Wednesday 29 September 2010

riang ria raya bersama mya

hohoho...finally keluar jugak gambar raya..eheh. tahun ni kalau ikut kalendar sistem giliran memang raya di seremban...i okkk jek raya mana pon...dokek yo...kalau nak gaduh berebut balik kampung bagai jugak tak tahu la kan =P


after papa balik solat raya. masih mencari setting kamera yang betul, tu pasal la mcm tgh senja jek lighting dia. motif gamba: nak tayang kasut diva mya..shocking pink velvet with ruffle details. me likey! paling suka sebab nampak mahal tapi sebenarnya murah bangat muahaha...

before bersalam salaman. atuk's lil girl

cubaan mya melarikan diri dari sesi bersalaman. masa ni dia dah start cranky sebab mengantuk kena bangun pagi dan adam tak agi main psp dia. hehe =P

what a drama! punya la semangat pakai baju sedondon nak amik gamba raya bertiga nanges la pulak...

lepaskan, lepaskan akuuu!!

selingan: thanks to cik atie atas tajaan baju raya mya tahun ini...mama pakai baju segera terjumpa kat OU and papa is wearing my late abah's baju melayu (baju raya terakhir beliau sebelum meninggal-seeing hubby wearing that really gives me that something something feeling, u know?), kebetulan kaler cam matching with us da girls outfit so pakai je la..tak yah kejar2 carik baju melayu baru pulak...tahun ni baju raya memang kelam kelibut gila haha..punyala malas nak carik =P

gossip gurls team 1, minus the bibik hehe...bibik selalunya menjadi teman gossip saya masa buat kuih raya sesorang lepas sahur, atau lebih tepat lagi bila proses membuat kuih tersebut memerlukan tenaga luar biasa si pembuat...kehkehkeh...

gossip gurls team 2, plus that ahli junior yang dah tunjuk bakat busy body bila orang tengah gosip =P

the kuih rayas...made with love by ehem, yours truly..ehehehe..from left; Choc Chips Cookies (thanks to Didi with this amazing recipe, mmg akan kujadikan biskut raya tahunan selepas ini), Butter Cookies and Pineapple Rolled Tart.

Pudding Trifle by MIL. actually tereksiden buat pudding sebab nak gunakan kek span vanilla saya yang kehancuran, niat di hati nak buat Blueberry Cake tapi entah apa malang 3 kali bancuh tak jadi jugak...siap la ko kek beri biru akan ku cuba lagi di tahun baru haha drama =P

sate. hidangan raya wajib ada bagi suami saya. beliau memang hantu sate. sikit lagi dia nak suruh bini chomel dia ni buat sate kat aberdeen. and bini chomel dia macam, heh, what the heck nak buat sate home made?celah mano eden nak buek yo? sambil konpius konpius kebingungan..

arrays of amazing layered cakes. sponsored by my sis in law. plus kek marble 3 warna (jadi 3 warna sebab buat bersama Adam, beliau sangat teruja melihat auntie nya ini membancuh kaler di dalam adunan kek itew) ku yang menumpang kasih. eh, sodap tau kek marble ni...the best ah.

hidangan wajib setiap rumah; rendang, lomang, kuah kacang, ketupat dan yang sewaktu dengannya.

aktiviti kanak-kanak zaman moden di pagi raya. nak keluar merayau cam kita muda dulu-dulu takut kena culik. so duduk je la rumah diam-diam. main psp ke hape ke kan...

cam pandai jek cinonet tu maen...hehe..

dah bosan dgn psp, kacau Abg Adam main laptop pulak

kesian..kena halau dengan Adam terpaksa la pandai-pandai cari hiburan lain...air freshner pun jadikla sambil buat gaya mama sembur perfume dan buat bunyi 'psst, psst..!' haha so comel!

petang after solat Jumaat; merayau ke kampung di Rembau, the actual kampung house dah nak reput sebab both of atuk and nenek dah lama takde ( i tak sempay jumpa pon)memang takde orang duduk dah, tinggal ular dengan binatang je duduk dalam rumah tu and barang perabot semua habis kena curik dek penyangak..even ada sekali tu my auntie ternampak gambar lama dia dan adik dia masa kecik-kecik kat satu kedai antik kat pekan Rembau tuh...boleh eh? sadis betul...so kitorang merayau ke rumah sedara mara yang ada je la kan...rumah ni dah 2 kali i beraya sejak kawen memang tiap-tiap tahun hidang Soto...sambal kicap dia terbaekkk wooo..tapi cam kecewa sebab taun ni tuan rumah tak buat bergedel sob..sob.. (ceh, macam la kempunan tak boleh buat sendirik =P)

mya dah start melekit..dah menggaru sebab kene geget nyamuk haha..dah nama pun kampung kan, standard la tuh jalan-jalan kejar ayam kat luar kena gigit nyamuk gajah...sape suruh pakai gaun sleeveless bagai..nak nampak comel punya pasal kan hadap je la nyamuk tuh..hehe..

rumah kedua; ada rendang ayam kampung yang juga sangat terbaekkk...i dok bising kat hubby sebab dia tak makan ayam kampung (apa la punya orang rembau tak makan ayam kampung kan?) sambil selak-selak mangkuk rendang tu carik bahagian daging ayam hehe...mya time sandar kat tiang tengah rumah orang ni sedang sibuk berurusan...patutla pandangan mata tu dah selorong je rupanya ada hasil...tau tau dah naik bau. chet! malu jek kat rumah orang jugak dia nak memerut hehehe..

adam the city boy meets the kampung folks...

dah dah jom balik..habis i korek rendang ayam rumah orang nih kehkehkeh...

mya and atuk @ kampung

raya ke 3; mya and her dayangs kat rumah my auntie..baru perasan tak amik gamba official hari raya with mum and my adik adik huhu...

masa my mum buat masak-masak secara mengejut. keputusan nak buat masak-masak dibuat dengan mengejut sebab bincang hari ni terus decide esok je kita buat makan-makan haha..sebab fikir-fikir bila lagi nak tunggu i ada kat rumah bangi before balik aberdeen nak jumpa sedara mara sume kan? sure sibuk ke sana sini makan itu ini kan kan...

chief dayang mya; my sis.

pembantu dayang of the day; my cousin diyana...nasib baik la mya nak kat ko diyana sonang kojo den nak cuci pinggan ke tambah kuah mee rebus ke hape...oh hari tu mak masak mee rebus cubaan pertama beliau dengan sangat sukses...tak sia-sia i lari ke econsave cari keledek buat tambah kuah sebab takut tak cukup haha...

dayang lelaki err...ape ek dayung ke? haha...ni pun cousin jugak, Iwan..

fuhh lega...habis hutang entry raya, next, entry jamuan hari jadi terawal Kasih Mya pula ye...tungguuuu...

Monday 27 September 2010

perjalanan yang panjang

rambut sudah menjadi straw. badan (me and mya juga) sudah mula bercalar balar akibat digaru. bibir menggatal terasa tebal. kulit ku juga sudah terasa kusam dan kasar. dan yang paling nyata kemalasan untuk masuk ke tandas amatlah dirasakan sebab...sejokkk!

sigh. dah jadi camni baru la teringat dah berada di negara sejuk beku nih.

kadang-kadang terasa macam mimpi je dah balik semula ke aberdeen. benda-benda di atas lah yang membuatkan diri tersedar 'hey sudah la tu...dekat 3 bulan dapat balik msia tahu tak?'

almost 3 months eh....? *sigh lagi...

tapi..banyak benda yang tak dapat buat, contoh: makan nandos, lepak sushi lunch time hari jumaat with da girls (plus max.. oops!), masak kek resepi baru lagi dan lagi, buat homemade steamboat semasa kepulangan ipar duai di seremban, makan basil bangsar village (yg ni dah terbayar sebab dpt pi chakri hehe)...eh kejap, nampak sangat motif utama balik cuti nak makan kan? =P

emmm...takpela kan...at least apa yang saya wish nak buat dah tercapai especially advanced birthday party for mya hehe..dan juga dapat overnite rumah adam dan membuat sesi gossip gurls bersama MIL and kakak ipar ku yg vogue (sesi bermula selepas sahur membawak ke pukul 8 pagi tersedar pun sbb MIL tetibe teringat tak solat subuh lagik!)...dan buat marathon biskut raya...dan makan gulai lomak byk2...eh lupa pulak, paling penting settlekan urusan cuti ku yang perlu disambungkan itu =P

perjalanan pulang adalah tersangat lah panjang; KL-London Stansted-Edinburgh-Aberdeen atau bila di translate ikut definisi modus operandi adalah 14 hours flight-overnite London-1.5 hours flight-2 hours train then barulah sampai rumah...penat wooo...bayangkan si kamal angkut 2 luggage berat 20kgs each plus backpack and me dukung mya sebelah tangan and dragging another small handcarry bag with another hand..lenguh gile!

dan kami adalah tidak dapat tidur sepanjang flight yang 14 jam itew ye sayang sayang semua...huhu...tu yang lagi lembik tuh...mya slept for the first 2 hours (but mama papa cant sleep sebab time diorg served meal) then bila dah time pukul 1-2 pagi dia nak tidur dah tak boleh sebab maybe tak selesa and agak bising..ye la kan, kita yang tua bangka ni pun dah sakit badan and rasa tensen semacam budak kecik apetah lagi...sampai airport Stansted terus check-in hotel sebelah airport tu, Radisson Blu..memang best la terbaekk dari ladang (harus la kan kalau dah rate dekat 90 pounds per nite, korang convert la sendiri) mya lepas mandi terus tertidur pengsan habis...agak terkejut berok la jugak bila sampai tu sebab macam dah tak biasa pulak sejuk-sejuk gitu, 9 C uols...dengan takde jaket apa bagai... (tu la manusia kan? kat msia merungut panas, sampai tempat sejuk, dah sejuk sangat la pulak..)

next morning, berkejar flight ke Edin pulak...ada membe hubby amik kat airport and bawak lepak rumah dia before nak kejar train balik Aberdeen la pulak...thanks to Kak Gie sebab masak best and siap tapaukan lagi bekal utk we all dinner kat rumah malam tu..huhu..lepas makan tu me and hubby masing-masing cam dah kesedapan kenyang and nasib la kat rumah org kalau tak maunye masuk bilik carik bantal...ngantok weh...diorang borak2 pun tengok muka si kamal tu cam sengih tahan ngantok jek hehe...

akhirnya after almost 2 hours on a train journey (mata tiga beranak ni memang dah melekat tak boleh bukak, nasib baik la memang train tu last stop Aberdeen, kalau tak maunya terlajak gi kampung mana ntah wakaka) we all pun selamat sampai rumah around 9.15 pm..mya terus tido sampai pagi, yang mak bapak budak ni pulak makan bekal nasik tadi and terus tidur...

haii...dalam train dah cakap kat hubby 'ape la kita ni duduk jauh bona eh papa...ujong dunio...ponek dah ni 2 hari tak sampai-sampai laie..haih'

dan hari ni kembali memulakan rutin biasa sebagai desperate hwife...maunya tak desperate kalau takde sedara mara mak bapak dengan kawan-kawan untuk bercakap..huhu...

tapi kan...bila tengok dalam fridge penuh dgn baki kerepek and cikedis yang tak habis makan, bakul kain kotor melimpah ruah, singki yang berkerak dan timbunan baju kerja komot tak bergosok rasa sedih pulak...kesian laki aku...hehe...dia pun pagi-pagi cam happy and lepas mandi siap cakap 'mama nak baju! nak shocks! nak perfume!' gelak sorang2 and cakap 'hehe lama la tak cakap cam ni selalu papa capai je socks semalam' adus....sadis betol =P

oleh yang demikian, saya telah berazam utk tidak meninggalkan beliau lama-lama lagi selepas ini dan cuba untuk tidak memboringkan keadaan yang mula gloomy ini..walaupun malam tadi beliau telah mula mensurvey tiket balik kampung untuk tahun depan sambil merungut lambat betul la nak raya balik..muahaha =D

Sunday 26 September 2010

touch down

hola....

alhamdulillah...akhirnya setelah melalui perjalanan 2 hari 2 malam, sampai juga kami di rumahku syurgaku dengan selamatnya...

penat sakit badan ni toksah cakap la...adoiyai...memang la rasa cam kena balun...pasni nak kena layan pening jet lag la pulak...

lil mya dah pengsan,syukur dia tak meragam sangat...

tidur dulu lah ye..nite nite!

Wednesday 22 September 2010

goodbye my love(s)

~silent mode~

haha tetibe...sebab sekarang adalah tgh takde mood okkkk...sebab dah nak balik ke tempat perantauan mencari rezeki...sebab lepas ni tinggal 2 hari je nak melantak gulai masak lomak sodap pekat likat bersari ma...sebab lepas ni takde la lagi peluang nak melantak KFC, melayan roti canai craving di tengah malam, sesuka hati tetibe teringin sushi or Johnny's...oh..sungguh tak best sekali dah nak balik ni sob..sob... T_T

tayar pesawat bergolek adalah pukul 3 petang, Sabtu 25 hb ni...doakan kami selamat sampai ok uols...raya tahun depan kita jumpa lagi insya Allah....tapikan, apart from kena berpisah dengan kawan-kawan dan keluarga tersayang, paling sedih adalah lepas ni kena tutup dapur baking mengeksperimen resepi pastries dan cakes dan biskut....oh, bercakap pasal biskut nanti akan di update entry khas biskut raya 2010 mama Mya..hehe...sedih tau lepas ni dah tak boleh nak masak kek lagi...sape pulak nak habiskan nanti kalau buat pon...uhuk.

ok la ye....sekarang tengah tak sedap badan, sakit tekak dan tak ada suara (as i said to cik yantie; malaysia is super damn hot baby! haha geli ketiak dia dengar..nyampah! =P) hasil dari non-stop travelling in hot weather for 2 weeks...hoho...letih dan mencabar datang dari nak melayan lil Mya dalam kereta...

till then, next entry will be coming from Aberdeen...selamat menjalankan tugas semuaa....berusaha lah mengembalikan semangat anda dari belenggu mood raya! kehkehkeh..

XOXO

Sunday 19 September 2010

super quick update

wah...lama betul tak letak entry bergambar....sekarang baru minggu ke-2 raya, mesti sume org pun tgh sibuk mengumpulkan mood untuk balik ke ofis kan?kehkehkeh...i pulak tgh kumpul semangat untuk tabahkan hati balik ke Aberdeen...uwaaa....takmo takmo balikkkkk....sob sob..

hari ni baru balik dari Kemaman..saja habiskan masa cuti-cuti Malaysia..why Kemaman? sebab nak melempiaskan hajat mi amor nak makan ketam, minum kopi Hai Peng dan di samping mengimbau kenangan silam zaman kanak-kanak masa dia duduk sana dulu (FIL dulu keje polis so mi amor ada koleksi 7 sekolah sebab asyik pindah randah)

ok lah, sebab still penat dan mabuk (thanks to the extremely bumpy road T_T dan mya yg tak duduk diam ajak mama main mintak susu la apa la dalam kereta) jom tengok gamba raya aje la ye =P

wah! alhamdulillah...tercapai hajat nak beraya bersama kekasih hati cik abg ku syg yg dah makin kerempeng huhu..masa ni dah tgh hari dah terlelap pun masa tidokan mya, tetibe ada rombongan sedara datang beraya makanya rambut adalah seketul dan malas nak sarung tudung elok2 then main2 amik gambar kat kereta sport baru belakang tu ha...oh, bukan kereta kitorg eh, tumpang jadi backdrop jek hehe...


melayan cik mya beraya di rumah saudara mara....siap pakai pearls lagi kelllas ko mya!

dengan 2 orang nenek....mya konfius mana satu nenek aku ni muka samo yo den tengokkan...hehe...

wah...ghiang bona bona la hati tu eh dak mya ni...

muahaha...gamba aksi like nenek like mya yang telah di super impose kan oleh my sis...memang sebijik...hehe..

and akhirnya...hajat nak buat birthday party kecil-kecilan utk mya juga tertunai...simple aje, ajak sedara mara mana yang ada....janji dapat bagi dia happy tiup lilin dikelilingi orang yang dia kenal..tak gitu...hehe...and mama mya pun happy sebab niat nak buat Ice Cream Cakes ala BasketRobet tercapai!gambar-gambar sekitar party later okeh...many thanks to ma yg susah payah masak laksa, mak yg orderkan roti jala, auntie mya yang tolong belikan belon dgn tolong tiup dan gantung sekali hikhikhik...terus rasa cam meriah giteww....yang bestnye party ni exactly 2 bulan in advance dari tarikh birthday sebenar ...hehe...kalau selalu org sambut belated tapi mya buat advanced birthday party =D

Monday 13 September 2010

selamat hari raya!

hello y'all!
selamat hari raya semua kawan kawan ku....ex-skool mate, ex-utmians, ex-ofismate (astro, san francisco pizza, etc), kwn kwn sekerja sekarang, to Geng!, kawan kawan bloggers, sepupu sepapat mak pak sedara, cousin cousin....semualah kan...maaf zahir batin lah ye, mana yang tersalah gurau, terlebih makan, terlupa wish birthday (oops! sori yanti hehe) dan apa apa lagi kesalahan yang saya dah terbuat ye...semoga semua orang gembira, sihat dan selamatlah menyambut raya hendaknya...

as for me, raya macam biasa je....yang penting dapat celebrate dengan suami, mya da diva and families...masa ni lah dpt berkunjung ke rumah auntie-auntie yang memang jarang sangat nak dapat jumpa kalau takde kenduri or majlis family walhal rumah bukannya jauh sangat pun..tu la org zaman sekarang kan? kadang-kadang terfikir jugak sampai bila agaknya rutin beraya ke rumah saudara mara ni dapat dikekalkan? haha tetibe serius pulak fikir masalah sosial negara =P

gambar raya mya and mama adalah banyak...tapi tak dapat nak tumpang transfer lagi dalam pc sape-sape...so, rasanya gambar sepanjang aktiviti raya ni maybe dapat di publish bila balik aberdeen...huhu..sebut je balik sana terus jantungku lemah semacam hehe...we all akan berangkat pulang hari sabtu,25hb ni flight pukul 3 ptg..haha poyo je siap btau waktu flight berangkat muahahaha..so sesape yg nak bagi i bekalan makanan, nak babai babai peluk ciom sebelum keberangkatan kami dan yg sewaktu dgnnya boleh la ye kihkihkihkih....

this saturday rancangnya nak bercuti....so far insya Allah ke pantai timur...tidur satu malam, makan keropok lekor puas-puas, shopping bekalan keropok kering and apa yang patut then balik berehat seminggu before balik aberdeen...haih..sedihnye dah nak kena balik..nanti mesti Mya dan mama akan mati kutu tak tau nak buat apa kat rumah, paling kesian kat Mya la...bila duduk sini memang nampak sangat perkembangan vocab dia makin mantap (ewah!) betul ni tau tak tipu tak caya tanya acik atie...kan yanti kan...nanti la entry pertambahan vocab mya akan dipublish kemudian hehe...sebab ada ramai orang yang layan Mya bercakap jadinya dia dah makin pandai cakap banyak benda..pelat2 tu pun dah kurang..and nampak happy je ada atuk nenek and uncle auntie yang dok melayan dia main...oh, saya tak mahu pulangggg!!

takpe la kan...tempat isteri tu kan disisi suaminya..eceh! =P

lagipun tak sanggup rasanya biar mi amor dok sesorang...kurus kering jadinye sampaikan balik kampung orang tak perasan pun dia ada haha...punyala tanya i mana suami ko lin? la hai dok kat belakang acik je ke mati2 aku ingat ko ni tadi anak aku muahahaha....iya, dia sangat kerempeng due to menu dan jadual pemakanan yang kelam kelibut masa puasa sesorang hari tu...takpe, sekarang ni kitorang dalam misi melempiaskan nafsu makan..siap ada list okeh mana tempat makan yang wajib pergi..top ten lagi hahaha...harusdan wajin ditunaikan tu kalau tidak sampai sana memang tak dapat tido malam menyesali nasib kenapa la hari tu balik tak peri sana tak makan situ hehe...

ok la ye, hari ni mak ajak sedara mara datang ke rumah..sementara anak dia yang nak balik jauh ni ada jat rumah kan..ad hoc je semalam fikir-fikir bincang-bincang terus decide nak buat petang ni...for close families yang dah ada kat kl je la kan...eh, korang sape-sape yang ada kat bangi or putrajaya tu boleh la dtg ye..petang2 sket dalam kul 4-5 gitu...nak dtg calling2 ok...menu takde la hebat mana simple je ye...hehe...ok nak tunggu org yang pergi pasar balik bawak lauk untuk mulakan operasi hehe..tata~ and hati hati di jalan raya =)

Saturday 4 September 2010

tick tock tick tock

oh, sekarang saya sedang berada dalam keterujaan yang amat sangat menghitung waktu...

excited wooo....in less than 24 hours, mya akan dapat berjumpa papanya, mama mya akan dapat berjumpa mi amornya!! WAH MARI KITA MENARI BREAK DANCE DAN BUAT STEP SOMERSAULT SKET! WOOT WOOT! hehe...finally, the day has come...punyalah hari-hari sebelum tidur tengok calendar untuk check esok berapa hari bulan, raya hari apa and kira berapa hari sebelum raya yang kitorang ada untuk curi-curi dating and shopping for raya...akhirnya....hehe....ghiang bona raso hati eh...

new dress for raya, new make up set, tuntutan belated birthday present, nak facial sebelum raya or what so ever are not that important anymore, i just wanna be with my loving husband (and to be able kiss his hands seeking his forgiveness for spending too much hehe is priceless u know), my diva jr and our happy families for this coming 1 Syawal...and oh, to be able whipping my ass off baking homemade centerpiece cakes for raya...(haha...final round, balik sana nanti haruslah kembali kepada mode drooling-over-scrumptious-and-exciting-recipe sahaja)

bestnyerr...bestnyerr.....tak sabar sangat rasanya....and right after tayar kapal selamat touch down di bumi Malaysia, we will be going to Bagan Lalang to satisfy his seafood cravings (and moi =P)

till then, happy eid every body....maaf kalau ada terusik atau terlebih gurau dalam blog tak seberapa ni....yang penting, please drive safely ok...biar lambat asal selamat sampai (^_^)

XOXO

Friday 3 September 2010

kenduri

woohoo...memang dah basi melampau entry ni..hehe...seperti kelaziman, keluarga saya memang akan buat kenduri sambut puasa dengan tahlil arwah sekali....and kali ni mak saya nak buat dekat rumah comel kitorang...jadi tuan rumah, kira cam gilir2 venue la kan....selalunya tentatif adalah berkumpul, then solat jemaah (tengok la zohor atau asar) then tahlil beramai-ramai dan makan timee!! buat waktu siang adalah sangat senang dan untuk memudahkan mereka-mereka yang perlu balik jauh atau pun menghantar anak-anak pulang ke asrama....gitewww....

hari tu saya menugaskan diri sendiri (boleh eh? =P) untuk menjadi chief chef memandangkan sedang coti bulan mengambang dan tak dapek la nak join tahlil kan...jadinya nak snap2 gamba ni memang takde dalam agenda....sibuk prepare lauk, mana yang nak kena hangatkan sume arrange kuih dan desserts yang melampau banyak tu dan macam-macam lagi la...almaklumla kan, dah namanya mengamalkan konsep pot-luck, kalau dah sorang mak cik bawak 2 lauk then mak cik pulak ada ramai kan so tak ke melimpah ruah namanya...which, i likeee!! as for me, saya buat Marble Cake, Blueberry Cheese Tart and Choc Moist Brownies...

the foodsssss....from the top; my cake platter (marble cake and brownies), apam senyum comel, tahu sumbat, sayur campur, karipap, ayam kampung masak lemak, yang ternampak sikit dalam bekas catering besi tu sambal udang(paling laku tak sempat nak rembat), sebelah dia ikan tenggiri masak kicap, kuah tahu sumbat, ayam goreng tepung (khas utk kanak-kanak tapi mak pak budak pun bedal), and mini choc chip cupcakes...ni pun ada lagi dadih, bubur jagung, lengkok, tat keju saya tu, tembikai...fuhhh..memang penuh meja dan perut....

hehe..pakcik saya...ghiang kemain tak nampak cam imam solat jemaah dgn orang yang lead tahlil pun kan? =) pak cik saya ni sangat suka cheese cake...so bila ada kuih berasaskan cheese or kek keju mesti bising kata tak nak makan aishh tak elok mkn banyak2 kek ni tapi sambil suap dalam mulut, habis la jugak satu slice hehehe....

mya yang puas hati akhirnya mendapat perhatian dari mamanya jua...haha mya ngamuk pun i buat tak tau jek sebab 1) tengah sibuk goreng sayur campur, dan 2) dayang-dayang yang ditugaskan untuk membuat mya leka dan tunaikan apa sahaja permintaan sama ada kak fan(bukak fan), kak com(bukak air cond), kak tv(bukak tv), nak puf(nak main bedak), kap kap (nak mekap nak mekap) dan lain-lain lagi dah lebih dari cukup uols...haha nasib baik ramai gak yang tengah bulan mengambang juga...first thing i siap buat annoucement, sape yang tak leh semayang angkat tangan? hah,bagus ramai pun korang jaga mya baik-baik ok...masuk dalam bilik bukak air cond, tak yah bwk kuar sbb panas bla bla...main je mekap tu..bla bla...tak pun layan amik gamba lagu dlm fon ke hape ke bla..bla..amik ko!

tapi kalau dah namanya mya, tetap la nak mendiva kan...dah ada ramai dayang pun still moody lagi..mungkin bengang dah habis jerit mama still tak menunjukkan muka kiyutnya plus tak dapat tidur siang kut...tu yang muka masam tak ingat tuh =P


keadaan rumah selepas semua orang berangkat pulang dan aktiviti berebut membungkus makanan selesai...haha...kalau tak tu sume org sibuk je bercakap, i nak borak pun kene jerit2 sebab terlampau bising..haaa..bayangkanlah...pastu bile sorang start tapau, sume nak tapau...sorang nak balik barulah semua orang ingat nak balik hantar anak balik asrama la apa la..hehe...

masa ni barulah mya ok...ok banyak sebenarnya...agaknya dia pening sebab ramai sangat dan rimas...siannya anak i ni kan, tak biasa orang ramai-ramai so nak join kezen2 lain main lari2 kat porch pun tak reti..sob sob...

ok la, apa pun i was really really lookng forward for family gatherings like this...kalau tak tu memang la jumpa time raya je..entah2 raya pun x dapat jumpa kut sebab masing-masing dah berkeluarga and ada komitmen beraya kat tempat lain kan...walaupun penat seminggu mengemas rumah tak habis, spring cleaning bersesi-sesi humban semua benda-benda lama, cuci pinggan yang dah berkerak, prepare cutleries, keluarkan semua periuk belanga untuk kegunaan...walaupun penat,tapi puas hati...teringat cam time nak buat kenduri i nikah dulu..auww! =P

dan paling best kan, mak long saya cakap saya tak gemuk! dengar tak kawan-kawan, saya tak gemuk! muahaha..rasa cam nak joget-joget time tu jugak...agaknya dia bayangkan saya akan membelon melampau kut....dah namanya housewife dan asyik masakkkk je kan...

Thursday 2 September 2010

what's cookin - Blueberry Cheese Tart & Marble Cake

yezzaaa...!! akhirnya ada jugak entry what's cookin...hehe...Kek Marble dengan Tat Keju Beri Biru ni actually buat masa kenduri sambut bulan puasa err...dalam sebulan yang sudah =P

kek ni sangat la senang nak buat...rasa sedap, tekstur halus dan lembut macam kek sepan thanks to the fairly amount of ovallete used in the recipe.... dapat resepi hasil kerajinan masuk blog Cik Mat Gebu (CMG) yang famous amos tuh...mintak halal la ye kita promote sket...kalau nak resepi sila klik sini...kalau ikut resepi asal ada gliserin, but CMG tukar dengan susu sejat and dapat kat yours truly selamba kodok je pakai fresh milk..then kalau tak ada chocolate emulco boleh je tukar dengan 3-4 sudu besar serbuk koko (tapi pakai emulco lagi mengancam la kan) haha memang durhaka! =P

HOHO...MEMANG NAMPAK SEDAP LEMBUT LAGI MENGGODA KAN? (font besar adalah disengajakan)

other than Marble Cake tadi, saya juga cuba buat tat..cubaan pertama Blueberry Cheese Tart...puas hati walaupun memerlukan daya fokus yang tinggi (utk orang yang ada anak kecik like moi je kut) untuk bentukkan pastri dalam acuan comel...other than that, kalau dah siap pastri sonang yo nak buek eh...bancuh cheese, then tuang dalam pastry, letak blueberry filling and walla! resepi ni memang dah lama nak try buat, dah lama sangat simpan kt bookmark dlm pc mi amor kat aberdeen nun....my sis puas hati dapat makan tat ni, sebab dia suka and dia cakap kat asrama dia jual mahal weyh...sampai berkira-kira fikir byk kali nak beli ke tidak..eheh =)

resepi tat ni dapat dari rinnchan.fotopages ye....byk resepi yang best and simple kat situ...disebabkan saya juga adalah malas nak salin tampat resepi sila lah berkunjung ke sana ya...hehe....

p/s: dapur biskut raya dah tutup, now dalam mode cari resepi kek yang best-best untuk raya pula (^_^)