ya ampunnn..!!! adalah sangat lama tidak menghapdet belog ini kan?
nak kata sibuk sangat tu, idok le..tapi... ate teman ni bukannya ada rumah sendiri kan...jadinye menumpang kasih je la kat rumah mak bapak...which means susah nak dapat connection ke dunia maya ni...rindu beb nak update belog comel ni....rindu jugak nak share episod what's cookin...huhu..aktiviti memasak sangatla banyak...operasi membuat biskut raya, cubaan resepi baru dan membuat kek..tapi gambarnya tak amik pun hahahampeh
eh lupa lak...pembuka kata adalah sangat tidak relevan dengan tajuk di atas =P
ye, hari ini adalah birthday saya...30 Ogos...dulu masa kecik2 selalu tanya kat mak, kenapa mak tak tahan sampai 31, kalau tak cam best sket sama tarikh dengan independence day..haha sukati ko je ingat boleh tahan2 ke, kata emak saya kepada saya..
frankly speaking, saya adalah seorang yang boleh dikatakan tidak berapa nak appreciate tarikh lahir, apatah lagi birthday sendiri....kepada kawan-kawan, jangan la terkecil hati kalau ada yang saya tak wish birthday, bukan apa...memang sumpah tak ingat...hehe...justeru itew (didi said i was that kind of gedik person yang sesuai guna perkataan itew, call me freak but that thing kinda made my day =D) saya sangat mengagumi orang yang sangat organize tentang hari penting kawan-kawannya, siap catit dalam official organizer tarikh-tarikh berkenaan dan lebih bagus lagi, bersusah payah mengcontact kawan-kawan se-Geng!, kadang2 kutip duit untuk belikan hadiah dan mengaturkan majlis kecilan untuk celebrate, contoh orang seperti penerangan di atas adalah Yanti...haha...yes babe, aku tidak ada 'kekuatan' itew(penggunaan kali kedua) nak nak bab mengcontact rakan se-Geng! mencabar okey! silap-silap orang cop kita ni yang syok sendiri...tak gitew? (haha ada imbuhan pulak)
ehem ehem...tersasar sekali lagi nampaknya....saya memang tak ingat hari ni birthday saya...sampai la hubby call petang semalam, then malam tadi again he wished me happy birthday....bangun tidur lupa balik sampai la bukak fb tengok wish berderet (thanks to our technologies nowadays)
and because of that, i have to kick my ass off untuk ingatkan diri sendiri supaya tidak miss untuk wish dan prepare hadiah besday untuk sang suami...contoh, set reminder dalam phone berkali-kali dan at least beli kad in extra anvance...memang sangat takut terlupa!
bagi saya, hari lahir hanyalah hari biasa, yang luar biasanya cuma ia menandakan kita dah bertambah usia...hadiah tak penting sangat, tapi kalau ada tu i ok jekk..hehe...memadai hadiah sederhana ikut kemampuan tanpa perlu membazir...belanja makan luar tempat special sikit je pun dah ok...akan tetapi...apabila dah namanya drama diva domestic goddess dan sebagainya seperti saya, soalan hubby 'mama nak hadiah ape' tu memang la sangat di tunggu-tunggu hahaha...but as i said, tak nak pun yang mahal melampau walaupun setahun sekali sebab bila ada duit nak beli tak yah tunggu birthday pun insya Allah kalau mintak boleh dapat kan, tapi effort tanya nak apa tu yang lebih penting..tak gitew? (penambahan imbuhan..again.)
dan ya, bila dah tanya tu haruslah list hadiah idaman akan terproduce dengan sendirinya....list ok, bukan satu barang je haha memang diva! tapi takde la sampai menyusahkan...simple simple aje macam nak skincare and make up yg best sikit..tu je..
yang paling penting, seperti biasa pada tarikh hari ni setiap tahun saya akan berdoa, bersyukur diberikan kesihatan yang baik, suami dan keluarga yang cukup sempurna bagi saya dan memohon supaya Tuhan memurahkan rezeki...tak lupa mintak dijauhkan dari menjadi orang yang lupa diri (paling takut)
kepada kawan-kawan, thanks for your wishes okey...azam sempena hari jadi, akan berusaha lebih keras untuk mengemaskini blog dengan entry-entry yang semestinya akan melelehkan air liur. LOL =D
3 comments:
Yes, as I said, kau, pinat dan yantie (kadang2) yg sesuai guna itew, gitew, dan imbuhan -ew yang selainnya :)
Happy birthday.
Sayang ko!!
Weh, ape lak aku terjebak dalam picture nie. I tak diva langsung ok.
I mcm sopan, santun, pastu ayu, pastu mcm perempuan melayu terakhir je.
Gelak pon tutup mulut.
Pakai pon baju longgar tertib.
Cakap pon mcm halus mulus suara.
Makan pon kunyah lebih 50 kali supaya lama skit dalam mulut agar telan tak tercekiki.
Hishh... ko kata aku diva. Isk isk isk. Assalamualaikum sahabat-sahabat ku. Jumpa lagi di lain entry.
:)
didi: thanks dids! (err...bukan yg title diva but for the bday wish...wpun aku take that title as a compliment haha)
mursapap: muahahaha....senarai itew mmg totally voce versa dgn keadaan diriku ini...well, except kalau dpn mil!haha...paling susah nk kawal lontaran suara semasa ketawa =P
Post a Comment