this is what you get living abroad you know? wedding sume org ko takde kan. sucks BIG time. lagi sucks eh tetibe balik org tu dah beranak pinak.
anyway, nak cakap pasal resepi sup cendawan ni. sup ni memang feveret kawan saya tadi tu la. dah pernah tunjuk demo lagi kat dia cmne nak masak sume. then baru2 ni dia tanya lagi resepi, and kebetula memang tengah teringin nak mushroom soup. cuaca sejuk2 makan sup panas owhh nikmattt...
elok lak sehari sebelum tu tertengok rancangan Abg Jamie ku, Jamie's 15 Minutes Meal dan dia masak Mushroom Soup ni, andddd...paling best, no cream needed! kira ala-ala skinny la ni kannn. maka boleh la makan bermangkuk2 sebab tau je la heavy/double cream ni kalori banyak mana ye tak.
and I think it is a bonus point kalau kt msia nun, krim dah la mahal. cendawan pelbagai jenis lagi. pastu selalu krim nak pakai sikit je lebih masuk fridge pastu lupa and end up buang je.
bahan cam biasa basic seperti ini ye, main agak2 je tau no specific sukatan:
cendawan - potong kecil cendawan dari pelbagai jenis; button,chestnut,oyster, wild, shitake (rendam dulu ok)
bawang - potong dadu
garlic - 2 ulas gitu cincang kasar
thyme - optional
mix herbs - pun optional
sedikit kiub ayam - ikut citarasa
sedikit susu - untuk bagi kuah putih sikit
salt and pepper - ikut keperluan dan citarasa
and the trick Abg Jamie letak to get that smooth silky soup consistency; RICE!
yeah you read me baby, dia letak beras. but since i got some white rice leftover letak je dalam segenggan gitu.
jom masak! =)
ni bahan-bahan dia ye mak jemah
tumis bawang besar sampai layu, masuk bawang putih. kacau sampai naik bau sedap, masuk daun thyme then cendawan aneka ragam tadi, kacau sampai cendawan tu semua kecut. kalau pakai shitake masuk shitake dulu ye then baru cendawan yang lain. bila cendawan dah keluarkan air masuk nasi, sini la si Jamie Oliver tu masuk beras. literally beras kembang dgn air sup tu so jadi nasi kan? so sama je letak nasi putih, short cut ;)
then tuang air, nak cepat letak air panas. sikit je tau, pastu letak susu sket. jangan banyak sangat sebab kalau kurang cair boleh tambah later. masuk kiub ayam, garam dan lada hitam sesedap rasa. masak sampai menggelegak sekejap. get ready blender untuk kisar sup.
sebelum kisar tu kalau ahkak la kan, suka asingkan sikit kepingan cendawan tu dalam mangkuk asing sebab nak gak ada yang boleh kunyah2 time hirup sup. ikut suka hati korang lah ye. blend sampai tahap kehancuran (haha apa da punya ayat) yang korang suka, some like it extra silky smooth with no bits, some likes it chunky. macam yang ni kita blend lamaaaa sikit sampai dia betul-betul smooth. kalau perlu tambah air sket dalam blender tuh ye. pastu masuk balik sup tadi dalam periuk. masa ni la adjust rasa, kepekatan dan warna krim tu ye.
dah siap! senang aje kan? kan? makan panas-panas di kala cuaca mencecah 2C adalah nikmat yang amat, cicah pulak dengan garlic bread rangup, fuhh...
buat jangan tak buat!
eh lupa, tima kasih la abg Jamie bagi idea bernas resepi di atas. ;)
2 comments:
missing you and mya. loads!
doakan semua urusan ku dimudahkan! see ya in teleconversation :P
love!
woi woi woi...missing missing je ker? update mana update?
Post a Comment