Friday 27 July 2012

Iftar 2012; Day 7 - Menu takde idea

pejam celik pejam celik dah seminggu weolls di aberdeen ni berpuasa. rasa cam dah lama ber'diet' tapi hari2 mengadap cermin dok complaint 'papa...asal ni rasa cam dah lama mama lapar tau tp tak kurus ponnnnn.........'

heh. camno nak kurus kalau menu harian wajib ada dessert manis2 pakai santan sume kan ;P

semalam hari ke-7 berpuasa, sangat takde idea nak masak apa. tak tau nak makan apa pun ye gak..last2 buat nasi goreng kampung je la...mi amor pun ckp tak payah la masak beria, nanti tak habis jugak...kalau masak simple dan sedikit at least byk lagi ruang kt perut dia nak menyumbat makanan lain cam teringin megi ke apa hehe...

memang pun, hari tu buat beriani pun banyak yg terbuang...nasi goreng ni pun tak habis uoll..ish ish ish...

 buah melaka lagi..oppps..sori lah ye ni memang kuih kegemaran kita...burger malaysia tu request ya kanda, dia ckp buat seketul dua dah la...haih, camno tu....malas nak halfkan resepi sebab nanti ada balance yis, kita selalu buat satu adunan tu hambun ke satu sachet yis senang tak yah nak simpan2...dapat 10 ketul koo...tapi xpe kita delivery sampai ke sekolah Thirah, weolls ni selalu petang2 mesti nak merayau habiskan masa...lamo bona nak dapek makan wuwuwu...


set nasi goreng kampung dengan ayam goreng tepung kentucky plus keropok udang thai...happy sangat sebab keropok ni sebijik cam yg dpt compliment crackers basket masa makan kat kedai thai the other day, suppose satu meja dapat satu bakul je tp sebab waiter tu dah biasa dengan hubby siap borak2 ckp melayu so dapat la buat muka kesian mintak dia topup keropok...

adoiiii...cedapnye keropok tuu...caiyok caiyok...skang dah 6pm, only 3 1/2 hours to go. =)

my raya parcel


got samping for papa, baju kurung, dress and kasut comel for mya


thank you nenek! so cute like smarties kan? nenek baru balik shopping kat Vietnam...tau tau je la kan tempat murah cam tu dengan penuh kain baju cotton bagai,sorgaaa kut kalau nak shopping raya sume...sampai gak kau kat UK ek kasut?


yg ni baju raya mya, order baju kurung cotton for kids online aje, highly recommended! kain selesa, jahitan kemas dan ukuran tepat macam yang diberikan...utk raya dah closed order tapi maybe boleh tengaok2 mana tau nak tempah untuk masa2 akan datang...kita bagi order betul2 tengah nak tutup tempahan.. phew! after exchanging a few emails tokey kata ok boleh la dia jahitkan...thanks you so much Ina! refer Sabrina Collections for details =)


rindu nak shopping raya kt jalan tar...uwaaaa...saya mahuuuuuuuu!!!

Thursday 26 July 2012

Iftar 2012: Day 6 - Menu ringkas tetap terbaik =)



ayam masak gulai darat; ya kanda i ni kecik2 pernah duduk kelate so sekali sekala tu datang la angin pantai timur dia request makanan kelate...mesti nak manis2 gitu. eh kalau gitu i kena pandai masak lauk semua negeri la kut sebab dia pernah gak duduk Johor, Pahang dengan Nogori..pengsannn!


sambal kering; suppose ada tauhu and tempe but na ado, yg den ado terung, kentang dengan ikan bilis so campak kan aje sudah...kita yang buat dia kan...


menu hari ni serba ringkas dan mudah, cup cap je dah siap...pukul 3 ptg dah siap masak gulai dengan sambal kering ni..haha gilo bosan la tu awal2 dah masak, still got 7 hours to go kut cik kak oi.;P

pastu bosan kuar carik Peppa Pig puzzle for Mya, sebab seperti yang dijanjikan mama kalau Mya not use tintin (puting) for 3 nights in a row mama buy new peppa puzzle...hoih berjaya jugak kau ye nak? syabas syabas....cam ni la cinonet mama hehe...

agak susah gak la nak suruh dia buang tintin dia tu...sedih gile tengok muka sedih merayu-rayu dengan tak boleh tidurnya...macam2 rasuah kena bagi hehe...skittles la apa la...

memang la siang2 dia tak pakai tp nak tidur harus ada..sementara mama belum keje ni la masa sesuai nak buang tintin tu ye tak...lega bila dah tak pakai tintin ni; nappy free and toilet trained-checked!; tintin free-checked! =D

puzzle idaman as reward ;)


mya mya...macam la xde kartun lain kau nak suka kan? si oink oink peppa ni gak yg dia minat...dah duduk sini beb camne kita nak control pengaruh rakan sebaya, lagi la pulak budak kecik setakat explain ham dengan gelatin tu not halal dia paham la tapi masuk bab kartun cam tak boleh terima kut kalau mama tak bagi tengok...

bila berborak dengan other mummies like Nurul and Thirah pun semua cakap benda yang sama, as long as the storyline is good, tunjuk contoh yang baik macam main sama2 and sharing dengan siblings and kawan2, banyak guna phrase 'please', 'excuse me', 'sorry' dengan 'thank you' so fine la...harap2 nanti dia bertukar suka kat kartun lain la pasni as usual...aminn...

entah pape je, title berkisar makanan ending cakap pasal tintin dan peppa ;P



the happiest city in the UK is....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


tentunya Aberdeen!
wahey! seronok kejap dengar =D

apparenty Edinburgh is the happiest capital in UK tapi tapi tapiii....people in Aberdeen tend to be more satisfied with their life...and as expected London is ranked at the bottom of wellbeing, refer here and Evening Express.

for me personally Aberdeen is a perfect place to live in; beautiful surroundings, no pollution, fresh air, nak pulak duduk betul2 dekat bandar so everything is within your reach...for family with small children memang bagus sangat, nak merayau pun tak takut, everybody is so nice and friendly, pergi mana2 pun orang senyum and tegur.

sebab tu la bila sampai je bandar besar cam Manchester or Cardiff weolls agak kekampungan gitu, siap pening2 kepala bagai sebab sesak napas and stress kenapa semua orang muka very the sombong kan.

London toksah cakap la kan, semua jalan laju2 main langgar je kita yg cinonet ni, kalau tetiba ada org nak tolong berangkut stroller Mya turun naik subway macam eh betul ke ni dia nak tolong. heh.

Union Street, Aberdeen City Centre



the downside maybe;
- leceh nak balik msia or jalan2, kena tukar a few mode of transportation pergi bandar besar like Glasgow, Edinburgh or London.

- shopping is just so so. ala ala je la.... Longchamp hanya mengharap kat John Lewis, Gucci dengan Jimmy Choo ada la kat Cruise.tapi high end highs treet brand like Kurt Geiger dgn Karen Millen tu ada la kedai sendiri...tapi macam la kau berani nak masuk kan? shopping paling kuat pun kat Next sudah.... ;P

- kalau nak makan luar tu very few choice of halal food, mostly Indian la kan...mana nak jumpa halal chinese ke apa...Thai food ada la satu dua itu pun mahal ya ampun! nearest halal KFC is in Edinburgh, Nandos and Subway in Glasgow.

- walaupun small city, but amazingly in terms of cost of living, Aberdeen came second most expensive after London...cam nak sewa rumah tu mahal weyh...dah nama bandar oil and gas so standard la kut.


wahhh...lepas ni nak kena balik sure rindu giller nak balik sini balik huhu...lagi la chenta hati tinggal sorang2 kan?

Aberdeen; saksi tempat kami mencari rezeki di tempat orang mengharung susah dan senang bersama =)

Tuesday 24 July 2012

Iftar 2012: Day 5 - Set Beriani ada berann??


 set Nasi Beriani Ayam, Ayam Goreng ala rempah tak rempah, Dalca Sayur, Acar Mentah and papadom.

hari ni ya kanda order nasi beriani lah pulok...nak sonang pakai je rempah beriani jenama Shan ni ha, so far dah try yang Pilau Beriani dengan Malay Chicken Beriani...perghh...dua2 pedas berapi tapi sedap nak lagi, pilau a bit milder la of course.. make sure kalau guna pakai 2 sudu besar maximum utk 3-4 cawan beras...rasanya macam ada ternampak jenama ni kt Carrefour Alamanda ke Giant Bangi ke mana ntah, cer try cari ek...sebab area2 sekeliling Bangi/Kajang/Putrajaya tu pun cam dah rama middle-eastern kan, so barang Pakistan/Arab ni dah macam ada satu ruang khas kt supermarket.


kotak dia camni ye..sape yg teringin tu boleh la try cari 


ya kanda juga ordar kuih Cucur Badak, buatnya sikit je dapat la 8 ketui besar gedabak..


hihi sebab tgn ni pengkau tak pandai nak buat comel comel sebab susah nak balut inti...sorang makan seketui ada lagi balance 6 ketui huhu..sedih je sebab tak habis, nak buat leceh la jugak kan...ponek mengacau inti sampai kering sambil bersilat masak nasi bagai....time ni la rasa nak bukak order, agak2 nak buat kuih gebang kt fb sapa nak so senang buat sekali harung takde la membaziaq...aci tak? ;P

macam ni lah uolls bila dah duduk tempat org, bak kata cik lurpak kita yang tgh berjuang tu nak tak nak kau jugak yg kena masak, kut malas tak makan la anak beranak....mana la ada bazar2 dengan limpahan makanan disan sini kt UK ni kan.

kenangan berpuasa ditempat orang, kena pulak tang summer memang la takkan dilupakan ;)

macam mana menahan diri dengan lapar dan dahaga tu one thing la kan, nasib baik la cuaca tak panas extreme ke apa...tapi bab berjauhan, rindu nak berbuka dan bersahur dengan family, pergi solat terawikh, gaduh kt meja makan saling menyalahkan tadi sape yg tamak beli kuih berlebih2 kat param pastu tak makan, meredah panas merayau shopping baju raya sambil semua kedai pakat bukak lagu raya riang ria...huhu...sedih siott =(

tapi sebab dah kena duduk sendiri ni la tiba2 kena buat2 handal memasak itu ini...ada hikmahnya jugak, seumur hidup buat nasi lemak kat bumi Aberdeen ni la...huhu...lagi la bulan2 pose ni kan, tu yang gigih nak jugak ambik gambar lepas dah siap hidang sume...buat kenangan....esok2 bila tengok balik baru la teringat eh eh bila masa pulak aku pandai buat kuih ni ek? haha selama ni sampai masa minum petang je yang tau amik kunci keta start enjin then merayau cari makcik kuih kan =)


Monday 23 July 2012

Iftar 2012; Day 4 - Gerai Theme

hari ni order makanan gerai je lah ye, ringkas dan mudah tapi sangat mengenyangkan, Nasi Goreng USA; telur mata, daging masak merah and sayur pak choi.

melayan anak tekak buat kuih buah melaka 11 biji, 9 for me 2 for mya,,,mi amor tak layan kuih ni, pelik ok. apa- apa je la.

jiran jauh Nurul hantar delivery man beliau menghantar tepung pelita, nak pulang bekas katanya...tentiu beli much, shedappp sangat....begitu rajin menyulam bekas comel daun hihi....entah bila2 kita bagi makanan entah hehe...banyak sangat mayday mayday panggil orang tolong tapau foods so tak ingat ler hehe ;)

Iftar 2012: Day 3

mee goreng basah, bubur lambuk, air laici and paling sodap haruslah dessert feveret weolls; sagu gula melaka...mantapp!


ada je lauk utk nasi for mi amor...ikan kicap dengan sayur taugeh masak lomak je uolls...dia cakap simple mimple sudah...lesson learned sebab first day hari tu dah senak2 dada sebab makan banyak then top up air bergelen...

ish ish ish...after been fasting for almost 20 hours who can blame him kan?

now badan still adjusting, kalau terkurang minum air esoknya sure dari bangun pagi sampai la berbuka kepala dok berdenyut tak hengat...kena pandai bajet; masa nak tidurkan mya dalam kul 8 malam tu selalu kita pun join tidur sekali...masa ni cam dah letih and ngantuk so kalau x nak tidur pun sure sedap je terlelap...

pukul 9pm bangun, siap2 makanan buat air sume...masa berbuka makan dessert or kuih dulu, then slow2 makan main dish, then duduk jap solat maghrib, lepas isyak dalam kul 11 baru boleh minum air...pelan2 sampai habis about 1 liter gitu sampai perut kembung sebanyak boleh...and selalunya tidur dalam kul 1 am..

subuh start 2.40ish sampai 4.30ish....so nak tidur kunci jam dulu utk bangun solat subuh....esoknya waktu bangun tidur ikut waktu mya bangun hahaha..kalau dia bangun kul 8 so pukul 8 pagi la mama dia bangun....nasib baik sket kalau dia bangun pukul 10...wah wah best la mama dpt bergulung lama sket...bangun awal2 pun bukan ada apa nk buat ye tak? ;P

gitu la rutin di bulan pose ni...

boring okeh nak termenung sepanjang hari, maska pun slow slow je ikut mood hihi...kut boleh bukak meja gerai depan rumah dah lama i tukar status makcik karipap you ;P


Saturday 21 July 2012

Iftar 2012; Day 1


mode: masih tercari cari mengumpul mood memasak, chaiyok chaiyok!


phad thai, air cincau, lengkong and apple for moi

semangkuk penuh...tamak haloba memasak phad thai huhu

 suami mahu nasi bungkus dalam daun pisang, telur goreng, ikan bream masak lemak dengan pucuk rebung (bamboo shoot), sawi goreng belacan, dengan sambal tumis...what a combination kan? layan kan je la hihi...

ikan separa hancur hihi..sedap bamboo shoot ni bau dia tak tengik sangat cam rebung mak kita selalu masak tu, sampai hujung jalan boleh bau kut.

sawi goreng belacan...slurpp! bergolek hidung ;P



the makan holiday

Selamat berpuasa semua! Kami di Aberdeen ni dah mula semalam…awal sehari uolls, kalau nak merasa puasa 18 jam berbuka pukul 9.47 malam meh le datang hehe…dengar macam wallah ok ke tu pukul 10 baru dapat makan? Tahun lepas masa mula2 berpuasa di perantauan di musim panas ni memang la rasa macam larat tak larat je kan tapi once dah get through the first week tu dah rasa biasa…badan pun dah boleh adjust, kepala ting tong dengan head rush kalau bangun cepat2 or tunduk2 pun dah kurang sket…mind set pun dah mula bersemangat fikir kuih-kuih or side dishes menarik sebab kepala tu dok ingat buffet spread dengan param je kan hihi =P

Ok la, sebab puasa summer so kitorang pergi la berjimba di hari2 terakhir sebelum ramadhan tu. dengan cuti sekolah lagi kan sangat kasihan dengan itu budak cinonet asyik termakan janji pelesu mama je nak bawak main.

Objektif kali ni adalah mahu MAKAN.
Destinasi: Glasgow, sasaran: Nandos, KFC, Subway, Wau Café dan lain-lain lah kan. 
Sambil2 tu mama mahu shopping for the 2nd wave hikhik…3rd wave lepas raya esok last minute sebelum balik bulan 10 ;)

Oh ye, kali ni bessssstttt sangat sebab berjaya mempengaruhi Nurul and family utk join sama muahahaha…sebut Nandos dengan KFC terus terpengaruh ngehngehngeh…jom jom the more the merrier, hari ni beritahu gebang gebang kasi racun fikiran Nurul dengan bersungguh sungguh malam tu terus diorang book hotel, cayalah! Mya pun happy sangat sebab ada kakak Sarah and Syahmi join jolly holiday….sampai kan dia ingat diorg tu cousin dia…alamak dak kenit saying ni…teringat kenangan holiday dengan abang Adam dia lah tu hihi…

Gambar makanan memang tidak lah ada yo…entah apa2, percutian bertemakan makan tapi gambar melantak nan ado.


ni masa Nandos forst round, ada dua malam tu dinner kat Nandos aje hewhewhew...puas hati kuu...puasss!


hari pertama memang dah nak allocate untuk mama..me! me! me! haha sebab tu papa janji nak bawka pergi shopping Livingston....konon designer outlet tapi takde apa pun,semua designer tak pernah dengar...jangan harap la oh my gucci ke apa kan....haha macam la kalau ada Gucci LV sume tu berani nak masuk ;P butttt....sebelah outlet tu shopping mall best, so merembat lah mak budak ni kat Next, mano laie...eden memang dah target dah so terus menonong cari Next hihi....

kat sini lapang la sket nak membeli sebab orang tak ramai, parking senang....Primark dia pun baru and tersusun je, i loikee! sebab tau je la Primark kan, barang murah picisan (oh  i loveeeee primark! ;P) so selalunya kedai dia berimejkan messy bersepah and susunan saiz sume ke laut but not here. tenang pikiran nak mencari uolls. 

tau je la Glasgow bandar besau kan, kitorang lak dah biasa duduk pekan kecik 'traffic jam' pun kat traffic light je so bila si minah sat nav to bawak tempuh bandar je mula la menyumpah...adusss.....pening siot...serius rasa macam KL, fly over bersilang pukang. asal lalu tempat yang ada highway baru je mulalah sat nav pening, recalculate la apa la pastu sesat barat...hoho...pengajaran, sila update sat nav anda dengan updates terkini laluan jalan raya ye.

hari nak balik ke bandar tu singgah theme park, hari ni memang allocate for the kids. sebab awal2 dah check weather cakap hari Khamis panas and the day before hujan so kita tukar plan hari nak balik yg weather ok kita main then time hujan pergi shopping...mak tak kisahhh ponn... *jeling2 dapat permission libas kredit kad*

mya yang mula2 sampai macam tak nak senyum..ntah pape..sakit perut kut seba lepas masuk toilet baru tergelak bebas haha ;P

ride yg dia paling happy, tapi ni ride paling keji sebab tak termasuk dalam the so called 'unlimited' package..pftttt! sekali naik £3 ok?? apakah?? 

suka je dapat splash mama kat tepi

sebab beli tiket utk mama naik sekali kalau ada ride yg kena parents ikut so mama la menjadi mangsa...uwaaa...tatut tatut...kita memang trauma pergi tempat2 gini sbb ad apengalaman pahit kecik2 dulu...huhu...masa ni terjerit2 kut sebab spinning cup and flying2 all in one..pastu dengan senget2 lagi, takut je si halus tu terjatuh

 hahaha...weyh, mak sapa tu dok peluk tiang? malu je..haha lantak la apa orang nak cakap bedah, saya memang tak enjoy kalau kena naik benda2 mengarut cam ni..pusing slow tak boleh ke? nak jugak hayun hayun kan. 

which is why saya sgt happy bila mya cakap dia ok kalau mama takde...bukan senang ok dia ak ikut org lain, 'uncle' lak tu..selalu kalau dengan uncle2 ni dia memang tak suka...

sian si kenit, tak nampak pemandangan =P

mummy mummy penakut tengah tengok ride paling takut yang pusing2 ala solero tu...takde keje lain ke diorg tu kan? haishh, i pelik betul...ye la i pun sama jangan harap la nk naik benda2 gini hahaha...

kaki x sampai nak pijak pedal

bff

yang ni ride paling dia benci...nampak tu muka takut, hah tadi nak naik sangat hihi...kesian mya trauma sampai bangun tido dalam keta kapal lanun ni yang dia sebut dulu 'i dont like the pirate ship tu mama..mya scared....'

ice cream time

nice weather indeed, alhamdulillah...rezeki budak2 dapat main =)


masuk kereta mya terus lembik, cakap merapu2 tup2 dah tidur berdengkur sume siap haha...ambik ko! tapi memang puasa hati la....happy sangat tenok dia happy sebab main pun ada kawan...tak ingat dah nak hold hand mama ni huhu...memang dah lama nak bawak dia pergi theme park yang ada banyak ride utk small kids ni...aberdeen apa la yg ada kan, ada la 2-3 ride tapi sume ngeris ngeris tak kids friendly langsung...sambung hourney another 3 hours, sampai aberdeen 9ish gitu then we all terus lepak makan sahur la konon...haih, perut ni x sempat lapar di sumbek sumbek haha....

and hari ni first puasa as expected termenung panjang menunggu masa nak kena masak ;P



Friday 13 July 2012

lovely blog? moi? awwww... =)

terasa diriku begitu berharga, auww! hehe best gak layan perasaan perasan lovely blog award dari Cik Lurpak-butter-mahal ni..hehe thank you toche toche arigatou gozaimasu! (^-^)

update blog pun makin malas, sekali sekala update xde benda lain mesti pasal makan, pasal jalan2, pasal gathering makan2 haha...blog picisan aje ni uols, saje suka2 dah duduk tempat org nak buat kenangan, dah keje esok apa la nasib blog ni ;P

ok la jom layan!






What is your favourite dessert?
depends, but bila makin berusia ni dah kurang mengidam chocolatey desserts but more into fruity or lemony ones =)


When you're upset, what do you do?
window shopping, kalau rajin nak bukak2 baju try on some lovely dresses kat fitting room (which i tend to take 1 size larger so that eh masih muat kah jadi perasan masih slim haha pathetic way to pujuk diri tp sgt berkesan!), atau tercry cry baby sebelum tidur celah bantal.



What was your favourite pet?
i'm not a pet person, setakat jumpa kucing or puppy comel tepi jalan tu ada la eh cute kan that puppy mya? tapi nak bela kucing kat rumah and belai2 adalah tidak. tapi saya suka lelaki yang bela pet, i literally melt ;)



What do you prefer to wear, black or white?
both, but for now i follow the most important rule of thumb in styling, black makes you look smaller hehe...tapi sekarang macam susah nak cari white top yang good quality kan? kan?



What is your biggest fear?
that something bad happen to my loved ones; my children, chenta hati, close family,parents, siblings,close friends. you know, the fact that 'ish, kalau lah Tuhan tarik sikit nikmat kebahagiaan hidup ni nauzubillah...' but secretly i really really really scared that me or hubby pergi dulu, just the thought of mya growing up without a parent is unbearable...rasanya bila dah jadi mak mesti ada kerisauan yang sama kan?


What is perfection to you?
bila dapat spend hari hari yang bahagia dengan mi familia, just the three of us, tak kira la golek2 kat rumah, main kat taman or eating out - as long as we have each other plus mya don't throw a tantrum, sounds cliche but that perfection =)


What is your attitude mostly?
tapi dah nama housewife apa je cabaran harian kau kan? haha..so makanya buat masa sekarang attitude mostly relax and positive sebab tugas harian just fikir nak masak apa, nak bawak mya main kat mana, weekend nak jalan ke mana...cuma kalau perasan tiba2 dah start grumpy and yacking here sendiri teringat oh ok next week nak period lah ni ;P


What is your guilty pleasure?
baking; kalau buat kesan buruk pada tumbesaran. but kalau tak buat kesan buruk pada psikologi...gigil gigil tahan ketagih nak membaking.


nak pass award to my lovelies pulak; didi and yanti,  dengan ucapan sila update blog beri perkhabaran dan bila nak borak dalam email ni weyyy....tgh buat list barang kiriman ke tew? haha ;D


i dont like holiday mama....

minggu ni penuh dgn aktiviti melepak...lepak di rumah lepak makan and mengkopi di luar ...
bebudak dah 2 minggu summer holiday, bila kids cuti rasanya mummy lagi penat kut?
pening okeh peppa pig dari bfast till tea time kadang membawak ke dinner -_-'
habis segala dapur menan dalam kotak semua mintak keluarkan
tak bagi kang kesian lak apo bondo eh laie kita expect dia nak buat kan?
tak di bukak eh tv tu kang kita lak x jadi keje...memang berusaha gigih mama nak tutup tv, kejap pun jadik la kan..nak bagi dia leka bagi la main doh ke tepung ke painting ke hah leka la kejap...

masa minggu pertama each time lepas mandi nak pakai baju tu every day tanya, mama is it school day? dengan harapan mama keluarkan green shirt dia.
alahaiii...sayu je dengar, belum lagi la sayang....kan mama said it's looooonggg school holiday, the school is closed, its locked...mya stay at home with mama ok?
alllaaaaaa......i dont like holiday la mama, mya like school day and weekend only.

wahhh...kut kt mesia ni mahu tergolek dog mak bapak dengar ;P

minggu ni best sket, selasa dpt order kek..sapo laie customer den kek sini Cik Thirah la kan kuikuikui...
order utk anniversary katanya awww so sweet hihi...so nak beli barang la konon..
then jumpa Kak Suni yg kebetulan bawak anak2 dia jalan shopping, rasa macam happy sangat dapat lunch sama...happy sebab dapat makan egg kothu paratha yg diidamkan, happy sebab tengok mya happy dapat jumpa kakak and the funny abangs =)

then hari ni mengkopi lak...dengan Nurul and Thirah...happy lagi sebab dapat Costa Hazelnut Latte dengan Tuna Melts...nyummsss....tenungggg je Lemon Tart tu dalam2 beb, geram ni nak makan tapi bila tengok kalori masya Allah...tahan je la napsu tuh yek, cukup2 la tu latte dengan panini awak ye dah cukup x yah makan dah satu hari kut....

happy again sebab dapat gossip and tengok mya happy dapat jumpa kawan...kesian ok, dah la dia sorang kat rumah...balik rumah pun ceriaaa je sampai ke malam, elok je hug mama say good night, cium bertalu talu and say i love u mama see u in the morning tanpa disuruh...kembang setaman mama kena ciom so many times hehe...

kalau tak tu bayangkan la bangun pagi je dia buat macam ni...



i'm having a tea party mama!

elok susun teddies, sorang satu pinggan and cawan

muka budak tak mandi pagi

penat tea party mintak mama buat doh, siap suruh letak kaler2 lagi....kering doh mintak spaghetti, nak masak for mama katanya...pastu bukak painting lak...then ajak main shopkeeper...main counting...ajak mama coulouring...then another peppa pig marathon...then ulang balik mainan tadi....adoiyai....

nak lagi sayu kalau dia termonung kat tepi tingkat camni

weken papa bawak main kite kat beach, hurrah! i like i like...mama yang beria main sampai kena panggil balik, dia cam biasa suka kutip batu...dengan seashells buruk, yg pecah2 pun nakkkk jugak..haish.

jangan terkutip obor2 bersepah tu dah lew

bebelan papa,'org kut kumpul setem ko...duit syiling ko...yang kau ni dok kumpul batu, apo nak jadik?' 
haha..biarla papa asal dia bahagia...nak jadi geologist kut, kan? ;P


cuti sekolah dalam 7 minggu cam tu kooo...5 weeks to go....perghhh...dengan puasanya lagi...haiyoh.
tabah la ye tunggu berbuka 10 malam, mya dah lama dah pun selamat tidur mama tersengguk tunggu maghrib hehe ;)



Friday 6 July 2012

what's cookin - Pau Lembut dan Gebu Terbaekk

last 2 weeks entah kenapa dilanda demam pau....pau...pau..pau...aummmm nyam nyam nyam..sedapnya kalau dapat pau gebus..

tengok resepi bila google mak aiii...macam2 pesen ada, tp yg pastinya kena ada tepung pau la baru jadi cantik putih melepak itu pau...baru ku tahu...tapi bila ternampak ada je resepi yg cakap tepung biasa pun boleh so kita lagi la semangat kan...

so first trial semangat buat 2 jenis inti, kacang merah dengan kari ayam...beli kacang merah tin then masak dengan air, gula and daun pandan...tp sebab kita tak pandai masak so inti dia macam tak kick sangat rasa kekacangannya teeheehee...but the pau texture was ok, lembut but not as soft as i was expected lor...so so aje gitu...

so second time, misi untuk mendapatkan pau yang lebih gebus...me and altering the recipe memang tak dpt dipisahkan, kalau tak camne sampai sekarang pun xde resepi tetap untuk cheese frosting contohnya, EVERY TIME buat rvc mesti bertekad, tekad untk jot down any changes tapi EVERY TIME jugak lah main campak2 sukat ikut eye level aje pastu lupa nak catit -_-' 

jadi masa nak menguli tu i was so tempted nak buat uji kaji, suka hati je campur tepung plain dengan tepung roti..heh heh heh...lepas uli and nak tunggu doh naik tu sibuk masak and masak (what else kan) sampai la macam eh alamak ada doh pau daaa...dah siap letak inti and kukus semua elok keluar je pengukus lepas 5 saat terus kecut mecut...what the heck???? bila try rasa doh x masak macam ala2 mentah gitu...punca haruslah tak dapat dikenal pasti sebab dah alter macam2 kan...so redha je la korek balik inti and buang all the raw doh tu.

esoknya semangat lagi nak try, kali ni stick to the recipe..well not entirely la kan just tambah ovallette je hehe..cannot la, mesti nak ubah2 gabung2 resepi hehe...dan alhamdulillah menjadi gebus bak juara! yahuuu!!! and  lesson learned ikut pengalaman previous attempts untuk dapat lapisan doh yang tebal kat bahagian atas inti tu agak susah, sebab masa bulat2 doh nak tutup inti kita tend to tarik the whole doh ke bawah, leaving the top layer nipis...tak mahsyuk kalau gitu...

pandai2 la korang bajet time nak gulung tu camne tak nak bagi nipis kat atas, tapi kita masa canai tu lebihkan canai kat tepi2 je, means that kat tengah2 tebal and tekan lebih sikit kat sekeliling bulatan...errr..got it? no? ;P

kita buat inti kari ayam dengan kentang, masak ala2 inti karipap tp kena lebih sikit rasa masin dengan manis-manis manja gitu, baru balance ngan makan dengan roti pau tuh...aummm!

sorry lah ye gambo operasi langkah pencanaian nan ado...huhu....


fresh from the steamer...mak aiii...bosa boto, dah sama bosa dengan muka mya dah ni hihi ;)

see what i mean? macam ini lah yang kita mahu, tebal di atas..pendek kata ketebalan yang sekata...kalau tak tu nipis sangat sampai nak terlambak inti bila kena kukus, tak yah nak marking dot2 kaler2 to verify the filling hihi....


Pau Lembut Gebu Terbaekk
Source: yani@myresepi
**Sukatan dah diconvert ke cawan utk menyenangkon keroje saye hihi

300gm tepung gandum  / 3 cawan tepung
6gm baking powder      / 1 1/2 sudu kecil baking powder
2gm garam           / 1/2 sudu kecil garam
162gm air suam / 162ml air suam (kalau tak cukup boleh tambah sikit)
6gm dry yeast / 1 sudu kecil dry yeast (i used one sachet 7gm active dry yeast)
30gm gula halus / 2 1/2 sudu besar gula
18gm butter/mentega / 4 sudu kecil butter/mentega
2 sudu kecil ovallette (yang ni tambah sendiri)

inti ikut suka; kacang merah, inti kelapa manis, kari ayam/daging, etc.

  1. Masukkan tepung, baking powder dan garam, kacau rata.
  2. Campurkan air, dry yeast dan gula dalam bekas lain, kacau hingga larut.
  3. Masukkan larutan yeast ke dalam tepung, uli hingga hampir licin. (my way, campak semua dry ingredients kecuali mentega dalam satu mangkuk;tepung,baking powder,garam,yeast,gula dan ovallette dan gaul rata, kemudian tuang air dan uli sampai agak licin sikit, kalau tak cukup air tambah sikit2 sampai ok and lastly baru masuk lemak sayur or mentega dan uli sampai licin dan gebu)
  4. Masukkan pula lemak sayur dan uli sampai licin (dalam 5-8 minit). Buat bentuk bulat dan perap doh hingga naik 2 kali ganda atau letak dalam oven 40C selama 30 minit bagi sesiapa di negara sejuk.
  5. Untuk uji naik ke tidak..taburkan sikit tepung atas doh, tekan dengan jari, kalau tinggal lubang maknanya doh dah naik.
  6. Tekan-tekan untuk keluarkan angin, bahagikan kepada 8 bahagian bulat kecil (nak buat kecil sikit pun ok dalam 10 ketul sebab dah kukus akan naik besar lagi) dan rehatkan kejap 10 minit.
  7. Ambil sebiji doh, canai dan letak ditengah, tutup rapat dan alaskan dengan cawan kertas buat cupcake tu. Buat sampai habis dan dah siap letak inti rehatkan lagi dalam 5 minit dan boleh panaskan kukusan.
  8. Bila dan naik sikit boleh la dikukus dengan api kuat selama 15-20 minit, Balut penutup kukusan dengan kain kecil dan masa tengah kukus jangan buka penutup kukusan.

**Untuk frozen, lepas dah kukus biar betul2 sejuk dan boleh masuk dalam freezer. Bila nak makan boleh terus kukus for 10-15 minit sampai lembut.

Thursday 5 July 2012

what's cookin - Victoria Sandwich Cake; a true British classic ;)




Victoria Sandwich Cake...emmmm sedapnya...walaupun simple basic resepi je pun tapi gabungan kek butter, whipped cream dengan strawberries memang mengancam! sekali sekala memang menjelma jugak mengidam kek ni kat anak tekak...maka ke John Lewis cafe lah kami dua beranak, tak pun pergi satu cafe  tu yg memang dah tau ada Victoria Sponge yang sedap. (hasil exploration mama yang pantang nampak cafe comel and secluded)



tapi kali ni saya terpengaruh lagi bila ternampak kek ni kat dapur Kak Rima Spore, kena pulak time tu tengah puasa (ye ye sangat notty baru terkedek2 nak ganti belen2 puasa ganti) apa lagi terus call mi amor mintak beli butter balik ofis nanti...kelakar sebab bila singgah kedai on the way balik rumah dia siap call;


mama, nak apa tadi?
butter dengan telur..eh jap pastu nak gula, eggs and fresh milk heh heh heh
eh ado yo laie rasanya tadi butter je makin banyak pulak list..ni butter nak yang mana? 
oh lurpak pleaseeee....
kalau yang co-operative salted boleh?
tak nak nanti busuk.


balik tu dia mengomel, mahal betul butter mama ni dekat £3 ha..nasib baik papa cukup duit.
whoopsie! hehe...rupanya butter tu yang bosa patut la mahal sket, perli ke hape beli bosa2...men ey, mana la diorang tahu beza rasa kek pakai butter ke marjerin jenama supermarket kan.





anyway, kek ni memang a true British classic...sebaris dengan Bakewell Tart *nyums!*, Eton Mess *tak minat sangat*, Scones *oh yes!*, Lemon Drizzle Cake *tangy i like* and Shortbread *come to mama!*...slurpp! sedapnyaaaa la haii...so so  quintessentially British! to cut it short, i LOVE anything that have butter and sugar in it...memang masalah besar bagi diriku...oh crap! ;P



potong dua slice untuk jiran sebelah...kesian diorang tu kerja keras sebab sebelah ni dental lab, and kalau terserempak dengan the wifey yg selalu keluar masuk rumah buat delivery tu dia sangat baik selalu tegur and lambai2 even kalau time tu dia tengah kat dalam ofis...dan juga untuk meringankan beban dari kena habiskan kek sorang2...mi amor tak layan sangat lorr....excuse my paper plate, lagipun pintu sebelah je kan...serius tak de stok bekas makanan yang fancy2 -_-'

the basic recipe is; equal weight of eggs, sugar, flour and butter. some recipe did add baking powder and a little milk to losen. kalau ikut yang Kak Rima buat tu dia timbang berat telur then go from there. for mine, i use Mary Berry's from goodtoknow, senang sebab all-in-one method, campak-semua-beat-then-bake and dah siap a few sukatan according to the size of your cake tin. the recipe just use a layer of jam, sandwich together between two layers of cake, it is said by Women's Institue to be the original version of the cake, refer wikipedia. but kita lagi suka yang ada layer cream and fresh strawberries, more lighter in terms of taste but not the calorie obviously. ;P


Victoria Sandwich Cake

  • 2 large eggs
  • 100 g (4 oz) of softened butter
  • 100 g (4 oz) of caster sugar, (1/2 cup sugar)
  • 100 g (4 oz) of self-raising flour (1 cup self raising flour)
  • 1tsp of baking powder.
  • 2 x 15cm (6 in) greased and lined sandwich - i used 8" cake tin, bake 2 portion of this recipe to get 2 layer cake
  • 1 tablespoon milk, to losen - ni tambah sendiri
  • 1/2 teaspoon vanilla bean paste - tambah sendiri

For the filling and topping:
  • 4tbsp strawberry or raspberry jam
  • A little caster sugar, for sprinkling on top
  • 150ml double cream, whipped until slightly stiff with 2 tablespoon icing sugar - tambah sendiri, ikut preference masing-masing ye
  • fresh strawberries slice - tambah sendiri

  • METHOD:
Pre-heat the oven to 180°C/Fan 160°C/gas 4. Grease two sandwich tins then line the base of each tin with baking parchment.

Measure the butter, sugar, eggs, flour, milk if using and baking powder into a large bowl and beat until thoroughly blended. Divide the mixture evenly between the tins and level out.

Bake in the pre-heated oven for about 25 minutes or until well risen and the tops of the cakes spring back when lightly pressed with a finger. Leave to cool in the tins for a few minutes then turn out, peel off the parchment and finish cooling on a wire rack.

When completely cool,take one cake, layer with whipped cream then spread some jam and arrange strawberries slices and top with another layer of cake on top. Sprinkle icing sugar for garnishing before serve.


Storage: any leftover sandwiched-cake can keep in the fridge, make sure letak dalam bekas yang bertutup and allow 15 minutes in room temperature before eating. Somehow selepas di war warkan dalam fb mayday mayday mintak tolong kawan-kawan yang interested utk dtg rumah to take the leftovers datang la Cik Thirah aka supermummy datang lepas habis lab last nite. phewww...  -_-'  so rasanya max 2-3 days if kept in the fridge will be ok.