Thursday, 16 January 2014

Nurul's Farewell (and simply delicious Pistachio Macaron recipe!)

adoiii la haiii....tuan punya diri dah sebulan sampai msia, baru hegeh nak update citer.

sedih tau besfren kita kt sini nak balik msia for good (for the time being la, hopefully ada rezeki balik kampung aberdeen balik aminnn)

apa daaa....kita baru je habis tempoh melankolik homesick kembali merantau and tukar status SAHM, dia lak rezeki kembali ke tempat asal, kita hanya merancang Allah jua yang menentukan dan Maha Mengetahui yang terbaik untuk hambanya, kan?

untuk meraikan farewell kecil-kecilan keberangkatan pulang Nurul and family, kami pun berbesar hati lah menjemput rakan2 rapat geng gagak hitam ni makan2 di teratak comel. at this time diorg dah hari terakhir kena keluar rumah and stay dekat hotel dah, so alhamdulillah rezeki pada hari2 terakhir di Aberdeen tu ada je orang jemput datang rumah untuk farewell, ye la nak organize satu jamuan farewell besar sekali harung camne lak nak dpt venue dan penganjur ye tak? 


Blueberry Cheesecake, belated birthday cake for Kakak Sarah, sorry la Sarah anty memang tak sempat nak survey and beli hadiah, failed big time nak fikir apa hadiah sesuai for 8 year old girl, apa yg budak sekarang suka eh? serius xde idea.

Seri Muka from Mummy Ina, karipap daging by tuan rumah comel

Ayam Masak Pedas aka Ayam Ungkep, Sambal Belacan dan ulaman.
kali ni konsep makanan ala kampung, jemu pulak asal buat makan2 je nasi yg berperisa so 
kali ni makan nasi putih je, memang layannnn

dalam periuk tertutup tu ada Gulai Kambing (sedapppp la pulak kambing gulai ni hoi, hasil mengorek resepi di google, masakan gulai ala kelantan, wah mentang2 suami kelantan celup sokmo masak lauk kelate uolls), Udang Masak Lemak dengan Nenas, Ayam Goreng for kids, Sayur Campur dengan Egg Tofu.

cheerful kiddos, diorang ni asal nyanyi2 besday memang suka la kan. ni je gambar bebudak yang ada, gambar mak2 dan anty2 budak memang nan ado lah ye, very the busy top up food, prepare hot drinks, jenguk bebudak kat atas, and of course chit chatting. Nurul siap ada bagi hadiah lagi sorang satu, wah meriah dah macam krismas lak hehe.

lambakan Macaron, memandangkan minggu tu last week sekolah memang dah plan buat macaron ni banyak2 dari minggu sebelum tu lagi, a week before sediakan shell yang pink dengan purple pastu masuk freezer, senang je kan? then hari isnin tu bake warna hijau dengan putih lak. sekali harung la ni dengan krismas goodies untuk teacher Mya. 

kitorang buat hari Jumaat malam, memang party sakan weolls, gelak2 sampai sakit perut. in fact the next morning nak bangun cam mamai and pening2 kepala haha..pastu cakap kt mi amor,'adoiii mama hangover la papa..sakitnye badannn...peningnya kepala agaknya cam ni la kut omputih rasa kalau malam tu dok minum todi banyak parti2 kan?' wah gitu hangover katanya.

memang merangkak beb nak turun katil. ye la kan, nak prepare bahan masak or rewang hari sebelum tu dah kena siap2, 3 hari sebelum balun buat karipap frozen, 2 hari sebelum dok sakit hati prepare filling untuk macaron kalerful bertuah tu asyik tak jadik je (ada ke patut tengah pukul butter buat buttercream split sampai berair?? sedihhhh)  pastu hari khamis elok lak cik abang dondang sayang tu dok ajak jugak teman gi dentist, uwaaa....camne nak teman lak mama nak gi beli barang yang x cukup, nak buat kek, nak blend itu, nak buat ini, rumah x kemas lagi, meja tak susun, bunga x masuk pasuuu...tak nak ikot boleh? kena teman gak ke?

cannot ye. arahan pihak atasan, kena gak ikut. dia cakap kira dating la ni. dating berjumpa dentist and tengok hasil x-ray gigi. hahaha. 

but its okey, had fun laughing out loud tengok x-ray gigi yang senget nak kena cabut tu. ;P

as for Nurul, really hope and doa supaya semua urusan dia and family nak settle down balik msia dipermudahkan, ahli ketat geng mengopi ni tau! sedih giler masa hantar kt airport, melopong mya tengok mama nangis. dah hilang sorang kawan rapat. huhu.

even kitorg ni beza umur dan bukan sebaya tapi memang boleh ngam and jadi rapat sebab satu kepala, ye la kan mummies2 yang boleh jumpa selalu and mengopi bersama baper orang je kan, yg sahm je la, kalau yang sambung belajar tu camne nak melepak bagai, kalau ada event baru la dapat jumpa tanya khabar. 

haih. *sigh*

so glad these babies went down so well with the guests, semua pun suka! 
sebenarnya kan, filling tu kan cam ala2 tak jadi sebab tetibe split jadi berair la apa kan. bencik tau.
dah la ambitious giler nak buat banyak perisa; nutella ganache, raspberry, blueberry, pistachio.
disyaki punca adalah dari butter tak berkualiti iaitu jenama pasaraya. haha. padan muka.
itu je la punca yang boleh dijadikan teori, puas dah dok kaji apa la masalahnya kau ni butter oh butter.
memang tak pernah yang ong la dengan buttercream, 
manjang bad luck dari masa buat kek besday mya lagi.
bayangkan la, dah siap pistachio buttercream masuk dalam piping bag. 
pastu letak la atas meja and sambung buat filling lain, 
sekali tengok balik boleh bertakung air kt bahagian bawah piping bag tu. 
frust ahkak. terus snip lubang kecik and keluarkan air, still berair lagi, keluarkan filling and letak atas kitchen towel tebal2 untuk serap air. time ni dah lemah semangat dah, penat pun ye.
sedihhh kannn...
tu belum masuk citer yg blueberry dengan raspberry uolls. sama je tahap disaster dia
end up raspberry tu cam tak jadik ;(

perasan tak bahagian muncung bag filling pistachio tu cam berair? 
sedih rupa paras dia tak semenggah, sebab rasa dia sangat lah sedappppnye la hai!


dah macam kilang macaron santa claus

krismas goodies untuk cikgu cikgi, tak dan nak deko bagai letak je la kad warna2 
corak2 apa yang ada lebih buat bunting bilik mya. 

yg bestnya lepas naik term baru teacher siap bagi thank you card, specifically mentioned dia enjoy makan the cookies during holiday. awww...sweet kan diorang ni? kalau bab appreciation, bagi kad ucapan thank you for courtesy memang patut dicontohi. minggu last sekolah tu even mya pun dapat byk holiday card dari classmates, tu baru primary 1 uolls, umur 5 tahun. malu mak si mya ni takde prepare pape untuk balas balik wish kt budak2 yang bagi tu huhu...thats why la untuk cikgu berazam nak buat something yang homemade, can prepared in advance and frozen. 

and boleh hidang untuk party jugak,ye tak? FYI, si Sarah, Nurul's eldest girl tu hantu macaron just like Mya.
lepas tengok Nurul berjaya buat macaron comel jugak la yang buat kita rasa bersemangat sangat nak try bermacaron sampai jadik, si Sarah ni la yang dok stadi resepi untuk mummy dia, research detail okey.
siap btau tips baper kali kena kacau adunan sume. hoho.
tercabar tak uolls kalau budak 8 tahun btau tips buat macaron secara teori? ;P
so bila Sarah cakap anty lin is the best, pistachio ni so yummy bla bla
wah happy sangat, hilang penat maki hamun drama air mata dengan buttercream haha

close up sket, ni snap masa hari hangover tu. ada la baper ketui je lebih dari party malam tadi.

untuk resepi shells tu yang basic je, boleh gunakan mana2 resepi yang uolls dah serasi.
for me, warna pink tu guna red coloring powder.
yang purple guna water based purple color, which is tak vibrant langsung wpun dah curah sebotol.
and hijau ku hentam je pandan paste, haha tu je yang ado.

kalau nak warna yang menyerlah guna gel, paste, atau powdered food coloring okey.
kat sini takde pilihan, kalau nak kena beli online. tak kuasa la kan delivery je dah baper.
takpe balik msia esok akan ku tapau segala mak nenek flavorings.

resepi kat bawah untuk pistachio aje ye, yg blueberry dengan chocolate usah ditanya.
sebab dah penat and tak larat main campak je. huhu.

blueberry tu, basic cream cheese frosting campur dengan blueberry compote (blueberry fresh yang dimasak dengan air yg sangat sedikit, gula dan lemon juice ikut citarasa tahap masam manis)

nutella chocolate ganache pulak; satu bar milk/dark choc dicairkan, letak cream sket, nutella 2 sudu besar and kacau sebati.


PISTACHIO FILLING
Source: foodnouveau.com

45 g unsalted and shelled pistachios
1 cup powdered sugar - sila kurangkan sket ye, letak 1 cup ni cam manis sgt
6 tablespoons butter
½ teaspoon vanilla extract - yg ni sy x letak

Finely grind the pistachios with the powdered sugar in a food processor.
Cream this mixture with the softened butter until you reach a creamy consistency.
Incorporate the vanilla extract. If the cream is too thick or won’t blend well, add a tiny bit of cream or milk until you reach the right consistency.

Wednesday, 15 January 2014

I Heart Tulip and Lempeng

tulip £2 satu bunch, lempeng sambal tumis, nescafe panas, foggy day

alhamdulillah :)

Monday, 13 January 2014

throwback; kenangan Mya dan school di Malaysia

assalamualaikum!

tak pernah pun citer pasal camne Mya gi skool kt msia kan? ke dah citer? rasa cam tak.
wpun kena balik Oct 2012 sebab lapor diri bulan Nov, tapi since awal 2012 lagi dah start inform;
Mya tau tak, mama ada ofis tau.
nanti kita go back msia eh?
but Mya and mama only because my ofis in malaysia, papa's ofis is here.
then kita stay at nenek's house ok? early morning mama send Mya then nenek pick you up.

memula tu sekali sekala dok ingatkan dia.
then bila makin dekat tu tiap minggu, sampai la hari2 sampai dia get used to the idea.

actually CIC (Children Islamic Center) ni bukan lah first choice, dah sebulan kut pergi skool lain yang lagiii glamer, lagiiii mahal, full day RM600, gila kan fees early education kt msia?
sama mahal dgn monthly alza kesayangan. registration je 1k. pfftt.

masa mula hantar tu ok je, drama biasala kan budak baru nak serasi.
perasaan mama masa drive keta tinggalkan dia sambil babai2 ya Allah sedihnye Allah je la yg tau.
imagine since umur 8 bulan dok umah dgn mama sampai dia 4 tahun, tetibe eh mak aku ada keje?
eh kena tinggal? tengok dia sedih mama senyum je tp dalam hati menangis beb.

actually ada la insiden first day, dia nangis teruk sbb nak mama.
so teacher bawak pujuk kt luar, sekolah tu rumah banglo design lama era 90-an gitu.
maka kat halaman luar tu ada la pokok rambutan besar, plus sedikit bushes rumah jiran bagai.
teacher pujuk tunjuk buah rambutan sume untuk bagi dia ok, turned out berkesan.
agaknya sebab tu dia suka rambutan kut.
tapi sedihhhh giler masa amik tu, tangan penuh bintat besar2 kena gigit nyamuk. :(
banyak ok, satu tgn ada 5-6 kut.


tapi masa papa balik cuti, hari pertama papa hantar and amik je dah ada yg x berkenan di mata papa.
mind you, mi amor ni kalau pasal sekolah Mya cerewett giler giler;
cikgu dia baik x? pagar kunci x? bersih ke x? ada aircond x? silibus bagus ke x? ckp english ke? bla bla.
kalau dari luar dah nampak takde aircond plus semak sket atau mainan outdoor yg dah lusuh makan hari memang tak ar, blacklist blacklist jom carik lain. panas mya nanti. haha adoiyaii....

so kisahnya lepas papa amik tu dia tanya mya macam2.
main apa, makan apa, teacher ajar apa, mya pergi toilet x? wee wee macam mana siapa help mya?
boleh tak dia citer hari tu dia main tangga, pastu mya wee wee on my own.
main stairs satu hari uollss! uwaaa....sedihnyer....dah la time tu dia tak pandai duduk sendiri atas toilet.
wuwuwu...rasa bersalah sangat, sebab sebelum ni dia ok je takde lak citer bukan2.

disyaki pada masa tu teacher dia tgh sibuk on something, plus masa tu cuti sekolah.
the principle dah mention kalau cuti takde belajar sangat, but still? main tangga?
bukak je la cd lagu ke, kartun ke, bagi diorg main coloring ke apa.

terus tak pergi, lepak rumah dgn papa je sambil cari sekolah baru.
dia of course la lagi suka kannn...lepas anta mama ofis lepak mama makan roti canai dengan papa hihi

alhamdulillah, lepas beberapa hari spend masa merayau cari sekolah jumpa sekolah cic ni.
cawangan bangi kt seksyen 9, so ok la tak jauh mana pun kalau nenek nak pick up.

masa first time masuk dalam sekolah tu, surprisingly elok je dia bawak diri.
amik buku kat rak and terus duduk atas kerusi sambil mama papa cakap dengan cikgu.
very good indicator i must say, budak2 ni sense and instinct dia lagi kuat kan, so mmg boleh ngam la tu.

and yes, they got aircond all around, tingkat atas pun ada. hehe.

*gambar semua di ambil from cic facebook page ye


sambutan maulidur rasul, antara first event kt skool. ada sorg boy yg cheeky, suka mengusik, notty sket and suka nyanyi gangnam style, balik rumah pelik tetibe mya pandai 'gangna sta, gangna sta' haha
masa hari maulud nabi ni mya cakap dia dah tukar nyanyi lagu insya Allah, adoiii kelakar giler.
sampai teacher semua cakap buat lawak,'Ya Allah syukur ami dah berubah! jom teacher bukak lagu ni ye'
tu yg diorg nyanyi ramai2 tu. comel sangat kan? ;)


lawatan ke zoo negara, nampak mya tak? haha macam miserable je kepanasan ;P


uit, anak sapa ni beraninya! tak sangka pulak dia tak takut, sebab cik sssss ni la yg paling mama takut and gelis. balik rumah bila dia citer dengan bangga dan happynya 'tadi mya touch snake tau mama!'
'huarghhhh...! eeeeeurgh, ni dah wash hands ke belum ni????'terhisteria jap mama haha



alaaahaiii ciannyer, haus tu entah pandai bukak botol ke tak huhu






perbarisan hari sukan, mya nangis nak balikkk...nak go back homeeee...tak boleh mama tinggal, kalau boleh masa berbaris ni nak mama join sekali, haish. apa daaa...beli aiskerim baru okey, macam biasa la kan, bribery approach muahaha...comelsss sangatttt uollss, rumah kuning rumanh banana!




yang ni choral speaking, a story about a seed, comel kannnn...hari2 praktis dengan mama hafal the story. sebab dia kemetot so mata seed tu terpaksa dikepakkan hehe. sesuai sangat la jadi seed, ada part solo lagi tau! walaupun cuma jerit, 'Its impossible!' haha



hmm...rindunya nak balik msia...huhu...insya Allah kalau semua dipermudahkan mintak2 la dpt balik bulan pose ni, aminnn...mya ingat jugak kenangan dan kawan2 dia kt cic ni, kadang tu tetibe dia tergelak sorg, bila tanya dia cakap teringat citer funny dgn frens kt cic,sedih pulak dengar.

takpe, ada rezeki nanti kita pergi melawat kawan2 mya ok sayang :)

Wednesday, 8 January 2014

what's cookin - Acar Buah ala Perantau ;)


masakan tahun lepas, layan je la ek hehe 

permintaan ya kanda. hari tu ada sorg kakak ni, Kak Kamariah bagi sebotol kecik acar buah, dia buat kt msia katanya, patut la special sebab ada cam buah yang masam apa ek cermai ke apa ntah. 

Kak Kamariah ni dah berbelas tahun rasanya dok Aberdeen, ke lebih ek? kiranya org lama la, kalau raya sini pastu tak gi umah dia memang derhaka la kau. gituuu... ;P

anyway, lepas dah habis tu cik abang suruh buat, senang betul, main order je kan?
and i was like eh camne nak buat, kena pakai buah jeruk yg sedap2 kt msia tuuu....tu la org dah cakap nak balik, nak balik makannnn... *haha tetibe padahal masa ni baru sebulan sampai, homesick uolls*

then dia cakap, ala campak je buah apa yang ada, janji ada buah kenyal2. 
pastu ada rasa masam manis pedas. tau?

baiklahhh sayanggggg...eden poie buek la niii....

so ini lah bahan yang kita pakai; buah kering campur, dried pear, dried mango, apricots, prunes dan lime pickle pengganti cili jeruk, memang kaw gile pedas masam dia beb!
 lime pickle jenama supermarket aje, tu pun dah sodap

ni dah nak masak dah ni, rasa happy sangat sebab eh macam sedap je macam jadiii je...yeayyy...



perghhh sedap giler menyesal tak letak aprikot bebanyak, lain kali tak nak dah guna mixed fruit tu.
sebab ada lemon ke lime peel tu kan, ish tak best la potong betul tetibe ada rasa pahit.
happy sangat dengan resepi ni, nasib baik tak try resepi yg pakai cili sos.
rempah kari tu dah buat sedap dah...fuhh...

resepi amik dari Hanieliza, sapa dok merantau pastu tak kenal memang saje la. haha.
sifu besar ni dari zaman share resepi kat fotopages lagi. 

untuk sukatan cuka, gula, dan rasa rempah serta pedas tu pandai la adjust ikut selera ye.
dekat sebotol gak la ku tuang cuka kekeke...sebab bila rasa eh kurang manis.
tambah gula, eh kurang masam. tambah cuka, eh kurang pedas.
habiskan terus lime pickle sebotol, alamak terpahit sket la pulak.
tambah gula, eh kurang masam. dan seterusnya sampai dekat sebotol cuka ku curah. 

bila call mak citer buat acar buah menjadi berlagak la kejap anak dia ni wahahaha.
sedappp...jadikkk..ala senang je rupanya nak buat *libas kain buruk atas bahu*
sebab mak kita hantu acar buah, pastu dia cakap kalau mak tak letak cuka banyak2 takut sakit perut.
oops, alamak ye ke? nasib baik laki kita tak sakit perut elok je dia makan.
ish ko ni, laki ko tu dah la suka sakit perut.
mak, bukan SUKA ok? dah sakit nak buek camno?
hahahahahaha (anak beranak tergelak gile2 sebab teringat kejadian kelakar papa sakit perut; various places on different occasion tau, memang legend gila, selalu kalau balik kampung time raya dia akan berlumba dengan my sister cari toilet *opps hi achu!*)

lepas tu asal lepas dia makan nasi berlaukkan acar je sibuk tanya
sakit perut ke tu? ada pedih2? eh papa nak gaviscon tak nanti heartburn.

pheww...alhamdulillah setakat ni ok.
percubaan pertama kali buat acar buah lulus tanpa ada insiden memudaratkan pengguna. :)
jangan wey, dia perut sensitif, memang not born as nogori smilan punya perut. 
kalau silap masak sambal yang terpedas menghakis tu memang kesian giler.

apa da citer melalut sampai ke topik sakit perut haha =P
satu resepi dapat banyak jugak, sempat la masuk bekas botol kecik2 bawak untuk geng mengopi ahkak.
calorie sharing uolls..harus ok.



ACAR BUAH
Resepi :  Hanieliza

 
500 gm buah campur [kismis hitam/kuning,prune,aprikot,mangga jeruk,kurma & lobak asin..potong kecil] - saya guna mixed fruit, prune, aprikot kering, mangga kering, pear kering
sedikit cili api jeruk [jika suka] - tak de
belimbing kecut [belimbing yg telah dijerukkan dn di jemur sampai kecut] -tak de
jeruk limau - beli lime pickle jenama Morrison, kalau kt UK most supermarket ada

Bahan Mesin Halus 
500 gm bawang kecil 
10 ulas bawang putih 
10 cm halia 
100 gm cili kering 
3 s/b rempah kari ikan [goreng tanpa minyak]  

500 gm minyak
500 gm gula pasir 
1 botol kecil cuka 
1/2 cawan bijan [goreng tanpa minyak] - tak letak

Cara: 
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dan sehingga wangi,garing dan naik minyak.
2. Masukkan gula dan cuka dan biarkan reneh sehingga naik minyak lagi.
3. Masukkan semua buah campur & cili api jeruk dan masakkan lagi sehingga naik minyak dan pekat. Masa ni sesuaikan rasa ye,kena seimbang rasa masam, manis, dan pedassss....
4. Sejukkan baru dimasukkan dalam bekas kering.
5. Bila nak hidangkan baru taburkan bijan tadi. I tak letak pun bijan-bijan ni, tak sompek lotak sebab dok sibuk meratah hihi ;)


niat tahun baru


kejap sangat dah habis 2013 kan? dulu punya la reluctant nak melalui 2013 sebab kena dok jauh. auww...giteww..sekarang tidak jauh laiiii...haha tetibe.
walaupun 8 bulan je tapi berat dan payah Allah je la yang tahu weiii....
susah giler kut dok jauh, cinta antara benua beb, kita bangun pagi dia dah balik keje nak tido bila masa nak bercakap. alangkan suami isteri duduk negeri lain-lain kt msia pun boleh sampai gaduh cerai berai.
ish, mintak jauhkan lah.

ikut plan asal at least setahun
tapi alhamdulillah semuanya dipermudahkan, syukur sangat. ;)
suka duka hidup independent tu nanti kena citer dalam entry khas.

anyway, for this year dah tanam azam simple, yg penting mampu capai. mampu ke? we'll see.hehe.

1. To be a better muslim, jaga solat, jaga hati and then to be a better mama and wife,banyakkan sabar dan jalankan tanggungjawab dengan ikhlas which happen to be soooo damn hard dengan duduk sorang di tempat org kekurangan perbualan dengan org dewasa, nak rang dari malaysia ye yang cakap melayu tau bukan yg gi kedai borak dgn shopkeeper ;

2. Jangan layan perasaan negatif dan bisikan2 syaitan, especially on that particular time of the month, fuhhh sangat mencabar okey, sampai tahap pejam2 mata 'ish pergilah kau bisikan syaitan!';

3. Mulakan dan akhiri hari-hari mendatang dengan doa/zikir/selawat, in order to beat permasalahan nombor 2 di atas which is sangat-sangat mujarab, bangun pagi capai ipad terus on youtube, senang kan?

4. Jangan tidur lambat; ha yang ni cam susah sket, time keje kena bangun pagi pun habit kul 12 baru lelap camno tuh?

5. Eat well, kena sumbat makan banyak2 all those berries, banana, yogurt, oats, fish, etc and lots more. Harus swap black coffee dgn green tea. Cuaca sejuk begini bila haus memang ingat air panas je and somehow I keep find myself nak buat kopi o or teh o, pastu asyik craving maple pecan plait, almond croissant dgn lattes je. apakah kebetulan saje yg craving ni datang lepas penat buat zumba and main body combat??? sia-sia je kannn....tsk. T_T

 
maple pecan plait idaman kalbu 
*pics from google image

6. Makan supplement! uwaaa...beli semangat tapi nan ado la hari2 ingat nak makan, makan vitamin wey! makan!!


tu je la kut. yg nombor 1 dan 2 berkait rapat.
lonely wey dok sorang, nak pulak suami sibuk keje, balik dah penat, pastu bila takde kawan perbualan yang kita ada hanyalah dengan your own thoughts. bahaha.
mesti korang ingat apa la punya pathetic...tapi hanya yang pernah mengalami je faham kut.
kalau housewife dok msia mmg la syiok, ni kt tempat orang?

sebab tu la we all super gorjes mummies ni at least seminggu sekali have to meet up for coffee and gossip session. lepas anta anak sekolah kul 9 pagi tu terus zasss naik bas gi city center mengopi hihi
tak kisah la starbucks ke costa atau pret. memana pun boleh asal boleh bercakap. berebut2 berlumba2 memasing nak pok pek pok pek, sampai haus2 sakit tekak sebab gelak kuat sangat.
pastu sampai la ke minit2 terakhir sebelum nak catch up bas balik umah amik anak baru teringat kena balik.

oh ye, sebab nak mengisi masa lapang dah register kelas bersenam kat aberdeen sports village.
murah aje sebulan pun, pastu sume kelas yang diorg provide ikut jadual boleh join.
so nak untung pergi la hari2, setakat ni seminggu sekali at least pergi 3 kali.
yoga, zumba, body balance or body combat.

tapi kannn...nape ek bila bersenam lagi lapar? takkan nak blame weather lagi kuttt...
haha asal lapar je cakap sebab sejuk, asal sejuk jek lapar.
pastu nak sedapkan hati 'oh takpe makan je sebab nak exercise'
memang takde makna la nak selim melim weh.

hmm. harap-harap tahun 2014 ni rezeki kami dimurahkan, urusan dipermudahkan, happy selalu dan semoga Allah kuatkan lagi semangat, iman dan kesabaran menempuh dugaan mendatang.

harap2 jugak supaya kesihatan both atuk and nenek mya sihat sentiasa hendaknya, yang ni memang doa sangat-sangat lah.sebab Tuhan je la yang tahu betapa teringinnya nak bawak atuk datang sini tengok rumah and sekolah mya, tinggalkan kejap gulai masak lomak telur ikan, tempoyak petai and makan croissant for tea, pergi strawberry picking and melawat St Andrews (btw atuk mya gila golf, hari2 golf gila kuat kan? impian setiap golfer mesti nak melawat St. Andrews, ahkak pun boleh tumpang sekaki  feeling2 tempat berchenta Kate Middleton dulu ahaks!)

this year also will be so packed for mi amor. chaiyok chaiyok papa! dont worry i can help myself while you were wandering around in your own little bubble world, pandai la mama bawak diri gi Primark, jangan risau ek. kekeke...

insya Allah dipermudahkan lah semua hendaknya...aminn...

cak! tuan tanah yang sehat dan boypren ;)





Sunday, 5 January 2014

selamat hari jadi suami :)


wah gitu! lepas update entry citer bday anak terus update citer besday kakanda
bukan apa takut pisang berbuah dua tiga kali, perap dlm draf lamaaa giler kang silap2 dah nak besday sendiri br teringat entry besday boypren terperap lagi ;P

kanda saya dah 32, whoa cam x caye je, sebab tadi duduk2 melepak minum kopi tetibe terfikir, eh jap kita couple cintan2 dulu bulan 11 tahun 2002 kan? maknanya dah 11 tahun la kenal each other ek? eh ye ke? hah tetibe basic math pun ingat dah salah kira haha

fuhhh, 11 tahun uolls, SEBELAS TAHUN dok telek muka yang sama. alhamdulillah, semoga Allah terus panjangkan usia kami untuk jadi mama and papa mya, untuk terus menelek muka masing2 forever and ever sampai ke jannah. :)

oh ye, tarikh kitorang declare couple dulu sama dengan besday Mya, simboliknya exactly genap 6 tahun kenal tuai hasil seorang baby, this year bila Mya 6 tahun means mama and papa dah love  you love you for 12 years, tadi bila papa try to read kad dr mama out loud minah tu yg gelak gedik2 gatal sebab ada love you love you, ek ele...cam pahammm je kan hehe...

plan nak buat kek coklat utk besday ni ada kacau sket, sebab tu cam condong. hari sebelum tu entah bini sapa la bijak pandai sangat, bangun pagi jerang air muncung cerek tu ngadap plug kt dinding lalau menyebabkan fius terbakar and satu rumah xde elektrik. oppsie! in that bini pandai defense, dia actually tertolak cerek tu ke dinding sebab nak charge ipad sebab nak bukak zikir pagi kat youtube, tapi bila dah menimbulkan kemarahan suami kau berani ke nak cakap 'alaaa..tertolak cerek tu ketepi sket tadi sebab mama nak bukak zikir pagi...'

kau berani?? hahaha. sila memoyokkan diri and layan mya buat coloring diam2 ye, dah jangan sibuk kacau org nak repair plug tuh. ;P
fyi, rumah kat sini kalau xde letrik memang susah le wey, dapur, dgn heater la paling penting sekali. oh dgn air panas..perghh...dah sejuk beku tangan ni tahan sejuk.

end up satu keje pun tak dapat buat sampai la suami yg termarah kejap berjaya repair tukar soket plug yang baru, total ulang alik gi kedai cari plig tukar plug ada 6 kali kut. yikes! member dah la tak sempat bfast, woho double triple yikes! mmg ahkak menikus je la kan...huhu tatoottt...sampai dia suruh siap2 makan subway pun dalam keta diammm je. takut nak banyak tanya, tunggu member dah makan subway panjang 1 kaki tu baru berani nak cakap sikit2. entah pape je sape yg marah dgn geram dgn sape pun tak tau. haha padan muka, kul 2 lebih baru settle gila kau tak takut. orang dah la kelaparan, dah la last weekend nak enjoy before start keje isnin nih, bazir masa setengah hari sabtu cam tu jer. so sorry papaaaa....

masalahnya kan, kanda saya tu memang marah senyap je. pastu tetibe dia ok sendiri sbb malas nak bising2. i is lagi takut u know, pastu terbergenang sorang2. entah pape, agaknya kalau Tuhan bagi laki yang marah direct ada yg lari rumah terus kut.


hai lah nasib, nasib la dapat bini yg careless cam ni, boleh buat compilation kut kisah masalah problem berpunca dari isteriku yg bijak pandai, sape pernah baca citer ai tertinggal kunci rumah dalam rumah masa gi kedai sampai kena amik cab gi amik kunci spare kt tuan rumah, which is rumah dia jauhhhh giler sure setuju kan? mana entah entry tu malas nak carik. total kos tambang teksi is empat ratus dalm ringgit malaysia hokey...bijak tak bijak si isteri yg disebutkan itu tadi haha. not my proud moment.kalau nak carik sendiri. ;P

jauh melalut nampaknya, tajuk besday kakanda tapi terciter pasal benda lain.

anyway, bottom line is kanda saya ni memang the best in the world la...sebab tu wpun dah xde semangat nak buat kek lepas kejadian rasa bersalah yang amat tu, gagahkan jugak buat. senang giler kek coklat moist je pun tapi bila buat dengan hati yg tawar dgn rasa apesal la aku ni bodoh careless sangat menyusahkan laki maka tersengetlah kek yg x bersalah itu, buat kelam kabut kan.

nasib baik kad dgn hadiah dah ready awal. nak cover kesengetan serve kek slice je haha. no lilin2
sebab ni besday papa bukan mya hehe. minah tu yg over nanti.

kepada suamiku yang tersayang, selamat panjang umur, murah rezeki ye...ucapan seterusnya sila refe rdalam kad hehe...harap dapat buat papa happy dengan hadiah yang tak seberapa nih, wpun kanda saya tu tak layan besday2 ni tapi besday setaun sekali sapa lagi nak manje2 kan dia kalau bukan isteri bijak pandai dgn cinonet kuat membebel ni ye tak? haha...

only 8 years to go to celebrate his big 4-0 series tohether, semoga Allah terus merahmati keluarga kami, kekalkan kebahagiaan dan panjang umur untuk tua bersama, insya Allah...

Mya's 5th Birthday (^_^)

Assalamualaikum semua! 
baru nak rajin update dah kemalasan melanda semula hikhok

moh le layan cerita basi ni, citer taun lepas ;P
terperuk dalam draf punya la lamaaa....
hari ni dah masuk besday papa di tahun baru

hari jadi anakanda ku yang tersayang, anugerah pinjaman yang tidak ternilai dari Allah swt
sedar tak sedar dah 5 tahun diberi tanggungjawab dan nikmat jadi parents
suka duka, ups and downs, tersilap decide, tercuai, terleka, unaware semua ada
anak pertama kan, siapa sulung tau la jadi bahan eksperimen mak bapak (angkat tangan!)

anakku yang mama sayang sangat tak tau nak cakap camne,
mya skang dah 5 tahun tau, dah boleh sangat jadi kakak walaupun kedekut tau mama dgn papa mya punya sorang hihi...cakap pasal nak baby mesti mya tu munchung sedepa...tak nakk tak nakkk...apa da...
punya la penakut giler dgn hospital and doctors, 
even tengok drama ada scene orang berbalut patah kaki pun nak nanges
tak bagi mama ada baby sebab nanti painful tummy mama kena cut ...
just so u know, penakut2 tu is sooo mama okey bahaha *jeling papa*

sekarang Mya tengah mood rajin, rajin ngaji, buat homework, buat workbook
bangun pagi cari workbook, balik sekolah bukak je kasut terus bukak homework
alhamdulillah, so far senang sangat nak rutinkan Mya, pendek kata memang beza la dari masa baby dulu
Mya yang baby adalah sangat cengeng okey? hehe. 
tp takpe sebab Nek Mun ckp budak kuat nangis tu pandai, macam papa.
err so i guess sebab tu la mama tak pandai kut?

apa pun, mama and papa sayang Mya sangat2, selalu mama mintak dipanjang umur nak tengok Mya besar.
mohon supaya Allah berikan
Happy 5th Birthday Mya! berangan nak jadi fairy, ok then fairy themed party it is!


party ni buat small scale je, hanya mampu jemput kawan2 Mya yang rapat and yang dia familiar je, sebab? 1. rumah kecik, dan mama tak mampu nak masak banyak to cater semua org, invitation pun only open for mummies and kids je, untuk papa and the geng Uncle Nazli/Anty Nurul bermurah hati offer their cosy pad to entertained the daddies, haha nasib baik kalau tak habisla papa kena duk starbucks or anywhere sampai 3-4 jam ;P
2. atas nasihat dan pengalaman kawan2, its better to focus on entertaining and games bila smale scale party, dan jugak kalau jemput orang ikut selera mama takut Mya yang tak comfortable being around kawan2 dia yang tak familiar, after all, its her day, kan?

sebab tu jugak la menu pun simple2 je, nak fokus pada games and entertainment katanya :)

'bahan hiburan' pertama to keep the kids entertained:


 face painting corner by Anty Uma

then we also had games, simple games je macam pass the parcel, guess how much sweeties in the jar, pick out card then buat ikut arahan dalam kad tu and grab the teddies aka musical chairs, but instead using chairs kita guna teddies :)

berjaya jugak buat diy tutu skirt nih

syahmi the handsome boy


deko yang tak seberapa, number 5 pinata tu diy okey, gigih mengtransformasikan kotak cereal kepada bentuk nombor 5, pastu guna double sided tape, lekat kan tissue paper yang dah keronyok2,  after about 2 weeks dgn kepantasan kura2 and sakit belakang membongkok siap jugekkk...pheww!

oh ye, bunting dengan bunga tisu lekat kt dinding pun diy jugak...ya ampunn...senang sangat nak membuatnya, bottom line is plan awal supaya tak kelam kabut, buat kraf diy ni makan masa jugak uolls...




california rolls, katanya...filling avocado, crabstick dgn salad wrapped with tortilla. rasa agak bland maybe uolls kalau nak buat tambah sos cili or tabasco or apa2 sos yang dirasakan sesuai ye...



Egg Fried Rice, Nutella Sandwich, Nugget and Veggie Spring Rolls, dan juga Spaghetti Olio


Homemade Pizzas by  Anty Nurul :)

Macaron tak berapa nak jadik,   and also Chocolate Cupcakes

Mango, Apple and Blueberry Fruit Salad

Raif yang comels

hadiah pemenang games ;)


simple goodies


ahoy there mateys! Pirate Kieshan
aiyoyo anty uma, how come la u can paint on the face so intricate like this meh?

Anisah, Mya and Mayeesha

Kakak Sarah

Ihsan the big handsome lion


mama gone so kaput la that day, gambar dengan kek pun takde yang semenggah, eh wait! I actualy almost forgot the cake! bahaha so kelam kabut I tell you! padahal malam tu tidur lambat sebab nak siapkan kek dengan deko. kelam kabut giler sebab a day before elok dah plan to-do-list tetibe last minit mi amor order buatkan mihun goreng dgn kek utk dia bwk pergi main bola, untuk farewell Nazli dgn geng main bola. aiyoh...ke laut la jawapnya persiapan ahkak kan, dgn kek tak frost lagi (belum masuk bab buang masa sbb buttercream disaster gile, so revolting in fact), bunting dgn bunga2 tak gantung lagi, meja belum susun and prepare...memang penat gilos tapi bila kakanda dah mintak tu sanggup ke nak cakap tak boleh?? ko sanggup?? bila dia balik tu tengok bekas mihun habis licin dengan muka happy giler terubat rasa lenguh kaki ni weh.

pressies, thanks so much to aunties yang pemurah bawak hadiah macam2 untuk Mya ;)



toadstool cake, deko caca marba tema home made kehkehkeh...dok cari fairy cake toppers punya la mahal sorang princess je £6! gilos...memang tak membantu dalam usaha mama organize party using as minimum amount of money as possible, last2 beli gambar fairy utk buat kad je nih. cantik gak kan..kan..cepat cakap cantik! patah pinggang nak membega kek ni okey...


base-marble cake; bahagian rumah-chocolate cake; rooftop-orange butter cake =)
budak2 berebut ladybug dengan bunga2 je


after all, tertunailah hasrat di hati nak buat proper party untuk Mya, since her 1st birthday lagi teringinnnnn sangat nak organize proper party untuk dia, I mean, 'proper' tu yang involve diy here and there and mama organizing and planning from scratch ye...terasa 'nikmat' jadi party planner uolls...haha...dulu rumah kecik so not so much on the deco part, tak pun buat yang sekali harung lump sum dgn birthday papa and every body else yang birthday october to january kat rumah atuk bila balik msia, kalau buat kt rumah atuk segan lah pulak makcik nak gantung2 deko lelebih ye tak, pastu kt msia memang takde masa nak ber-diy sangat, beli je la...

alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. terima kasih pada semua 

anyway, tutu skirt tu tersangatlah senang nak membuatnya, tissue paper flower tu pun senang gilers.
search aje 'diy no sew tutu skirt', kat msia lagi la murah kut kos nak beli kain tulle tu, kalau net biasa pun ok je, pastu beli 2-3 kaler matching2 and voila! untuk Mya punya ni pakai dekat 20 meter tulle jugak la, usah ditanya kosnya dong sebab dalam pounds, pejam mata je la mak incik haha...

bawah ni contoh video buat tutu skirt dgn tissue flower okey :)