Friday 20 January 2012

what's cookin - Dendeng Daging Pandan




pencarian resepi dendeng daging yg sedap berakhir! yezzaaa...!


walaupun ni lauk entah minggu bila tapi sila cuba ye, memang sedap sangat2...kena post jugak even entry basi sebab memang ish sedap sangat sangat la...rugi kalau tak share dengan kawan2 ye tak?istimewanya adalah digaul dengan bawang goreng sebelum dihidang....and yes, please use homemade bawang goreng ye...dengan bau harum pandan, bawang goreng dan rasa isi daging berempah yang digoreng garing ummpphhhhh....terangkat!


dah cuba sekali confirm wajib masuk hidangan raya korang, cayo la cakap den ni yo....


for homemade bawang goreng senang je; bawang merah hiris nipis, gaul dan salut sepenuhnya dengan tepung gandum, garam, dan sedikit gula..goreng dalam minyak panas sampai garing...sedap sangat selalu tak sempat nak masuk dlm lauk pun sebab dah kena curik buat ratah mama dan mya..hehe...resepi ni dpt dari myresepi kalau tak silap...


terima kasih pada Kak Ummi, blogger pakar masak yg femes tu..mana tak femes resepi ni dah masuk majalah Jelita y'all!  =)




DAGING DENDENG PANDAN
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 500 gm daging batang pinang
  • 2 cawan air
  • * 2 batang serai - diketuk
  • * 1 inci halia - diketuk (*untuk direbus dgn daging)
  • 2 sudu besar cili kering yang dikisar
  • 2 sudu kecil rempah kari daging
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar kicap pekat manis
  • 1/4 cawan gula melaka yang dihancurkan
  • 3 sudu besar gula pasir
  • garam secukup rasa
  • sedikit air (jika perlu)
  • 1 helai daun pandan - disimpul
  • 1/2 cawan bawang goreng
  • minyak masak secukupnya
Bahan Kisar:-
  • 8 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm lengkuas
  • 2 cm halia
Cara Memasak:-
  1. Potong daging kepada saiz 4 x 4 inci, bersihkan dan rebus hingga daging empuk. Angkat dan toskan. Hiris daging nipis2. Buat hingga siap.
  2. Tumbuk-tumbuk sedikit setiap keping daging.
  3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sekejap daging tadi hingga nampak garing sikit di bahagian tepinya. (boleh gunakan minyak lebihan bawang goreng untuk lebih sedap). Angkat dan toskan.
  4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebihkurang 1/4 cawan dan tumiskan bahan kisar serta cili kering dengan api sederhana perlahan hingga pecah minyak.
  5. Masukkan serbuk kari daging, serbuk ketumbar, kacau rata. (masukkan sedikit air jika terlalu kering)
  6. Masukkan gula melaka, gula pasir, kicap manis dan garam secukup rasa. Seimbangkan rasa.
  7. Masukkan daging dan daun pandan, gaul rata. Masak hingga daging benar2 bersalut dan sedikit kering atau pecah minyak.
  8. Tutup api dan tuangkan bawang goreng. Gaul rata-rata menyelaputi daging. Siap untuk dihidangkan.

Monday 16 January 2012

my first day of nursery =)


semalam dah start sekolah, yeay! tak sangka malam sebelum tu mak budak ni yang tak boleh tidur hihi..papa sangat sibuk huhu tak dapat nak join. nevermind lah kan mya. actually first day ni just visit je, kenal2 dengan cikgu, get familiar with the environment sambil mama isi borang mana yg patut.

esok start sekolah ok mya, no mama tau. and no they don't do face painting here EVERYDAY ye. sebab masa bawak pergi christmas fair hari tu ada face painting dah masuk2 pintu sekolah je mintak face painting. hehe. nanti la mama beli face painting kit, kita main la solek2 puas2 ye.

 muka tahan sejuk, lepas tu menguap..sabar je la.

 kitchen and cleaning area, tempat budak2 tolong cikgu prepare snacks =)

 with Ms. Luwit, one of the teachers


all labelled individually - cloths pegs to hang your jumper/jackets, shoe box and spare cloth's bag...oh yg bergulung kat dinding tu 'pigeon hole', kalau ada surat or makluman utk parents pandai2 la amik yg ada nama anak korang ye.

malu mak nak kuarkan kamera gabak ni huhu...tapi takpe demi nak tunjuk pada papa persekitaran kelas mya ku tebalkan muka jua haha...dah mintak izin nak amik gamba, pastu terpaksa buat muka tak malu sebab kamera besau gila hehe...

so far sangat excited nak tengok perkembangan mya, harap2 pandai la dia bercakap dengan orang takde la angguk geleng senyum aje kan. as for snacks, dont worry. tengok mama pakai tudung pun cikgu dah tau Muslims tak boleh makan meat. lagipun diorang jarang serve meat for snacks, mostly noodles, pastas, toasts and wajib ada fruits. only milk or plain water for drinks, no sugary drinks. bagus  bagus..kurang sikit makan gula, tengok tv pun kurang lepas ni, fuhhh lega mama. sekolah ni multicultural, international kau...malaysian, indonesian, filipino, bangladeshi, polish semuanya lah ada. and depa sume respect apa2 pun religious restriction yg ada. 

dan selalu aktiviti yg dibuat base on perkembangan semasa. kalau easter tema easter-buat easter bonnet, easter egg, kalau krismas tema krismas macam buat krismas kad or biskut krismas. macam sekarang ni in conjunction with raya cina masa main masak2 buat stir-fry, menu snacks pun makan noodle with sweet and sour sauce and baking session buat chinese cookies. annnddd....paling best, mya's first rombongan cik kiah ke chinese restaurant for chinese new year's lunch next week. so comel kan ramai2 naik bas dengan classmates. mak budak nak menyebok pun ok je, as any assistants for trips or outings most welcome ;)

mya sayang, kat sekolah jangan garang2 ok. kalau ada budak bising jgn nak 'shhh! shhhh!' kan anak orang pulak. kalau kelas bersepah tolong teacher kemas ok. and most important, tell your teacher kalau nak wee2 or poo2. good girl! calit sikit! =D

Thursday 12 January 2012

AirAsia X ends London flights, sob sob.... T__T



NNNNOOOOOOO!!


oh tidak! ni mesti sebab duit habis beli QPR ni kan? kan? ;P

depa tau tak, kitorang ni regular customer tau. kesian la kami2 yang berbajet rendah ni uncle tony. hopefully its not forever. kalau tak so long airasia, hello emirates.

further news read BBC News. 

what's cookin - Broccoli, Cheese and Potato Soup


perfect winter warmers; nice, hearty, creamy soup...ooh la la~

kita memang suka sup2 creamy camni hehe....tang yang berkalori tinggi ni mana yg tak sedap kan? aduhai...resepi dah lama nak try, tapi bila pergi kedai tu cam fikir banyak kali nak beli broccoli dengan cheddar cheese, hubby is sooooo not into cheese and broccoli. rugi betul. but recently dia sangat sibuk, balik dah letih tak bermaya, pinggang dah meramping, sebab sibuk yang amat kadang2 lupa nak lunch. i mean, what the....??? dulu kita kat ofis tu ada gak masa2 yang sibuk melampau, tapi makan tetap makan...perut kalau dah berkonsert kerja apa pun tak boleh buat ye tak? hehe. selalu bila sibuk bab makan ni lagi teruk ada la kut, asyik lapar je then makan semua nak yang instant je, lalu drive thru then makan dlm keta.

so semalam ku beli jugak broccoli. buat sup sayur letak broccoli banyak2 untuk mi amor then paksa dia habiskan sayur. lepas tu paksa makan multivitamin, then hulur buah sepinggan. haha kembung2 membe tu nak sumbat semua. harus okay sebab nanti kul 7 lebih dia dah hanyut2 tahan mata dari tertidur. lepas disaster satu rumah demam teruk hari tu dah serik rasanya. for mi amor, dengan kerja yang menimbun kejar dateline sakit is the last thing we want isn't it?

enuff ramblings.

the soup recipe is from Gina's Skinnytaste. yup you read me, 'skinny' ok. haha ayat penyedap hati untuk orang yang sedar diri mendemok tapi makan harus yang sedap.

it is skinny after all. use milk instead of cream. cheese pun yang 2% fat. kita letak cheddar aje, sebab tak berapa suka kalau ada 'bau muak' cheese kalau letak banyak sangat. rasa memang best, make sure pakai chicken stock yang sedap which is boleh ganti dengan chicken cube (like moi, hehe) if you want to make it express. kita suka sup pekat2 so campak satu periuk dalam food processor and blitz. yummeh!

dengan kentang, brokoli, carrot, celery and cheese, kalau tak kenyang gak makan sup ni tak tau la kan. ;)

again, resepi refer here  ok. kita malas nak copy paste. there's tonnes other great healthy recipe ideas for you to try. macam seafood salad yang ada udang and this pan seared scallop (minus grapefruit for me please hihi). yums! =D

Tuesday 10 January 2012

taubat yang hanya tau-buat; dan promosi resepi red velvet yang sedap.

sejak dari balik kampung raya hari tu memang dah perasan dah. badan makin kembang. kempis nye takde tapi kalau bab mengembang bak juara.

dah perasan seluar tidur ada sikit sendat. huhu.

dah namanya balik kampung harusla makan tak ingat. balik sini mula la homesick, pastu cam sedih2 sebab teringat makanan yang maha lazat jauh di sanun. pastu cam tak de selera nak makan. bila malas nak makan makanya banyak mengunyah benda yg bukan2; kek, buat cookies, tiap kali beli groceries wajib maple pecan plait, ketagih m&m peanut, crisps lightly salted, wallah! then malam lapar je makan maggi. 

i know, zero calories. sangat tidak menyihatkan. makan benda yg entah apa2 pastu zat ke laut. (-_-')




teringin nak gi jogging, sebab sini kan ala2 sejuk pastu cam best je nak lari sebab takde asap2 bagai. harap2 mya start sekolah minggu depan dapat la si mak budak ni bermotivasi tinggi dan angkat punggung bersenam. kejap pun jadi la kan. nak dancing2 aerobik depan utube minah ni suka je kacau tau, pastu kita tengah syok2 buat step lagu jaiho slumdog millionaire tu sedar2 dia baring kat atas lantai, between my legs. sabar je la. terpijak ke hape tak ke naya, omak kau ni dah la overweight mya oi.


the reason kenapa merapu2 pasal demok ni is sebab last thursday memberanikan diri pergi timbang kt boots. wahey! seperti yang dijangkakan naik 3 kilo. syabas! my daily sit-up routine tak setanding food consumption yang terkumpul since last raya. apo laie nk dikato.hahaha...


gambar di atas adalah RVC yg buat sebagai buah tangan ke rumah Athirah last Saturday, thirah ajak lunch dan kebetulan memang dah lama teringin red velvet, kalau buat kang pastu kena pulun sorang2 sebijik kek tu memang tak sedar diri la kan. bila ada jemputan makan2 ni la peluang nak membaking kek idaman hati.


berjaya control makan satu slice saiz xs, tu pun lebihan si mya tak habis. tapi sekarang rasa tak puas la pulak. hukhuk. bila cam ada suara2 notty dalam hati suruh pergi kedai beli cream cheese untuk modify balance layer kek red velvet yang tak berapa nak jadi dan dijadikan red velvet truffle sila lah cepat2 picit lemak bawah dagu tu ye, takpun pi bukak baju and tenung lama2 chicken wings yg sihat tu depan cermin. insaf la kejap. err. actually for this RVC, bad luck dengan oven kembali. sebab overconfident sponge cake hari tu sukses kita pun tibai la buat 2 adunan sekaligus, lagipun satu adunan tu sikit je. tengok2 masalah yang sama, atas dah nak garing yang bawah tak masak. hanya satu lapisan dapat diselamatkan. esok pagi2 menggodek satu adunan lagi, alhamdulillah menjadi. so dapat la 3 layer altogether. tapi awal2 dah stand-by nak buat caramel croissant pudding dari akak Nigella, mana la tau kan...pheww!!


oh ye, bercakap tentang red velvet, my favourite recipe is from confections of a foodie bride, tolong lah buat korang, its delish, super delicious if you get it right. kek moist and tangy, i like! tapi ada pakai tepung kek, time kt msia dulu kita pakai tepung kek jenama blue key, as stated on the box dah ada bahan penaik. bila try cari substitute kt sini mostly cakap tepung kek is equal to tepung plain plus sikit tepung jagung. takde pulak suruh tambah baking powder ke apa so a bit confused di situ. so for this time i stick to this Kak Rima-Bisou A Toi's recipe instead. 


resepi sedap dari foodie bride ni first time kita try masa ajak kawan2 sekolah makan2  raya lepas. after all day long slaving myself in the kitchen cooking soto plus all its condiments AND baking, i'm glad this new red velvet recipe rocks!


dah puas kau mengomel 'kekesalan' mendemok lagi nak tayang gambar juadah raya T__T
tuan rumah masak soto, tetamu bawak sate and red velvet cupcake sedap for dessert


eh lupa lak nak kepoh, berat terkini yang buat kita meroyan sangat tu ialah lima-puluh-enam-kilos. ambik ko. sebelum ni just nice la 53kg, konon2 nak la kurang 2 kilo lagi kasi nampak slim sikit tup tup dah bertambah pulak ke lebihan muatan; 5 kilos more to shed. tsk. tsk. tsk.



what's cookin - Kambing Masak Hitam





sebab minggu lepas laki beli kambing sampai 2 kilo, makanya dah selang sehari pulak dok makan kambing; lamb chop, kambing bakar, lamb chop, kambing bakar....huh, jemu la pulak. jom try masak lauk kambing ni pulak. 


tengah dok surfing resepi lauk kambing teringat pulak cik lurpak kita yang sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan kambing dalam menu harian beliau...wakaka..(tuan punya obsesi-berdosa-ku; sila take this as a compliment kpd seorang foodie tegar okeh =D ) hah, ada pun resepi. kambing masak hitam, sangat lah senang nak membuatnya. rasa pun mantop, cuma kita takde kicap masin so ganti la dengan light soy sauce and oyster sauce. tapi sebab oyster sauce tu jenis ala2 manis so rasa macam dah termanis la pulak. tapi memang sodap ni beb. hah lurpak lepas ni boleh la masak untuk kenduri ye, memang sodap nih!

Kambing Masak Hitam
Source: mysinfulosession / resepipaklong


Ingredients
1 kg daging kambing dipotong dadu
1 btg Kayu manis
3 biji Bunga Lawang
5 biji Buah Pelaga
5 biji Bunga Cengkih
1 biji Bawang besar (dikisar)
7 biji Bawang merah (dikisar)
1/2 inci Halia (dikisar)
2 s/besar Serbuk kari
30 g Cili Kering (dikisar)
2 cawan Kicap manis
2 cawan Kicap masin/sos tiram
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
1 cawan Kismis (dikisar) - sebab nak cepat kita rendam kejap then cincang2, jgn malas ok kalau kisar lagi sedap
1 s/besar Minyak sapi - yg ni saya tak ada
Minyak masak
Air

Method:
1.Panaskan minyak masak. Masukkan rempah ratus (kayu manis, bunga lawang, buah belaga dan bunga cengkih). Masak sehingga naik bau
2.Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar (bebawang dan halia). Masak sehingga naik bau
3.Masukkan serbuk kari dan sedikit air. Masak kari sehingga naik minyak. Sekiranya belum naik minyak, tambah air.
4.Masukkan cili dan masak sehingga naik minyak.
5.Masukkan daging dan gaul. Biarkan selama 10 hingga 15 minit.
6.Masukkan kicap manis dan masin.
7.Bubuh garam dan gula secukup rasa.
8.Bila dah agak empuk, masukkan kismis. Masak lagi selama 20 minit.
9.Tutup api dan masukkan minyak sapi. Gaul sehingga sebati.


sedap wooo...nanti kita nak share lagi resepi daging dendeng harum pandan pulak, dapat dari ummi kuantan...baru try semalam, sedap sangat nak buat time raya pun best!

Friday 6 January 2012

what's cookin - Chocolate Banana Cake and a simple celebration




mungkin berkat niat suci murni nak buat kek untuk harijadi suami, for the first time since using my new neurotic oven my cake turned out so so soooo well! 

terjoget joget kejap kat dapur bila tengok kek tu masak cantik je, lembut gebus pulak tu. selalu kan sure jadi bingka or bahagian bawah kek x berapa masak. stress okeh. apa la masalahnya oven ni tak tau la. so far, dah faham la sikit2 perangai dia, suhu set 130C, bakar kek sure more than 1 and 1/2 hours, and tak boleh buat adunan banyak2 sangat.

sebab kek dah menjadi barulah semangat nak mereliasasikan Chocolate Banana Cake ala SR tu...for the cake guna resepi kek coklat span from myresepi ni, for the chocolate mousse refer here.

ratio kek to filling macam tak balance kan? satu kek potong 3 lapis mana tak nya hehe.. maybe kalau nak buat lagi next time kena buat 2 biji kek baru mahsyuk....


ada jugak resepi kat citarasawan, memang best blog kak wan ni Tiramisu Cake, Blackforest Cake, nak Chocolate Indulgence pun ada. tapi sebab dah pernah try resepi chiffon cake masa buat Chocolate Indulgence (untuk birthday anak Mell, which i forgot to blog about) so for the cake teringin la nak cuba resepi baru pulak. lagipun cam curious sebab dalam bahan ada mayonis, plus review di myresepi sangat memberangsangkan.



pukul sekembang ini ye, bak kata pesanan tuan punya resepi 'pukul sampai gebu dan fedulikkan kebisingan mixer itewww...' 


dah ready nak bakar, warna adunan memang pucat macam ni but dont worry dah masak nanti kaler coklat dia ok je.. ada lebihan bancuhan kek try masuk dlm bekas kek mya, sekali hadap je dia habiskan, so memang sodap la tu.


dah potong 3 lapis, sapu mousse, susun banana slices and crumb coat. mousse lupa nak snap, mya sibuk bertanya itu ini,'mama, what's this called? this? what's that mama?' which i found sangat susah nak multitask between answering her questions and getting my crumb-coating right.fuhh!




 
ok, by lunch hour dah siap deko sikit2. sempat la bagi set dlm fridge sebelum papa balik for dinner. nasib baik ada lebihan ready-made writing icing dari birthday mya hari tu. please excuse my poor piping skill ye, emak saya terjumpa nozzle saiz kecik2 je dlm kabinet khazanah barang baking saya kt rumah bila mintak selitkan dalam kotak parcel hari tu. dah alang2 memang nak anta stok ikan bilis kan. nak beli baru cam sama harga dengan blouse dorothy perkins, selalu keliru nak decide mana satu keperluan lebih mendesak ;P


mya paling happy, tolong mama buat kek satu hari (particularly lick the bowl part), tolong letak lilin, dapat nyanyi2 and bagi papa hadiah...macam sedih pulak menyambut 3 beranak je huhu..masa ni la terasa sangat rindu kat family sob sob...my mil very the sweet, a day before ada kad harijadi  (ma, orang sekarang mana ada anta kad, sume main ikut fesbuk je tau macam aunty zah tu) sampai untuk anak kesayangan ...awwww...kad yg ada lagu2 lagi, bila tengok and baca ucapan i yg touching lebih2 tiba2 nak sedih2 lepas tu ngalahkan tuan punya badan sendiri yg excited nak call bitau kad dah sampai haha...

jom tengok resepi kek span ni, memang highly recommended! suka sangat, gebu melampau dan moist! tersangat gebu sampaikan nak potong into three agak mencabar. just baca instruction dan pesanan tuan punya resepi betul2 ok.

Kek Span Coklat 

Bahan A:
4 biji telur
120g gula kastor
1 camca besar ovallate
1 camca besar mayonis

Bahan B:
80 gram tepung gandum
20 gram tepung jagung
20 gram serbuk koko
1 sudu teh baking powder

65 gram mentega cair - sejukkan suhu bilik

Cara-cara:
1. Satukan kesemua bahan B dan ayak sebanyak 5 kali, pegang pengayak tu tinggi2 to aerated the flour.
2. Campurkan kesemua Bahan A dalam mangkuk besar, pukul dengan hand mixer sampai kembang HIGH-SPEED selama 15 MINIT. Sila bersabar dengan kebisingan mixer dan kelenguhan tangan.
3. Masukkan adunan Bahan B yang dah diayak tadi, pukul 2-3 minit sampai sebati ( i kacau slowly guna spatula).
4. Masukkan mentega cair dan kacau sebati. Masukkan dalam loyang kek (i guna 9'' round tin) yang telah letak baking paper dan dah di gris dengan mentega. Bakar dalam pre-heated oven selama 45 minit, 170C.
5. Bila kek dah masak, hentak2 perlahan sikit dan terus terbalikkan kek atas redai (jangan keluarkan kek dulu, step ni macam buat chiffon cake).
6. Bila dah sejuk, lalukan pisau keliling kek dan boleh keluarkan kek.


Chocolate Mousse
Source: Mars and Family / Amal Hayati

Bahan:
250 gm. Non-Dairy Whip Cream
150 gm. Dairy whip cream
(i just total up 400gm double cream and whipped till just stiff)

1 tsp. essence vanila
1 sudu makan rata serbuk gelatin yang halal - i used veggie gel jenama dr oetker.
4 sudu besar air 
(Bagi yang tak mahu menggunakan gelatin, boleh gantikan dengan agar-agar serbuk dan double boilekan gelatin sehingga hancur)

50 gm. serbuk koko } ( serbuk koko dan gula ising di ayak bersama)
80 gm. gula ising }
1 1/2 sudu makan Nescafe } ( Campurkan nescafe bersama air panas)
1 1/2 sudu makan air panas }
1 sudu kecil chocolate emulco
2 - 4 biji pisang Del Monte atau pun pisang berangan - dihiris tebal


Cara-cara:
(1) Pukul kedua-dua whipping cream secara berasingan. ( Untuk dairy whipping cream, pukul sehingga ia menjadi pekat sahaja. Sebaik sahaja ia menjadi pekat terus berhenti dari memukulnya. Sekiranya terus memukul ia akan menjadi cair. Untuk non dairy whipping cream, kita boleh terus memukul sehingga ia menjadi lebih kurang tiga kali ganda kembangnya.) 
(2) Kemudian campurkan kesemua bahan untuk mousse termasuklah kedua-dua whipping cream yang telah dipukul tadi. ( Pastikan campuran gelatin atau agar-agar serbuk tadi tidak sejuk. Sekiranya telah sejuk ia akan menjadi beku dan bergentel2. Sebaik-baiknya campuran gelatin ini disediakan setelah kesemua bahan untuk mousse telah dicampurkan)

Nota: 
- Saiz loyang kek adalah 9'', agak nipis untuk potong kek pada 3 lapisan. Kalau nak buat 4 lapisan sila buat 2 biji kek ok.
- Tastewise; kek span tu is the best! not too sweet, moist and very very spongy. Just nice with the rich mousse, next time i may reduce or omit the nescafe part in the mousse. 
- Mousse is very dense and rich due to the coffee content in it, its just bring out the chocolaty taste more that for me its overpowering the banana...kasihan pisang tu tak rasa sangat, dah rasa macam choolate mousse cake with banana essence je. next time kena hiris pisang tebal2.

Thursday 5 January 2012

what's cookin - Szechuan Chicken

gile lama tak letak entry main masak2 kan? berbulan dah rasanya.


ok, semalam ada try buat szechuan chicken ni, sodap babe! senang pulak tu...ternampak kat belog dapur kjee dah lama dah dok tangguh2 nak buat sebab takde gajus. last2 buat jugak walaupun takde gajus. entah apa2 je. tapi serius lepas ni harus beli gajus khas untuk ulang tayang ayam szechuan ni. sedap dik non cayo lah cakap den yo...


resepi ni hasil kacukan resepi kjee dengan yummylicious-jun yg asal dari gert.


method ikut cara kjee, kalau ikut yg kak jun dengan gert tu goreng asing dulu ayam yg dah marinate dengan sos and tepung jagung. tapi kita lagi suka yang basah2 kut.ikut suka korang la kan. masa nak marinate ayam dengan salt/pepper tu letak sikit cuka to replace rice wine. pastu campak2 je spring onion yang memang ada stok. kalau makan dengan sayur pakchoi celur je ni pun sodap. tapi sebab cili kering saya tu jenis yang tak pedas harus lah di campak 2 biji cili api baru kick rasa pedas2 manja.


next time harus letak gajus dan diusahakan letak sesame seed or minyak bijan. sure lagi feel macam kt chinese restaurant. 




SZECHUAN CHICKEN
Source: dapurkakjee, yummylicious-jun, and mykitchensnippets.


3 keping dada ayam 
2 sudu besar kicap manis cap kipas udang
2 sudu besar sos tiram
segeggam biji gajus  - kita takde
10 batang cili kering 
4 biji bawang putih diketuk
2 biji bawang besar dibelah empat dan dicerai-ceraikan
dua inci halia muda, hiris nipis

sedikit gula
1 sudu besar kicap cair - tambah sendiri

1 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan 2 sudu air
beberapa titis minyak bijan - kita takde ni huhu

hirisan daun bawang


bahan perap:
salt and pepper
1 sudu cuka


1. Perap isi ayam yang dah dipotong kecil2 dengan garam, pepper dan cuka selama 30 minit. Ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis cili kering hingga garing, masukkan bawang putih dan halia, Tumis sampai naik bau. Ketepikan.
3. Masukkan isi ayam dalam kuali yang sama dan besarkan api. Kacau2 sampai ayam agak garing dan air ayam kering sedikit. Gaul dengan cili kering, bawang putih dan halia yang dah di tumis tadi. Kecilkan api dan masukkan bahan perasa - kicap manis kipas udang, sos tiram dan kicap cair. Masukkan pula hirisan bawang. Gaul rata.
4. Masukkan bancuhan tepung jagung, kacau sampai likat.Masukkan gajus (kalau ada), dan hirisan daun bawang. Kacau kejap dan sedia untuk dihidang. Sodap di makan panas2 dengan nasi panas. Fuhh!!



Selamat Panjang Umur suami! =D

Today is my sayang's 30th birthday.

So far Mya masih belum membocorkan rahsia 'papa today mya and mama bake your birthday cake for you!' nasib baik dia tak tau dlm oven tu ada simpan kek semalam kalau tak dah lama dah rahsia terbongkar.

cuma pagi tadi je suruh wish birthday kat papa dia sibuk mintak mama buat kek untuk dia. phewww!

juga dia takde bagi report apa2 dekat papa yang hari tu mama heret shopping berjam2 beli kad and cari hadiah birthday papa ;)

hari ni rancangnya just nak deko2 sket sponge cake yg dah buat semalam, konon nak buat Chocolate Banana Cake ala2 SR tu entah jadi ke idok tunggu je la hasilnya nanti ek. tunggu papa balik kerja nyanyi2 sket tiup lilin. mya sure happy terlebih macam la hari ni birthday dia hehe....

oh dont worry, rahsia takkan terbocor sebab en suami tu takde maknanya nak bukak belog  yg entah apa2 ni.


to mi amor; happy birthday sayang! semoga Allah panjangkan umur, murahkan rezeki dan hidup kita sentiasa diberkati Nya dan harapnya kita semua happy sokmo okeh ;)

me and mya love you sooooooo much! you are the best papa in the world (^-^)