Monday 18 February 2013

now that's what i call kezutan!

15 February is the date, OUR date. masa nak set tarikh tu tak terlintas langsung nak dekat dekat valentines day, tolong sket tak kosser nak sambut benda karut cam tu. tapi disebabkan tarikh tu paling sesuai atau in other words paling segera lepas kita abes kursus 6 bulan, hoho gatal nau nak menikah gitew ;P

15 Feb 2013 marked as our 5th anniversary. boleh tak masa sibuk sibuk orang dok kecoh pasal sambutan valentines masa tu jugak terfikir, eh...jap, macam ada kaitan je tarikh ni dalam hidup i? but what was it eh? hamaigod...!!! esok anniversary la der! deym...boleh lak lupa langsung. hampeh punya bini (-_-')

dgn mi amor pun dok buat buat lawak je, eh kitew lupew anniversarey kitew kan..ahahaha. wish bodo bodo i lap u sket sket then buat cam biasa je la. pastu main main je mintak hadiah.

m: ahah, sempena anniversary mama nak beli turntable boleh tak? susah la nak sapu icing..huhu..
p: boli la mama..sukati la nak boli apo bondo eh tu..
m: papa, do you even know what the heck is turntable?
p: ontah.

cis..next time better guna term neverfull ke...damier ebene ke...kan? bukan dia tau pun...haha...

anyway, comes friday and as usual ke alamanda la kitew. kebetulan nak pass kek tu my fren. and ada date dengan kak iza, pelik gak asal tetibe dia ajak lunch. tapi dah dia kata ada keje kt pjaya so kita takde la syak pape.

ghopernyer ada misi mustahil, to deliver nota dan tanda cinta (ewah cam gelis ketiak kejap haha) dari orang jauh di bumi sekotlen. ternganga kejap. jaws dropping, weakening knees, tears about bursting out while trying to pull a brave poker face.

opocot tanjat itew! terkejut gila memang kezutan yang sangat menjadi.

i was soooo soooo soooo.....over the planet. rasa nak terbang dan tu jugak pegi sana. ya allah....kenapa rasa makin sedih ni? bukan ke dapat hadiah apetah lagi surprise macam ni patut lompat lompat kegembiraan??

seriously rasa sangat sedih. terfikir alaaaa...apa papa buat ni, it would be much better kalau setakat wish wish gitu je sebab bila buat surprise macam ni bertambah sedih lagi ada la. i want you! get it?? haha over tau. dah la bersusah payah suruh ka iza cari tulip jugak, nak jugak nak jugak. tulip kt malaysia? mak aiii harga memang tak boleh tahan, cis...bagi kt kita suruh shopping lagi best kan? kalau kt uk tu lain la satu ikat 3-4 pound aje...huhu...

suka sangattt...tapi tak tahan lama la dah kelayuan...


dan saya sangat tak biasa romantika romantika begini, this is soooo not him you know...first time bagi bunga dekat 11 tahun yang lalu kut. and yes, its tulip. beli zaman gonjeng tersangat la mahal kurasakan pada waktu itu walaupun dapat 3 kuntum je hehehe...ahhh...me and him merayau dengan kancil biru, so sweet...teringat pulak kenangan silam aku dan si dia. aww!

kembali ke kisah anniversary tadi. until this day masih lagi trying so hard to enjoy the gift. rasa bersalah sangat. pastu siap tanya, 'ala...mahal sangat la hadiah ni..abes camne nak gi jalan2 spain ni? ni dah bayar lom ni? ish..mama tak biasa la mahal sangat...tahu tak boleh beli tiket balik uk, tahu??'

masa dapat tu muka kelat-kelat terkejut. termenung je dengan muka kosong...kosong...lepas tu tersedar uwaaa...rasa guilty sangat la kak iza..sebabnya...errr..sebab...kita dah swipe kad kredit banyakkk bulan ni...sob sob...

kena gelak lagi ada la. ahahaha tu la lepas ni nak swipe sila fikir fikirkan dulu ye laling...haih sabo je la.


why papa? why did you do this to me? officially

then hari tu jugak secara rasminya buat pertama kalinya masuk kedai pandora tu..melopong la kejap..ooooo ini ke pandora...eh, ramai nya manusia dalam ni..la hai memang tengah 'in' ke sekarang ni aku je yang tak tau...adess ketinggalan sungguh, nak harap beli untuk diri sendiri memang tidak lah ye. mahey beno! (-_-')

depan kak iza dengan dekda the delivery girls memang buat muka stoned je, tapi bila masuk keta dah sorang sorang terus banjir. sebak dan syahdu. sambil call yanti dok nanges nanges..uwaaa..aku tak nak aku tak nak...nak jumpa bukan nak hadiah...sob sob..ntah pape je. happy dapat hadiah tapi sedih, nak tapi tak nak. ish, jiwa kacau sungguh.

lepas tu tiap tiap hari bukak kad ucapan, his words but in kak iza's hand writing. ayat simple tapi sangat menyentuh hati.

thanks so much papa, you know i dont need all this kan? dapat shopping sikit sikit walaupun kena dengar tazkirah nasihat hujung bulan dari papa tu pun dah more than enough. hehe. happy anniversary yang ke 5 tahun sayang, we've been known each other for more than 10 years now. since then, you are the most wonderful thing that ever happen in my life. maafkan mama kalau mama tersilap apa apa ye, mulut ni memang kadang tu ringan je nak menjawab. loyar buruk. just like mya kan? huhu..mama harap papa sentiasa sayang, restu and redha dengan mama ok, i too will always love you. thank you for everything....

balik ofis terus update fb, since that morning dah wish ''you might be the most unromantic husband but to me you are perfect" jadi pembersihan nama dan imej beliau sebagai suami yang manis harus dibuat segera! muahaha...malu seh..
and papa, now i know the difference between not romantic and trying not to be romantic =)

Friday 1 February 2013

Home made Red Velvet Cake, tempahan kini di buka.



hiks. tajuk tak leh blah. bisneswomen la sangat ;p

baiklah, dah lama bukak order kt fb baru ada masa nak update dlm blog.

untuk mengubat kesepian dan mengisi masa lapang waktu malam lepas mya tido daripada dok ralit main ipad skodeng fv and zalora kita decide nak bukak order membaking, apa lagi kalau bukan Si Baldu Merah.

dah itu yang paling senang kan? so far ok la, alhamdulillah ada la satu minggu tu dpt satu order. tu pun dari close friends macam kawan sekolah and kawan keje. ok la kan. saje memenatkan diri. tujuan utama pun bukan la nak buat bisnes, just nak sibukkan diri dari layan perasaan dan melempiaskan perasaan tak tentu hala dgn online shopping baik kita buat sesuatu. ;)


    
 order dari su, feedbacl sangat memberangsangkan..alhamdulillah =)















 










birthday hot mama, 4 layer rvc..fuh serik rasa nak buat tinggi-tinggi..dah cucuk tiang konkrit guna straw dlm kek pun goyah goyah gitew..seram gak masa nak usung sana sini..phew!


 yeay! surprise birthday party ni tau...best sangat, first time layan seoul garden. balik sume bau daging bakar. ;P



yang ni order dari liza, my ex-staff =)


semua design roses kan? dah macam trademark pulak....ramai yang kenan dengan deko roses ni...as you can see finishing kek ni tak la licin mulus uolls..saya ni home baker je, keroje lak tu..so nak tak nak skill tu ambik masa la nak improve, bila ada order tu al peluang nak praktis...dan dah semestinya tak flawless macam profesional patisserie master ke apa kan...tapi from time to time each order tu kita memang tanya feedback, dan sangat berterima kasih pada my fren Di yang bagi feedback komen membina, thanks so much...kita akan take note semua kekurangan tu ok..


buat masa ni price list adalah seperti berikut:

saiz 6", berat anggaran 1 kg - RM50++
saiz 7", berat anggaran 1.4 kg - RM65++
saiz 8", berat anggaran 1.5-1.7 kg - RM70++

* setiap biji kek ada sebanyak 3 lapisan kek, dibalut frosting cream cheese yang sangat creamy and cheesy
* harga ni basic ye, bergantung pada deko, kalau banyak guna cream cheese mungkin mahal sket tapi masih boleh dirunding ikut bajet ;)


gitu ye kawan-kawan...untuk tempahan boleh la email kita, chika_83@hotmail.com. bagi no fon kang susah sebab time ofis takde makna nak pegang fon, sibuks la konon kan.emel insya Allah akan di check sejurus mya tido hehe (padahal malu takut org tanya bbm ke apa ke sebab fon masih lagi nokia cokia ;P)

oh, and please order 3 days in advance ye..supaya saya boleh plan masa membaking di malam hari.

till then, assalamualaikum and happy baking! =)