Friday 19 August 2011

setahun sekali

pheww!

kemas rumah ni macam tak habis2 je kan?

malam ni we all fly from Aberdeen ke Luton, tido satu malam then esok naik bas pegi Stanstead pulak...seriously, 2-3 hari ni tak lena tidur, dok fikir apa je lagi barang yang tak bawak huhu...hand luggage punya la banyak tau2 je la travel dengan budak kecik ni kan...bantal, selimut, biskut, crisps, story books, crayon, magazines, nappies, wipes,,,ya rabbiii...memang banyak lah!

rasanya lepas ada anak ni dah tak kisah nak bawak handbag pun especially bila travel, tak payah la sibuk beraksesori beg cantik2, dukung aje si Mya tu nah! travel in style la ko kat airport tuh! =P

paling tak sabar - serbu kedai baking mulakan projek biskut raya, hurrah! =D

kepada kawan2 di tanahair, sila hargai peluang dapat beraya bersama keluarga masing2...dah duduk merantau ni baru lah rasa nikmatnya dapat beraya dengan family..honestly, dulu2 bila dah besar raya tu macam biasa je...lepas tengahari masing2 dah melepak je...time budak2 tu ye la pegi merayau raya rumah jiran2 kumpul duit raya kan...tapi sekarang bila dah duduk jauh baru la nak appreciate bestnye dapat balik kampung huhu

dan juga baru nak appreciate kuih2 tradisional yang wajib makan time bulan puasa

yang tak pernah terbayang dok buat pun tiba2 je jadi pandai buat hehe...so far dah buat seri muka, sagu gula melaka, kuih lopes, onde2,puteri mandi and bubur pulut hitam...teringin sangat kuih kole kacang dengan tepung gomak tapi tepung kacang nan ado lah pulak...


yang jauh di perantauan, jangan sedih2 ok...insya Allah ada rezeki tahun depan uols pulak dapat balik berjumpa sanak saudara...

doakan perjalanan kami selamat dan dipermudahkan semua ya....amin...

=)

1 comment:

Gie-mysweetredroses said...

As Salam..

Wahh sronoknya dia nak balik..hua.huaa nangis akak kat sini..takpe2 thn dpn time akak raya di Msia..yeayy.

Have a safe journey....jaga diri elok2 n selamat mengemuksss kan badan di Msia nanti..hi.hi.

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN.