Showing posts with label healthy living. Show all posts
Showing posts with label healthy living. Show all posts

Thursday, 13 January 2011

quickie update - jom sihat =)

  • dah melepasi fasa gelora meroyan dalaman kritikal selepas kopi disenaraihitamkan dari list barang dapur oleh Mr. K, after he realized that i finished the whole regular jar of nescafe all by myself in a month. tsskk T_T..memang patut pun kena paksa stop minum kopi sebab i prefer kopi pekat so haruslah gula pun banyak kan...sangat tak bagus untuk kesihatan...
'no more kopi for mama..apa ni minum byk sangat nanti reput kaki tu baru tau'

and siap warning lagi jangan sorok2 beli simpan bawah bantal, cam tau2 je...hiks. and weekend harusla belanja i lepak minum kopi mahal untuk melempiaskan nafsu coffee addiction yang terperam seminggu. as for today, 6 days without caffeine..oh, terbau2 harum semerbak mu kopi...

  • as no more coffee for me, baru la resolution minum green tea dapat dilaksanakan =)

  • makanan juga lebih healthy, nak snacking makan je wholemeal cereal, jangan dok intai2 tempat sorok coklat atas peti ais...and eat more fruits and vegs....my trick kalau malas nak potong buah is habiskan setengah carton smoothies favourite, akan tercapailah sasaran 5-a-day...oh coklat..tetiba teringin la pulak..kalau dark chocs ok kan? kan? kan? hehe...

my fav super yummy innocent smoothies, quite pricey but kalau kira balik kos buah yang ada dalam satu carton memang berbaloi-baloi...


  • kuatkan semangat untuk bersenam at least every other day dengan mya kat rumah...tp kena buat dengan bersungguh-sungguh sebab susah nak berpeluh, dah bukak heater pun takat melekit badan jek...but in the same time kena hati2 takut terpijak si kecik tu...suka je nak main merangkak bawah celah kaki kita...favourite video kitorang adalah ini.....

very the not-just-heart-pumping-baby..ahaks! and try to wait until 2nd and 3rd songs, its just getting sexier and sexier =P


then cooling down dengan gelek manja dangdut atau layan lagu balada seperti...




terus lentok mengantuk beb


p/s: kesedaran untuk makan lebih sihat adalah berpunca dari hubby, yang baru lepas check kolesterol...seperti yg dijangka memang la perlu kawal pemakanan as kalau tgk history pun badan mi amor ni jenis yg senang naik kolesterol jahat....apa lagi kawan2, mulakan dengan baby step; fulfill fruits and vegs 5 serving a day and then shake your hawtie bon bon to your fav music...and doakan semoga saya berjaya kuatkan semangat teruskan usaha murni ini ye ;P

Tuesday, 14 December 2010

what's cookin - Kerepek Lobak Merah


sekarang ni memang demam buat snacks hehehe...saje la kan bagi alasan buat untuk Mya, padahal..... (^___^) -> tengok muka pun dah jadi lebar...

serius tau..sekarang ni kan sejuk kan, so mulut ni asyik nak mengunyap je..huhu tolong tolong...masuk hari ni dah 3 kali buat kerepek carrot ni...mula-mula tu memang cam pelik sket time buat tu, sebab dalam resepi minyak cuma 2 -3 sudu besar je kan...alih2 tambah punya tambah rasanya dah dekat 1/2 cawan kut dok tambah minyak sebab nak jadikan doh ...tapi rasa memang sedap buat kunyah2..sesuai untuk yang tengah berdiet sebab kerepek ni bakar ye bukan di goreng...sekali hadap je mama mya ni habiskan dok tengok tv hihihi...oops! =P

2nd time pulak buat pakai olive oil...sedap eh bukan bertambah sedap weh...flavorfull sket rasa dia, makan pun cepat rasa kenyang...tapi doh tu abit tricky sikit la nak handle...sticky semacam melekit2 maybe olive oil tu pekat kan..extra virgin lagi kau....hehe...

hari ni pulak buat lagi hehe...cam ketagih pulak nak jugak ada benda buat snacking time duduk2 tu kan...hari ni buat pakai both minyak masak and olive oil...dua adunan lagi you...tu diaaa...penangan musim sejuk dan kerepek carrot nih kehkehkeh...

rasa dia kan, lemak2 sket...sebab ada cheesekan...kalau nak dok bayang2 lagi rasa dia cmne, pi makan biskut cream crackers nu...labih kurang cam tu la rasa dia...but personally i lagi suka yang olive oil version, lebih rapuh dan rangup...sangat rapuh actually, sebab pegang sikit je dah patah! =)


Kerepek Lobak Merah
Source: My Resepi.com (mintak halal ye tuan punya resepi =) )

60g lobak merah yg diparut
100g tepung gandum
2 sudu kecil cheese diparut
1 1/2sb minyak masak
1/4sk baking powder
garam dan lada sulah secukupnya

1. Campur semua bahan-bahan di atas. Uli sehingga jadi doh. Kalau keras boleh tambah sedikit minyak lagi.
2. Balut dengan pplastik dan biarkan 15 minit.
3. Canai setebal 2mm. Potong panjang lebih kurang 10cm panjang dan 2-3mm lebar
4. Bakar dalam oven dgn suhu 200C selama 15-20minit atau sehingga rangup.