hohoho...finally keluar jugak gambar raya..eheh. tahun ni kalau ikut kalendar sistem giliran memang raya di seremban...i okkk jek raya mana pon...dokek yo...kalau nak gaduh berebut balik kampung bagai jugak tak tahu la kan =P
after papa balik solat raya. masih mencari setting kamera yang betul, tu pasal la mcm tgh senja jek lighting dia. motif gamba: nak tayang kasut diva mya..shocking pink velvet with ruffle details. me likey! paling suka sebab nampak mahal tapi sebenarnya murah bangat muahaha...
before bersalam salaman. atuk's lil girl
cubaan mya melarikan diri dari sesi bersalaman. masa ni dia dah start cranky sebab mengantuk kena bangun pagi dan adam tak agi main psp dia. hehe =P
what a drama! punya la semangat pakai baju sedondon nak amik gamba raya bertiga nanges la pulak...
lepaskan, lepaskan akuuu!!
selingan: thanks to cik atie atas tajaan baju raya mya tahun ini...mama pakai baju segera terjumpa kat OU and papa is wearing my late abah's baju melayu (baju raya terakhir beliau sebelum meninggal-seeing hubby wearing that really gives me that something something feeling, u know?), kebetulan kaler cam matching with us da girls outfit so pakai je la..tak yah kejar2 carik baju melayu baru pulak...tahun ni baju raya memang kelam kelibut gila haha..punyala malas nak carik =P
gossip gurls team 1, minus the bibik hehe...bibik selalunya menjadi teman gossip saya masa buat kuih raya sesorang lepas sahur, atau lebih tepat lagi bila proses membuat kuih tersebut memerlukan tenaga luar biasa si pembuat...kehkehkeh...
gossip gurls team 2, plus that ahli junior yang dah tunjuk bakat busy body bila orang tengah gosip =P
the kuih rayas...made with love by ehem, yours truly..ehehehe..from left; Choc Chips Cookies (thanks to Didi with this amazing recipe, mmg akan kujadikan biskut raya tahunan selepas ini), Butter Cookies and Pineapple Rolled Tart.
Pudding Trifle by MIL. actually tereksiden buat pudding sebab nak gunakan kek span vanilla saya yang kehancuran, niat di hati nak buat Blueberry Cake tapi entah apa malang 3 kali bancuh tak jadi jugak...siap la ko kek beri biru akan ku cuba lagi di tahun baru haha drama =P
sate. hidangan raya wajib ada bagi suami saya. beliau memang hantu sate. sikit lagi dia nak suruh bini chomel dia ni buat sate kat aberdeen. and bini chomel dia macam, heh, what the heck nak buat sate home made?celah mano eden nak buek yo? sambil konpius konpius kebingungan..
hidangan wajib setiap rumah; rendang, lomang, kuah kacang, ketupat dan yang sewaktu dengannya.
aktiviti kanak-kanak zaman moden di pagi raya. nak keluar merayau cam kita muda dulu-dulu takut kena culik. so duduk je la rumah diam-diam. main psp ke hape ke kan...
cam pandai jek cinonet tu maen...hehe..
dah bosan dgn psp, kacau Abg Adam main laptop pulak
kesian..kena halau dengan Adam terpaksa la pandai-pandai cari hiburan lain...air freshner pun jadikla sambil buat gaya mama sembur perfume dan buat bunyi 'psst, psst..!' haha so comel!
petang after solat Jumaat; merayau ke kampung di Rembau, the actual kampung house dah nak reput sebab both of atuk and nenek dah lama takde ( i tak sempay jumpa pon)memang takde orang duduk dah, tinggal ular dengan binatang je duduk dalam rumah tu and barang perabot semua habis kena curik dek penyangak..even ada sekali tu my auntie ternampak gambar lama dia dan adik dia masa kecik-kecik kat satu kedai antik kat pekan Rembau tuh...boleh eh? sadis betul...so kitorang merayau ke rumah sedara mara yang ada je la kan...rumah ni dah 2 kali i beraya sejak kawen memang tiap-tiap tahun hidang Soto...sambal kicap dia terbaekkk wooo..tapi cam kecewa sebab taun ni tuan rumah tak buat bergedel sob..sob.. (ceh, macam la kempunan tak boleh buat sendirik =P)
mya dah start melekit..dah menggaru sebab kene geget nyamuk haha..dah nama pun kampung kan, standard la tuh jalan-jalan kejar ayam kat luar kena gigit nyamuk gajah...sape suruh pakai gaun sleeveless bagai..nak nampak comel punya pasal kan hadap je la nyamuk tuh..hehe..
rumah kedua; ada rendang ayam kampung yang juga sangat terbaekkk...i dok bising kat hubby sebab dia tak makan ayam kampung (apa la punya orang rembau tak makan ayam kampung kan?) sambil selak-selak mangkuk rendang tu carik bahagian daging ayam hehe...mya time sandar kat tiang tengah rumah orang ni sedang sibuk berurusan...patutla pandangan mata tu dah selorong je rupanya ada hasil...tau tau dah naik bau. chet! malu jek kat rumah orang jugak dia nak memerut hehehe..
adam the city boy meets the kampung folks...
dah dah jom balik..habis i korek rendang ayam rumah orang nih kehkehkeh...
raya ke 3; mya and her dayangs kat rumah my auntie..baru perasan tak amik gamba official hari raya with mum and my adik adik huhu...
masa my mum buat masak-masak secara mengejut. keputusan nak buat masak-masak dibuat dengan mengejut sebab bincang hari ni terus decide esok je kita buat makan-makan haha..sebab fikir-fikir bila lagi nak tunggu i ada kat rumah bangi before balik aberdeen nak jumpa sedara mara sume kan? sure sibuk ke sana sini makan itu ini kan kan...
chief dayang mya; my sis.
pembantu dayang of the day; my cousin diyana...nasib baik la mya nak kat ko diyana sonang kojo den nak cuci pinggan ke tambah kuah mee rebus ke hape...oh hari tu mak masak mee rebus cubaan pertama beliau dengan sangat sukses...tak sia-sia i lari ke econsave cari keledek buat tambah kuah sebab takut tak cukup haha...
dayang lelaki err...ape ek dayung ke? haha...ni pun cousin jugak, Iwan..
fuhh lega...habis hutang entry raya, next, entry jamuan hari jadi terawal Kasih Mya pula ye...tungguuuu...