Wednesday, 6 June 2012

what's cookin - Talam Roti Paun


pertama kali buat talam dalam seumur hidup ni, pernah la buat Seri Muka tapi pakai microwave so tak kira talam yang proper la kan? kena berterima kasih pada my dear friend Yan yang tinggalkan pengukus antik dia kat kita masa dia balik msia early this year, antik wooo. pengukus tu..yang macam orang dulu2 mak2 kita pakai tu, i like!


lapisan bawah is roti and santan; panda flavoured custard; and custard for top layer

satu bekas ni untuk Thirah yang kebetulan mintak buatkan rvc, kita tumpang seronok kawan je family serombongan datang and nak bercuti melawat the other family members pulak kat Germany...huarghhh..seronoknyaaa....so dapat bagi talam je la, nak ajak datang rumah dah tak sompek..

the verdict; 2 thumbs up from Mya and papa! hurrah! walaupaun dekat setengah hari habiskan masa main santan kukus layer by layer ni berbaloi weyh...idokla susah mana nak membuatnya tapi dgn dapur berkecah bekas cream cheese and masak pasta for mya's lunch agak leceh la jugak...bersambung2 pulak dari mya belum pergi sekolah sampai la dah nak pergi amik dia baru siap...balik2 je si kenit dok tanya 'mana mama? mana? mana? dessert yg mya help mama stir tadi..mana?'

fuhhh, nasib baik dah siap...and sedap..kalau tidak drama sebabak la budak kenit yg kelaparan balik sekolah kempunan talam ..

nak buat tak susah pun, once faham resepi and the steps then tau la next step nak kena buat apa...since i use canned coconut milk, kita pakai about 1 1/2 can of coconut milk...and sukatan santan pekat tu kita lebihkan sikit dan kurangkan air sebab santan tin kita tak menepati 'santan pekat' macam kalau kita mintak kat pasar tu...

serius ni tau, very highly recommended! just imagine hubby yg jenis tak suka kuih manis macam kuih lapis or koci  pun makan berketul-ketul, siap ulang makan lagi sampai ke esoknya, so apa lagi marilah kita menalamkan diri! ;P


TALAM ROTI PAUN
Resepi asal: Chef Asma

Lapisan Bawah
  • 13 keping roti putih Gardenia- di carik2
  • 2 biji telur
  • 50 gm raisin - kita tak letak
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/2 sk garam
  • 150 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • 1/4 sk vanilla essence

Cara-caranya
  1. Satukan semua bahan-bahan dan rendamkan roti selama 30 minit (sehingga lembut)
  2. Masukkan dalam loyang 10x10x2"(Sapu minyak dulu sekeliling loyang dan alas plastik)
  3. Kukus selama 25 minit.
  4. Apabila masak angkat dan cakar dengan garfu.
  5. (Jika terdapat sedikit air di permukaannya, sendengkan loyang dan buangkan air guna sudu atau kertas tisu, pastu baru cakar2kan sedikit dan tuangkan adunan lapisan tengah)
Lapisan tengah
  • 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/2 sk garam
  • 2 biji telur
  • 100 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • sedikit pewarna hijau
  • sedikit perisa pandan

Cara-cara
  1. Satukan semua bahan2, kacau rata dan tapis ke dalam periuk.
  2. Masak hingga naik wap, guna api sederhana je. Masa ni sentiasa kacau guna whisk je...jngn terlalu pekat atau terlalu cair, adunan seolah2 susu pekat je.
  3. Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 25 minit ( Apabila masak, cakar dengan garfu)

Lapisan atas
  • 1/2 cwn tepung kastard
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/4 sk garam
  • 1/8 sk vanilla essence
  • 3 biji telur - kita guna 2 biji je
  • 100 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • sedikit pewarna kuning/oren - kita tak letak sebab kastad dah kuning

Cara-caranya
  1. Ikut seperti lapisan tengah. Satukan semua bahan2 dan tapiskan.
  2. Masak jangan terlalu pekat & jangan terlalu cair. Guna api sederhana dan sentiasa di kacau supaya tak berketul2.
  3. Tuang adunan ke atas lapisan tengah dan kukus selama 25 minit.
  4. Sentiasa lap tutup pengukus. Saya lap setiap 5 minit, permukaan kuih kelihatan rata dan licin.
  5. Setelah masak, angkat dan sejukkan. Bila dah sejuk bolehlah di potong guna pisau plastik.


Terima kasih kepada Chef Asma di atas resepi yg mahvellous ni! tak sia2 eden terconvert menalam, selalu tu baking aje....bila tengok dapat sambutan hebat dari mi amor and mya lagi la gumbira rasanya hati, tak sia2 berpeluh ngadap pengukus tau! ;P




2 comments:

didi said...

Hahaha. Kau ada buat typo. Panda flavoured custard. Kesian pandaaa...Aku membayangkan kung fu panda tu.

:p

suhana azlin said...

haha, kelam kabut kalau nak update blog kau tau? ni pun entah baper hari terperap dlm draf, nak story pasal mya pun dok tangguh2...

yuck, panda flavoured custard =P