Monday 29 November 2010

freaking freezing


serius tau mmg sejuk sangat sekarang ni..i was like...eh apesal winter last year takde teruk sangat macam ni? ni bukan exxagerate tau...memang betul betul bukan cobaan punye...hehe..

semalam bertekad nak jugak keluar bandar walaupun snow tebal..memang tebal tak hengat cuba kirang bayangkan jalan sauk snow dengan but ala2 UGG tu tapi tak waterproof? whoaaa...banjir ais la jawabnya dalam kasut ku..sob..sob...kebas sampai sakit dah jari kaki...so dah alang-alang keluar tu cari la sekali wellies kan..tengok orang pakai cam alahai comfy nye kaki kau tak basah..tapak pun getah mantap so tak licin la...oh, kalau tak tau wellies tu apa, nama penuh dia wellington boots ataupun orang kampung den panggil kasut phua chu kang..kehkehkeh...



tengok ni soooo chomelll kan...geram i tauu....
*pics from google image

tapi kan dah namanya tengah musim sejuk basah penuh lecak salji kotor kan...habis satu bandar tu ku cari tapi semua kedai kasut habis tau tak...adoi..nak berjalan to the other side kat shopping complex tu malas la pulak..dengan kaki dah beku plus jalan penuh snow lagi...huhu..keciwa i...tu la hari tu ada org offer nak beli kasut but tinggi jual mahal..alasan sebab winter lambat lagi and tu cam sporty sangat konon tak stylo org nak yang boot sampai lutut cam clarks punyer tu leather woh tengok harga pun sure akan tercakap wohh! jugak hehe(font kecik sebab cakap dlm hati je)...hahaha...padan muka! =P

berbalik kepada keadaan cuaca, bila tengok berita baru la tau rupanya winter kali ni paling teruk dalam sejarah UK since 1993...cuba baca berita BBC ni, jangankan wellies, garam pun habis uols! oh, garam ni orang buat tabur atas snow utk cairkan dia gitu...suhu paling sejuk Sabtu lepas asalah di part highland kat scotland, mencecah -15! whoa..pitam kejap dengar...

forecast kata sejuk ni akan berlanjutan sampai next week...sebab ada angin sejuk bertiup dari siberia la yada..yadda...bla bla...tapi saya set dalam otak sampai tahun depan je..haha senang, tak nak mengharap lebih-lebih... =)

Friday 26 November 2010

snow,snow...go away..mya want play..come again another day..


lomah jantung den bila dah snow ni ha...winter tahun ni cam awal pulak snow turun..sebab last year seminggu before krismas baru snow...takpe la harapnye cepat sejuk cepat jugak la dia abes kan?

dua hari lepas sempat bawak mya keluar...niat di hati nak belikan dia toys lego tu..sebab sekarang ni mainan bricks and blocks tu jadi current obsession mya hehe...dulu ketagih main puzzle..hari2 sampai 2-3 kali ajak mama main sampai mya dah hafal puzzle tu macam mana =) sekarang ni nak main lego pulak...budak besar mya ni seeloknya kita jangan dunk in lambakkan semua toys pada dia, bagi satu satu bila boring tukar lain..and make sure toys tu carefully picked bersesuaian dengan umur dia...ni yang buku health visitor bagi tu la yang cakap, bukan teori mama mya syok sendiri yek....hehe....

tengah syok2 berjalan dalam shopping complex tu cam dengar bunyi bising kat luar...ingatkan hujan sekali snow daa....turn off i tawww.....hai lah nasib...bermulalah episod berkurung kat rumah nampaknya....dalam hati cam bersyukur pun ada, berbisik; aha! nasib baik keluar hari ni...cam lama lagi la nak dapat keluar bersuka ria jalan2...tahun depan la kut kan? =P

and semalam snow turun dengan meriahnya....

aktiviti tahunan bila winter - duk termenung kat tepi tingkap dalam bilik huhu...gambar ni snap semalam around 11.30am gitu...and 15 minutes later...

secara tiba-tiba angin kuat dengan snow lebat...suka je camni tau, nasib baik tengok cerah tadi tak teruja then terus bawak mya keluar ke hape..naya je stranded kat stesen bas kan...hehe...

si mya mengekek gelak tengok kereta kat luar semua putih, tak berhenti bercakap 'mama, wat appen car...wat appen to car mama....shian car..' penat nak jawap hehe...

so kawan-kawan, bersedialah untuk mendengar rintihan dan rungutan saya yang kebosanan duduk kat rumah ni ye...hehe....


what's cookin - Murtabak Mini Pasti Sedap

emm. murtabak lagi? =P

ni lah menu utama sebagai hidangan minum petang selain dari karipap kentang dan karipap sardin tau..menu yang praktikal sebab boleh buat extra and simpan for frozen...lately mi amor adalah sangat sibuk dan tak balik lunch...lunch adalah sandwich tuna subway dan kalau nasib tak baik terpaksa beli sandwich sejok kat kedai runcit ajer..hoho..sangat sedih okkk...which means, during dinner time apart from makan nasi dan lauk simple hidangan sampingan yang agak mengenyangkan seperti murtabak dan karipap sangatlah dialu-alukan ya...

selain dari buat frozen, inti for murtabak ni juga boleh diolah dari inti karipap..haha giler kemalasan betol! so sekali masak je...masak banyak2 inti karipap, then bahagi dua satu bahagian kena modify sikit, kasi tambah make up sikit guna bahan-bahan yang ada and taraaa! jadilah ia inti murtabak..haaa...kan ke sonang dapat 2 menu sekaligus =)

baiklah, kali ni kita buat murtabak pakai kulit popia saiz mini yang comel ye (thanks didi sebab bagi cadangan buat pakai kulit popia..memang sedap dan menjadi!) selain tu entry murtabak mini ni juga adalah kahs untuk my bestie murni yang juga sekarang berada jauh di perantauan..kat jepun nu..wallah! sorang kt uk penghujung dunia sorang kat negara matahari terbit...hehe..mek, aku dah tunjuk kat hang sebijik2 ni cmne nak buat...ajak si kakak tolong buat utk abi mesti dia seronok dapat main masak2 hehe...

ok mek murni, jom chekidout camno den masak ni ha..sonang yo...resepi kat bawah sekali ek..

masak inti cam nak buat inti karipap tu ye... kalau kurang air tambah lagi dan masak sampai kentang empuk,sentiasa kacau okeh...

ok inti dah siap..masa dah masak tu masukkan kobis, kacau kejap sampai kobis layu..tutup api and masukkan hirisan daun bawang or daun sup..angkat inti dan sejukkan.

gaul inti dengan telur sebijik...agak-agak la ye kalau inti tu banyak maybe tambah lagi telur, tapi jangan la banyak sangat takut nanti susah pulak nak membungkus =)

jangan lupa lak keluarkan kulit popia dari freezer yek..kena defrost dulu dalam 1 jam gitu...sediakan bancuhan air tepung jagung untuk kita lekatkan bucu murtabak ni...sudukan inti kat tengah2 kulit popia tu camni haa...

lipat satu bucu..kemaskan lipatan di kiri dan kanan anda..kalau perlu gamkan dengan air tepung jagung tadi...

lipat, lipat, lipat dan lipat...hehe..lekatkan bucu dengan 'gam' ye..

sebab kulit popia ni nipis kan, so kita ulang proses tadi lagi sekali...buat 2 lapis je cukup...siap bungkus dua lapis dah boleh goreng dengan sedikit minyak...

taraaa..!! hasil murtabak mini ku yang comel berposing tepi tingkap =) mandom je kan lighting kat sini..haih..takpe meh pasang flash sikit meh...

aha...baru la nampak inti kat dalam tuu...me suka cicah kari, mi amor suka makan dengan bawang jeruk...


Murtabak Mini
Source: resepi sendiri main campak2, tak pandai la nak bagi sukatan...ni just guideline je so ikut suka korang la nak tambah tolak apa yg patut kan =)

Bahan Inti:
bawang besar - potong dadu
bawang putih - potong halus
udang kering - tumbuk
daging cincang - sebab takde daging ketul so pakai apa yang ada je
2-3 sudu kecil serbuk kari - bancuh dengan sedikit air
kentang - potong dadu
lobak - potong dadu kecil2
kobis - hiris halus
daun bawang - hiris
sedikit air
garam secukup rasa
1 biji telur

1. Tumis bawang besar sampai layu, masukkan bawang putih dan kacau sekejap.
2. Masukkan udang kering dan daging cincang, kacau sampai air daging tu dah nak kering.
3. Masukkan bancuhan serbuk kari, kacau kejap sampai garing sikit.
4. Masukkan kentang, kacau dan masukkan sedikit air. Perasakan dengan garam secukup rasa.
5. Masukkan lobak. Masak sampai kentang empuk, kalau perlu tambah air lagi.
6. Bila kentang dah empuk dan air hampir kering masukkan kobis, kacau sampai kobis layu.
7. Tutup api dan masukkan hirisan daun bawang, kacau rata dan sejukkan.
8. Gaul dengan sebiji telur sebelum bungkus dengan kulit popia.


Wednesday 24 November 2010

bargain hunt

fuhh..serius tau sekarang ni sejuk gilak...sian kat Mya dah lama tak dapat jalan-jalan...ye la banyak je aktiviti nak buat kan cam gi dancing ke, join toddler group or just tinggal main dengan kawan kat creche...akan tatapi apakan dayaku..hari-hari hujan beb...tak baik merungut pasal cuaca kan, tapi serius tak tahan...paling tak suka saya jadi tak tahan lapar! =P

semalam dapat la lari jap bawak si kecik tu keluar...tinggal kat creche je jadi la kan daripada dia duduk melopong je kat rumah...sian pulak..pagi2 seperti biasa benda pertama adalah check weather forecast..keciwa bila tengok hujan, hujan ,hujan dan hujan...wuuwuuu...dah sedih dah tak dapat keluar...tup2 tengok cam nak kuar pulak matahari..apa lagi beb, terus bersiap laju2, check jadual bas and call creche book tempat untuk Mya...

overall masa yang terdedah kat luar just tunggu bas and jalan sikit dari bus stop ke creche je..tapi sejoknye yang hamat boku pipi pau den yang gebu ni ha..hehe...even orang dia sendiri pun tak tahan..masa 2 jam tu mama mya amik peluang jalan-jalan cari buku second hand..niat untuk usha bra baru and shopping2 terpaksa dilupakan sebab takde cash sob sob..debit card papa pegang sebab takut kena entertain client (konon ada client nak datang tapi xde pon cis!) hehe gile sedih takde cash kan? kat sini kitorg dah biasa xde cash sebab beli bawang sayur pun pakai kad...takpe2 lepas ni mi amor i nak apply debit card lagi satu i like i like... =)

ok, berbalik kepada cerita nak tengok2 buku second hand tadi. tempat paling best untuk cari bahan bacaan adalah di kedai charity...antara kedai yang best adalah VSA Bookshop and Oxfam. VSA is stand for Voluntary Service Aberdeen, memang based di Aberdeen and badan charity yang cover banyak benda mainly for social service macam support for young children and elderly..klik sini for more info ye. Kalau Oxfam pulak charity yang fokus pada isu kemiskinan global. banyak lagi charity shop yang ada jual used books selain dari barang keperluan lain; such as Barnado's, British Heart Foundation, Cancer Research, etc. tapi VSA and Oxfam ni ada kedai yang khas jual buku sahaja dan paling best murah sangat!

saya ni bukan lah jenis yang baca buku ilmiah or yang menjana pemikiran sangat..paling ilmiah pun suka baca biography..hehe..selalunya beli pun novel yang bacaan ringan...macam ehem *batuk* shopaholic series *batuk* (for inspiration of course eheh)

and when i say murah, it is very very cheap okay...macam hari tu beli Cecelia Ahern's; If You Could See Me Now (hehe baru nak baca ketinggalan sungguh =P) cuba teka how much?



beli kat VSA Bookshop just for 0.80pence...yup! you heard me peeps, thats only MYR4.00 okay! woot woot!

so far kedai VSA ni la yang paling murah, other charity shop sometimes jual sampai £2.50 each tau...dulu masa mula sampai tak pandai survey lagi kan bila beli tu ingat dah murah sangat dah..haha...happy kemain dapat beli shopaholic murah kononnya...padahal...huhu (>_<)

so sekarang ni apart from beli novel bacaan ringan target nak kumpul buku resepi pulak...tapi ye la kan nama pun beli yang used...so range buku tu tak semestinya menepati apa yang kita nak..kena tengok la pulak apa yang orang donate kat kedai tu and luck kita hari tu macam mana kan...buku resepi idaman kalbu adalah seperti berikut:

Tate's Bake Shop Cookbook;

coming right from the most famous bakery kitchen in Southampton NY, Tate's Bake Shop



hehe suka sangat tengok makcik gem** ni masak kat food network, btw, gelaran tu hubby yang bagi eh not moi...antara rancangan tv yang memenuhkan ruang decoder untuk direkod selain dari cerita kartun mya =)

from one of my favorite food blogs kitchen; BakingBites.com

cookies...emm..emm...tengok cover buku je dah drooling habis...siapa je yang tak crazy pasal cookies ni..



she's an award-winning famous Parisien chef and the co-author for Paris's king of pastry Pierre Hermé's cook book. cool eh.... (^o^)


kebarangkalian untuk buku masak yang best cam dalam wish list di atas tu ada di jual di kedai charity cam takde je sebenarnya hehe...sebab kalau buku tu bagus sure diorang nak simpan kan? takpe nanti kita tubuhkan tabung buku ek...penaung tak lain tak bukan Mr. K tersayang kehkehkeh...perasan tak semua buku masakan ni berkisar pasal pastry, cakes and cookies? hehe...itu adalah obsession saya ye...saya memang seorang yang bergigi manis...kalau pergi makan restoran yang up sket mesti tengok menu desserts dulu..yumms! and kalau blog ni tak berupdate tu bukannya apa, bila dapat online duk melopong leka tengok food porn kat blog masak2 yang best2...double yumms! hehe...

ok peeps, happy cooking and reading!

Wednesday 17 November 2010

the ups and downs of online shopping - PLUS our happy news

seumur hidup, dah duduk uk ni la first time saya membeli belah secara online...hehe go on call me outdated i won't mind ;-)

pertama kali membeli belah online disini adalah beli groceries. yup, you got it, barang dapur ya. and i was so excited hehe..i mean, beli barang dapur online? wahhh....how cool is that? majunyaaa....haha very the jakun LOL

paling best bila nak shopping online ni adalah - saya mempunyai kuasa sepenuhnya untuk memilih dan beli..ye la kan..main klik sana klik situ eh nak beli ni la eh tiba2 tepung dah habis la...best kan kan kan.... =P lagi best kalau hubby cakap 'mama pilih la barang apa dah habis' walaupun setakat beli sabun basuh, stok susu dan pampers mya, minyak masak botol besar, sayur dan buah-buahan tapi macam best jugak, agaknya kalau dah namanya perempuan tu shopping apa pun best...hehe...

serius tau, nasib baik i tak ada credit card, main reason why is benda macam ni la, saya adalah uncontrollable punya orang kalau bab shopping...kalau ada cc agaknya sure parah kan? tapi bila fikir2 balik Tuhan tu maha adil tau, sebab hubby jenis yang tak hairan pun nak shopping2 ni, agak berjimat tapi bukan kedekut, walaupun cc dia limit mak aiii punya la banyak tapi still beringat...haish tak boleh tak boleh..ni untuk emergency mana tau mama sakit ke mya sakit ke jadi pape ke...begitu katanya...see? we did compliment each other kan? (ni baru bab shopping, bab compliment perangai kena letak satu entry khas)

selain shopping groceries kat ASDA, ada gak beli perfume kat CheapSmells.com. MURAH tau orang kampung sekalian...very the cheap...hehe...

bauanmurah.com...memang berbaloi...
- print screen from cheapsmells.com


tengok tu...time tgh promo tak hingat punya murah, 150ml tuuuu....
- print screen from cheapsmells.com

shopping online ni memang la best, tapikan ada jugak benda yang tak bestnya contoh macam kalau nak beli perfume tu dah tentulah kita dah tau perfume apa yang kita suka kan, tapi bila tetiba nak terbeli concealer Stila dengan lipstick, tengok-tengok Benefit murah dari kedai biasa pulak tu so dah gatal bebenor rasa nak beli tapi macam tak tau kaler apa yang sesuai gitu...macam hari tu biasala dah pilih perfume (all time fav - Escada Moon Sparkle, saya suka bau citrus dan fresh) saje je tengok2 kosmetik sambil ada bisikan nakal inilah peluang nak beli mekap beb dah org offer nak beli perfume tu muahaha gelak jahat...bila hubby tanya aik tiba2 byk pulak brg dlm troli ni ye..mulalah buat muka comel dan ungkit zaman kegemilangan kenangan manis pakai mekap Bobby Brown hasil rembatan hantaran kawen dulu...then konon2 sedih ckp dah lama x pakai mekap best la ape la...bila brg dah sampai tengok cam tak sesuai...lipstick ke mana penyamar noda entah ke mana =P sangat membazir ok ~ moral disini adalah sila jangan kelam kabut kala memilih mekap, take your time pergi survey kat kedai warna yang sesuai dgn kulit ke hape ke buat la apa yng patut, macam la laki ko kedekut sangat tak nak belikan bila mintak nak mekap baru, sekian.

then kalau shopping groceries pulak tak semestinya benda yang kita pilih tu available kat local store kita...macam 2 hari lepas dah happy ni kat ASDA ada jual ayam halal semangat je pilih2 sume sekali bila sampai takde la pulak...hoho sedih wooo...apo den makan minggu ni? tu la weken lepas sape suruh malas nak gi kedai arab beli ayam....and kalau beli barang pun try avoid benda yang fresh, macam semalam ada beli sayur pak choi, ok la dia bagi yang segar dan elok lagi tapi smoothies i, ada ke patut expiry date by nov 2010..apakah? keliru sebentar. then fikir2 ala minum je la cepat2 habiskan sebelum disember...so far ok la dah berjaya habiskan sebotol besar dan masih sihat walafiat =)
pertama kali nak beli ayam halal di supermarket terkenal, punah impian ku nak masak rendang weh... - print screen from asda.com

and then of course ada beli kat tempat lain macam amazon or ebay, contoh krim Mya...kalau kat local pharmacy takde tau kena order online then self pick-up kat kedai...kdg2 tu saje je nak try beli dari tempat lain adn sometimes harga murah sket kan...mengada ok nak pakai krim mahal jek (nada cemburu buta dgn hidung kembang kempis padahal nanti krim tu mama yang rembat lebih2 =P)
krim mahal Mya hehe...tapi serius krim ni memang bagus tau...kalau kulit pipi dia dah nak start berkerak sebab sejuk or badan bercalar asyik menggaru letak sekali je terus dah kurang...i likee! - pic from Cetaphil.co.uk

tapi kan, yang PALING BEST shopping online ni aalah bila time beli tiket nak balik...or tiket travel tak kisah la naik train ke or cheap flights macam easyjet or book hotel...memang sangat membantu dan mudah sangat...bercakap pasal tiket balik kampung..haaaa...ni yang chek nak habaq mai....tapi..ala segan la pulak...adus... =P

kejap eh, kasi tunjuk sket...jeng jeng jeng.....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


bila confirm dah dapat details dalam email memang berjoget2 tak ingat dunia beb...muahahaha....

cuba korang tengok close up sket...kasi baca itu tahun ini bila punya tiket..dari mana mahu ke mana....hahaha...yes baby, kitorang dah beli tiket balik raya tahun depan! woot woot! chop, sebelum korang melempiaskan tuduhan nak cakap we all ni memang dasar homesick (lantak la kalau nak ckp pun =P) dengar dulu ye...airasia ada promo tau....tau tak tiket ni London - KL PERGI BALIK untuk TIGA ORANG tak sampai RM6k? bila tengok semalam memang tak percaya, ini sudah banyak murah! apa lagi terus grab passport and beli hehehe...alhamdulillah...walaupun traffic dlm website diorang super hampeh berjaya jugak kitorg dapatkan tiket murah ni...rezeki birthday Mya kut...hehe...yela, Mya kan dah 2 tahun so dia dah kira bayar seat penuh tp dapat pulak tiket murah..syukur syukur.... (tahun 2010 kos balik raya je dah 10k ye...so mmg byk dpt save)

apa lagi kawan-kawan, sesiapa yang ada budget lebih nak dtg rumah Mya jalan-jalan bolehla cuba2 beli...mana tau ada lagi kan..oh ye, travelling time kalau tak silap from July - Nov kut...try la check ye...

macam tu la pengalaman suka duka shopping online ni...korang lak macam mana? tau mesti semua org pun memang selalu je shopping online kan? apa2 pun berhati2 ye....jangan terlebih budget sudah...tak elok untuk kesihatan rumah tangga dan kehidupan seharian anda =)

Tuesday 16 November 2010

selamat ulang tahun ke-2 sayang

Eh? budak comot ni dah 2 taun eh?

Princess mama dah 2 tahun..2 years old..fuhh..rasa sekejap sangat dah besar..sekarang ni baru la faham perasaan seorang ibu tengok anak membesar T__T with me being anak yang agak rebel juga semasa zaman persekolahan, very the naughty suka cari pasal dan sebagainya…uwaaa…padan muka diri sendiri kan? Baru tau.

Back to the story (mama ni suka curi tumpuan pada diri sendiri =P)

mengimbau kenangan pengalaman pertama kali preggie...dari kiri atas clockwise; senyum tutup mata sambil jari tutup muka sebelah, bukak mata buat muka jelir lidah jari ala2 peace, bukak mata dan senyum macam tengah babai pun ada...korang nampak ke tak buat2 nampak ni? orang tua2 cakap, kalau tak nampak tu tandanyaa....tak lama lagi....hehe...

Today our beloved Kasih Mya is officially 2 years old. Dua tahun lalu pada tarikh 15 Nov mama masa ni tengah sibuk call nenek suruh bersiap sebab lepas check-up nak gi makan2 kat Basil Bangsar Village yang sampai sekarang tak gi qada’ lagi hehe…and 8 tahun lalu pada tarikh yang sama 16 Nov 2002 Lin and Kamal were officially declare ourselves as a couple..aww! kembang kejap perasaan gue hehe…tarikh birthday Mya sama dengan tarikh mama n papa couple tau..isn’t it ironic? I mean, ok jom couple I syg u, u cinta I kan then 8 tahun kemudian, taraaa…! We got baby, baby! Hehe..memang simbolik =)


dress polka dots comel courtesy from Aunty Didi =)

kek beli siap...kecik je comey malas nak buat sebab kek coklat ari tu buat smpi skang duk beradu dlm peti ais tunggu masa nak kene buang je...kos nak buat lagi mahal dari beli pastu buang je tak abes nak makan membazir kan? beli je la bukan nak makan pun cukup syarat je nak singing singing happy happy...

Memandangkan sambutan hari jadi yang meriah dah buat before balik UK, so bila exact date ni beli kek, pakai baju comel polka dots sponsor by Anty Didi (thanks so much babe!) yang supposedly for Raya purpose tapi agak besar untuk dipakai ketika itu then ikat rambut comel2 pasang lilin, pasang lagu birthday from youtube and nyanyi2…tu je la…cukup la kan…simple je dah kami anak beranak je yang ada pun…

Yang penting Mya happy sangat =) tiup lilin berkali-kali seronok tengok api lilin tu menyala then berasap-asap hehe…lepas tu buat ‘majlis’ ni pun weekend lepas hari sabtu…kalau nak buat hari ni papa sibuk, lunch pun tak balik then entah pukul berapa pulak nak tunggu balik keje kan…so buat je la kejap masa papa tengah rehat2 kat rumah


nyanyian dan tiupan lilin pertama berlatarbelakangkan lagu happy birthday di youtube


tiupan lilin kali ke berapa entah...suka hati la Mya asalkan Mya happy layan kan je la =)

As for checklist kepandaian Mya, so far dah banyak yang dia pandai buat kadang2 takut mama pulak yang ketinggalan dengan perkembangan dia hehe…contohnya;

- paling suka tolong mengemas; tolong masukkan barang dalam bakul masa shopping barang dapur, tolong mama angkat bantal kemas tempat tidur, tolong passkan hanger baju, tolong mama lap lantai, tolong masak (lebih kpd tolong sepahkan sebenarnya hehe) macam-macam lagi la…bagus Mya bagus teruskan semangat sampai anda besar dah anak dara ye, sonang kojo den kek umah nanti…

- pandai mengomel…kalau bab ajuk mama cakap nombor satu…sabar je la, dengar mama borak dengan nenek pun suka ajuk apa mama ckp, tau2 je la mama dia ni kan bila borak dramatic dan gelak kuat2 agaknya tu yang dia tertarik nak ajuk kut =P

- dah hafal lagu ABC, twinkle twinkle little star, lagu tema cerita Mr Tumble, lagu season kat CBeebies channel, lagu I Can Cook…then pandai kira 123 sampai 10…ajar in english one, two, three tapi tetibe pandai kira satu, dua, tiga…terkejut i..hehe…dia ni kalau ayat bm tu cepat je nak ikut haih.

- Akal mengelat makin panjang, kalau dia tau mama nak panggil dia mandi cepat2 lari pergi tempat lain suruh mama kejar…mama pulak kena cari akal macam mana nak bagi dia pergi ke bathroom dengan rela hati…so tampal sticker fish kat dinding tiles bilik mandi and bitau ‘come here Mya say hello to fish’ hehe…time nak tidur pulak mintak susu, bila mama tgh buat susu dia akan tutup muka dgn tangan, meniarap and gelek2 bontot..saje je tutup muka konon tak nak minum susu…then cakap ‘pigel pigel drink milk’ ok fine mama pun buat action bagi iggle piggle minum susu…pastu cari alas an ‘ashi ashi drink milk..’ ok ok upsy daisy pulak drink milk…only after mama buat aksi bagi pillow, shirt, light, tick tock dan macam2 lagi minum susu and bitau cepat mya drink your milk or spider will come and take away your milk baru la dia baring betul2, bukak putting dan minum dengan rela hati…huhu…dan aksi yang sama harus diulang even kalau dia bangun tengah malam mintak susu ye..tak ke pening tgh mamai2 nak berlakon bagai adoiii….

bersama Iggle Piggle dan Upsy Daisy tersayang


sticker ikan buat penguat semangat Mya menempuh kesejukan di bilik air

- Pandai baca buku..well, in her way la kan…dah kenal banyak benda dan banyak vocab…rasanya compare to zaman kita at this age mana la kenal spoon, window, door..yang tau sudu, tingkap, pintu hehe…lainla korang dulu duduk over the sea..i dulu takde la….

- Suka buat muka mengada, kuat demand, kuat jeles dan suka buat2 nangis..naik menyampah pun ada kadang2 meluat I hehe..takde la…orang tengah cuddling2 sibuk nak mencelah nak duduk tengah…serius tau sampai tarik2 rambut mama as if dia cakap ey pompuan ke tepi kau aku nak duduk sini go away go away! then bila mama mengalah gelak puas hati….apa lagi ‘bergaduhlah’ anak dgn mak berebut ketiak papa hehe gitu la rutin harian kami =)

- Bab makan memang ikut mood; sometimes memang refuse to eat anything..anything ye..sampai naik risau…kena pandai la tackle dia macam bagi roti bentuk star ke (cutout using cookie cutter) kadang2 tu ok pulak…rice with fried chicken, choco rice cereal with fresh milk..bagi apa pun sume ok…ikut mood la..dia paling suka hirup sup..aiyoh..pandai pulak tu memilih ‘no I don’t want carrot, soup only mama’ and bukak mulut kecikkkk sangat muat2 nak hirup sup..syabas syabas! Menu common: macaroni soup with carrot and spinach. Or as Mya calls it moon shape pasta.

- Betul la pakar cakap otak budak ni macam sponge, cepat je serap apa2 input..and, ingat pulak tu. Contoh kalau main puzzle, sebab dah hari2 main so dia boleh ingat lepas gambar ni gambar small plant, then big chair, then papa bear..gitu..so kalau nak tercakap perkataan tak elok tu we all eja je….macam,kalau bukak paper online baca berita ‘hish b-o-d-o-h betul la dok rogol budak apehal ko g-i-l-a!’ dan sampai sekarang dia still ingat baby Aqif tumpah susu walaupun benda tu jadik dah lama time kt msia dulu..hehe..pantang sebut nama Aqif mesti cakap Aqif tumpah milk..aiyo..mcm la budak tu tiap kali jumpa dok terluak susu, ternampak sekali je pun..hehe…

Banyak lagi la…dia makin besar kan, altiviti harian tu kena padatkan dan sekarang ni pantang tengok cuaca ok mesti nak bawak Mya keluar, tinggalkan kat crèche sejam dua so that mama dapat lari jap gi marksandspencer beli sayur and udang lebih2 lagi time bekalan ayam dah habis dan malas nak gi kedai arab macam sekarang ni…asalkan dia dapat bergaul dngan orang kan..lagipun ni la chance mama nak window shopping hehe…and hari sabtu dah start bawak dia pergi join sesi mari menari khas untuk toddler sebaya Mya…wahhh…happy bukan main..ye la bilik tu luas and ada cermin besar cam studio menari tu..mama tengok pun sexcited!

Kadang-kadang tu rasa sayu jugak tengok dia macam boringgg je duk rumah…kalau kt msia tu banyak je aktviti dia nak buat kan, orang yang nak melayan dia cakap mengomel pun ramai so skill nak bercakap tu sure cepat berkembang…tapi kat sini most of the time tengok tv je…nak layan dia sorang tak dapat la kan, mana nak settlekan kerja2 kat rumah lagi…kdg2 tu rasa bersalah gile tgk muka dia sekonyot je bila mama tengah sibuk masak =(

So what I did was, other than layan dia main puzzle plan untuk masak2 bersama Mya..contoh macam main doh biskut ke..buat kek simple ke..or even mash pisang buat cekodok..hah, senyap terus..leka je main dengan senduk sume hehe…

aktiviti main masak2 kegemaran saya...
menambahkan sepah dan kerja mama di rumah bagi mama bersenam sikit =)

Kasih Mya…I still remember nama ni terlintas masa tengah duduk tengok tv kat ruang tau rumah comel kami di sg chua…masa tu tengok astro ria…nama ‘Kasih’ tu memang dah confirm tapi tengah cari nama gabungan…terlintas ‘Mya’..eh eh macam ok je kan…’Kasih Mya’- bunyi pun cam lembut tup tup start drama Kasih Mya kat astro..si nasha aziz berlakon..haha terkejut ko! Haa..ni kira confirm la ni macam tau2 je….=)

Mya, mama and papa doakan Mya jadi anak yang baik, dengar cakap orang tua dan belajar rajin2 ye….deep inside, mama mengharapkan biarlah Mya lebih ikut perangai papa, cukup la mama seorang yang dramatic dalam keluarga kita mau migraine kepala papa nak melayan 2 diva dalam rumah hehe…ikut perangai papa means, berusaha bersungguh-sungguh bila nak dapatkan sesuatu, terang hati dan otak dalam akademik serta mempunyai tahap kesabaran yang tinggi..Mya perempuan, kena sabar dan jangan kelam kabut macam mama sob sob...kalau nak cedok kualiti yang ada dalam diri mama pun cukuplah dengan minat memasak sahaja…ingat ye sayang….tiap malam sebelum tidur mama selalu doakan yang terbaik untuk Mya dan papa, mohon permudahkan urusan papa dan mintak Mya dan papa dilindungi serta sihat selalu….

Ok, sebelum berdrama air mata sorang2 depan pc ni baik stop sekarang..uhuk…syahdu pulak…padahal baru 2 tahun, masa depan untuk Kasih Mya mama masih panjang lagi kan….last but not least, semoga kebahagiaan kita berpanjangan selamanya…amin.


p/s: Selamat Hari Raya Aidiladha semua…kami raya sehari awal tapi takde sambut apa2 pun…kalau makan sedap2 tu ingat2 la orang yang jauh ni ye…hati-hati di jalan raya ok. =)


Monday 15 November 2010

my couch potato companion - wedding(s) bells


aha.lama tak share pasal cerita favourite peneman saya di kala kebosanan kat rumah kan? rindu wooo nak tengok drama melayu, iklan feveret mya ; keropok mony dengan breeze (ada dialog 'nenek dah tua cu' yang menjadi ikutan mya =P)

sekarang ni entah kenapa cam suka pulak tengok cerita pasal weddings hehe..eceh, nak berangan jadi ratu sehari lagi la tuh *wink wink* ye la kan...dari kecik2 lagi berangan kawen nak pakai gaun kembang putih cinderella...time kawen pun bising nak pakai tapi tak dapat (maunye nak kena kejar dengan emak hehe nak buat gaun cantik custom made gaya muslimah tak mampu kalau nak pakai 'terpaksa' la i amik yang seksi tak gitu) then masa baru2 kawen pun sibuk propose kat hubby ajak amik gambar kat studio nak pakai gaun tapi tak dilayan sob sob...awak tu dah preggie la time tu cik kak tak ado maso yo den nak layan bawak gi studio bagai wakaka...

ok. ada banyak program realiti berkisarkan wedding; Four Weddings, Wedding S.O.S (fron Canada), Wedding House, etc tapi paling suka Don't Tell The Bride. sebab apa? sebab..as a bride sure kita akan jadi control freak about our wedding day kan, well here you are not allowed to ok. hahaha...

Don't Tell The Bride


citer ni i sukaaa...hehe sebab penuh dengan drama dan aksi2 mendebarkan...basically the groom akan diberi budget around 12,000 pounds untuk uruskan wedding diorang...diulangi, groom ok..pengantin lelaki. takut tak takut tak? tempoh diberi 3 minggu, and the bride memang serah sepenuhnya urusan wedding to her future husband; tak kisah la invitation, venue, catering, urusan tok kadi, transportation, his bride's hen party, wedding decorations, cincin kawen,her make-up, her shoes, entertainment anddddd paling takut - THE DRESS. wawawawa....

producer ni pun cam pandai, satu bab tunjuk how the groom manage the wedding, contoh tunjuk laki tu tengah cari venue, masuk hotel, cari kawasan reception kat ladang then tunjuk bride pulak cakap pasal kawasan idaman dia nak kawen adalah di traditional church dengan architecture yang romantik; tunjuk groom handle transportation tengah negotiate harga sewa kereta camper van then the camera fokus pada the bride pulak cakap dia nak pergi church naik kereta kuda cantik ala cinderella, which is wedding impian sejak kecil adalah princessy theme, padahal dia tak tau laki dia dah sewa dress kahwin yang langsung takde unsur princessy hehehe...

wah...bahagia betul dapat naik glass horse carrier macam ni...betul2 macam cinderella

masa ni la dapat tengok how the groom serabut manage wedding sendiri.... ye la nak fikir pasal cincin la, bunga la..and each decision mesti fikir apa yang girlfriend dia suka..berkenan ke bunga macam ni, nak wedding dress yang design macam mana...and sometimes its not only the bride that he have to think of, mak pengantin perempuan and family yang kecoh2...paling sweet a day before dia lah paling sibuk arrange and buat hiasan dalam reception hall....ada tu jenis yang cerewet dan memang minat interior design, so bab hiasan memang tip top....tapi kalau yang jenis lelaki sejati keje pun kat ladang jadi petani jaga lembu, kambing dengan tebang pokok cam ne tuh? =P (and this man actually chose his farm as a wedding venue..waaa tak mahuuu...hehe)

kesimpulan cerita adalah selain dari dapat kawen secara ditanggung walaupun budget kecik, masa ni la dapat tengok whether he truly understand and betul2 kenal his future wife =)

and don't worry, seteruk mana pun (ada yang buat wedding atas kapal perang ok huhu..) dan walaupun apa yang disediakan oleh lelaki tu sangat berbeza dengan apa yang diimpikan oleh the bride, on that day itself (memang masa hari kahwin tu la bride tu tau dia kawen kat mana memang surprise habis kalau i sure sakit jantung beb) the bride suddenly won't be too fussy if she didn't have a fairytale horse carrier (even sebelum ni dah cakap kalau xde kereta kuda the wedding is off) and suddenly found that weird flower centerpieces as unique and tell him how she love them, the only thing that matters to her that can be together as hisband and wife. aww...sweet tau =)

so macam mana kawan2, pada yang tengah merancang tu ada berani ke serah bulat-bulat urusan pada bakal suami anda? only the bravest bride je yang boleh decide 'ok la yang, budget kawen sekian sekian, i kasi can kat u la manage wedding kita okey' hehe..

err...kalau i, mak tak relaaaa.....hehehe.... =D