudu besar rempah kari
1 sudu kecil serbuk kunyit

Cara-cara:
1. Rebus kentang yang dipotong dadu sehingga lembut. Ketepikan.
2. Tumis bawang sehingga naik bau. Bancuh rempah kari dan serbuk kunyit sehingga menjadi pes dan tumis sekali bersama bawang.
3. Masukkan daging/ayam kisar. Masukkan sedikit air (ikut sukatan sendiri) dan didihkan sehingga daging masak.
4. Masukkan lobak serta kentang. Perasakan dengan garam atau serbuk perasa (ikut suka).
5. Bila kuah dah agak kering, masukkan telur yang dah dipukul dan kacau rata sehingga masak.

To assemble murtabak:
1. Goreng frozen paratha according to packaging instruction (do not thaw the frozen paratha) sehingga separuh masak.
2. Biar paratha sejuk sekejap untuk memudahkan proses melipat.
3. Now, this is quite a messy job - letak inti di tengah-tengah paratha. Lipat paratha sehingga menjadi bentuk 4 segi dan terbalikkan. Biar seketika to set aside.
4. Panaskan minyak dan goreng Murtabak sehingga garing.
5. Serve warm. Enak dimakan bersama kari panas di waktu cuaca sejuk salji begini hehehe...

enjoy! =)

p/s untuk Cik Ahkon: saya adalah kurang sihat weekend lepas jadi wpun cuaca elok terang berderang maka operasi memburu kasut adalah di tunda sehingga ke waktu yang ditetapkan kemudian. harap maklum. =)


Thursday 18 February 2010

what's cookin - Banana and Chocolate Chunk Muffin

hai hai hai! v(^_^)v

bertemu lagi kita di dalam episod what's cookin kali ini ya...sebelum cerita masak-masak kita pergi jalan-jalan dulu okeh! semalam adalah sangat cerah..pelik betul, sebab semalam semalam aka kelmarin ada snow turun, tengok-tengok semalam matahari memancar-memancar dengan indahnya...terus hati i pun jadi riang ria ribena...dok dalam rumah pun tak yah bukak lampu...pastu lagi pelik hari ni snow turun balik, tapi ciput je la jenguk manja manja je..haihhhh...cepat la abes winter...kan?

saya adalah pantang tengok hari cerah sebab ada alasan untuk keluar bersiar-siar bersama mya....target kita mahu ambil cream muka mya yang di order (sbb tak ada in-store so kena order and pick up later) dan mahu beli bedak muka mama yg baru...

St. Nicholas Shopping Centre; tengok tu..lihat awan di sana, berarak mengikutiku..cewah! happy betul hehe..(sebenarnya nak cakap "tengok tu, nampak tak kedai GAP? ada sale murah giller tau tak?wohoho!") dari luar nampak ada SALE dalam GAP so terus jalan cepat-cepat pergi farmasi beli cream and bedak dengan pantas, dalam hati dah tak tenang sebab ternampak signage baju GAP Kids 2.99pounds je!

hasil tangkapan di GAP, tunic top Mya hanya 4 pounds sahaja uols! murah-murah tapi dah tak banyak saiz so kena pilih2 sikit.. i dah rambang mata, ikutkan hati nak je rembat semua tapi masa ni Mya dah start merengek mengantuk (adoiyai..bangun pukul 11 pun nak tido lagi anak dara ni) and kalau ada papa lagi best sbb ada chief banker dan tukang bagi support utk mama dan jaga Mya so beli satu je la kan (-_-')

muka Mya puas hati dah nampak pintu rumah...chettt....lepas GAP i masuk Primark, shopping store feveret i sebab semua baju and kasut adalah murah dan gorjes dan kalau nasib baik boleh dapat barang Mya yang reduced sampai 50pence! wohoho! lumayan bukan? tapi keadaan cinonet i tak mengizinkan jadi balik je la...huhu...sampai rumah tak sempat i habiskan seround lagu wajib utk tido si Mya dah lentok..hehe kesian dia...

ok, cinonet dah selamat beradu, berbalik kpd tajuk di atas.
cubaan kali ini adalah Banana and Chocolate Chunk Muffin akibat terpengaruh nonton rancangan feveret Mya - I CAN COOK, episod Chunky Banana Bread.

Tapi kita ubah suai sikit, bahan-bahan basic tu guna ikut apa yang ada dalam pantry comel i aje dan tukar kismis menjadi chocolate chunk dan letak dalam paper cup sebab ketiadaan loaf tin. The thing that i really,really like about this recipe is it's so simple! (what else, heh?) dan adunan tak banyak, ok la untuk 3 orang makan..tak sampai 15 minit muffin i dah selamat di masukkan dalam oven...but if u interested to make these, i do suggest to use over ripe bananas and i notice some banana recipe suggest to use pisang emas in their recipe. Maybe boleh try kan? Kat sini ada satu jenis pisang je yang ala-ala pisang montel, takde nak dapat pisang emas ke apa ke so rasa pisang tu kureng la sikit tapi still sedap... =)

freshly baked from oven...

the texture...light and fluffy..more into bread like texture (dah nama asal pun banana bread kan..hehe)

Recipe adapt from I CAN COOK, CBeebies Channel
Ingredients:

WET Bowl:
1 ripe banana - mashed
3 dessert spoons sunflower oil plus a little for greasing -i use vegetable oil
1 egg - beaten
3 rounded dessert spoons of raisins - use choc chunk instead if u are chocoholic like moi =)
1 teaspoon vanilla extract

DRY Bowl:
50g golden caster sugar - i use granulated sugar
110g plain flour
1 level teaspoon baking powder

Method:

1. Prepare your WET bowl: Pour oil, egg, vanilla extract and raisins/choc chunk into mashed banana.

2. In other bowl, mix in sugar, flour, and baking powder.

3. Then pour the flour mixture into your WET bowl. Fold in slowly until combine.

4. Grease loaf tin with oil or scoop mixture into muffin cup.

5. Bake in pre heated oven 150 C for 15 minutes or until done.

happy baking! (^o^)


pesanan untuk cik ahkon: muffin pisang ni adalah untuk mengubat hati yang lara akibat pandan cupcake yang tak jadi hari tuh...mentang2 la ckp pasal cupcake pandan font pun kaler hijau hehe...

Monday 15 February 2010

2nd Anniversary (^_^)

hola peeps!
Its our 2nd Anniversary today !! OMG! Can u believe it?
well, not for me...i didn't realize how fast time passing by...day after day after day....sedar2 dah 2 taun i bergelar isteri orang and dah setahun lebih menjadi mummy.

well, takde celebrate apa2 pun...tapi rasa hepi sgt sbb weekend spend time berkualiti marathon tgk 4 movie back-to-back, just cuddling, makan, layan mya, doing nothing, cuddling and makan lagi hehe...

huhu...kat sini nak menyambut apa nya...i bukannya nak hadiah mahal2, benda2 cm tu x yah tunggu anniversary pun bole beli...yg tak bestnya takde family and kawan2...masa ni la rasa sedih i tak dpt dikawal2 bila bygkan kalau la aku kt msia mesti boleh kuar dinner best2 dating berdua or masak best2,anniversary cake or whatever at my PIL's dan makan dan makan dan makan dan ngompat....or maybe boleh masak simple2 and ajak kwn2 dtg mkn2 kt rumah...kan? huhu...nak balikkkkkkk.... =(

haha tetibe je nak bersedih bagai =P

2 Tahun...kalau baby baru nak belajar bercakap..dah boleh berlari dan byk mengomel...*sigh...our journey still a long way to go mi darling... =)

to my beloved husband, i really, really, really looooove u so much...everyday i thanked Allah for giving me such a wonderful and loving husband like u and i hope that we will grow old together and be happy forever...just remember i will be by your side for better or worst, tika zaman senang (spt dulu sob sob T_T ) or recession spt sekarang (have to congrats myself berjaya mengawal perbelanjaan dan tidak lagi beli benda merapu clap clap clap!)

eh, tiba2 rasa bestnye menjadi tua bersama...bygkan mya yg termuntah tgk aksi pasangan tua ni berjoget gelek kt rumah (skang tgk je dan tak paham lagi hehe) masa tu mya dah grad, adik dia dah masuk u so tinggal kita berdua saja..yieehaa! boleh habiskan duit pergi jalan2 spain or malta sama2 wah bagusnya!..lepak tepi laut minum kopi and sekodeng sexy chicks pakai bikini dan gelak2 ngompat boobies mereka....mesti best kan? well, of course masa tu kita dah pergi umrah byk kali so pergi tour europe la pulak..kan kan? ngeh ngeh ngeh...masa tu mesti u dah mampu nak belikan i LV and Coach banyak-banyak kan? kan? hehehe...

whatever it is, be it ada LV, trip to Malta or not i still love u la bebeh...mmuahhs! hehe...

kenangan di hari pelamin anganku menjadi kenyataan...

cak! motif letak gambar ni adalah utk mendivakan hati melihat my fake eyelashes yang lentiks...aww!dan juga nak tunjuk muka post-dpa i yg berjaya di camouflage oleh mak andam dgn jayanya..time ni tudung senget sbb baru lepas buat aksi melompat

pengapit ku...haha kelakar bila ingat balik si edd jd tukang beli air mineral, tisu and driver tunggu berjam kitorg amik gambar outdoor dgn cik ahkon yang keep on remind me to jaga langkah, jgn slounching, senyum dan sbgnya..thanks korang =)

p/s: rasa nak kawen lagi la papa...jom jom..nak tak? hehe..nnt kita amik gamba kt studio eh pakai wedding dress dgn mya sekali..i tak pakai gaun cinderella lagi ni..tp kene kuruskan bdn dulu la huhu bila la tuh....