Sunday 27 June 2010

selamat tinggal sayang

its time.

its almost 8 am now,sekejap lagi dah nak memulakan perjalanan yang jauh...10 am naik train ke Edinburgh, sampai around 12 then tunggu flight ke Stanstead, London pukul 5 pm...then tunggu lagi for flight to KL 12 midnight...fuhh...sungguh mencabar kan? entah-entah sampai London i dah pengsan..hehe....oh, kali ni first time naik udaraAsia for international flights ok (because of the current world's economy, what else? =) )...fingers cross everybody, lets hope beberapa carita tak best about this airline regarding their international flights to UK was totally untrue...hehe...and insya Allah touch down LCCT around 8 pm, Monday...gilak betul...dari rumah Aberdeen nak sampai KL almost 24 hours...entah-entah sampai rumah tak mandi tak makan terus tidur...haha....tapi kan, yang bestnye ma (my MIL) dah amik order tanya nak makan apa...wooohooooo....teehee....chumel kan ma saya?

barang dah siap pack, tinggal hand carry je yang tak siap lagi...penuh dengan susu, kudapan, mainan, bukuan, lagi kudapan, aksesori nak tidur...macam-macam lah...dah tak nampak macam hand carry bag dah aku tengok muahaha....yang penting passport, ic uk, ic msia, lesen, anddddd yang palingggg penting kad kredit, kad insurans dan segala macam atm card semua dah ada ye...hehe...

to my mi amor, sayangku, chentaku dan segala-galanya lah...goodbye sayang, jangan kurus sangat ye....ada karipap frozen dalam fridge untuk kunyah-kunyah tgk bola after dinner and i've iron all your clothes(except those 2 shirts from the last laundry session yesterday)...oh, and i've labelled the salt and sugar container as you always confused which one is which (both of them was put in the same colour of cases)

lepas ni takde tukang buat air,tukang gosok baju(syahdu pulak imagine dia kena gosok baju sendiri ish ish), tukang garu belakang and tukang urut okey...tapi mesti best sebab kalau kentut kuat-kuat pun takde orang nak marah and takde suara cinonet cakap 'ppoottt...' hikhikhik...

oh no, being a drama me, even typing this entry makes me wanna cry...hadoiii...belum sampai airport nak babai babai lagi nih...bukan apa uols, cuba bayangkan hubby korang duduk sorang kat tempat orang, takde sedara mara lain, balik keje takde 2 orang perempuan mengada mintak perhatian, paling sedih nak tidur still lapar sebab makan sandwich then minum air banyak2, terus tidur utk lupakan rasa lapar, weekend pulak jalan-jalan kat bandar sorang-sorang, makan ayam tandori dgn shish kebab sorang-sorang, tengok movie sorang-sorang...sedih bebeno hati teman ni rasenye...sunyi wooo...sini bukan cam kat msia tu, yela tempat orang kan...sob sob...


LOTS OF HUGS AND KISSES AND PLEASSSEEEE PLEASSSEEEE PLEASSSEEEE TAKE A GOOD CARE OF YOURSELF OK...AND PLEASSSEEEE PLEASSSEEEE PLEASSSEEEE DON'T BE SO KURUS KEREMPENG...ME NOT LIKEE! AND YES ME SO JEALOUS!

NotaNota: berdoa Tuhan berikan kesihatan yang baik pada kami dan permudahkan perjalanan yang jauh ini...aminnnn....

Friday 25 June 2010

kelas terakhir

ini lah geng kelas english saya...from left; Ina (wifey enche Hafiz), Theresa (the person yang mengenalkan kami dengan kelas ni, many thanks Theresa!), Maureen (the super cool tutor) and Penny (she's from China, and ada anak besa umur 8 taun gitu...maintain slim je badan dia jeles okkk...)

last Thursday was our last class....cuti panjang for summer and akan sambung balik when masa autumn..i brought along Cheesecake Brownies from last weekend (frozen immediately after cooling from the oven..simpan nak bawak pegi kelas), strawberries and kiwis...harus bawak banyak benda sebab nak clearkan fridge ye....niat d hati nak buat tartlets, dah siap beli pastry base yang siap bakar dah tapi sampai kelas cheese nya berterabur dong...tak gamak nak tunjuk kat diorang so kuarkan brownies and buah je la....

balik msia sure rindu kat diorang....and we really missed one of the students that day, Rungthip..kalau dia ada sure lagi best and meriah sebab rungthip + penny = seriously stomach damage sebab kalakar habis diorang ni...walaupun tak pandai english tapi diorang tak kisah dan selamba jek..tu yang lawak tu...

balik cuti panjang lepas raya kita join kelas baru pulak ye...

Thursday 24 June 2010

hasil terbaik car boot sale setakat ini


kan hari Ahad lepas pergi car boot sale kan, kan? so far that was the best trip, hasil rembatan yang paling memberangsangkan...hehe...jualan ni memang diadakan every Sunday, from 8-12pm in Thaistone Centre...naik kereta tu tak la jauh mana pun dalam 20 minit gitu....

kalau nak shopping kat car boot ni ikut nasib sebenarnya...sebab kita tak tau apa yang best at that week and like i said, kali ni terjahan yang mengena...yippie! nak shopping pun kena ikut strategi, ye la kan...dah la Mya ni tak nak duduk dalam stroller..memanjang nak berlari so kena gilir-gilir dengan mi amor, sorang layan Mya main sorang gi meninjau barang...haha of course la giliran i pergi meninjau paling banyak hasil kannn....bagi 20 pounds pun habis, masa mula-mula tu masa hubby nak bagi duit 'eh, alamak takde duit kecik la pulak..ni bahaya ni bagi mama banyak-banyak..' and i was like 'ngeh ngeh ngeh...ala bukan nak beli apa pun. orang nak guna 5 pounds je nanti ad alebih bagi balik ek' sambil tersenyum kegembiraan...

harus kita ingat di sini ya kawan -kawan...kalau bawak 20 pounds pergi car boot sale setakat nak beli baju Mya boleh dapat 25 helai...hehe...sebab harga for each baju paling mahal pun 3 pounds...cam ne tu? =P

tapi kan, rasanya hari tu hari malang hubby saya la..sebab dah la msian international driving licence hilang (kitorang suspect ada orang copet sebab kepit sekali dengan passport kalau jatuh mesti jatuh dua-dua kan tapi passport ada..syukur...lantak la kome bukan boleh pakai pun) dah tu dah la dia beli satu barang je iaitu kasut ala-ala but, beli pun sebab memang keperluan ( unlike me beli untk kepuasan =P) untuk trip panjat bukit tengok batu minggu depan sekali tengok oink-oink skin lining daa....sungguh jelas dan nyata 3 dots itu...yuck! terus pergi amik tanah kat belakang rumah samak hehe...sudahnya dai tak dapat ape pun, dapat penat layan mya and mama aje....teehee...

fokus kali ni nak cari barang untuk neneks Mya, then dah capai objektif baru kita fokus kepada barangan melahar yang lain...my mum so far berminat pada tea pot and kristal and MIL dah pesan carikan silverware yang ala-ala Queen Anne tu...so, jom kita tengok hasil ye...


For Ma (mum in law), Clockwise: dulang silver (5 pounds), kristal bowl (tak tau harga hubby yang beli, pandai kan?), backstamp for blue engraving plate(jenis backstamp indicate tahun di buat), pinggan hiasan (1 pounds each).

For mak saya: tea pot set...apparently when i'm googling about this set memang company yang buat ni dah set up lama...Johnsons Brothers Co. and until now they still produce various gorgeous hand engraving China...cantik wooo....try tengok kat sini harga dia korangg....i beli satu set dalam RM35 jek, diorang jual satu cawan = RM 21...


Rembatan melahar, clockwise : Warehouse brown blouse (3 pounds), Warehouse silk print tunic (3 pounds), cotton flower print blouse ( 2 pounds), GAP Teens military jacket (3/5 pounds, tak ingat), brand new Clarks shoes (5 pounds), hardly ever worn River Island nude shoes ( 2 pounds...kut?)

best tau...kali ni baju-baju banyak pilhan tapi masa nak memilih je yang tak mengizinkan...sebab kena ikut mood si cinonet...tapi kan, kan..sedih tau....perasan diri ini masih kecil chomel and konon sekli imbas tengok baju dah tau boleh muat ke tak...but, nuh-uh....sila sedar diri Lin, kamu dah mengembang! both Warehouse blouse tu i tak muaattt! gilo...balik rumah baru perasan satu saiz 8, satu saiz 6...wey, ingat ko tu model ke boleh muat saiz 6..wakakaka....takpe la, nanti boleh jual kat sedara mara i anak-anak dara yang selim melim tuh... T_T

tapi kan, hasil paling best adalah ini:

the winner, long black skirt with paisley print, 0.50 pence (^_^) terbaekk!

hahaha..best kan kan kan? bargain giller tu...yang penting jangan rushing (or you'll end up dapat baju cantik tp tak muat like moi), pilih betul-betul untuk dapat baju yang elok and berkualiti plus mesti buat muka comel yang tunjukkan yg kita ni berminat sangat dengan barang dia untuk memudahkan proses tawar menawar hehe....

for me, car boot or garage sale like this is the best place if you want to start your collections in antique goods...macam pinggan and tea pot tu, berbaloi-baloi....and kalau surf kat web site pasal antique china ni the most important thing if you want the original piece is to look at the backstamp of the goods...corak, nama syarikat and kalau ada nama tempat boleh melambangkan tahun pinggan tu di buat....contoh gambar pinggan hiasan warna biru dalam gambar first tu, dibuat oleh W H Grindley and apparently they have various style of backstamp like these.

macam last time yang ma ana mak datang tu diorang dapat pinggan hiasan yang dah wujud since 1880's...whoaaa...to think of all the places they must've been before, from one house to the other hands until selamat dipamer dalam almari kat rumah kita...its feels like really something isn't it?

haha tetibe nak cakap pasal pinggan antik kan? but i do find it interesting...so dah cakap kat hubby before balik msia for good nak borong pinggan mangkuk banyak-banyak and simpan...kalau anak cucu takde duit boleh jual kat muzium hehe =)


kepandaian terbaru saya

dah lama rasanya tak cerita pasal Mya kan? asyik2 cerita makanan and jalan-jalan...hehe...

sekarang memang banyak yang Mya dah pandai, dari segi perkembangan mental dan emosi...bab bercakap tu lagi la, makin banyak vocab yang Mya dah pandai...and cepattttt je ikut kalau dengar orang cakap...lagu program feveret dia pun dah pandai miming hehe...kira pun dah pandai, kalau main sorang tu membebel kira one two three sampai ten tapi terabur giller..hahaha...selalu mama dia tergelak bahak-bahak tengok dia main sesorang =D

nak tidur mesti nyanyi nursery rhymes or selawat alternately depends on her mood...and dah boleh ikut sikit-sikit...latest songs - Incy Wincy Spider...

Incy Wincy spider climbe up the water spout
(inn see parr em em parr...)
Down came the rain and wash pour Incy out
(aun kar arr and sher war arrhhh...)

and so on..hehe...siap tarik2 nafas tu nak ikut nyanyi...


gambar raya last year, betul-betuk sebelum datang Aberdeen...pakai baju sailormoon hehe...masa ni right before nak raya kat kampung acik atie..hehe...

contoh perkataan yang dah boleh sebut clearly:
book, door, nak, milk, car, egg, bye, hat, duck cup, star, fork, cat and paling best 'bag' (sila sebut dengan slang baku scottish ye..bukan 'beg'..over tau)

perkataan yang kebanyakannya hanya mama saje yang faham:
pheephee = pampers
fah = flower / feather
bibi = baby
sheeshee = pee
har = hair
berkd = bird
poon = spoon
amor = one more
barber = bubble
bohr = balllon / ball
faish = fries
hok = hot
korr = cold
semaaa = smileee!! (bila nampak kamera)
apik = si capik (one of her teddies)


sudah pandai demand mahu bubble bath 2 kali sehari

paling best sekarang ni dia dah pandai cakap 'come' which akan digunakan setiap kali mintak didukung dengan over emphasizing the words 'commmeeeeee...' then pantang nampak mama pakai baju lawa sikit mesti cakap 'kak,kak' (bukak,bukak) sebab ingat mama nak keluar and takut kena tinggal...

and hari tu macam tergamam kejap sebab...

mama: mya, show mama your tummy?
mya: (point and pat on her tummy)
mama: good girl! now tell me what is this? (point to her tummy)
mya: bibi (baby)
mama: erkkk...no no!


sangat suka main batu....nampak batu kutip, then nampak batu kaler lain campak batu tadi kutip batu baru dan begitulah seterusnya...nak jadi geologist kut...

owh...ni gambar Mya yang paling feminin and gurly...baru la nampak macam anak dara


gambar paling alim..hehe..ustazah notty dengan muka penuh keimanan =)

suka kemas bakul laundry juga...kutip baju papa or worst lingerie mama and sarung atas kepala..haih.


mya juga dah pandai main handphone, and buat action tengah call someone..hehe...its hillarious just to hear all the bits that come out from her mouth...rasa nak je rekod satu-satu tapi bila nampak kita capai digicam je terus tak jadi...so rekod dalam kepala je la...

kalau terdengar papa or mama (most of the time papa ok =P) let out big loud fart, Mya akan gelak and says 'potttt...' haha....

oh my, cepatnya masa berlalu kan? sedar tak sedar the next time i know Mya dah nak sekolah...and i'm soooo looking forward to that! imagine send and fetch her from school, to hear about her day with friends, cook and bake together...sob sob...tetibe nak sebak! haha...

and the most dreadful thing is, she's almost 2 now and im still carrying this 'baby fat' (if i can still called it that haha) around me! uwaaa....

Monday 21 June 2010

what's cookin - Cheesecake Brownies


fresh from the oven and yet, dah rongak satu slice... =P

wah! double entry what's cookin berkenaan bownies dan cheese...hehe...that wolud be because; 1. tak puas hati dgn hasil Marble Cheese Brownies lepas yang comot, 2.kononnya nak buat bekal piknik yang tak jadi...

weekend lepas plan nak ke Stonehaven tengok castle (refer previous entry) hari Sabtu, so i baked this konon asa a kunyah-kunyah kat sana...maybe cari tempat best makan aiskerim and duduk lepak-lepak...tapi tak jadi and while we browsing gerai-gerai kat carboot sale, enche hafiz call and ajak pergi after we back from carboot sale...gitu ye kisahnya...and on that time brownies ku ini dah selamat masuk freezer, frozen for later...kalau tak selamatkan cepat-cepat maunya satu loyang i rembat sorang...tak mo la gitu kan, my waistline are begging me to put that brownies away and i listened okayyy....hehe...

mya yang tak sabar...pantang tengok cokelat...haih...bakal menjadi chocoholic berjaya satu hari nanti =P

resepi ni Cik Ahkon dah try rasanya...kan yanti kan? resepi from famous American-Parisian chef David Lebovitz, here. only that i think i was overmixed the cheese and the brownies batter which gave my cheesecake brownies a kinda 'kelabu asap' look....hehe...


macam biasa lokasi nak shoot shoot harusla tepi tingkap kan...dah situ je lighting okay...kalau tak akan end up hasil masakan cam kena demam kuning..kuikuikui....eh, i malasla nak re-copy resepi kat sini...rasa macam agak tak sedap badan, tekak yang rasa macam terbakar memproduce itching mucus and i keep on melepek and gulping water alternately along with melayan si kecik...kalau uols berminat sila bukak David Lebovitz's site okay...

tiba-tiba tengah snap matahari memancar la pulak...berkilau-kilau choc chips kat atas tu ha...yumm...


oh yes, of course la rasanya sodap...dah namanya cheese + chocolate brownies kan...hehe...

cuba jangan tgak cuba okay...boleh masuk list resepi must-try untuk raya nanti...very the easy cheesy cheesecake brownies! (^_^)

Sunday 20 June 2010

jalan jalan cari batu

fuhhh...hari ni hari ahad yang sangat letih...this weekend definitely jadi penutup sesi swipe-your-hubby-card-till-he drop yang dah berlangsung serta merta after beli tiket balik kampung couple weeks ago...hehe...si kamal tu dah terdrop pun hari-hari balik rumah ada je barang baru, hari-hari banyak hasil, bagi alasan keluar nak beli bawang eh eh tak tau pulak kedai jual bawang ada jual kasut ek...kuikuikui...well my dear, i'm a housewife..THIS is what we do you know (sambil buat muka comel tidak bersalah =P)

semalam just jalan-jalan pergi shopping barang dapur, stok susu Mya and other misc items...then dah tak tau nak pergi mana terjah rumah enche hafiz...haha..sukati je kan...terjah bawak buah tangan takpe ina kan? kan? =D

hari ni pulak pagi-pagi bangun nak ke car boot sale...haa...sini la jadi penutup shopping, sudah sudah la tu...i sendiri dah tak larat uolssss...banyak jugak hasil, kali ni pergi macam banyak pulak baju cantik-cantik and paling geram kristal dengan tea set english style...huhu...cantik sangat macam royal albert tuh, kalau kat malaysia tu mau i jeling harga then blah, terus rasa tak gamak nak minum teh dalam cawan harga ratus2...hahaha...


err no im not pregnant ok...nak pakai clincher tp ketat sobs sobs T_T

then tengahari ke Stonehaven jalan-jalan dengan shin chan si gebu nak amik gambar dekat Dunnottar Castle...cantik tempat tu atas tebing tepi pantai tapi sayang binaan istana tu dah tak nampak sangat...Stonehaven ni bandar (besar sikit je dari pekan hehe) kecik tepi laut, mainly ekonomi base on fishing and started to booming since Aberdeen bursting with oil and gas businesses...gitu ye...keadaan natural light hari ni tak mengizinkan nak amik gambar cantik sebab gloomy...kelabu asap je langit tu ha...


alololo...chomeynyer anya itew alan ngan papa ia kan kan...haha...papa, anti angan mish anya ok...


walaupun sekali tengok cam 'apa la datang sini tengok longgokan batu jek' tapi castle ni pernah jadi lokasi penggambaran filem Mel Gibson okey...Hamlet kalau tak silap....when i googled about this castle, apparently nama 'dun' tu maksudnya fort dalam bahasa Pictish (bahasa lama yang dah pupus used by Picts people) so memang fungsi dia untuk pertahanan la kan...tengok je la jalan nak keluar masuk macam mana...fuhhh...


memang best la lepak sini...nak nak kalau bawak bekal nasi lemak panas sambal sotong..perghhh...mau mat saleh yang tengah naik tebing bukit castle tu tergolek terbau haruman yang menyelerakan hehehe...alamak, lapar la pulak...mana la shin chan turun bawah tak naik-naik lagi...


tebing ni tinggi okeyy...dah la si Mya ni tak duduk diam..elok je dia berlari lari nak tengok bawah...haish...


suka gambar ni sebab; 1. mya duduk diam, 2. scenery cantik, dan, 3. tak nampak cam preggie..huhu...

tengok la tuh jalan dia tuh tangga-tangga dia tuh...whoaa...enche hafiz sekeluarga turun bawah jalan-jalan..kitorang takde la kan..turun memang la lajuuuuu je..nak naik balik kang mau terbalik ke belakang balik...sebab konpius nak bawak mana satu bon-bon yg berat ni ke or nak bawak mya hehehe...

dah penat bergambar pegi lepak kat tepi pantai pulak.. lapar-lapar ni layan je kalau dapat fish and chips (dah itu je yg boleh makan pun..) ikutkan nak je order burger, tapi takpe...sikit je lagi nak dapat makan best-best...hehe...gambar kat atas tu Mya tengah cakap 'smileeee' sebab nampak mama nak amik gambar...ye, itu antara kepandaian terbaru Mya =)

the bitch eh silap beach...kat sini ada deretan kedai-kedai chomel...ada kedai aiskerim sedap beb...tapi nak beratur punya la panjang, lagipun kat carboot sale tadi beli aiskerim tak habis pun buang jek sebab banyak sangat and sakit tekak..so cuci mata je la orang-orang yang beli tu bawak keluar aiskerim diorang..fancy tuuu...siap ada yang tuang sos karamel leleh leleh, ada yang tabur mini mashmallow, ada yang wafer stick terjojol, chocolate drizzle..slurrppp...

tapi kan lepas dah habis melantak fish and chips terus takde rasa langsung nak beli aiskerim gorjes tadi..hehe..nafsu semata-mata...

ok la korang...mata dah layu, perut dah kenyang (balik rumah terus masak, nasi tetap wajib la kan..hehe), badan sudah letih, mata ni dah berat tahap apa dah ni weyhhh...tapiiii...tak boleh tidur lagi sebab nak tunggu Isyak...sekarang Isyak lambat kul 11 lebih huhu...Mya pukul 7 tadi dah flat...hehe..best nya jadi budak kan?

Mya, malam ni jangan mimpi takut (paling nightmare pun mimpi no papa no mama kut) nangis jerit-jerit eh...mama and papa nak tidur best-best nih...lotih bona raso eh...time shopping tadi tak hengat hehe...ok la korang, selamat menjalankan tugas di hari Isnin ni ye...tata~

Thursday 17 June 2010

my couch potato companion - Part 1


the best thing about being a full time housewife is that you can watch all the program melahar tanpa mengira waktu..hehe...plan buat kerja rumah masak dan mengemas kena baekkk beb...mostly ikut jadual rutin mya and of course, my fav tv programmes..hehe..

so, berikut disenaraikan lain-lain rancangan tv kegemaran other than GLEE (of course!), Desperate Housewives, Keeping up with The Kardashians, marathon FRIENDS back-to-back-first-episode-sampai-akhir, SATC (pun ulang tayang dari 1st ever season sampai la ke habis), bla bla....nasib baik la i ni tak gile series cam Grey's Anatomy or Private Practice and Gossip Girls...rasanya kalau cik um dan cik yanti datang bercuti sebulan kat rumah saya gerenti tak bosan hehe...

kalau nak letak sekali harung dalm satu entry cam panjang sangat, bosan korang nak baca satu satu so kita bagi ikut kategori ye.. kali ni kita tengok rancangan peneman kerusi kentang saya dalam kategori 'Fashion and The City' okeh...hehe...

How To Look Good Naked

*pics from Channel4.com

oh, saya adalah super suka ini cerita...host by British super-famous stylist Gok Wan (and of course he's g**) basically its about err..yes, bagaimana mahu nampak dan rasa cantik bila anda berbo*** hehe...takde la tunjuk orang naked gitu, aish korang ni piker le yang positip sket.. =P each episode ada participant, selalunya a person yang ada self-esteem super low..sangat tak yakin pada diri dan terlalu sibuk jaga orang lain dan lupa nak sayang and jaga diri sendiri...paling best dengar ayat Gok yang kelakar and the outcome sangat mahvellous okkkk...terus org gemuk chubby nampak stylo and kewllll....the key is to know what your body type is (pear shape ke, hour glass ke, buah tembikai ke..hehe) bottom line is, you can feel beautiful no matter what size you are...apa yang penting...keyakinan! other than that, ada segmen test produk kecantikan to reveal what products really works and what not..surprisingly sometimes produk brand farmasi cikai lagi bagus dari luxury brand's product cam Clarins or Estee Lauder..mana la i tak suka uolss.... =P



*pics from Channel4.com

aha! yang ni pun best, another fashion magazines programme host by Fairy-Gok-Mother..eheh. sekarang ada new season so sangat suka sebab boleh keep up dengan latest trend fresh from the runway..dlm citer ni Gok akan lawan against Brix Smith, perempuan high-class fashionista dalam satu runway battle...together they will create 4 different looks from each side; high-street side (style by Gok) and designer side from those perempuan terlebih duit yang beli kasut ribu riban sebab dah tak tau nak buat apa..gilo! dalam runway battle to audience tak tau which side is from high-street and which from designer and they will decide which style truly rocks the runway...selalunya high-street side yang akan menang..hehe suka suka...si mamat (or akak?) Gok ni pandai mengubah dress simple harga 20pounds or kasut stilettos simple yang murah tambah-tambah renda, lekat-lekat frills terus dah nampak mahal...i likeeee..!! just imagine Zara, Topshop and FCUK VS Cavalli, Gucci, and Alexander Mc Queen...and they actually won!! there you go British high-street, you rock!!


Next entry, its all about Healthy Eating baby!

Tuesday 15 June 2010

count to the down

hola peeps! its been a while since i last updating this blog..reason being? busy and lazy...hehe...

busy sebab almost everyday for last week keluar mencari hasil tangkapan untuk bawak balik kampung...lazy sebab bila dah keluar hari-hari haruslah penat kan.....huhu...lagipun bawak mya keluar adalah tidak mudah ye, nasib baik la ada creche boleh tinggal sejam dua...2 hours for shopping session?? sangat mencabar sebab kena jalan laju-laju and pilih barang laju-laju which me dont likee...

why agaknya saya sibuk shopping ek? well that's because my flight will be taking off back to KL in two weeks people!! Sunday, 27/6 to be exact...

WOOT WOOTTTTT...!!! oohhh..oohhhh...
(sambil menari break dance, shuffle and bola-bola api)

bestnya dah nak balikk....weeheeee...actually takde la plan nak balik seawal ini..ingatkan paling awal pun early July tapi ada la macam-macam hal kan alang2 tu mi amor kata balik je la minggu tersebut..i okay je bangg..hehe sapa tak gumbira beb nak balikkk...owh, i miss sunshine panas terik!! hehe...even my mum pun terkejut bila cakap 'mak, orang balik lagi 2 minggu' haha ingatkan 27 hb Julai rupanya bulan ni daaa...terus cakap 'eh cepatnyer nak balik..tak yah la beli pape dah..' even kasut clarks pun dah tak nak dah uols....hehe tahu emak saya mesti rindu anak dia balik (ke dah tak rindu saya tp rindu mya lagi byk? hehe), best sebab balik rumah je ada orang siap masak..hehe...

so far tak dapat nak membeli banyak pun..ada la sikit-sikit mana yang sempat kan..to Cik Yanti, henbeg for your emak adalah tak berapa lawo ler yg clarks punyer...cam biasa jek, kecik comel je rupa paras...so sila maklumkan jika anda still nak i beli okey...

now, anda semua adalah diminta untuk meng-wish gud luck kepada saya okey..sebab balik berdua je dgn Mya..which sangat mencabar consider total perjalanan almost 24 hours from aberdeen....huhu...kitorang naik udaraAsia jek..murah kan hehe....from aberdeen naik train tu edinburgh, then naik flight to london stansted airport then tayar bergolek ke KL that midnight...weeheeeheeee.....

sampai tu i lepak seremban dulu, qada tidur dan legakan kesakitan badan...hmmmm...dah terbau gulai sawi jeruk and rendang daun MIL buat...main masak-masak bersama ipar duai sambil update gosip yang dah setahun tertunggak...ternampak-nampak gerai putu bambu sedap dekat simpang sg ramal near kedai asam pedas...terbayang-bayang cari parking kereta kat alamanda for girls-day-out at sushi king...oh oh..yang paling penting first thing first, habis qada tidur nak gunting rambut dan 'bela' rambut yang dah lama tak terbela kat senawang hikhikhik...rambut adalah pjg melampau okey...dah la rangup sebab kering and malas jaga =P

layan je la orang dah lama duk jauh ni berangan ye korang....hehe...

so girls, nantikan kepulanganku okeyy...tata!