Tuesday 15 January 2013

a very sweet sweet dream

haih, lama entry ni terperuk dalam draft.
jiwa kacau katanya...

macam mimpi.
macam tu la yg kita rasa skang ni. kejap je dah habis 3 minggu jolly holiday bersama mi amor.
sedih hati toksah cakap la kan, cry me a river baby dah ni. pantang teringat or ternampak apa2yg mengingatkan kita kat dia mmg bergonang. T_T.

masa 3 minggu tu memang rasa happyyyy sangat, dah tu bila kena tinggal balik harus la terjelepok.
macam mimpi je rasanya bila mula2 jumpa duduk kt sebelah, eh selalu dengar suara je.
dup dap tunggu kt erl kalah time bercinta dulu haha.

mya hanya diberitahu papa's coming home pada hari ketibaan, kt carwash tunggu keta yg konon baru lagi still bau kedai tp hanya dimandikan err, once? twice? (alasan tipikal, musim hujannnnn hehe)

mya, guess who's coming today?
who mama? i dont know.
guess whooooo.....
ala mama ni! u tell me la i dont know!!
(hoih garang betul sabaq la sket mesti ikut perangai papa ni ;P)
its p.a.p.a, papa is coming home.

terus terdiam, menung kejap then grinning ear to ear.

is it mama??!! papa nak balik? for holiday? papa miss mya ke? nak jumpa mya?

and then mama terus regret for telling her so early. setiap minit tanya, desak come la mama we pick papa up from the airport...why? why we dont have pick up papa at the airport? i want to go there...papa naik train aje? kan papa naik aeroplane from scotland? why train pulak? mya wear dress
 ke mama? because papa want to see mya pretty pretty eh? mama come la get down...why wait inside
the car aje..mana train ni...ishhhhhh lama dah mya tunggu!! mamaaaaa.....

nampak papa terus berlari terkam. dah berebut nak peluk papa masing masing.  haha

tapi mama still menang, sebab ayat pertama papa cakap is 'sayang mama...' awwww....sila termuntah korang. ;P

plan cuti sgt simple. lagipun i still have to go to work kan, tu pun dah mengelat amik cuti isnin jumaat, thanks to christmas and new year yg jatuh on tuesday. aktiviti padat dengan makan, makan, dan makan. layankan je la orang nak balas dendam kan, asal bawak keta je mata melilau tengok kiri kanan jumpa makanan sedap ke tak.

paling best spend cuti weken before krismas dekat the gardens, shopping after shopping after eating after eating,makan setiap 2 jam sekali kut. melampau tau. pastu penat naik bilik tido. bangun pagi layan mya celup kaki kt pool. mya sgt attach dgn papa, sebak sgt tengok dia happy je main dgn papa, ye la knowing its only for sekejap cuma. ikut papa hantar and amik mama from work, lepas tu bfast lepak mama mkn roti canai, spend time berdua dgn papa layan dia main kat megakidz, mandi dgn papa, golek2 atas katil tickle2. sampai berebut la dgn omak eh, mama this is my papa. what? no ni mama punya, give me! no la mya punya papa! go la mama!

aiyoh poning pala nak layan 2 baby gegurl haha.

hadap la korang kan meluat dgr luahan hati kitew. pedulik la kan.

sapa yg dah kahwin sure faham, cmne la rasa sesak dada tahan sedih bila tak dapat bersama. rasa incomplete, macam tali terputus tergantung kat tengah tengah.

deep inside you know its not right. what the heck are we doing this? come again? future? what
future? arghhhh....! its NOW we're living in, screw the future!!!

ha lebih kurang gitu la bunyi memberontak dalam hati ni. tau dah takde choice, but cant help from feelingso geram, and marah. geram marah kat sape pun tak tau. mungkin marah sebab tau tak boleh marah.

dah seminggu terpisah, tapi rasa macam lamaaaa sangat sob sob...emosi tak stabil, sangat tidak keruan. dah 14 hari masuk ke tahun baru tapi semangat yang hilang masih tak ketemu, dan kredit kad  untuk tahun baru pun masih clean and clear. ngehngehngeh...gitu la kelukaan kita uols, drive kereta rasa melayang je tau2 dah sampai. kalau kelaur jalan-jalan tu pandangan seloronggg je (istilah ma kalau budak kecik ngantuk dah 'bodoh' nak tertido) nak shoppong pun takde mood you know???

waahhh...that. is. so. not. me. uols should worried tahu? kehkehkeh.

haihhhhhh...mengeluh lagi. semangat tolongggg datang...

on the day papa balik tu memang dah promise tak nak hantar ke airport. always have the love-hate relationship with airports. yang empunya diri pun tak bagi, sebab nanti sedih sedih dia tak suka.
lagipun trauma dengan last time punya separation, mya meraung bagai nak gila. fuhhh..and i think this time it wil be mama. so there. memang tak nak hantar. kebetulan adam nak balik subang so they just drop mi amor at the airport, buat macam nak hantar gi outstation je.

salam semua orang laju-laju, peluk and tahan air mata terus masuk kereta. terus tayar bergolek. and i was like eh cepatnya jap jap rasa nak lari je tahan peluk kaki. drama? yes. tapi itu la yang saya rasa. mya pun blur, eh why everybody cepat-cepat ni? kenapa mya tak ikut abang adam? why mya tak send papa?

lepas papa pergi me and mya pun terus angkat kaki, nak balik bangi. tak salam pun ma dgn pa terus cabut je. i just can't look at their face. sangat sedih. dan waktu tu hujan sangat lebat. selebat air mata yang berguguran. singgah petonas mya (budak ni pantang nampak petronas, eh petonas! petonas! walaupun kalau dalam perjalanan ke pavilion, petonas dia jgk yg dia teruja) sebab dah janji mama belikan aiskrim.

dalam hujan bawak keta sambil nangis, mya layan aiskrim. lagiiiii la kita sedih, ya ampunnn...kesiannya dia, tak faham apa pun, umpan aiskrim terus senyap. dan takde pun dia tanya why mama cry, elok je makan aiskrim.

habis aiskrim terus cakap,

mama...mya miss papa la..mya nak skype papa boleh?

uwaaaaaa.....jangan la mya..mama dah goyah ni sebab dah nak sampai simpang klia....
kang termasuk simpang kang ranap terus  T__T

tabah la hati, kental la diri...jangan la ter'signal' masuk simpang...kalau terjah airport kang sure lagi drama air mata, mya yang dah elok-elok takde pape lain lak citer kan...lagipun bukan boleh masuk harrods pun. eh eh tetibe ek..eheh =P

gitu la uols, ada all the money in the world pun tak guna...dapat permission pegang credit card sendiri tapi orang lain bayar pun rasa tak bermakna, sampai macam tu sekali tau. not even beg ribu-ribu oh my guccik or prado hatta kitchen aid metallic sebijik pun rasa nak campak je...we just want to be together. arghhhh....whyyy whyyyy......ni dah tak dapat pegang, nak peluk, nak cubit cubit baru nak terkilan...

mya kiss kiss pun kat skrin ipad je, then tanya 'papa boleh rasa ke mya kiss?' sedih tak sedih?

kesimpulannya, sape yang agak-agak selalu nak masam muka or gaduh gaduh sayang ke gaduh ganas ke sila appreciate your other half...please eh uols...ahkak jeles ni.

yang separuh diri kita tu la kalau hilangdepan mata baru korang ya ampunnn susahnya nak teruskan hidup, jangan ingat kalau selama ni semua kerja rumah kita yang buat, jaga anak pun kita, yang pergi kerja cari duit hari-hari pun kita tapi kita ingat kalau dia takde kita boleh hidup sendiri. no no no. bila dah macam ni semua tu remeh je. i will be more than happy to do it, seikhlas hati. baru la rasa nikmatnya dapat sediakan makan pakai untuk suami tu macam mana. nak plan menu, amik order nak makan apa. uwaaaaa....rindunya....bila boleh cuti balik ek? terus google pekeliling cuti hahaha.

tapi kita tau, seteruk mana dan walau sesedih mana pun kita rasa, mi amor lagi sedih. dah la duduk sorang. dia sangat malas nak sms bagai, kalau nak cakap call je tapi kalau dah tengah-tengah malam waktu uk sampai sms jiwang hati lara maknanya dia tengah suffer la tu. adoiii sunyinya...kesiannya....elok jejak kaki seminggu terus snow, syahdu tak syahdu? lagi la jiwa melankolik, suasana pulak romantika, perut lapar...sangat mencabar.....

takpe la, semua ni ada hikmahnya kan? weekend ni plan nak balik seremban, tapi rasa kelukaan tu masih ada. sabtu lepas drive mak ke wedding kt sendayan pun dah jiwa kacau balik, sebab macam jalan nak balik sana jewww...haha teruk ok, impak yang sangat besar..sikit lagi dah nak tahap sasau dah ni..kut nampak bumbung rumah entah camne la kan...

my oh my...every time we say good bye i die a little la macam ni.
mode jiwang, layan lagu Cole Porter je skang ni. from one of my fav movie De-Lovely.

kita suka part ni. ish, lagu ni memang best la.




haha lantak la ek tengah merempan jiwa kacau, tetibe ada link lagu sedih bagai ;P



4 comments:

swit@kon said...

i love you mama mya.
hahaha.
meh polok.

haha.
aku pun meroyan jika suami ngak ada.
mencik.

Elis Escada said...

aduhaiii....saya baca pon saya rasa sedih... ;( saya haritu husband pergi khusus sebulan pon dh tersa sunyi..nikan lama kan..saya memahami.. huuu... sabar ea boss..

| faie | said...

1st , tak tahan tgk label ko...

2nd , oh tuhan..tabahkan lah hati kwn ku ini...*sebak*..rase mcm diri sendri plak yg experience..jgn putus doa & bz kn diri ye lin..

didi said...

Oh my! Drama sungguh entry ini. Aku pulak yang nak nanges.

Well, its a choice both of you made and I guess you have to make it work.

You are so lucky you have a partner that keeps you strong. Just sayin..... Some of us are not so lucky :(

Be happy, be merry and count your blessings! :)