kek ni buat untuk majlis farewell kak yatie last week, venue paling best mana lagi kalau bukan rumah kak suni kan? hehe...best wooo budak2 main berlarian, lari lah kau puas2 budak, kang balik rumah kawasan nak berlarian sekangkang kera jek hihi...
anyway, nanti kalau rajin buat entry lain la pasal bbq tu...mmg niat di hati dah lama nak buat blackforest cake ni, bukan teringin sangat pun saje je nak buat, craving membaking blackforest...kita tak berapa nak makan sangat cherries ni, sebab kalau makan mesti sakit tekak...kadang2 tu ada yang masam kelat semacam rasa macam ubat batuk pun ada...tp kalau dapat yang manis, wallah! siap la kau bangun pagi esok anak tekak dah melekat...huhu...
nak buat senang je sebenarnya, just plan ahead and sediakan bahan a day before...nanti senang tinggal nak whip cream dengan assemble the cake aje...the cake consists 4 main parts:
1. Chocolate Sponge Cake - yang ni boleh guna mana2 resepi kek span coklat kegemaran atau nak senang guna je pre-mix ;)
2. Cherry Filling - i used canned red cherries filling, yang ni rasanya most kedai baking supply ada jual filling dah siap...kalau ada bajet boleh je buat filling sendiri guna fresh cherries almaklumlah harga ceri kat msia nun mahal yang hazab.
3. Cherry Sugar Syrup - yang ni just basic air gula je, kita campur sikit jus dari filling cherries tadi, bukan jus pun more to konsistensi cherries sauce sebenarnya sebab pekat, yang ni untuk kita renjis pada kek.
4. Whipped Cream - secukupnya ye, kalau nak deko over2 cream kena lebih nanti tak cukup pulak korang nak paip bunga comel2 atas kek. kali ni kita try buat stabilised whip cream..tp tengok cam tak berkesan je letak gelatin, silap teknik letewww...hihi
and for garnishing; a few cherries, and grated dark chocolate/chocolate rice.
jom kita tengok gambo, terlebih rajin ni snap sambil main cream ;P
fillinng buah ceri yang kita guna, jenama Hartleys...filling ni dah siap masak tapi kita panaskan atas api and tambah gula sket, sebab rasa dia piau cam ubat batuk kuikuikui...
ulang proses melapis; cherry syrup-whipped cream-cherry filling-whipped cream-cake... sampai habis ye...
my petite assistant; doing a very good job cleaning up the bowl and the whole utensils ;)
see? very the efficient kan? and its all about Chelsea's champion story for the background...player tengah nak balik masa ni and asyik update setiap pergerakan kut, dah kuar hotel, on the way naik bas, nak naik private jet, pukul berapa nak berarak bawak piala...blaa..blaa.. blah! ;P
as i mentioned in previous entry, disaster masa nak bakar kek sbb oven berasap (clumsy me, dont blame it on the oven yah) so kek span ni dah jadi kek span kukus...tapi masya Allah...bila menjadi tu, rasa happy sangat2 alhamdulillah kek span gue tak jadi kek apam ;P
tapi kan, on the way dalam kereta itu kek ada sikit senget juga..wakakaka...masalah tersebut dikesan berpunca dari ketamakan si pembuat kek meletak filling ceri beliau, tengok la dok tepek filling tebal mana kan, mana la tak senget benget dibuatnya hihihi..next time maybe kena moderate sket letak filling tu ye mama mya, bukan apa kita malas la nak simpan2 baki filling tu nanti buat semak fridge je kan =P
leaning tower of blackforest
nak potong pun agak mencabar, sebab asyik terkena gumpalan cherry...emmmm...
fancy a slice? oh sila sila...kita rasa sesudu je kut tu pun kecek pinggan sapa entah...dok sibuk potong2 untuk orang sedar2 dah habis hihi...
nak resepi? malas la nak taip2...kita bagi link aje ok...kredit kpd tuan punye resepi for their inspiration and for sharing with us =)
Resepi Kek Span Coklat, myresepi.com (very very forgiving recipe this one, you better keep it..i use it as a base for many recipes required for chocolate sponge as a base; choc indulgence, choc banana, etc..)
Cherry Filling and Stabilised Whipped Cream from bisousatoi (i dont use her filling recipe though)
apa lagi pi kedai baking beli cherry filling dgn tepung premix esok! =D
p/s: mood sedih sebab tak dapat tengok my best friend's wedding! Yanti, maafkan daku disini T___T
No comments:
Post a Comment