rasanya tu lah tajuk entri yang sesuai kut?
lupa diri bila jumpa makanan, lupa diri bile berjumpa adik beradik mak makcik mak mertua kakak ipar sume lah...lupa diri nak update blog...
mentang2 la dah selamat sampai, lupa terus nak story mory pasal journey balik hari tuh hehe..
perjalanan balik tok sah la kita ingat lagi, aberdeen-london luton naik flight, ok je time tu buka puasa dalam flight, check-in hotel dalm kul 10.30malam baru la dapat jamah nasi anak beranak duduk makan berebut bekalan - nasi putih, ayam goreng, dengan sambal ikan bilis kering..fuh gile syok lapar2 buka puasa dapat makan atas lantai =P
esoknya; london luton - london stansted; perjalanan 1 jam naik bas yang paling nightmare; mya mabuk sampai lembik2 termuntah 4-5 kali...mama and papa memang cam biasala dua2 kaki mabuk naik la kenderaan apa pun hehe...mya la kesian, tak pernah2 tengok dia mabuk sampai macam tu....mya terkeluar ikut atas, yg mama pulak mabuk yang amat perut memulas nak terkeluar ikut bawah...serius y'all....sakit giler, turun bas kaki ni rasa lembik2 nak berkejar pergi toilet...bak kata papa,'tahan sikit eh mama, papa tau mabuk ni sakit cmne, ibarat hidup dah tak bermakna...'
haha kelakar pun ada...
perjalanan 13jam dalam flight alhamdulillah smooth aje....lagi rela duduk dalam flight berbelas jam dari naik bas lagi, takdo do den nak carik pasal lagi do lepas ni gatal naik bas..trauma!
touch down aje gembira toksah cakap la kan....turun tangga kapal terbang tengah panas terik around 2pm cam tu...nasib ko lah mya rasakan kepanasan sebenar...terus mendiva tutup2 mata geleng2 kepala, 'auww...arghh...my eyes mama my eyesss....sunglasses please...sunglassess.....'
haih. see? diva kan? mama borek, anak rintik. sebab dalam hati mama pun dah tak tahan badan melekit berlengas kerimasan yang amat sebab tak mandi =P
lepas tu nak membetulkan pulak jadual tidur mya (dan kami2 sekali)....tido malam pukul 3-4 pagi, bangun tidur pukul 3-4 petang...haiyoh...kadang2 mya dah tido tapi mama papa pulak yang tak dapat tido, dok berborak2 update gossip2 terkini sampai ke subuh....
lagi 2 hari nak raya baru la sedar akan kesembapan muka sendiri yang kronik baru hegeh2,'eh papa agak2 kalau mama makan innershine ni sempat tak nak cantik time raya?'
memang tak la kan...terlambat sudah.....
malam raya lagi best, saya dengan jayanya terbangun pukul 2.30 pagi then penat bergolek sampai pukul 4 pagi tak boleh lelap terus bangun pegi dapur kupas bawang....by the time pukul 5 petang mata ni rasanya mata beruang panda lagi cantik kut...
sekarang ni memang letih, letih berulang alik Bangi-Seremban back and forth dengan beg luggage ke sana sinun termasuklah barang baking saya ye...haha...macam la aktif baking sangat, penat wooo....
lepas ni sibuk untuk preparation wedding my adik ipar pulak, sexcited ni sebab the groom is from Kedah...wow! rasanya northern part ni pernah jejak Langkawi dengan Penang je....jadinya jadual aktiviti pulang ke tanahair kali ni as usual memang padat...kepada kawan2 yang wish birthday kat fesbuk, yg jenguk2 blog tak seberapa ni, dan yg rindu kat chek tunggu chek ajak lepak2 minum2 kalau ada tu mintak maap banyak2 lah ye....memang tak sempat nak bertenet lama2 dengan line yg cam siput ditambah aktiviti yang penuh...
wish list makanan harus-bedal pun tak langsai habis lagi ni uols....adeh...
surprise tiup2 lilin for moi by my beloved in laws family, huhu akak terharu gilos nokkss....sob sob....satu sebab ada orang ingat nak bagi blow2 candle, second sebab dah gemuks....dah la baru bantai tiramisu dgn red velvet cupcakes ni dah di boli eh mashmallow cheesecake wuuwuuwuuu T_T
later2 i letak update bergambar ye; raya 2011, aktiviti gathering keluarga, cousin's engagement etc etc...
till then, tata! (^_^)
1 comment:
Best best!! Entry raya yang merangkumi kepenatan dan keseronokan. Baca entry pon rasa mcm laju semacam je.
Hahahah
Post a Comment