Wednesday 14 July 2010

what's cookin - Baked Oreo Cheesecake

fuh. dah lama tak update entry what's cookin kan? berhabuk dah dapur i..hehe..sibuk la, lagipun i duduk seminggu Bangi and seminggu Seremban alternately so yang boleh online kat Bangi je..tu pun kalau sempat bila Mya tak bangun lagi after masak lunch and settlekan laundry....gitu la kan suri rumah sepenuh masa mithali cam i nih..kuikuikui...

actually Oreo Cheesecake ni memang jadi favourite gorgon-gorgon cousin ku masa raya....memang berulang diorang makan...so bila ada peluang nak buat masa ada ramai orang kat rumah mak last 2 weeks (iya,this is another basi entry =P) i pun buat la...lepas gian dah lama tak buat kan...sonang yo nak buek...gaul gaul campur campur dah siap....but sadly dulu masa print resepi ni lupa nak tulis source dia dari blog or site mana, so tak taula mana asal resepi ni...lagipun i dah modify sikit-sikit resepi ni ikut senang nak sukat and beli sekali harung bahan and tak payah simpan-simpan leftover cheese ke oreos ke kan...gitu....

as for the sour cream, kalau tak jumpa boleh ganti dengan heavy cream as noted below....but i do strongly suggest guna je la sour cream kalau boleh...rasanya kalau plain yogurt pun boleh kut...kan? haha so siapa-siapa yang try guna yogurt tu halo-halo la ye kita share results dia cam ne....

Baked Oreo Cheesecake
Source: from online, forgot which site it came from, to the recipe owner, thanks for sharing =)

Lapisan biskut:
2 bungkus Oreo, buang krim dan hancurkan
1/4 cawan melted butter

- Gaul serbuk biskut dan butter cair, tekan-tekan kan dalam springform pan (for cheesecakes, i used 22cm size springform pan). Cover bottom of the springform pan with aluminium foil and set aside.

Lapisan kek:
4 biji telur
500 gm Philadelphia cream cheese, soften overnight at room temperature
3/4 cawan gula pasir
1 cawan sour cream (or can be replace with 1 cup heavy cream + 1-2 TBSP lemon juice)
2 sudu teh esen vanilla
1-2 bungkus Oreo, patah-patahkan atau simpan a few for garnish

1. Didihkan air panas sementara nak buat lapisan kek.
2. Pukul cream cheese perlahan, dont overmix. Masukkan gula dan pukul sampai kembang.
3. Masukkan telur satu per satu sehingga sebati.
4. Masukkan sour cream, vanilla dan biskut Oreo, kacau sebati.
5. Tuang adunan kek ke atas base biskut tadi. Hiaskan kepingan Oreo di atas kek.
6. Letak loyang atas dulang pembakar, tuang air panas tadi ke dalam dulang pembakar (bakar secara water bath).Bakar 45-55 minit atau sehingga kek masak (middle of the cake will slightly jiggle when shaken)

HAPPY BAKING!

2 comments:

thesweetlittlecat said...

nk buat lah.. shodap! :)

mamamya said...

sila sila...teeheehee... =D