Monday 19 November 2012

My Kasih Mya is 4!


16.11.2012


last minit tuntut kek besday, mula tu janji tunggu papa balik uwaaa mama keje la sayang camno nak bake the cake? elok on the way ke kedai baking nak beli bahan nampak bakery so beli je la huhu...


selamat hari jadi sayang! dah 4 tahun dah...huhuuu....how time flies. kadang-kadang ada jugak rasa tak percaya pegang jawatan 'mama' ni.

Mya sayang,
You know, as the eldest kamu sememangnya selalu jadi bahan eksperimen, sama macam mama menjadi bahan eksperimen nenek as a first time mother.

Sebab tu kadang-kadang ada 'tersasul' here and there. Pernah dulu masa umur 7 ke 8 bulan sebab silap dan cuai mama Mya kena viral infection dalam perut sampai admitted, Tuhan je la yang tahu how stupid i felt masa dengar Mya meraung nak kena cucuk utk drip.

Dulu zaman Mya baby mama mana ada duit sangat nak beli dress fancy2 atau toys power, sekarang bila dah besar baru la mama dengan papa bole beli baju yang elok sikit, gaun kembang lacey lacey, set kasut macam macam bentuk dan kaler etc etc

Kesimpulannya disini, as anak sulung secara tak langsung Mya melalui zaman membangun dan merudum ekonomi keluarga kita, macam masa mula mula sampai aberdeen mana la kita ada duit sangat kan? And mya pun kecik lagi so maybe mya pun tak ingat semua toys mya mama beli carboot je. Shopping baju baju or kasut cantik pun tak sebab kita kena saving and cut off bajet merapu. Masa tu memang sedih bila tengok budak kecik lain pakai baju cantik cantik sob sob, tengok balik gambar kita jalan2masa tu pun sodih sebab mya punya baju biasa biasa je. But looking back, mama bersyukur sangat kita dah lalui zaman 'susah' tu, duduk pulak merantau ke tempat orang, sakit pening semua kita lalui sendiri, pernah kita sama2 sekali harung demam, berganti ganti hari ni mya, then papa then mama pulak. Fuhhh...TUhan je la yang tau betapa harunya nak uruskan makan minum takde sapa nak tolong, mya demam,mama jaga, lepas mya elok papa pulak demam teruk satu malam tak tidur, lepas tu mama pulak tak boleh bangun. Dah macam pass baton pulak tukar2tugas lapkan badan masing masing. Sampai dah jadi baham lawak je sebab mama mamai2 cakap merapu pastu papa yg ala ala tak larat masak jugak kari resepi alapapamya hihi...

Mya sayang,
Awak tu dah besar tau, dah boleh sangat jadi kakak. Mama bangga sangat dengan mya sebab dalam proses transition kita kena balik msia ni memang mya good girl sangat. Alhamdulillah Tuhan permudahkan semua urusan kita; berpisah dengan papa, hilangkan jet lagged, atur balik waktu tido sebab nak sekolah, kena sesuaikan diri dengan cuaca, settlekan urusan beli kereta, dan paling susah selain dari rindu papa is nak kena terima realiti kehidupan mama have to work, i have to la sayang. Mama tau pada mya all those things, perubahan besar dalam hidup mya. syukur semuanya dipermudahkan....million thanks to atuk nekmun, nenek, acu, uncle, tiyin, anty iza all uncles, aunties, cousins and our lovely friends....betapa beratnya hati papa nak lepaskan kita jaga diri sendiri kat sini Tuhan je yang tahu. 

 armed and ready menghadap 'common' traffic jam atas highway seremban-bangi


Mama doakan mya jadi anak yang baik, sentiasa sihat dan happy duduk sini ok? Semoga kita semua sentiasa dalam lindunganNya, mama dengan mya kat sini dan papa yang jauh di mata tapi sentiasa dekat di hati. Thanks so much sebab permudahkan urusan mama. Sayang mya sangat!

Tuesday 13 November 2012

AWAS!! JANGAN TERTIPU!! (peringatan utk kawan-kawan tersayang, especially those nun di utagha)

Kisah benar terjadi, pengalaman oleh cik Fazira, copy from here. Ishhh...jangan lah terjadi pada orang-orang tua mak pak kita yang cepat terpengaruh kan? Gerammm betul!


Tempat Kejadian: Kompleks Star Parade, Alor Setar. 
Masa: Lebih kurang pukul 2 petang. 
Bertempat: Salah satu kedai di Tingkat 1 bernama 'Roset'. 

Fazira ditegur oleh seorang wanita yang bernama Cik L. Cik L ini bagi satu voucer yang ada tulis 'Free Gift' dan kemudian terangkan dekat Fazira barang-barang dapur electronic yang hanya perlu dibayar starting tahun hadapan selama 3 tahun sebanyak RM90. Kemudian dia bagi Fazira satu mug kaca yang dalam tu ada lagi 2 coupon, sebelum buka coupon dia cakap nilai tertinggi RM500. Buka coupon yang pertama Rm100 kedua RM1000. Terus Cik L buat muka terkejut and jerit-jerit kata:

Cik L: "Saya terkejut ini akak, saya tak pernah tgk coupon macam nie. Eh.. korang tengok-tengok, akak nie dapat coupon Rm1000, ko penah nampak tak?" Sambil panggil seller-seller yang lain.
Seller 2: "Ishhh tak pernah pun.. kami tak pernah pun nmpak coupon macam nie. Bagus nie akak". 
Cik L: Kejab yerr kak.. saya call bos saya betul ke tak coupon nie, takut nanti gaji saya yang kena potong. Akak bertuah ini. 

Lalu Cik L nie pun call lah bos dia.. and bos dia ada cakap ngan Fazira, tanya barcode di belakang coupon. 
Sambil-sambil tu.. Cik L bagitau ini adalah promosi daripada syarikat untuk Aidiladha, dan akak adalah orang  yang ke-4 menerima coupon ini daripada 10 orang daripada seluruh Kedah dan terus salam tangan Fazira,  ucap tahniah sekali lagi. 

Choi!. Kita pun terasa teruja lah kan?. 

Then dia terangkan ada 3 syarat untuk coupon RM1000 ini. 

1) Boleh dapat free yang berharga RM3500 kebawah dan tidak boleh dijual
2) Beli apa-apa barangan 
3) Tangkap gambar sebagai untuk bukti dan simpanan kepada syarikat. 

Then, Fazira pun terujalah pilih Halogen Electric Cooker dan beli Air Purifier yang telah ditolang dgn RM1000 jadi harga belian RM2088.00. Diawal penerangan, Cik L nie cakap hari nie TAK PAYAH keluarkan apa-apa bayaran. Tup-tup cakap kena bayar 2088.00 sebagai guarantor untuk keluarkan kad kredit pembelian. Ok.. masa ini dah was-was, tapi disebabkan Fazira memang tidak tahu dan familiar dgn perbankan di Malaysia, Fazira diamakn diri dulu sbb apa yang Cik L terangkan, wang akan dikembalikan dalam betul kad kredit pembelian ini. Kad ini akan digunakan untuk bayaran tiap2 bulan ansuran start tahun hadapan. Bila dah bayar apa semua dan angkut barang dalam kereta. Fazira makan McD dan barulah tergerak hati nak google this product. Then.. barulah keluar segala jenis keluhan yang mereka buat penipuan.  FAzira terus call Maybank untuk cancel all the transaction, tapi disebabkan FAzira guna direct debit, bank tak boleh buat apa-apa. Bila di tanya mengenai kad kredit pembelian ini, Maybank cakap mana-mana bank pun tak akan buat service macam tu. Makan pun dah tak lalu terus pergi ke kereta.. Fazira call Cik L ini untuk berjumpa di kereta. 

Fazira tanya dia betul-betul.. adakah ini satu penipuan apa semua. Dia kata tak.. dia cakap bank Hong Leong or UoB akan call untuk tanya akak penah tak buat pembelian dan akan terima kad kredit pembelian ini dalam masa 2-3. Bila Fazira cakap Maybank sendiri yg cakap tak ada urusan dan service macam nie.. terus dia cakap kami berurusan dengan Bank Negara. 

Ha?? Bank negara?. 

Memandangkan Cik L adalah orang melayu dan Islam, Fazira bagi tempoh sehingga 12.11.12 untuk selesai masalah ini dan dia bagi juga no telefon customer yang penah beli barang ini dan dapat kad pembelian. Fazira call depan Cik L tapi owner number nie tak angkat. 

The next day (23.11.2012), awal-awal pagi Fazira pergi Maybank untuk block kad atm, incase dorang ambil segala maklumat dalam kad itu. Sementara tunggu Maybank buka, Fazira sempat call Hong Leong and UOB, dan tanya pasal kad kredit pembelian, kedua-dua bank cakap dorang tak kan buat service macam itu, dan jika nak apply kad kredit kena ada slip gaji (fazira tak pernah ada kredit card, jadi tak tahu). Both bank suggest untuk buat laporan polis dan tuntutan pengguna. 

Habis saja block kad, Fazira buat laporan polis dan tribunal tuntutan pengguna (TTPM). 
Dari yang Fazira perolehi dari tribunal, memang dah ramai orang yang kena di kedai ini. 
Fazira isi semua maklumat, buat tuntutan dan segala resit harus di photocopy, sampailah kakak yang photocopy resit-resit pun tanya: .

Kak Photocopy: Adik beli apa?. 
Fazira: Ha? Naper kak?. 
Kak photocopy: Dah ramai orang yang datang sini fotostat benda yang sama, adik buat tuntutan ker?. 
Fazira: Aha.. ramai ker?. 
Kak photocopy: Ramai dah yang datang.. 

kemudian bermula sesi penceritaan semula apa yang terjadi dari mula sehinggalah Fazira melangkah ke tribunal.

Next day: 24.11.2012. 
Segala tuntutan kena dihantar secara pos berdaftar. Bila dah dipos dan sambil-sambil hantar kad kawin, (lebih kurang 10 lepas hantar) ada sorang Miss C call fazira tanya pasal pembelian barang ini. 

Dia cakap dia adalah owner syarikat ini, dia mintak pennjelasan masalah apa sehingga fazira tak puas hati. 
Fazira cakap Hong Leong dan UoB Bank tak pernah buat service macam nie, dan bank cakap perlu ada slip gaji, fazira cakap Cil L tak penah mintak slip gaji dan pembelian yang pd mulanya tak perlu bayar awalnya, kenapa perlu bayar semua. Terus Miss C buat mengakuan itu adalah salah staff dia dan dia nak settle benda ini dngan Fazira. 

Selepas tu, bermula lah babak dinama Fazira pulang semula Star Parade untuk pulangkan barang dan dorang janji untuk bagi semula duit cash 2088 kepada Fazira. Pada mulanya mereka berjanji nak jumpa di parking lot, tapi atas nasihat kawan-kawan dorang suruh jumpa di tempat terbuka. Fazira janji nak jumpa di McD. Sebelum apa-apa berlaku, Fazira mntak tolong security tengok-tengok dari jauh dan jika berlaku apa-apa report kepada polis dengan segera. 

Fazira tunggu di McD 30 minit. Setiap penjuru fazira nampak pak cik guard memerhati. Sehinggalah until this very young guy datang and cakap dia wakil daripada syarikat. Mungkin sbb Fazira dah lama menunggu, dorang hantar dulu wakil, and this young guy keep calling orang atasan. Dorang suruh Fazira naik atas pergi ke kedai, tapi Fazira tak nak until lah Cik L datang dengan muka masam dan terus kira duit cash yang berjumlah RM2088.00. Fazira call Miss C semula untuk confirmkan yang duit dah dapat, and Fazira pulangkan semua barang balik. And Fazira mntak nama penuh and IC Cik L sbb nak batalkan tuntutan, seboleh-boleh dia mengelak cakap tribunal tak kan mntak semua tu. Tak pasal-pasal kena jerkah ngan Fazira semula: " Awak nie tak nak saya tarik balik tuntutan ker?. Kalau tak nak tak per.. saya boleh biarkan saja". Then datang one of the bos... Fazira mntak nama dan ic untuk tarik tuntutan.. terus dia bagi.

Selesai saja.. pak cik guard yang dari tadi jadi pemerhati di setiap penjuru tanya semua ok atau tidak. Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar.

Terima kasih kepada Tribunal Tuntutan Pengguna.
Terima kasih kepada Pak Cik Guard dan Security di Star Parade!.

Selesai kes.. pengalaman yang tidak akan dilupakan dan semoga jadi pengajaran kepada sesiapa yang berada di luar sana. Gunakan hak anda sebagai pengguna. Jangan tertipu sbb barang-barang yang dijual tidak ada cop Sirim dan juga jika difikirkan balik,  dorang jual microwave RM3388, Fazira beli Microwave Kenwood dari UK just £500+- x 5 = RM2500. Wayy to cheap and dapat kenwood pula. Survey the product dulu.. Fazira akui mmg Fazira tak tahu harga barang-barang ini di market Malaysia dan kekurangan ilmu kewangan harus dipertingkatkan untuk masa hadapan.

p/s: Please share this story to all Malaysian and readers.

Love, 
Fazira




Friday 9 November 2012

my first humble, home made wedding cake

two blocks of three-layer 8" square cake, more than 4 kilos Red Velvet Cake with Cream Cheese Frosting.

i must say its going to be the first and the last lor. haha. dah masuk proper class nanti baru la berani nak buat untuk orang lagi. very the comot this cake!

my sil lah yang beria suruh buatkan untuk her sister's wedding. reason being, nak yang home made dan sedap dimakan, boleh dinikmati oleh semua orang. yes, fondant cakes looks far more elegant, all weddingy and million times better in terms of appearance, but truth is not many people going to eat that fondant layer right? bukannya sedap pun manis je,sickingly sweet and selalunya tak habis dan buang je lepas potong sebab the cake itself pun normally not taste nice, all dry and crumbly. harga boleh tahan mahal tapi tak makan, buat apa kan?

itu kata beliau lah. si tukang order aka kakak pengantin pun memang crazy dengan rvc, and i did tell her sure ke ni? you do realize it got cream cheese kan? sure meleleh punye nak bawa balik kampung ke Maran nun.

dan yang paling takut sekali, dengan confidentnya diorang takde order kek official lain, i mean, order la kek fondant kecik sebijik yang cantik kan? kan? aduh, buatnya kek aku bantat ke, terpeleot dalam kereta ke pengsan ahkak!

lapor diri hari Khamis, so i got 3 days to cari bahan, kotak polisterine jual ikan, soem fresh flowers to cover it up, beli dry ice, bake and frost the cake. the wedding is on Saturday. secretly ada gak rasa excited bila ada 'project' nak buat. weeeee....

cream cheese je 2 kg, kau bayangkan la senah! mau berasap hand mixer...haha seriously! tengah beat cheese tu mak cakap eh apa bau asap ni? ha'ah la kan entah2 si mixer ni kut? alamak shian ko kan mixer sabar eh.

sekali tengok ada orang bakar sampah kat luar. cis! sabar je ada background asap rupanya. -_-'

my plan is nak guna chocolate cigarellos, you know yang chocolate cigars tu made from chocolate ye not biscuit thank you. punya la susahhhh sangat nak survey barang kt msia ni kan? semua info dalam web site pun tak update. sheeshh. konon berangan la nak kek yang elegan, plus tak yah pening nak cantikkan pahagian kek tu kalau comot ye tak?


 *pics taken from here 
ni dia white chocolate cigars cake, very elegant, vintage and simple sangat. suka suka suka. nak beli kat msia ada tapi cam mahal sangat, sekotak ada 100++ pieces about rm100++ jugak. mana cukup sekotak. lupakan saja, bukankah motif asal nak jimat kos tapi kek sedap?


and i forgot all the important factor; malaysia ni kan negara panas cik kak oii...

dah siap buat frosting, eh time to pick up mya la pulak. siap cover the frosting bowl then letak dalam bilik bukak air cond.

balik ambik mya, bawak gi beli beg sekolah baru then sambung main krim. alamak krim cam dah kembang la not so smooth anymore. gulppp.roses kat bahagian sisi tu mencair sikit, tak melekat langsung dekat kek tapi ku tenyeh juga. uwaaaa...comotnyerrr...sob sob...

kek oh kek, dah comot gini mintak-mintak la kau sedap.

masuk dalam kotak kek, then lapik dengan hugeeee black plastic bag, put inside the kotak polisterine jual ikan tu, letak dry ice and fingers cross it will stay like that until tomorrow, the pick up day.


sangat risau bila kek tu dalam perjalanan balik kampung,  the whole box is super heavy and sooo big! imagine la cream cheese je 2 kg, malam tu agak-agak depa dah sampai i texted my sil, asking for the cake, selamat ke tak. phew! haha bukan tanya eh korang ok ke driving malam? ;P

on the day it self (Saturday) dah rasa tak senang duduk, kejap-kejap tengok jam. oh majlis dah start la ni; hujan ke panas terik eh?; entah-entah krim dah menitik-nitik meleleh uwaaa; camne kalau ada budak terlanggar meja kek then jatuh tergolek?; ish, ada masa ke diorag nak letak bunga2 tu sume?; oh no! what if kek tu basi? or berkulat sebab terkena ais yang mencair? ohemgee ohemgee ohemgeeee!!

mak pun tak membantu langsung, 'eh kak, ape citer la kek ko ek?'

i siap provide a few bunch of fresh flowers for them to err, you know...deco and touch up cover kecacatan kerim the cake. shocking pink daisies, purple roses, some baby's breath and the cute green kekwa yang kecik tu. and it ended up looking like this:

*pics taken from fb
 adoiii...totally not what i have in mind lah, how the cake is going to look like. kasihan pada kakak ku itew, maklumlah kesibukan pastikan majlis berjalan lancar mana la ada masa nak membega-bega kek tu lelama kan. ah bunga tu i tepek je la dekat krim yang dah crack tu you ;)



alhamdulillah...semua orang dapat merasa kek pengantin, keluarga belah lelaki suka, kaum kerabat diorang from all over msia pun enjoy sangat the cake tu. harus la enjoy sebab i tepek krim tu tebal-tebal ikut selera anak tokak den ni ha. and dah siap renjis sugar syrup for each cake layer, konon nak maintain moist gitew.

my sil said nasib baik kek tu besar gile sebab semua berebut sampaikan diorg have to 'sorok' a bit for tuan rumah merasa. oops pecah rahsia ;P yang penting semua cakap sedap dan habis licin di jamah.

kiranya objektif tukang order untuk jamu semua tetamu dengan kek pengantin-boleh-di-makan dan berbaloi membeli tercapai juga. feedback semua kata shedappppp...alhamdulillah :)

as for me, oh no please don't ask me to do it again. kerja gila je order kek kat i tahu? kek kahwin lak tu. i'm only a very novice baker you know, fondant pun tak pandai let alone nak buat italian buttercream, steam buttercream and what not. 

kalau nak jugak, sila bear in mind yang kek tu akan comot ye. order can only be accept from risktaker sahaja. boleh? hahaha. ;)






Thursday 8 November 2012

demi masa...

...sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.

memang sangat rugi, rasa loser and takde arah tujuan and goal-of-the-day.

but i do try to look at the brighter side;
- settlekan fotocopy all documents for pertukaran strata title rumah comel kami
- buat surat untuk lawyer
- google up 'pengurusan kewangan jabatan kerajaan'
- 5 minutes later open joy the baker; bread recipe section. (how can you choose finance over yummy things, right?)
- follow up servis tanya penempatan
- follow up bph pasal kuarters
- change to cheesecakes recipes *droolinggg...*
- update information for kewangan (more to tanya dapat gaji on time ke tak hehe)
- print out recipes (cinnamon pull apart, mango cheesecake, light cheesecake, kek lumut)
- settlekan bayaran rumah nenek dengan m2u
- follow up pasal penempatan lagi
- call orang kedai tinted kereta tanya harga untuk calculate my budget for safety tinted
- follow up servis yet again (hehe seriously if it were me sure dah annoying dgn makcik sorang ni ;P)
- print out yet another recipes
- order set comforter dengan my fren for baby sofea (oh yay! my sil safely delivered a baby girl last 2 weeks)
- and for today, organizing my recipe book yang seriously dah worn out. err..even my mil using her ipad while refering to a recipe -_-'

okay okay. seriously you can do all that in 1 day, tapi nak buat macam mana kan.
hari ni harus organize balik my recipe collection. dah siap beli ring folder siap dengan compartment untuk ikut kategori masakan. cewah! well, we'll see. ;)


 tengok la tuhhh...bergondong gandang dengan segala benda, cuaca tak menentu sekarang, kalau panas tu fuhh panas betul! sampai 3 botol bekalan air ku telan. then dah panas tetiba awan mendung, jadi harus sediakan payung sebelum hujan since i have to park my car outside. keluar kereta siap ada uncle tegur 'wah ada payung ka?' ye la uncle panas mehh...

on the other hand, doakan lah saya dapat department yang ok ye? honestly tak kisah pun dapat mana-mana. rasa takut,gementar,excited,sedih eh semua lah kan, sebab i know ke mana pun diri ini diletakkan have to learn from scratch jugak. so gurls, please embrace yourself with my bimbo questions okey? haha.



Friday 2 November 2012

our new chapter

hari ni dah 2 hari kembali bertugas, takde la bertugas mana pun, setakat duduk lepak dalam library aje uols sebab penempatan tak tau lagi ke mana diri ini dicampak huhu.

start Isnin dah hantar Mya sekolah, 1st day ok la walaupun cembeng tapi towards the end dah dekat mama nak pick up ada sikit nangis juga itu adik manis. sebab ada 1 boy terlanggar dia. adoiii...biasala kan dia tu kan manja terlebih, kalau dia terbuat orang or terlanggar anak orang takpe pulak. masa ambik tu sangat la comot, dengan berbintat2 tangan kena gigit nyamuk bagai. aduh tabah la hati.

so 2nd day dah mengaruk tak nak pergi, elok je dah siap mandi sume sampai masa mama capai kunci kereta nak start enjin start meraung, sedih dan sayu sangat sangat la dia tu hai menangis sepenuh perasaan.

untuk tidak mengeruhkan keadaan laluan bertukar ke gerai roti canai dekat pasar, eh ok la pulak. sambil tu dalam kereta and masa makan mama bersyarah and explain why you must go to school tomorrow, and for tomorrow a new school bag jadi taruhan. dan dia pun janji tomorrow i WILL go to school mama. well, we'll see apa lagi idea dia esok, kata nenek. hihi.

esoknya on Wednesday, again lepas dah siap ikat rambut, nak sarung kasut and start enjin macam biasa dah start drama. but because she knows that she made the promised earlier so dalam keterpaksaan dengan juraian air mata terpaksa la ikut je.

dalma perjalanan tu (10 minit naik kereta je pung bukan jauh nau) i told her about other people she knows and loved; abang adam, abang imran, aunty iza, acu, uncle and even nenek and nek mun pun go to their school everyday. ok la kejap melayan cerita mama. but when the engine stops start merengek, 'eh alaaa dah sampai ke....mamaaaa...mya tak nak laaaa...'

oh i'm sorry sayang you have to keep your promises remember? buat muka tak tau je, bagi kat cikgu, kiss kiss then cepat2 cabut.

like mother like daughter, the first thing she said once she got in the car is i want my new school bag.

hehe, ok sayang mama happy la today mya go to school. hari ni barula nampak terurus sikit, dah mandi, ikat tocang, pakai klip rambut dengan smocking sleeveless dress kembang warna light green, rasa cair and luluh kejap hati mama tengok. kasihannya anakku terpaksa ditinggalkan bagi orang lain jaga.

pengsan papa macam ni, kata nenek. sehari belanja seratus nak pujuk engko jek mya oiii.... ;P

hari ni second day mama kerja, dah macam dedar badan pulak. haih. drama air mata lagi, tak bagi mama go to work, suruh stay at home aje teman mya yang demam ni mama pleaseee....

biasala kan, tukar tempat baru so badan tu baru nak kenal2 dengan virus baru, plus dia yang sangat letih dan tak nak makan makanan kat sekolah.

sempat pujuk sikit, suapkan nasi sikit, bagi ubat and mandi. haih, baru 2nd day punch card dah red karer.

apa la nasib nenek jaga mya kat rumah tu kan? entah faham ke tak perangai dia. tawakal je la, doa yang baik2, kentalkan hati dan tak nak fikir2 sangat la. redah jer, come on mama you can do it!