Monday 27 September 2010

perjalanan yang panjang

rambut sudah menjadi straw. badan (me and mya juga) sudah mula bercalar balar akibat digaru. bibir menggatal terasa tebal. kulit ku juga sudah terasa kusam dan kasar. dan yang paling nyata kemalasan untuk masuk ke tandas amatlah dirasakan sebab...sejokkk!

sigh. dah jadi camni baru la teringat dah berada di negara sejuk beku nih.

kadang-kadang terasa macam mimpi je dah balik semula ke aberdeen. benda-benda di atas lah yang membuatkan diri tersedar 'hey sudah la tu...dekat 3 bulan dapat balik msia tahu tak?'

almost 3 months eh....? *sigh lagi...

tapi..banyak benda yang tak dapat buat, contoh: makan nandos, lepak sushi lunch time hari jumaat with da girls (plus max.. oops!), masak kek resepi baru lagi dan lagi, buat homemade steamboat semasa kepulangan ipar duai di seremban, makan basil bangsar village (yg ni dah terbayar sebab dpt pi chakri hehe)...eh kejap, nampak sangat motif utama balik cuti nak makan kan? =P

emmm...takpela kan...at least apa yang saya wish nak buat dah tercapai especially advanced birthday party for mya hehe..dan juga dapat overnite rumah adam dan membuat sesi gossip gurls bersama MIL and kakak ipar ku yg vogue (sesi bermula selepas sahur membawak ke pukul 8 pagi tersedar pun sbb MIL tetibe teringat tak solat subuh lagik!)...dan buat marathon biskut raya...dan makan gulai lomak byk2...eh lupa pulak, paling penting settlekan urusan cuti ku yang perlu disambungkan itu =P

perjalanan pulang adalah tersangat lah panjang; KL-London Stansted-Edinburgh-Aberdeen atau bila di translate ikut definisi modus operandi adalah 14 hours flight-overnite London-1.5 hours flight-2 hours train then barulah sampai rumah...penat wooo...bayangkan si kamal angkut 2 luggage berat 20kgs each plus backpack and me dukung mya sebelah tangan and dragging another small handcarry bag with another hand..lenguh gile!

dan kami adalah tidak dapat tidur sepanjang flight yang 14 jam itew ye sayang sayang semua...huhu...tu yang lagi lembik tuh...mya slept for the first 2 hours (but mama papa cant sleep sebab time diorg served meal) then bila dah time pukul 1-2 pagi dia nak tidur dah tak boleh sebab maybe tak selesa and agak bising..ye la kan, kita yang tua bangka ni pun dah sakit badan and rasa tensen semacam budak kecik apetah lagi...sampai airport Stansted terus check-in hotel sebelah airport tu, Radisson Blu..memang best la terbaekk dari ladang (harus la kan kalau dah rate dekat 90 pounds per nite, korang convert la sendiri) mya lepas mandi terus tertidur pengsan habis...agak terkejut berok la jugak bila sampai tu sebab macam dah tak biasa pulak sejuk-sejuk gitu, 9 C uols...dengan takde jaket apa bagai... (tu la manusia kan? kat msia merungut panas, sampai tempat sejuk, dah sejuk sangat la pulak..)

next morning, berkejar flight ke Edin pulak...ada membe hubby amik kat airport and bawak lepak rumah dia before nak kejar train balik Aberdeen la pulak...thanks to Kak Gie sebab masak best and siap tapaukan lagi bekal utk we all dinner kat rumah malam tu..huhu..lepas makan tu me and hubby masing-masing cam dah kesedapan kenyang and nasib la kat rumah org kalau tak maunye masuk bilik carik bantal...ngantok weh...diorang borak2 pun tengok muka si kamal tu cam sengih tahan ngantok jek hehe...

akhirnya after almost 2 hours on a train journey (mata tiga beranak ni memang dah melekat tak boleh bukak, nasib baik la memang train tu last stop Aberdeen, kalau tak maunya terlajak gi kampung mana ntah wakaka) we all pun selamat sampai rumah around 9.15 pm..mya terus tido sampai pagi, yang mak bapak budak ni pulak makan bekal nasik tadi and terus tidur...

haii...dalam train dah cakap kat hubby 'ape la kita ni duduk jauh bona eh papa...ujong dunio...ponek dah ni 2 hari tak sampai-sampai laie..haih'

dan hari ni kembali memulakan rutin biasa sebagai desperate hwife...maunya tak desperate kalau takde sedara mara mak bapak dengan kawan-kawan untuk bercakap..huhu...

tapi kan...bila tengok dalam fridge penuh dgn baki kerepek and cikedis yang tak habis makan, bakul kain kotor melimpah ruah, singki yang berkerak dan timbunan baju kerja komot tak bergosok rasa sedih pulak...kesian laki aku...hehe...dia pun pagi-pagi cam happy and lepas mandi siap cakap 'mama nak baju! nak shocks! nak perfume!' gelak sorang2 and cakap 'hehe lama la tak cakap cam ni selalu papa capai je socks semalam' adus....sadis betol =P

oleh yang demikian, saya telah berazam utk tidak meninggalkan beliau lama-lama lagi selepas ini dan cuba untuk tidak memboringkan keadaan yang mula gloomy ini..walaupun malam tadi beliau telah mula mensurvey tiket balik kampung untuk tahun depan sambil merungut lambat betul la nak raya balik..muahaha =D

2 comments:

swit@kon said...

awwwww. so sweet!
aku nak berlaki jugak ;(
desperate ke statement itu?

huhuhu. doakan aku babe. doa orang aberdeen, tak kerja, leh semayang lama dan panjang makbul lagi kot. wakakakaka.

tak sobar den tunggu tiket mughah ni hah. nak juga p ujung dunia.

btw, uploaded the pictures during ur take off. be safe. take care. cium Mya!

mamamya said...

iya berlaki lah dikau copek2 yantie oiii....hehe...

beli jgn x beli okeh...umah i nan ado apa2 yg best pun...tp kek london nun mesti hang rabun terus byk sgt nak shopping kehkehkeh..

yeay! nnt aku curik gamba sket eh...mya pun rindu ko jgk...huhu sian dia mati kutu xde org nak layan dia maen =(