Thursday 28 April 2011

lagi2 party - gathering party for Londoners




another err....entry berparty bersuka ria? mesti korang cakap ey budak Lin ni asyik party je..makan makan makan makan...haha...xde la...ni kebetulan last week masa cuti easter tu Kak Hawa sekeluarga datang Aberdeen from London, diorang ni dulu duk sini but then dah relocate ke London...so masa tengah easter tu cuti kira balik kampung Aberdeen jap la jumpa kawan2...gitu....Kak Suni dengan ikhlas hati mengorganize gathering welcoming utk Kak Hawa ni di rumah beliau....menu Nasi Kerabu dengan Ayam Percik...sedap gilos ayam percik tu beb, serius yg lepas rasa semua orang sibuk dok tanya resepi...balik rumah buatnye tak jugak kut miahahaha.....

ada macam2 la makanan...bergedil ketam, mee goreng, potato salad, agar2, buah buahan...biasalakan dah macam satu kemestian yang semua orang akan bawak juadah masing2, kalau tak sempat sangat nak masak pun at least beli je kek or buah...pot luck gitu..i likee!


paling hot di kalangan kanak2 (dan para mak budak) - mac and cheese + lasagne....perghhh....


from yours truly ; Baked Oreo Cheesecake...and ada lagi satu i bawak Bubur Pulut Hitam...nampak bekas je kat belakang kek tu ha....taktik untuk meluakkan pulut hitam kiriman MIL =)


rumah Kak Suni ni memang very the nice tau...ada kawasan lapang belakang rumah ala mini garden jugak la..puas la kalau budak2 nak main kejar2...Mya pun nampak je padang kecik tu terus berlari2 entah kejar apa pun tak tau la haha...dia ingat dekat taman kut =) kejar bola la, nak panjat bukit kecik la, usik bunga tu pegang patung rabbit hiasan...tak nak berhenti main ok...adehhh...den lapa nak makan ni copek la mya jom kita masuk dalam jap melantak ;P

suka sangat main kat kolam ni...walaupun kolam ni cetek je x sampai lutut pun tapi mak risau jugak nok...bukan la risau lemas tapi kalau jatuh tu kan ke dalam tu banyak batu besar2 kan...tapi budak2 ni bukan tau takut...saje nak buat mama dia diva terlebih nak terkejut2 hehe...

i suka tau spot ni...macam kena naik bukit batu2 sikit pastu kat atas tu ada bench...pokok kat tepi bangku tu budak2 dok main panjat2 je eee geram tau rasa nak join je diorang main panjat pokok...haha tak sedar diri batang pokok tu pun lagi kurus dari paha awak cik Lin oiii....kat sini batu berpasir sikit dan agak tinggi tu yang pegang tangan budak2 tak lepas tu, takut wohh...kan licin kan batu kecik2 kerikil tu...eh, ke i je yg over protective? ah lantak la yang penting waspada sebelum terkena...betul tak? =)


habis main luar join kakak2 joget kat wii la pulak...gelek dia aduhhh....semua orang pun dah faham anak i kan...tengok mama dia la kan kaki joget hahaha...

tolong mama baby sit muhammad kejap, kasi cam mama muhammad menjamu selera...gebus kan? geram tau nak2 bila picit2 dia punya drumstick, rasa nak gigit! semua orang pun lapang hati je nak tolong tengokkan muhammad ni,sebab dia ni baikkkkkkk sangatt...letak je baring golek2 pun dah ok...nangis time lapar je tu pun alahai tangisan sopan =)



mya? haih. mama jerit sebab sorakkan kakak2 and abang2 main games masa lepak berjemur kat luar dia terkejut terus nangis sebab ingat mama marah...and i was like, apakah? mama cheer utk kakak aje la sayang oiii....dah semua orang kecoh laa kenapa mya nangis.... T_T

i sensitip adalah sebab dah mengantuk la mama! mama tu asyik pok pek pok pek mya terlentok pun tak sedar =P

all of us, plus effa si tukang amik gambar =)


next ada lagi entry utk episod lagi2 party; celebrate birthday Effa pulak hehe...jangan marah aaaa....


p/s: sekarang ni tekak sgt teringin nak makan dessert pulut mangga...adoiii...mangga mahal dowh sebijik 1.50 pounds...kalau x sedap sia2 je kan?

Wednesday 27 April 2011

alahaiiiii anak omak!

semalam tengah duduk2 tiba2 si Mya datang berlari and peluk mama, nak give mama big hug katanya...awww...so sweet Mya... you would say,wouldn't you?



mama: eh, hug mama? awww....what should you say when hug mama? i.... *buat muka mengharap sambungan i love u mama
mya: aiiiiiiiiiiiiiiii.........yer pashang dalam shurut lalala... *giggle macam suka and lawak bebeno then lari...
mama: adoiii...kureng punye budak ;P


haih. anak omak boto la Mya ni...loyar buruk nombor 1! ^___^

Tuesday 26 April 2011

all time favourite cinderella story


Pic credit here


sana sini sibuk cerita pasal Royal Wedding sekarang ni...kat tv pun hari2 dok cerita pasal ni je, Meet The Middletons, My Mother Diana, William and Kate-The Love Story, William and Kate-The Movie, The Royal Wedding Crashers and sampaikan cerita pasal How To Nab a Prince pun ada tau! i mean,seriously? sampai nak ada tips camne nak dapatkan boyfren putera raja? LOL!

tersangat excited tau nak tunggu this Friday, kena bangun awal ni siap2 masak sume then toing tepat 9am dah boleh melekat depan tv hahaha....aduhhh siapa tak excited beb William the most eligible bachelor, most wanted prince in the world is getting married! whoa! untung betul la Kate ni kan? cuba bayangkan, register masuk uni tengok2 dapat jadi house mate dengan Prince William! mau kecoh sekampung, cerita 7 keturunan pun tak habis haha...lepas tu bercinta sakan punya la lama, putus kejap, sambung balik and now nak kahwin dah....berbaloi2 la ko bersabar tunggu William habiskan 'duty' wajib sebelum dapat propose Kate oiii....

suka sangat dengan Kate ni tau, rambut cantik, body cantik, fresh fashion icon, pandai bergaya -her sense of style memang timeless, elegant, dan sesuai dengan title and tanggungjawab yang bakal dia galas nanti...just like Diana...too bad Diana is not around on their wedding day =(

i really hope that they will last together forever...looking back, rasanya William pun tak nak benda yang terjadi pada his parents dialami oleh bakal anak2 diorang nanti kan? and i know that this time he'll do whatever it takes to protect his wife and family from the maniac press.

ada sekali tu tengok pasal wedding diorang la ni, William siap invite those people from Royal Air Force, and one of the pilot siap cakap yang his wife tak sabar nak pergi the wedding, tengah2 malam pun dok sibuk telefon just to ask about her hat! haha... i can't blame her really! harus la tak tidur malam tunggu hari nak attend royal wedding kan? silap2 hari2 dok bersihkan habuk kat kasut baju topi yang pakai hari tu ;D

oiii cepatla Jumaat, tak sabar nak tengok that wedding dress...for sure takde train panjang giller or dress kembang berlapis lapis meringue style macam zaman dolu2 kut? haha...tunggu dan lihat aje la nanti ;)

Tuesday 19 April 2011

...five-to-the-six...red velvet, cheesecakes and all my lovelies, this is for you..

5-to-the-6...there you have it Lin, padan muka asyik melantak kek, berparti bersuka ria dan asyik makan2 aje amik ko berat dah naik 2kg...56 is my current weight y'all! aiyarrkkk...apakah? nak turun 500 gram pun susah nak naik 2000 gram tu lajuuuuuu je kan T____T

masa ni baru lah nak menangisi nasib...apa ni, orang dah buat senaman bellydancing kat utube pun demok lagi ke? bertambah pulak tu? hahaha...padahal baru buat sekali jek kecoh lebih =P

serius tau kawan2, sila la ikuti video ni...all in all total 4 video baru 20 minit je kut tapi mak aiiiii...rasa macam 20 ribu jam paling panjang dalam hidup...malam tu terus melepek sakit otot2 kaki ni....mi amor mintak buatkan air pun malas nak bangun...mama sakit kaki la papa, jap eh then sambung golek2 hahaha...nampak sangat dah berkarat huhu...takpe, mari kita gambatte kudasai beramai2 melompat sana sini bersenam untuk mengurangkan ukur lilit drumstick masing2 haha...

there you have it red velvet cake, sakit badan ku melompat2 ni semua karena kamu! hehe itu lah bisikan hati i masa tengah berpeluh2 menahan lenguh paha yang cramp masa buat senaman ni...but no worries, my dear...RVC tatap menjadi pujaan hatiku! sebab maybe nak kena buat lagi minggu ni jadi harus bersenam setiap hari untuk seimbangkan jumlah consumption kalori akan datang hehe.. =D

seriously...dah la kembar memang lemah lembut sangat macam swan je floating terapung2...aduhhh....


sila tahan tangisan keperitan menahan sakit kaki....for you RVC! haha...


gelek jangan tak gelek....


you almost finish dear, sikit lagi...can you do it? yes you can!! =)

Saturday 16 April 2011

current obsession


Sambal Lote...kalau ikut my mum ni sambal orang Jawa, tapi Mell pulak cakap sambal orang Minang...ala mana2 la kan janji sedap makan dengan nasi panas, naik selera you! tak sedar makan bertambah....maunya tak sedap; cili padi, bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan belacan goreng kejap, then blend. nyumms! almost everyday dok buat ok, kalau takde macam tak sedap je sebab tak pedas... tengok tu, makan Nasi Ayam Blackpepper pun nak kena ada sambal ni jugak =P

ni Mell la dok buat sambal ni masa ajak makan Sup Ekor ari tuh...adehhh....tolong...kalau buat sambal ni sure makan nasi bertambah T_T

Friday 15 April 2011

what's cookin - Sate

Sate Daging dan Sate Ayam bersama dengan Kuah Sate yang kurang menyerlah merah hehe =)

mintak maaf la ye...dihujani dengan entry what's cookin yang tertunggak hehe...ni semua dah buat minggu lepas baru nak story mory...kali ni nak share resepi Sate pulak...actually, dah banyak kali buat Sate tapi tak pernah tunjuk kat blog...1st time try pakai rempah perapan pek yang dah siap, produk Indonesia, cuma tambah minyak, marinate isi ayam atau daging yang dah dipotong kecil, cucuk2 dengan lidi dan bakar dalam oven..siap! kuah kacang pun sama, pakai yang segera je dalam kotak =P

then terjumpa pulak resepi Sate from Mamafami's Fotopages kat sini...and this time i've decided to try making my own, first time ever Kuah Kacang...semua ni sebab terpengaruh dengan entry resepi from Kjee , resepi Kuah Kacang Kjee ni bahan2 simple sangat, no santan, no asam keping, no lemongrass, ginger, galangal or whatever..rahsianya adalah gunakan gula melaka instead of gula biasa...the verdict? yummy sangat! tak sangka dah pandai buat kuah kacang...ala..uols2 yang dah pandai tu diam2 aje lah ye..kalau time raya tak sempat nak menuntut ilmu, sebab tau2 kuah kacang dah siap..hehe....so sekarang dah tau macam mana nak buat kuah kacang yang sedap! cuma warna je kurang merah, konon tak nak pedas sangat takut sakit perut mi amor kembali menyerang..mana la tau kan..tup2 bila campak je kacang blend tu cam ok ow, ok terlebih kacang sudah...hehe...and oh ye, kacang yang i blend tu kurang halus..sampai lenguh2 jaw ni dok mengunyah kacang haha...xpe la janji sedap, resepi Kuah Kacang ni memang highly recommended =)

nest time mengipas Sate nak cuba resepi Sate from Kjee pulak, katanya resepi asal Sate Majid yang popular around KL dulu..

ok here goes the recipe, copy paste je dari Mamafami's and Kjee's...

SATAY
Source: Mamafami's Fotopages

Ingredients :

1 kg chicken/beef fillet ~ cut into 2.5cm x 2.5cm pieces
1 1/2 teaspoon salt
4 tablespoons sugar
2 tablespoons honey
2 tablespoons cooking oil
satay sticks

extra oil and lemon grass for basting

To blend :

3 shallots
2 candlenuts (buah keras)
2 cloves of garlic
3 cm fresh tumeric or 2 teaspoons tumeric powder
4 cm ginger
2 lemon grass
4 cm galangal (lengkuas)
1 tablespoons corriander seed }
1 teaspoon fennel seed (jintan manis) } fry without oil over low heat till fragrant
1 teaspoon cummin seed (jintan putih) }

Method :

1. Mix sugar, honey, cooking oil and salt into the blended ingredients to form a paste.
2. Rub paste mixture into the diced chicken or beef and leave it to marinate for 3 hours.
3. Thread seasoned meat on to satay sticks.
4. Grill over char- coal fire or under hot grill . Baste with oil and water mixture to keep meat moist.
5. Serve with peanut sauce, cucumbers and onion cut into wedges and nasi impit.


KUAH KACANG

600 gm kacang tanah yang telah disangai (goreng tanpa minyak dalam kuali)
5 biji bawang besar
½ cawan cili kering dikisar
1 cawan gula melaka
1 cawan minyak
garam secukup rasa

Cara:

1. Kacang tanah mestilah cukup masak dan sentiasa di kacau sewaktu disangai. Dibuang kulit, disejukkan dan direndam seketika sebelum dikisar halus. Ketika kisar dalam blender, guna air secukupnya untuk gerakkan blender. Jangan terlalu banyak sangat air.
2. Bawang besar di mayang. Kemudian panaskan periuk guna 1 cawan minyak dan tumislah bawang hingga wangi. 3. Masukkan cili kering kisar dan goreng sampai naik minyak. Apabila sudah naik minyak, masukkan kacang yang telah diblend. Air juga dimasukkan sebenyak kira2 dua cawan. Bila sudah melegak, masukkan gula melaka dan garam.

Note from Kjee: Kuah satay akan menjadi pekat apabila ia sudah sejuk. Agak2 la banyak mana air yang hendak diletak.


Tuesday 12 April 2011

Sunday 10 April 2011

what's cookin - Cucur @ Cekodok Pisang Gebu





another late entry hehe...buat cucur @ cekodok pisang ni untuk potluck masa party Batrisyia last week...eh takde la semata-mata cekodok je, memang dah janji nak bawak Karipap..cekodok ni last minit ternampak over ripe pisang yang banyak and teringat ada nampak Cik Mat Gebu buat cekodok gebus tembams terus nak try jugak...

mya yang pelik eh why my banana fritters looks like makka pakka's stones today? apa? tak kenal makka pakka? jap eh carik gambar...




ni makka pakka kesayangan mya...suka cuci batu dan cuci muka orang using his sponge...another character is upsy daisy, igglepiggle, tomliboos, pontipines...don't ask why his face is so weird, i never understands this programmes,let alone why kids seems to loves it ..dah la semua tak bercakap ek uk ek uk je hehe...

tekstur dalam...gebu dan seakan kek...kalau nak sedap boleh letak esen pisang sikit..nyumm!

CEKODOK PISANG GEBU

8 biji pisang emas
3/4 camca teh soda bicarbonat
1 camca besar gula perang @ 1/3 camca besar gula halus (depends, some bananas less sweeter than the others)
1 cawan tepung gandum *refer notes below
1/4 camca teh garam halus
Minyak untuk menggoreng

  1. Kupas pisang, lecek bersama gula, garam dan soda bikarbonate hingga hancur. Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati. Perap 30 minit.
  2. Panaskan minyak pada tahap kepanasan sederhana. Basahkan hujung jari dalam air, (i pakai sudu je tapi kena lemah lembut sikit to retain the circle shape) jemput kan adunan tadi ke dalam minyak panas, pastikan jangan banyak2 dan jangan besar sangat takut bahagian dalam tak masak. Tahap kebulatan (erk, cam sensitif je perkataan ni huahuahua) bergantung pada saiz dan jenis kuali yang anda gunakan.
  3. Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok. Angkat dan toskan. Letak atas paper towel dan biar minyak terserap.
** Notes: amaun tepung bergantung pada jenis pisang yang digunakan, kat sini pisang semua 1 jenis je ala2 pisang montel tu, takde la nak pisang emas ke berangan or lain2 so moisture content is quite a lot...tepung di tambah sikit demi sikit sampai adunan agak berat, kalau cair akan serap minyak dan tak naik gebu..boleh try goreng one piece at a time dan tambah tepung lagi jika perlu dan cekodok masih tak naik...dan jangan lupa tambah gula sikit bila dah tambah tepung, practice makes perfect =)


what's cookin - Fruits Pastry Cake



kek ni buat masa birthday Anisah last week, sebagai buah tangan dan jugak spare cake in case Mya pun nak mengendeng tiup lilin jugak (which is memang pun, tengok la anak sape kan? Mya the drama queen junior =P )

although people said that it looks so cantik, my cake didn't turn out as beautiful and tasty looking as other masterchef blogger...nak tengok yang comel try jenguk kat rumah Happy Home Baking(HHB), or Nasi Lemak Lover...memang nampak tempting sangat nak try tau...mine not only the fruits sunk into the cake, it also a little bit on the drier and dense side...i wish i can blame it to the oven for this but i think i was getting a little excited and overbeat the batter hehe... (back from the party bukak buku baking and baca tips buat kek cakap tak boleh overbeat batter or the cake will be hard and dense) and maybe i kept on increasing the cooking time as i found my toothstick doesn't come clean when coming out from the cake huhu...so Sonia, if you reading this please give your advice; is there any possibility the cake will be dense if i overbeat the batter? because i only beat like crazy with the sugar and eggs and slowly stir with spatula after putting in the flour..hmpphh....

oh peach...tenggelam kau kat situ..huhu...nevermind, next time harus cuba lagi


resepi ambil dari Little Corner of Mine, sebab dah siap sukatan dalam cawan =)

FRUITS PASTRY CAKE

1 1/2 cups (210g) all-purpose/plain flour
1 cup sugar (200g) + 2 Tbsp. for sprinkling on fruits
3/4 stick (100g) butter
2 Tbsp sour cream (I used 2 Tbsp. strawberry flavored fromage frais...curi mya punya =P)
1 tsp. baking powder
1 tsp. vanilla essence
1 tsp. lemon or orange peel (i only use lemon juice, so maybe that is why it tasted quite bland)
3 eggs
500g fruits of your choice, just not the juicy kind

Method:
1. In a strainer, placed the prepared fruits (pit removed and cut into slices) and sprinkled them with 2 Tbsp of sugar.
2. Preheat oven to 350'F. Spray and floured a 8-inch square pan or 9-inch round.
3. Beat butter, sour cream and sugar together. Add eggs one at a time. Add flavorings. Beat til combined. Then, add in flour and baking powder, mixed until smooth.
4. Pour batter in the pan, level nicely and arranged the fruits on top (don't press). Bake for 1 hour or until toothpick inserted in center comes out clean. Let cool on wire rack. Dust with icing sugar just before serving.



Friday 8 April 2011

what a week....


sejak khamis lepas after organizing Mell's birthday party jemputan untuk terus-terusan berjamuan tak putus2....hari esoknya (last Friday) ke jamuan Batrisyia yang ke-3, anak Efa....then weekend duduk rumah masing2 diam2 sebelum berparti lagi hari Isnin for Anisah's 3rd birthday @Athirah's and today jemputan lunch date pulak @ Kak Zaharah's house...fuh..serius penat tau parti2 ni...tapi penat bila dah malam kat rumah la kan...mula la konon nak demam la..sakit tekak la..sakit pinggang la haha...my Mr. K pun dah malas nak layan and cakap..itu la, tadi berparti berjoget2 ghiang bona bona..suko bona..ngan omak eh ngan anak eh samo yo....hehehe...oops! i hanya mampu tersengih and mengeliat kepenatan nak tido ;P

ok lah, to cut it short i tepek gambar aje lah ye...

Friday: Batrisyia's 3rd Birthday Party

birthday girl dengan homemade birthday cake made with love by her mama =)

the food...kek yg ada nombor 3 tu by athirah, saje untuk anisah tiup lilin in advance...masa ni i bawak potluck cekodok pisang gebu dengan karipap je...lupa nak snap masa ni dah lapar beb...

mya ke papa ni? confuse kejap.... =P

party ni buat malam so kamera tak berapa terang daaa....


Monday: Anisah's 3rd Birthday Party

birthday girl yang sweet =)

self-proclaim birthday girl yang buat party orang macam party sendiri...habis belon dah lekat2 kat dinding semua dai suruh cabut nak main...haih.


cheesecake sedap specially made by auntie mell...eh mell, awat hang eja YSR? haha ni mesti tak fokus sebab ada byk assistant tukang sibuk ni...kenapa topping cake ni sebelah je? sebab yang takde cream tu khas untuk orang yang x suka cream..comel kan? seriously, i'm a sucker when it comes to homemade decorations cake...sangat suka dan sangat appreciate kesenian kek2 sebegini, ada personal touches =)

masa ni tengah nyanyi2 happy birthday..semua orang nyanyi happy birthday to anisah mya sorang je sebut happy birthday to mya..haha...pastu nak pelik pulak kenapa semua nyanyi tak sebut nama dia =P

see? mama dah stad-by awal2 bawak kek sendiri...dah tau mya mesti nak blow the candle jugak...anisah tengokkkk je aik ni apesal ada org enter frame nih? apesal diorang tukar birthday cake aku dengan kek comot nih? hehe...


awesome party people =)


Tuesday: Lunch Date @ Kak Zaharah's

such a lovely weather that day, alhamdulillah...anak2 dapat main puas2 around the garden dan dapat pulak duduk2 piknik makan ayam bakar sambil berjemur nyum nyum...

masa ni mana yang dah sampai makan ayam bakar dengan mac n cheese dulu sementara menunggu Kak Suni yang datang lambat sikit...konon2 nak bagi budak2 makan dulu padahal.... =P

yeay semua dah ada kita makan dulu! menu nasi bubur and various lauk pauk...sedap!

ada telur dadar, taugeh stir fry,ikab bawal bercili, sambal belacan...

...and paling sedap sayur sawi jeruk goreng dengan preserved egg..sebenarnya kak zaharah call si efa belikan telur masin kat kedai oriental masa on the way nanti, main rembat je terambil preserved egg pulak..tp sedap juga makan dengan jeruk halia..terangkat!

sedondon...tema hari ni adalah belang2 biru dan heart shape, mood jadi kak melah kejap ada hati besar bling2 kau kunci cintaku di dalam hatimu=)

buat2 menyibuk kat dapur..tuan rumah pakai kebaya indonesia renda2 you...body mantop perut flat boleh la..cuba kalau yours truly adeh mau menangis perut ni sebab kain sendat ketat sob sob T_T

mya pun join juga aktiviti kaum ibu...aktiviti apa? klu disebelah tu..agak2nya apa yang mama mya tengah sibuk bersiap tu ye? aha! anda semua sudah bersedia? gambar yang bakal anda saksikan di bawah mungkin boleh mengganggu ketenteraman awam, jadinya kalau tak bersedia sila tutup page ini sekarang ;P

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



ya habibi! =D

Thursday 7 April 2011

use the card to pay mama...


malam tadi, tengah golek2 nak suruh mya tido...

mama : dah dah mya go to sleep...tomorrow mya nak play baking kan?got new apron and cooking hat...

mya : emmm. mya nak go for a walk...take a ride on the bus go to the shop mama,like same smile go to the shop..want to buy strawberry...bike...new shirt...trousers for papa, trousers for mama, trousers for mya...i want to buy something tomorrow..emmm, got so many2 things...

mama : wow you want so many things...do you have any money? mama don't have money...mama buy new toys for you already today...mama don't have any money left...

mya : mya don't have money....mama don't have money...hmmm.... (fikir kejap) mama, use the card mama...use the card to pay, from your wallet...

mama: hahaha...aiyoh...ini lah anak omak...

my cheeky princess dengan pinky polka dot baking setnya...toys ni la yang mama dah beli semalam dan guna alasan dah takde duit hehe...


so how kawan2? lepas ni dah tak boleh tipu cannot buy new toys sebab tak ada duit...dia tau omak dia ni memang xde cash tapi debit card kan ada..kasi swipe la...hehe...that's my girl! lepas ni nak shopping i memang guna alasan mya je you...mya yang nak beli..mya yang ajak mama go to the shop..mya..mya..mya la papa.... ;P

Sunday 3 April 2011

Mell's (not so) surprise birthday party



Date: 31st March, Thursday
Venue: My Crib
Theme: Potluck party with various calorie burning ativities =P

party ni boleh dikatakan 'bidan terjun' or sangat lah ad-hoc...datang idea dalam kereta Athirah on our way to ASV nak main badminton on Wednesday....then discuss sorok2 with the rest of gurls kat court and terus decide2 itu ini...hehe..cepat2 offer diri buat kek sebab nak try sangat2 bake the whole RVC recipe, i mean tak payah la nak buat separuh2 resepi like my 1st try baking the RVC kannnn....so balik tu terus bake the cake and prepare frosting siap2 so that bangun pagi esok terus garnish je kan....

pagi Thursday tu bangun super early sebab tak sabar nak potong kek and layer dengan frosting, bukan lah tak sabar sangat sebenarnya....lebih kepada takut kek tu tak jadi hehe...sangat risau sampai termimpi2....dah prepare back-up plan and ingredients ok kalau tak jadi memang i terus bancuh2 kek coklat aje...siap2 sapu frosting semua tengok2 baru pukul 7 pagi...alamak..apa nak buat lagi ek? invitation pukul 11...fikir punya fikir terus decide buat Nasi Lemak, buat tambah2 makanan kan...i memang tau, kalau jemput orang datang makan2 ni sangat tamak and takut sangat orang tak cukup makan haha...kalau boleh nak makanan to spreaddddd sampai penuh meja kut =P

so here we goes....

food: Nasi Lemak by yours truly,sandwich sardin, pasta goreng, nasi goreng belacan, and jemput2 jagung...nyum nyum...

party gurls...from left; Efa, Kak Suni, ehem ehem, Mell the birthday girl and Kak Lola...ada lagi Kak Zaharah and Athirah yang takde dalam gamba...bayangkan lah 7 orang hot mama berjoget dalam rumah i yang comel nih teeheehee (^-^)

this is the only picture yang baby Muhammad senyum =)

sila buat2 tak perasan yang kek ni senget due to layer forsting yang over tebal...masa nak sapu tu dah macam jelly pulak wobbly2 ke kiri ke kanan...haha...lantak la janji puas dapat cream cheese tebal =P

sprinkle with cake crumbs and crushed meringue nest to camouflage the messiness...OH.MY.GOD. sedap sangat sangat sangat ok RVC ni...baru lah faham kenapa kek ni hot sangat di kalangan blogger masak2 and peminat2 si tukang makan @ tukang beli hehe...


this the only proper picture of the cake after being slice...saje je nak tunjuk korang ketebalan cream cheese layer tu haa...haha...memang heaven! semua pun suka sebab frosting tu tak manis sangat (reduced sugar) and to saving myself and my expanded waistline dari 'terseksa' kena habiskan kek ni seorang diri semua orang dapat bawak balik one giant piece of RVC =P

Kak Suni adalah naughty ok sebab siap bawak props belly dancing! woot woot...haha...dalam message2 FB dah usik2 the birthday gurl to perform belly dancing routine for us...nak pecah perut ok ketawa masa Kak Suni keluarkan benda ni wakakaka....siap bukak video belly dancing, zumba, and latin dance kat youtube and menari ramai2....and then ada lagi private session one-to-one step-by-step bentuk2 senaman untuk memantapkan body by Kak Zaharah....

a mix of daffodils, lavender, and tulips for tuan rumah...huhu..suka sangat2 ada orang bagi bunga *jeling pada encik suami sekarang*

all in all..alhamdulillah party last minit ni berjalan lancar...Mell pun dah boleh agak sebab masa discuss tu dah la sorok2 gelak2 pastu tak ajak pun dia join borak sekali haha..tau2 lepas main tu i call and ajak lunch hari esoknya...dalam hati dia pun dah berbisik there is something goes wrong somewhere ni haha....

kalau bab makan2 bersuka ria ni we all memang okk je...Jumaat malam tu pulak party hari jadi Batrisya, Efa's daughter...haiyoh...sakit otot perut i sebab makan makan makan then bergelak ketawa bagai nak rak...then tomorrow on Monday ke rumah Athirah for Anisa's party and Tuesday lunch date @Kak Zaharah's crib wee hooo.....seronok sebab selain dari dapat berkumpul, bermesra dan bertukar pendapat (cewah!) kita dapat jugak masak2 bawak potluck kan...the effective way to channel my itching hands for trying new recipe =P