Monday 19 July 2010

untuk papa

entry khas update gamba terkini Mya untuk papa...

saya dah boleh terima uncle saya dah...heh..entahla kenapa dulu saya takut sangat dgn dia ni, dgr bunyi pintu bilik dia nak terbuka pun saya dah mencicit lari...sebab misai kontot dia kut.. =P


tengok tu...camne la saya tak takut dgn dia kan? yang sebelah tu abg ami...mula-mula saya konfius sebab muka dia sama mcm abg imran kezen kesayangan saya...sebab muka diorang serupa lepas tu style gigi rongak pun sama...ish ish ish....

ini beg pertama saya...saya tak mintak pun tapi mama tu je yang excited lebih nak belikan...i amik je la kan...hehe..

Sunday 18 July 2010

sayang isteri tinggal tinggalkan

hmm..bila dah tinggal sorang ni terasa ada betulnya pepatah di atas..ewah, lama tak buat ayat bm tanpa kesalahan tatabahasa =P

sabtu lepas mi amor dah selamat berangkat pulang mencari rezeki di tempat orang...but until now tak sampai-sampai lagi ke aberdeen, have to spent a night in london and now baru sampai glasgow untuk tukar mode transportation dari kapal terbang kepada keretapi....haih, 2 hari nak sampai rumah huhu....

and as for me, sabtu tu sibuk berangkat dari seremban-bangi, settlekan mya then off to seri kembangan for um's engagement....jadi sibuk menguruskan mya dan kegembiraan bertemu kawan-kawan make me 'lupa' yang cik abang sayang awak tu dah balik dah...

saya hanya tersedar dan mula terasa kosong bila bangun tidur pagi tadi....for a week, bangun tidur ada orang kat sebelah to cuddle and we have so much fun even stay at home doing nothing but memikirkan menu makanan...bawak mya ronda-ronda, tengok ikan besar di aquaria, borak-borak kosong sampai 2-3 pagi, dating di kopitiam selepas penat 'bersilat' tidurkan mya (not like we all tak cukup makan tapi peluang nak dapat dating berdua sangat la susah)....huhu...saya rinduuuu...!!!

and to make things worst, i've gain 2 kilos!

oh my, definitely kena cari obat kurus...hehe...3 minggu equals to naik 2 kg, gilo! =P nampaknya puasa ni kena control makan masa buka and snacking afterwards, hehe...

hmmm....cepatlah habis sebulan, tak sabar nak tunggu mi amor balik cuti raya....sangat menunggu raya tahun ni sebab after kawin 1st raya together i tengah sarat...pakai baju kurung maternity yang sangat tidak attractive...2nd year hanya berdua dengan mya tanpa papa di sisi....and for this year saya hanya nak bersama 2 orang kesayangan with our beloved family di pagi raya....baju raya fancy-fancy lengkap dengan kasut meletops bukan lagi kepentingan utama...

to my sayang, take care ok....banyak-banyak bersabar berpuasa di tempat orang time bukan winter ni ye...huhu...we miss and love u so much.. =)


Wednesday 14 July 2010

what's cookin - Baked Oreo Cheesecake

fuh. dah lama tak update entry what's cookin kan? berhabuk dah dapur i..hehe..sibuk la, lagipun i duduk seminggu Bangi and seminggu Seremban alternately so yang boleh online kat Bangi je..tu pun kalau sempat bila Mya tak bangun lagi after masak lunch and settlekan laundry....gitu la kan suri rumah sepenuh masa mithali cam i nih..kuikuikui...

actually Oreo Cheesecake ni memang jadi favourite gorgon-gorgon cousin ku masa raya....memang berulang diorang makan...so bila ada peluang nak buat masa ada ramai orang kat rumah mak last 2 weeks (iya,this is another basi entry =P) i pun buat la...lepas gian dah lama tak buat kan...sonang yo nak buek...gaul gaul campur campur dah siap....but sadly dulu masa print resepi ni lupa nak tulis source dia dari blog or site mana, so tak taula mana asal resepi ni...lagipun i dah modify sikit-sikit resepi ni ikut senang nak sukat and beli sekali harung bahan and tak payah simpan-simpan leftover cheese ke oreos ke kan...gitu....

as for the sour cream, kalau tak jumpa boleh ganti dengan heavy cream as noted below....but i do strongly suggest guna je la sour cream kalau boleh...rasanya kalau plain yogurt pun boleh kut...kan? haha so siapa-siapa yang try guna yogurt tu halo-halo la ye kita share results dia cam ne....

Baked Oreo Cheesecake
Source: from online, forgot which site it came from, to the recipe owner, thanks for sharing =)

Lapisan biskut:
2 bungkus Oreo, buang krim dan hancurkan
1/4 cawan melted butter

- Gaul serbuk biskut dan butter cair, tekan-tekan kan dalam springform pan (for cheesecakes, i used 22cm size springform pan). Cover bottom of the springform pan with aluminium foil and set aside.

Lapisan kek:
4 biji telur
500 gm Philadelphia cream cheese, soften overnight at room temperature
3/4 cawan gula pasir
1 cawan sour cream (or can be replace with 1 cup heavy cream + 1-2 TBSP lemon juice)
2 sudu teh esen vanilla
1-2 bungkus Oreo, patah-patahkan atau simpan a few for garnish

1. Didihkan air panas sementara nak buat lapisan kek.
2. Pukul cream cheese perlahan, dont overmix. Masukkan gula dan pukul sampai kembang.
3. Masukkan telur satu per satu sehingga sebati.
4. Masukkan sour cream, vanilla dan biskut Oreo, kacau sebati.
5. Tuang adunan kek ke atas base biskut tadi. Hiaskan kepingan Oreo di atas kek.
6. Letak loyang atas dulang pembakar, tuang air panas tadi ke dalam dulang pembakar (bakar secara water bath).Bakar 45-55 minit atau sehingga kek masak (middle of the cake will slightly jiggle when shaken)

HAPPY BAKING!

sayang janganlah pulang

oh! kejap je dah nak abes seminggu kan?

me not like! :(

sabtu ni mi amor ku dah nak naik katube balik dah weh...balik ke aberdeen semula berseorangan tanpa teman...uwaaa...sedihnya sayaa...huhu...

masa yang suntuk ni penuh dengan jadual membawa Mya berjalan dan settlekan misc items macam jumpa tenant rumah yang disewakan, pergi bank, bayar itu ini macam-macam la kan which means aliran cash flow menuju ke arah negatif adalah sangat deras dengan jayanya...kuikuikui...

isnin bawak mya ke mid valley,main kejap kat megakidz....wah wah wah seronok betul dia...semalam pulak ke aquaria, berempat dengan uncle kudut dia a.k.a ed hehe sebab nak suruh dia amik gamba....then shoot ke alamanda, niat nak karok bagai lepas layan sushi and baskin, masing-masing dah penat dan kenyang, semua menonong je nak balik..hehe...

suamiku pulang hari sabtu ini kawan-kawan...sob sob...dan saya sedang berkira-kira nak tanya ma boleh tak tengokkan Mya kejap petang tu sebab nak ke engagement cik um kita...entah sempat ke tak kan...lambat sikit takpe kut kan um kan janji aku sampai..hehe...nak i bawak cinonet sekali? oh tidak....cmne nk drive dengan dia wehhh...dia mengamuk kang buat rosak majlis orang je ada drama queen ngalahkan bakal mempelai hehe...

ok la, till then...nak kejut 2 orang kesayangan saya itu dari tidur...konon je nak bertolak balik seremban pagi-pagi...hehe...tata! v(^_^)v

Saturday 10 July 2010

aksi terkini

basikal pertama saya

muka vanggaaaa....

amoi jual sayur yg hepi dgn hasil jualan hari ini

model padang pasir

are you ready to cha cha?

darth vader version south park...and err, puting muncung...

kezutan terhebat

hi all!
hari ni sangat menggumbirakan. hari yang memang sangat ditunggu-tunggu telah tiba.
sebab mi amor ku dah selamat sampai...hehe...yes people, suamiku selamat sampai pagi tadi...bercuti seminggu untuk lepaskan gian makan makanan berkolesterol tinggi sebelum balik bercuti sebulan for hari raya...

haha...my mum cam pening and cakap 'korang ni macam la nak balik dari melaka nun...berbalik sana balik sini ulang alik naik kapal terbang..haih.'

and the best part is his family didn't know..hehe best tak best tak? except for angah and kak iza (her 2nd bro and his wife)....memang dari awal lagi hubby cakap tak payah inform diorang, saje je nak buat surprise...hehe..tak sabar and berdebar ni nak tengok reaction atuk and nenek mya bila tengok mya balik seremban dengan papa.. *wink wink*

actually ini la punca i punyer tiket raya terawal melampau memandangkan plan asal nak balik seminggu before puasa which means i balik 2 bulan for ramadhan and raya, while mi amor balik cuti sebulan for raya...saja bagi can kat mya spend masa dgn atuk and neneks lebih sikit so i and mya balik awal sebulan la kan...

tup tup hubby teringat yang dia ada tiket free balik msia from company kat kl dulu...hah apa lagi beb, of course la nak balik kan...TETAPI bila check tiket tu nak expired end of july...and itu adalah tiket M.A.S ye and sah sah tak mampu nak beli tiket balik satu flight untk mya and me kalau nak balik sekali dgn papanya kan...gitu la ceritanya yang i balik naik udaraAsia tuh...hehe...kira kos semua pun all out including tiket balik semula ke UK pun dah lebih 10K wohh...gilerr ah lagi mahal dari hantaran i okeh! =P dush dush!

takpe la kan setahun sekali perabih duit nak jumpa mak bapak kat kampung...hehe...for cik yanti, ada masa aku akan roger untuk pass a few items utk ko yang kamal bawak ye...jadinya seminggu ni memang akan di spend dengan sehabis baik dengan aktiviti melantak dan jalan jalan...dari aberdeen lagi kitorang dah berangan macam-macam nak bawak mya pergi zoo la, qada' makan seafood kat bagan lalang (WAJIB) la, johnnys, sushi..hehe..and the list go on....

2 minggu dah balik ni saya masih belum berkesempatan nak buat sesi penuh bergosip dan lepak dengan kawan-kawan...masih banyak resepi kek dan biskut biskutan yang belum dieksperimen bersama ipar duai....dan masih banyak checklist operasi me-make over rumah emak saya yang belum dibuat...hehe..so far baru habis spring cleaning bilik yang dah jadi macam stor dan hantar baju lama untuk dermaan, itu pun 3 hari baru habis...hadoi..nak update blog pun byk yang dah tertinggal, basikal pertama mya, masak nasi ayam black pepper, kepandaian terbaru mya dengan spek hitam besar ala paris hilton...huhu...

so later okay....sesi penuh berjumpa kawan-kawan akan dimulakan secara rasmi bermula minggu depan =)

Monday 5 July 2010

jet lag yes i am

hi uols!
minggu ni masih di bangi dan saya masih jet lag...semuanya sebab si kecik tu la haih.
asal pukul 2-3 pagi je dia bangun balik hehe...

so far dah berjaya makan nasi kerabu je..and mc donalds...layan nasi kerabu kat Yati Ayam Percik Bangi dan seperti biasa telah berjaya habiskan duit bekalan suami yang jauh di mata juga dengan sangat berjaya sekali hikhikhik...bila tengok price tag tu rasa cam mahal pulak brg kat sini...nak beli pencuci muka pun around rm20 kalau kat sana 5 pounds dah boleh dapat yang best hehe..tapi kalau convert tu sama je sebenarnye kan...

hmmm...bila sampai sini kan takde pulak rasa nak melantak...padahal masa menghitung hari nak balik hari tu bukan main plan macam-macam nak murtabak la, char kuey teow la, cendol sedap la...hmmm..maybe sebab tidur still tak betul lagi kut so ptak ni weng-weng...macam tu la manusia kan? apa yang ada depan mata selalu tak appreciate...haha tetibe ayat makan dalam =P

last weekend berjaya masak nasi tomato dalam amoun yang banyak...tapi yang tang dalca tu serahkan pada yang pakar la kan...suruh mak je yg handle heehee..and also membaking Oreo Cheesecake for desserts...sebab family my auntie datang anak beranak (dia baru balik from KK so singgah for late lunch before balik ke Ipoh) so memandangkan bilangan gorgon gorgon yang ada and tau diorang memang suka makan cheesecake i pun buat la...puas hati dapat buat sebab dah lama sangat tak buat Oreo Cheesecake ni...tapi gambar takde la uols..i malas nak amik kamera transfer dalam ini pc haha...next entry la kita tunjuk kecomelam kek tersebut ok...

sekarang tgh plan nak makan kat mana esok...maybe nak layan Asam Pedas..slurrp slurrpp sedapnya kalau dapat patin tempoyak kan yanti kan? haha..tapi nak keluar kena tunggu nenek mya balik keroje dulu baru bole keluar and by that time sure lauk lunch dah habis...kalau ada delivery kan ke best...hehe...

to mi amor, sabar lah kandaku..penantianmu bakal berakhir...hehe....

Saturday 3 July 2010

"..dan kepada rakyat Malaysia yang baru pulang ke tanah air, selamat pulang"

tajuk entry dia atas adalah ayat ucapan pramugari yang saya tunggu-tunggu, second best thing yang tak sabar after bunyi tayar kapal touch down di bumi malaysiaku tercinta...wah! ayat tak hengat! =P

serious you, kalau balik dari oversea yang jauh greetings from kapten or chif FA la yang paling tak sabar nak dengar, definitely will put a wide smile on my face and dalam hati akan senyum juga sambil lompatlompat somersault...hahaha....

alhamdulillah, Tuhan permudahkan perjalanan kami yang panjang....for almost 14 hours flight, Mya mula terkulai atas pangkuan sebelum take off sammpaiiiiiiii diorang announce we will arrive at LCCT approximately in 3 hours...woot woot! there you go Mya! that also means my bon bon duduk melekap atas kerusi tu for almost 11 hours! uwaa....bila bangun tu mencucuk-cucuk rasa cam dah tak nak tengok kerusi dah....hehe...bangun terus mintak meal yang tak jamah lagi, orang dah nak serve second meal pun hehe....

overall,pengalaman pertama naik udaraAsia ni sangat sangat pleasant...memang dari awal dah booked seat yang ada extra leg room(dgn bayaran extra itu sudah tentu), seat paling depannnn kitorang duduk...hehe...just that nak apa-apa kena beli la kan....nasib baik diorang accept GB Pounds, tapi bagi change in RM...ok la kan...papa mya pun dah pesan kalau nak beli apa-apa makanan mya or whatever dalma flight tu beli je la,mahal pun takpe...i was THIS CLOSE untuk klasifikasikan perfume and make up set as mainan Mya,hahaha....

as for Mya, dia masih berjet lag ye....tidur pukul 9.30 malam bangun pukul 1.30 pagi then nak subuh baru tido balik...hadoiii... ada satu malam tu dia dah selamat tidur pukul 5 pagi tapi i yang tak tidur-tidur...mata segar semacam je....parut pun lapar, teringat KFC, teringin nak buat Oreo Cheesecake la..last-last turun dapur dengan harapan bibik dah buat nasi goreng ke hape kan hehe..turun-turun bibik baru nak buat roti jala, join sekali menebar and end up tak tidur sehari suntuk dan sibuk dengan aktiviti memasak...haha..lepas bfast roti jala and berchit chat dengan ma mengimbau kenangan lawak ma and mak datang London, sambung masak lunch, then keluar beli barang, then balik buat muffin, then sambung masak paprik (request by sis in law yang preggie,tunggu i balik nak mintak masak paprik) sampai la ke malam tak tido-tido....haih. lepas dinner ma suruh makan cepat-cepat and pergi tidur....hehe...

as for now,baru balik rumah my mum semalam...kena balik 2 kereta sebab ma kena pegang Mya and balik seremban dengan pa...susah nak berjalan kalau takde orang tunggu Mya, so kawan-kawan sila datang ke rumah mak saya untuk ambil Mya dan saya kalau nak ajak berjalan ye..hehe...

dan saya masih belum mengqada makan makanan msia yang melazatkan...wuuhuuu...malam tadi cik yanti datang lepak borak borak sesi update cerita peringkat pengenalan..haha masih ada banyak phase nak kena update nih...i masak lasagne jek..hehe...tu je yang senang, lagipun kat rumah ni tengah ramai dengan adik-adik-adik (my siblings and cousins) yang suka western food kan so sure laku punya...

hmmm...tengahari ni nak balik sg besi tengok moyang Mya...lepak-lepak and nak beli bahan untuk next session mambaking..hehe...maybe nak try buat biskut or rasa cam teringin nak cuba buat Blueberry Cheesetart...macam sedap kan?

as for my beauty checklist, masih menunggu peluang facial and treatment rambut...hehe...so, anyone willing jaga Mya for 2 hours utk kasi can mama dia pergi salun? hehe....