jadi ke London lah saya semalam, pergi sorang je balik hari, flight ke London 6.20am, malam tu pulak tak dapat tido sebab dah elok sedap tidur mya kacau suruh betulkan bantal dia...geesshhh..kita ni pantang betul kalau dah tertidur ada org kejut sure dah tak boleh tidur balik...golek2 dekat pukul 2 baru tertidur then 3.30am dah bangun mandi bersiap2 and berlari ke bus station belakang rumah.
sampai airport kepala adalah ting tong sebab tak cukup tidur, layan Costa tapi makin pening ada la haha..elok lah tu kan dah la kita ni kaki mabuk kenderaan, be it air-sick, land-sick, sea-sick semua ku sapu bersih ;P
flight pulak delay sejam, sampai Heathrow dah pukul 9.30am, tapi ada hikmahnya jugak sebab dah start off-peak hour ticket yang boleh dapat murah dekat half price kalau beli yang peak hour ticket for the
undergorund.
fyi, utk naik tube dari Heathrow nak ke city centre tu dah kira dari Zon 6 nak ke Zon 1, sebab kita nak yang unlimited one-day travelcard, the peak-hour rates will be around £15, but after 9.30am dah boleh dapat off-peak rates dalam £8.50 aje..murah tuuu....
London as usual la kan, dusty, a bit smelly at certain corners dannn...PANAS!
iye, sangat over baru 22C dah komen panas...duduk dalam tube lama sket dah nak claustrophobic tak boleh bernapas bagai...tunggu la ko balik msia esok ;P
location embassy sangat strategik, tepi Hyde Park and tengah-tengah antara Harrods and Buckingham Palace. elok sangat la tuh, teman memang target nak beli beg souvenir kat Harrods. weee!
rindu kampung halaman menebal bila ternampak bendera Malaysia =)
sampai ofis tu hantar borang, snap gambar sume sejam dah settle...boleh jalan2 kejap then kul 3.30 ptg boleh datang balik pick up passport baru. this is my first time here so i don't really know what to expect. lets just say malaysian will be malaysian, no matter where they are ;)
well then, let's the real journey begins hihi.
target nak beli shopping bag Harrods kan? so terus terjah ke destinasi tujuan.
Harrods, dulu sampai tak sempat cuci mata puas2 sebab sibuk dengan mya kecik lagi suka merengek.
when i say 'cuci mata' bukan lah bermaksud dok berangan pergi tengok LV ke Gucci ke ye puan puan, tak kosser and belum heran lagi buat masa ni nak menengok tu sume, kita suka cuci mata and ambik bau pergi food hall je, awesome!! =D
uwaaa....meleleh-leleh ayaq lioq menengok! Laduree je tak sempat nak cari sebab tau2 je la dalam tu belit2 sket, and Laduree tu cam agak ceruk..well takpe la bukan suka pun dengan macaroon and bukan nak beli pun...red velvet cupcake yang saiz mini je dah £2.50, tak tergamak nak beli buat sendiri lagi best.
dalam food hall ni memang ramai and penuh dengan tourists, so kita nak menjakunkan diri snap gambar pun takde la awkward sangat sebab semua orang cam tu heh heh...sape la gile beli groceries kat sini, limau nipis sebijik £1.50, buah naga £17.00, tak sanggup!
tapi masa ni kurasa agak terhina la sket, sebab kita kan bawak backpack je senang nak berlari naik turun tangga kan, so dalam ni mana boleh sandang beg, kena bawak beg jimbit je cam handbag tu...memang dah tau dah tapi i kan terlupa gitu..so masa dok seret beg tu ada la tali beg terseret jugak atas lantai, tetiba terasa cam ada orang terpijak tali beg kita, alamak pompuan hot kaki panjang, staff Harrods le pulok, muka sombong gile jeling je and lepas tu terdengar suara snobbish, 'please don't let it on the floor' ...ek ele, tarik bulu mata fake ko tu kang baru tau..geram mak, haha...mentang2 la kita ni dressed up sempoi muka takde duit tapi duit plastik i ada jugak tau?? haha...sedih jap terus teringat lagu aku semut merah LOL.
eh terleka tengok makanan and layan sendu kena marah sedar sedar eh alamak dah sejam ni beg tak boli laie...aiyoh *slaps forehead*
ingat nak beli shopping bag yg ala klasik warna hitam or hijau tu je, sekali tengok wey apesal cam banyak yang comel2 ni? patiserrie design full set ada apron, tea cosy, tea towel, oven gloves...comelnyeee...tsk.
i really couldn't decide you know, memang nak beli satu dah la kan banyak2 buat ape entah2 tak pakai pun. beg yang camni purpose yang ada possible akan guna bila nak letak telekung or barang spare mya bila pergi jalan2 je...eh jap, nak letak telekung pun i rasa cam over je...nanti orang cakap nampak nau nak menunjuk...haih.
until i saw this one. aha! baru lah betul....at least i get wider options on how to wear and use this bag, baru lah berbaloi. nak pakai pergi shopping pun takde la rasa cam comel2 gurly2 sangat.
lepas nak dekat pecah tumit melilau tengok beg (shopping bag je pun..ladies eh) merayau masuk toy kingdom...at this moment lagi la terasa mya takde, uwaa...tak bestnye excited sorang sorang tengok mainan, sengih and jakun pun sesorang je. very the loser ku rasakan.
doll houses, yang ni kira range 'biasa biasa' tau..harga around £200 each...feel like i want to hide my shopping bag content -_-'
the mother of all doll house, Enchanted Forest...oh i want i want i want...!!
keluar Harrods tu ingat nak kembali ke objektif ke dua iaitu pergi Victoria & Albert Museum, dekat je jalan terus on the same road...tapi badan dah tersangat letih, kaki dah lembik and lapar...oh ye saya memang tak puasa hihi..elok tengah jalan2 ada orang hand out flyer McD so dapat la beli Fillet o'Fish dengan fries for £1.99 haha...dasar cheapskate! ;P apa je yg boleh makan pun kannnn....
serius dah tak larat masa ni, nampak makanan sedap je baru semangat nak amik gamba.
giant macaroon, rindu kat mya. sangat. kalau mya ada sure dia suka dapat macaroon giant.
Kate Middleton's favourite high street brand.
dah beli burger tu cari port la nak makan kat Hyde Park, dah kata tak puasa dalam hati tu malu la jugak kut terserempak dengan orang Melayu ke pak arab ke kan...so melilau la jugak mato ni intai2 hihi ;P
si tupai yang peramah
nice weather indeed
wangiiiiii sangat masuk Rose Garden ni, bunga ros berwarna warni...kita yang tak berapa nak suka dengan roses pun dah jadi gerammm.
trademark wajib London, red phone booth. jangan lah sesekali berani masuk dalam ni weyh...lalu tepi je dah boleh tercium bau harummm..aummm...;P
masuk Hyde Park pun tepi2 je...time ni dah dekat pukul 3 nak kutip passport dah...lepas settle semua urusan terus naik tube ke airport, sambil berjalan pun nak tertidur hoho sangat mengantuk! tapi sempat stop kejap tapau KFC utk mi amor buka puasa...very the kesian kan? aberdeen mana la nak dapat KFC Halal uolss...
sampai airport 2 jam awal, perut cam dah masuk angin (heh kalah orang puasa ;P) and kepala sangat sakit rasa nak muntah..mana taknye malam tadi dapat tido sejam je kan..so bila jumpa mango perah limau dengan miso soup ni sangat heaven...ooh laa laa....sukati je seluk beg keluarkan olive focaccia cicah sup.
begitulah kisah one day trip saya, rasa boleh jugak kita tukar tajuk 'lawatan cik lin ke harrod london'. takde citer lain kan citer pasal tu je haha...dah tu je yang den sompek poie...and berjalan berseorangan sangat bosan, asyik teringat je mya and papa...takpe yang penting objektif tercapai, alhamdulillah...dah boleh update tiket balik kampung =)
No comments:
Post a Comment