Thursday, 7 June 2012

what's cookin - Ayam Kaprau


eh eh, rajin pulak mak budak ni masuk entry masak memasak ek....minggu ni efektif mencuba resepi baru bergurukan pakcik google dan juga sifu-sifu blogger masakan handalan seantero malaya...kali ni resepi datang dari dapur kak jee, masakan ringkas dan yang penting sodap!

resepi asal kak jee guna daging, dan ramai yang dah mencuba menggunakan ayam selain dari daging...the star ingredient is basil leaves, and tak dilupa cili api...the more the merrier gitu...

AYAM KAPRAU
Source: dapur kak jee

250 gm isi ayam, potong kecil
2 sudu besar pes tomyam (kita guna 1 kiub tomyam bancuh sket dgn 2 sudu besar air panas)
cili padi diketuk, ikut kepedasan diingini
bawang besar, dibelah lapan
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos cili
segenggam daun selasih, dicarik (basil leaves)

1. Perap isi ayam dengan pes tomyam selama 1/2 jam. Ketepikan
2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sekejap, kemudian masukkan cili padi diketuk. 
3. Gaul dan masukkan isi ayam tadi, gaul sampai ayam masak dan kecut. Masukkan kicap manis dan sos cili, masuk sikit air kalau nak, gaul sebati. Tutup api dan masukkan daun selasih. Hidangkan panas.


tima kasih daun keladi kak jee, ada resepi nanti share lagi ye...memang sodap2 lauk pauk menu harian kak jee ni, mmg menjadi pojaan hati ku lah! gulai tempoyak udang, sambal tempoyak petai, sambal belacan, perghhh....sedapnya la hai patin tempoyak asam pedas bangi *telan air liur*  huhu -_-'





2 comments:

DeLancrettLurpak said...

terima kasih nox. Aku suka resepi ini, senang nak buat. tapi persoalaanya, ko mmg suka stock chicken breast eh? Hemm, aku selalu beli sekor ayam, agak2 kalau pakai ayam bertulang, sodap tak? Ke belasah jek la labuuuu

suhana azlin said...

sodap kan kan? letak cili api bebanyak perghhh...

kita pun selalu beli ayam sekor je, breast cam mahal kan? aku prefer lg yg bukan breast, means amik isi2 yg kt tulang tu, lagi juicy dr breast (perlu kah ulang breast byk kali? haha)

kalau bertulang tu kena kecik2 la kut, takut x masak lak nanti kan..