Friday 28 September 2012

what's cookin - Chocolate Indulgence Cake (new recipe)


Sekali sekala ada la menjelma tempahan kek, from the one and only my beloved customer Athirah hewhewhew..dia ni je yang setia mengorder kek, kita pun buat suka-suka je takde la nak untung mana pun setakat nak tolong kawan kan, asal balik modal sudah :)

nak buat takdela susah mana pun, just kena tau a few skill macam how long nak kena pukul krim untuk mousse, panaskan krim tu nak sampai panas macam mana for ganache, and kadang-kadang bab basic nak cairkan coklat pun boleh disaster nak2 kalau buat tengah rushing kelam kabut tak organize betul-betul. especially white chocolate, kandungan cocoa fat (ke apa bahan dalam tu ye tak ingat) kan lain dari dark coklat, kalau tersalah nak cairkan tu coklat akan split and berketul. take it from someone who has bad experience(s) okey ;)

kalau macam kek boleh buat sehari awal, then on the day tu just sediakan mousse and assemble the cake. resepi mousse kali ni simple; tak perlu guna gelatin dan tak perlu pukul putih telur asing-asing (haha dasar pemalas ;P) 


crumb coat using leftover mousse(s), patut pakai chocolate mousse je tapi entah tersilap teknik choc mousse macam nak split pulak, over beat cream kut...surprised ok, sebab selalunya white mousse tu yang problem kalau buat indulgence ;P


dah siap crumb coat caca marba kehkehkeh..simpan dalam fridge dulu okey.



dah siap ganache, sejukkan suhu bilik then boleh tuang atas kek. tangkap leleh..........


err..excuse my tangan gigil deco. using paper cornet since piping bag dah habis, sedar sedar the melted white chocolate oozing out from the other side of the cornet hewhewhew...


no so smooth side, i guess this is what happens when you pour warm ganache on to the cake (the impatience me pfftttt...)


resepi? kali ni try this basic chocolate sponge cake from Sweet Lily Kitchen nun jauh di JB, kek sedap and moist! this is going to be my go-to chocolate sponge cake from now  :)

as for the white chocolate mousse and chocolate mousse terjumpa resepi baru, andddddd....yang buat sangat excited nak mencuba is katanya resepi ni dari the SR chef himself! katanya....hehe...and the recipe itself looks promising, sebab ada guna butter as the base so i guess the mousse can hold the cake better la kan.


KEK SPAN COKLAT

5 biji telur gred b
170gm gula kaster

1 camt ovalette 

100gm tepung gandum

1tsp baking powder 
40gm serbuk koko
70gm minyak jagung atau minyak masak atau butter yg di cairkan


Dalam satu adunan, telur, gula dan ovalette di  putar menggunakan kelajuan maksimum sehingga kembang, pekat dan berwarna putih.

Tepung, baking powder, serbuk koko masuk dlm adunan. Terus masuk minyak. Putar perlahan hingga adunan bergaul rata dan sebati.

Tuang dalam loyang berukuran 8". Boleh la di bakar pada suhu 170C lebih kurang 30 minit.
Dah siap, sejukkan kejap dalam 5 minit then terus hentak perlahan, keluarkan dari loyang dan sejukkan atas redai.




MOUSSE COKLAT PUTIH

100g compund white chocolate
150g butter
2 biji telur gred A (i used 2 yolks)
100g gula halus
250g non dairy whipping cream 

Cara-cara:
  • Cairkan coklat secara double boiler dan ketepikan. 
  • Pukul whipping cream hingga soft peak sahaja. Pastikan whipping cream TIDAK mencapai suhu bilik semasa diputar. Jangan terlebih pukul kerana suhu whipping cream yang semakin menurun, akan menyebabkan  ianya overmixed dan akan menjadi berketul. 
  • Pukul gula dengan butter hingga kembang. Masukkan kuning telur dan pukul lagi. Masukkan coklat dan kacau sebati.  Akhir sekali masukkan whipping cream dan kacau rata.





MOUSSE COKLAT HITAM
Source: bilachahkedapur.blogspot


100g compund dark chocolate 
150g butter
2 biji telur gred A (i used 2 yolks)
100g gula halus
250g non dairy whipping cream 

Cara penyediaan sama dengan mousse coklat putih.


COKLAT GANACHE

300g dark chocolate, hiris atau parut supaya cepat cair
300g non dairy whipping cream
25g butter

Cara-cara:

  • Masak whipping cream hingga timbul buih-buih kecil. Jangan terlebih panas nanti krim akan split dan grainy. Angkat dari api.
  • Masukkan butter kacau perlahan. 
  • Masukkan chocolate dan kacau hingga tiada lagi ketulan coklat dan coklat telah mencair sepenuhnya. Sejukkan kejap sebelum tuang atas kek.


CARA LAPIS KEK:
  • Potong kek pada 4 lapisan. (kita buat dua buku kek, satu kek potong 3 lapisan total ada 6 lapisan kek, ni kes kek first tu tak puas hati ada part yang tak berapa gebus. dapatlah baki 2 lapisan for mya's tea)
  • Letak sekeping kek atas cake board/plate. Sapukan WHITE chocolate mousse. Letak sekeping kek lagi, sapu CHOCOLATE mousse. Letak lapisan kek yang ke-3, tekan-tekan lembut kek dan sapu baki WHITE chocolate mousse. Letak lapisan kek yang terakhir @ lapisan ke-4. Sapu rata chocolate mousse keseluruhan kek (crumb coat). 
  • Letak kek atas redai, redai tu di alas dengan baking paper/baking tray besar/pinggan besar supaya senang nak kaut baki lelehan ganache yang akan dituang nanti.
  • Tuang ganache yang dah sejuk (kalau masih suam-suam lapisan mousse seluruh kek akan mencair like mine), ratakan dan hias ikut citarasa. Siap! 


p/s: million thanks to Cik Chah sebab sudi kongsi resepi yang simple ni, unfortunately kita tak dapat nak tengok rupa dalaman kek lepas potong atau rasa the whole combination, setakat lick-lick the mousse bowl and rasa lebihan kek (sebab buat adunan untuk mya sekali) ada la. tapi customer cakap sedap. hihi ;)

Saturday 22 September 2012

eating chicken pox

that's what mya thought. dia ingat chicken pox tu is a food. poor girl!

last Saturday counted as Day 1, the day i noticed very visible bintil berair around her private area. chicken pox never cross my mind at that moment, ingat ala2 panas sebab she's still put on nappy during bedtime so maybe ada melecet sikit.

day after that eh macam bertambah pulak. elok je keluar berjalan and lepak Costa before that, pheww! nasib baik dah dapat latte hehe..little that i know have to quarantine ourselves for the next three days so ok la dah dapat latte kan? no? ;P

agak risau so terus googled, tengok google image je. while at the same time hubby tolong belek si kecik. sorang baca internet sorang telek simptom. memang dah banyak merebak kat badan pun at this time. haha pandai betul doktor-doktor tak bertauliah ni buat andaian. tak payah belajar 5-6 tahun buat medic.

'eczema rashes' ? no. that look too flaky. or kurap as hubby says, sheeshh. apa la, marah orang yang ada eczema spot sekali sekala ni tau *ehem!*

'nappy rash' ? no. macam bersepah and halus sangat kalau nappy rash.

sampai la ternampak link gamba yang serupa and cakap chicken pox. well...O-K. ciri2 bintil memang serupa dan sama. yoshhh..berderau sekejap...because I totally forgot what to expect with chicken pox. the only thing yang teringat is jangan garu, put calamine lotion and minum air kelapa, or is it mandi air kelapa? eh entah lah.

then on google again. 'petua demam campak'.

sangat tak membantu. ambil daun semambu dan letak sebagai alas tidur.atau lumatkan dengan beras or kunyit or what ever and lumur atas badan.

ambil beras pulut, goreng dan rendam. minum air rendaman tersebut.

pakai bedak sejuk dengan kisaran daun cermai.

what the...adoii..mano eden nak carik daun semambu cemerlang gemilang bagai ni....daun bunga ros or pokok hydrangea ada la tumbuh as pokok 'semak' kat sini.

bila call mak, lagi kelakar kut. jangan menggoreng makanan, kena masak masakan rebus-rebus je sampai baik. tak nak ada bunyi goreng gorengan berminyak tu, tak boleh. eek. elakkan makanan bergoreng tu logik la kut. ni sampai satu rumah kena makan sup rebus ape hal kan? nampak sangat teori ni dicipta oleh orang yg kena demam campak, sebab dia kena pantang makan so semua orang pun tak boleh makan sedap. boleh gitu? hehe.

foget it la kan. baik kita tukar google ke 'home remedies for chicken pox'. baru la dapat idea yang do-able. :)

ada satu malam je la yang dia tak tidur langsung. tu pun sebab selsema and hidung tersumbat so marah tak boleh bernafas. i really feel poorly and pity for my neighbour. sorry lah ye bang, anak I tengah sakit. marilah kita menzombie bersama.

alhamdulillah her body temperature is ok. paling tinggi pun 37C. lepas makan ubat dah ok. I think the weather here helps also, kan? imagine terkena balik msia nanti...waduhh...dengan panas lepas tu berpeluh sure lagi terseksa...papa pulak tu takde..huhu...bila fikir macam tu rasa 'lega' la sikit. ada hikmahnya kan.

cuma sekarang ni kesian sangat tengok sebab dia tak boleh makan. sebab dalam mulut pun penuh. quite a few jugak, i'm guessing around 6 naughty chicken pox spot inside her mouth. sangat kasihan meruntun jiwa mama melihatnya , sampai atas gusi dekat gigi depan pun ada. bila tergelak besar sekali sekala datang mood happy dia ternampak la gusi 'buruk' dia tu. :(

perut lapar, badan tak sedap tapi nak makan tak boleh. masuk mulut je terjerit-jerit sakit and marah.
'MAMAAAA....NAUGHTY SANGATTT SANGGATTT!!!! NAUGHTY SPOTTTT!! SAKITTTTTTTNYAAAA MY MOUTTHHHHH...MAAMMMAAAAA...!!!! MYA TAK BOLEH EATTTTTT!!!'

dalam freezer kena simpan stok ice-shaving. wah cam saintifik je kan? padahal aiskerim milo je. hewhewhew...bancuh dengan fresh milk sedap-sedap then bila menjerit je cepat-cepat sumbat ice shaving.nasib baik la ada terbaca petua nak legakan sakit ulcer dlm  mulut for kids dengan ice lollies.

sampaikan ada satu hari tu mostly dia bergantung makan dengan milo beku tu je. lepas tu malam kelaparan, sampai menangis tapi nak makan tak boleh, then tertidur keletihan sebab menangis. kita tengok pun rasa nak nangis ok T__T

tapi sekarang dia sangat pantang dengan calamine lotion, pantang tengok je nak marah. pelik pulak tak suka dengan lotion tu. sampai kena tipu keluarkan paint brush konon nak buat body painting, tapi sekali tu je sebab after that dia dah tau taktik mama.

one of the effective way to pujuk dia menangis is main camera. doing silly faces obviously.





its funny what sleep deprivation can do to you. hehe.

rasanya most of us masih teringat lagi kenangan terkena chicken pox kan? vividly at least. its like one of the life-experience-milestone that you have to get through, sooner or later. especially bila kena kat anak sendiri.  you know, baby- sleepless night, demam teething, nak berjalan, then comes toddler- kindy time, built social skill, self confidence, latih untuk berdikari...and the list go on...

lepas ni kejap je dah nak masuk sekolah...sob sob...dah ada kawan, kena amik exams, stress bila ada test, peer pressure..how time flies, being a mummy is a very hard work. pheww!

tiba-tiba je jadi sayu bila teringat pasal anak membesar. rindu bau baby lah. hehe. ;P




Saturday 15 September 2012

Effa's Farewell Party

what a partayyy!! ;)

thanks to the beautiful lady Kak Muna, (check out her cool blog, full of yummy recipes and amazing photos) yang sudi jadi hos party farewell untuk Effa last Thursday. 


great food, great company, gooooood laughs (and grinding hips) sampai terik otot punggung. hoho.


tiers of all the sweet things in life from tuan rumah, most of the macaroons get eaten by my mya. mama tukang habiskan the best ever niskut arab...oh my, sedapnya teringat-ingat....

 
Chicken and Seafood Paella

 the first rounders, dah lapar beb...tak sabar nak serang paella...nyummss....

 second batch dan yang diraikan, Effa with her food inspection ;)


 Kak Uma's yummy mango salmon...emmmm...

Kak Ruby's salmon quiche...emmmmm jugakkk...va va va....

Gooseberry Cake yang sedap nyaman from our beautiful host, Red Velvet and apple and Blackberry Crumble by moi

Nurul's CustardPuff

 masya Allah...pretty garden, great views, beautiful and cosy house...


 Effa and Kak Lola going hay-crazy ;P


mya's trying to kidnap Aunty Muna's garden gnome...hence the innocent face, penuh agenda tuh ;P



memang seronok berparti, lama tak ada parti liar macam ni hehehe...next time harus di anjur lagi ya ibuk ibuk sekalian, asyikkkkkk bangat ;P


to Effa, all the best.. semoga dimurahkan rezeki dapat kita berjumpa lagi...do take care and keep in touch ya (i surely know you will haha)

Monday 10 September 2012

mya's rainbow fairy cakes


dah lama tak cerita pasal mya kan?

projek membaking yg tertangguh, dah banyak kali mya mintak nak bake cupcake yg so colourful tapi sebab vanilla paste dah habis so mama bagi janji pelesu manjang.

kalau vanilla extract or essence memang selalu jumpa time shopping groceries tapi terang-terang alcoholic jadinya, so cara selamat and tentunya sedap pakai aje vanilla bean paste, wallah! terangkat kalau buat butter cake, makan sambil pejam2 mata gitu.

anyway, nasib baik ada sisa food coloring dalam drawer baking mama.

 next mission: misi menghabiskan stok tepung. only got 27 days to do so.

anak dara ni kalau bagi main sprinkles and dapat lick the bowls..hmmm...habislah...apa apa je la mya, janji mya happy =)









sedap jugak layan vanilla plain cam ni, but agak manis la kalau ada one blob of jam sure mahsyuk ;)



Wednesday 5 September 2012

Jamuan Raya 2012


 haishhh...sebelum terlambat baik update cepat-cepat.


lebih kurang genap seminggu raya Persatuan Melayu Aberdeen (PMA) organize majlis sambutan raya for the whole Malaysians in Aberdeen, open ni tau tak kira melayu ke chinese or indian asalkan malaysian semua dialu-alukan untuk memeriahkan majlis =)

plan nak buat agak short notice sebab dalam masa sama nak bid farewell to Abang Taufik and Kak Suni sekeluarga yang masa bulan puasa dah confirm kena relocate to Dubai..sob sob..takde la sesi bbq and makan2 lagi lepas ni =(

 
yang diraikan, diorang ni baru je turun kapal terbang dari msia pulang beraya hehe...have fun in Dubai, enjoy the food that is for sure is halal and may we crossed our path again in future insya Allah =)

mya yang sibuk ajak mama main

 antara juadah, banyak lagi ada desserts station and mee goreng, sate, pulut kuning etc...alhamdulillah =)


with Athirah and orang kuat PMA merangkap our current first lady Kak Saniah 

Anisah dan Mya

 genap 3 tahun lepas lepas 2 minggu menjejakkan kaki di bumi permai Aberdeen kat sini lah pertama kali join majlis raya di perantauan, berkenalan dengan masyarakat Melayu and other malaysians... with the same outfit also! oh mengimbau kenangan sungguh...dulu mya tak pandai jalan baru umur 8 bulan, sekarang...haih penat mama kejar dia berlari2 sampai nak tembus pagar kejar kambing.

see what i mean? ;)

suasana meriah dapat berkumpul

us =) 
terima kasih dan tahniah pada ajk yang bersusah payah merancang majlis ni walaupun dalam masa yang singkat.


sekarang makin terasa debaran nak balik msia..cewah debaran la sangat kan hehe...tempat merantau lagikan di kenang betul tak? i'm going to miss all my lovely friends here sob sob...

elok 3 hari lepas majlis kitorang pun sibuk merayau turun newcastle hehe...why newcastle? entah. saje je nak jalan2 cari makan. layan nandos and kfc plus nasi lemak from Rasa Nusantara ;)

later kita layan gamba newcastle yg tak seberapa pulak ye, bye!