Monday 13 September 2010

selamat hari raya!

hello y'all!
selamat hari raya semua kawan kawan ku....ex-skool mate, ex-utmians, ex-ofismate (astro, san francisco pizza, etc), kwn kwn sekerja sekarang, to Geng!, kawan kawan bloggers, sepupu sepapat mak pak sedara, cousin cousin....semualah kan...maaf zahir batin lah ye, mana yang tersalah gurau, terlebih makan, terlupa wish birthday (oops! sori yanti hehe) dan apa apa lagi kesalahan yang saya dah terbuat ye...semoga semua orang gembira, sihat dan selamatlah menyambut raya hendaknya...

as for me, raya macam biasa je....yang penting dapat celebrate dengan suami, mya da diva and families...masa ni lah dpt berkunjung ke rumah auntie-auntie yang memang jarang sangat nak dapat jumpa kalau takde kenduri or majlis family walhal rumah bukannya jauh sangat pun..tu la org zaman sekarang kan? kadang-kadang terfikir jugak sampai bila agaknya rutin beraya ke rumah saudara mara ni dapat dikekalkan? haha tetibe serius pulak fikir masalah sosial negara =P

gambar raya mya and mama adalah banyak...tapi tak dapat nak tumpang transfer lagi dalam pc sape-sape...so, rasanya gambar sepanjang aktiviti raya ni maybe dapat di publish bila balik aberdeen...huhu..sebut je balik sana terus jantungku lemah semacam hehe...we all akan berangkat pulang hari sabtu,25hb ni flight pukul 3 ptg..haha poyo je siap btau waktu flight berangkat muahahaha..so sesape yg nak bagi i bekalan makanan, nak babai babai peluk ciom sebelum keberangkatan kami dan yg sewaktu dgnnya boleh la ye kihkihkihkih....

this saturday rancangnya nak bercuti....so far insya Allah ke pantai timur...tidur satu malam, makan keropok lekor puas-puas, shopping bekalan keropok kering and apa yang patut then balik berehat seminggu before balik aberdeen...haih..sedihnye dah nak kena balik..nanti mesti Mya dan mama akan mati kutu tak tau nak buat apa kat rumah, paling kesian kat Mya la...bila duduk sini memang nampak sangat perkembangan vocab dia makin mantap (ewah!) betul ni tau tak tipu tak caya tanya acik atie...kan yanti kan...nanti la entry pertambahan vocab mya akan dipublish kemudian hehe...sebab ada ramai orang yang layan Mya bercakap jadinya dia dah makin pandai cakap banyak benda..pelat2 tu pun dah kurang..and nampak happy je ada atuk nenek and uncle auntie yang dok melayan dia main...oh, saya tak mahu pulangggg!!

takpe la kan...tempat isteri tu kan disisi suaminya..eceh! =P

lagipun tak sanggup rasanya biar mi amor dok sesorang...kurus kering jadinye sampaikan balik kampung orang tak perasan pun dia ada haha...punyala tanya i mana suami ko lin? la hai dok kat belakang acik je ke mati2 aku ingat ko ni tadi anak aku muahahaha....iya, dia sangat kerempeng due to menu dan jadual pemakanan yang kelam kelibut masa puasa sesorang hari tu...takpe, sekarang ni kitorang dalam misi melempiaskan nafsu makan..siap ada list okeh mana tempat makan yang wajib pergi..top ten lagi hahaha...harusdan wajin ditunaikan tu kalau tidak sampai sana memang tak dapat tido malam menyesali nasib kenapa la hari tu balik tak peri sana tak makan situ hehe...

ok la ye, hari ni mak ajak sedara mara datang ke rumah..sementara anak dia yang nak balik jauh ni ada jat rumah kan..ad hoc je semalam fikir-fikir bincang-bincang terus decide nak buat petang ni...for close families yang dah ada kat kl je la kan...eh, korang sape-sape yang ada kat bangi or putrajaya tu boleh la dtg ye..petang2 sket dalam kul 4-5 gitu...nak dtg calling2 ok...menu takde la hebat mana simple je ye...hehe...ok nak tunggu org yang pergi pasar balik bawak lauk untuk mulakan operasi hehe..tata~ and hati hati di jalan raya =)

1 comment:

swit@kon said...

dah dimaafin ok. hahaha. yang penting ada present dari Mya cukuplah. hahahaha. anyways, sorry tak dapat ke rumah kau hari ni. masih di Melaka ya. Malam baru pulang.

Akan jumpa Mya later before kau Aberdeen. Dan InsyaAllah, akan ngantarin ke KLIA nanti k.

Telah rindu Mya. uhuks. Shayang...Mya.