Tuesday, 21 August 2012

Salam 2 Syawal

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua! maaf zahir batin kepada semua  kawan-kawan and reader (ada ke) mana tau kut ada yang  awan terpilu sepanjang baca blog ni kan...

amacam raya? seronok la kan dapat balik kampung, jalan-jalan, makan dan makan dan makan...ada juga yang dikesempatan hari raya ni pergi bercuti dengan family, contoh macam mi mami, orang sibuk pergi open house mi mami cuti2 pergi port dicksen bercuti hihi

pertama kali merasa raya di perantauan, kalau boleh nak je cakap biarlah ini yang pertama dan terakhir ekekeke...bila nak dibandingkan dengan raya kat kampung harusla banyak kekurangannya betul tak? tapi ini lah yang dikatakan pengalaman..mahal ni..baru tau macam mana susahnya nak uruskan rumah for the 1st Syawal, seminggu tu dok ulang alik pergi kedai beli barang je...susun and rancang menu, sebab dapurku tersangatlah comel dan multi purpose pulak dapur cum dining cum hall harusla plan betul2 supaya tak kelam kelibut tetamu datang periuk belanga dok bertenggek bersepah atas dapur tu.

as early as a week before dah mengukus kek buah, balut betul2 and simpan dalam fridge. resepi dari ibu mertuaku tersayang..kelas kau nenek zaman sekarang. hari ni call dok tanya2 resepi esok dah sampai dlm inbox fesbuk. dasat dasat. and very the comel sebab bayangkan nek mun taip resepi pakai ipad ;)

then 2 hari sebelum start memblend bebawangs halias and what not. a day before bake the cake. karipap je tersilap bajet tak buat awal2 huhu..

pheww...mau terbelit pinggang, shaky shaky lutut den memasak...hari sebelum raya start masak from 9am to 11 pm tak habis habis...laki den pun tak pasal kena tolong kopek kentang and dah pandai buat bergedil. esoknya pagi raya 5.30 pagi dah bangun, mak nak skype pun cakap oh so sorry lah ye mak, anakmu ini baru bangun tengah potong sayur nak masak lodeh. takkan uolls dah lawa2 melaram baju lip lap sume nak tengok muka i comot dengan dapur berkecah tu kan? ye ye tau la dlm hati mak tu sure cakap 'padan muka rasain!' hahaha ;P

kita ni pulak masak tu kalau boleh semuaaa lah nak buat kan..nasib rumah kecik kut dapat yg bosa sket esok tak tau la -_-' dah kata raya pastu family pulak xde kan, harusla kita pun kalau boleh selagi terdaya semua benda yang bagi feel raya tu nak buat...kalau takde rendang, kuah kacang dengan lemang tak feel la kan?

masa ni la baru betul-betul rasa appreciate hari raya, selalu tu cam ala2 je raya pun cam takde pape..kadang2 habis round rumah yang wajib petang or malam tu dah tertidur or melepak. bila dah jauh ni baru la rasa oh bestnya kalau dapat bersama keluarga tersayang T__T

so kita layan gambar je la yek :)

 lepas solat raya, mama tak solat pun sebab risau si mya ni berlari sana sini...dia ni dah tak takut orang kejap je dah boleh hilang, solat pun kt dewan besar leisure center, for all muslims in aberdeen so bayangkan je la camne ramainya umat,yg african, middle east,european. very the colourful. pelik mat salleh yang datang nak gi swimming hehe. silap hari lah ye bang, jammed jalan takde parking.

kasut raya smarties from nenek. dah pakai 2 socks pun still tercicir hihi...takpe yg penting dah dapat posing dgn kasut smarties.

 with Amir and Thirah

 mya yg kecemburuan anisah sat on mama's lap





 antara tetamu, tak dapat la nak ajak semua orang. almaklumlah rumah ku comel. hukhuk. dah buat batch by batch pun still ada yg tak dapat nak jemput semua.




future doctor in making

 
karipap sardin, kek buah kukus and muffin tesco.

 lemang eksperimen limited edition. thanks to hasil pembacaan blog cik lurpak dapat cara nak buat lemang pakai microwave, thanks DLL, banyak bagi idea kat kita nasi himpit asda pun sangat menjadi! ;)


 tea and kuihs corner

main dish; nasi himpit, kuah kacang, rendang daging, kambing masak hitam, lemang, and set soto.

pandan layered cake yg terlebih ijo. 

hari ni raya ke-2 ada jugak open houses, and we all pun insya Allah ada ajak tetamu lagi rabu nanti...fuhh...nasib baik next week dah nak gi jalan2 boleh la bagi dapur and chef ni rest kejap kan? hihi.

selamat berhari raya to all, hati2 memandu tu and bawak2 la detox badan lepas ni eh hihi ;P

6 comments:

DeLancrettLurpak said...

perhhh!! ni masak utk raya ke pertandingan masterchef ni wey? aku tak dapat masak mcm ko ni noks oi! banyak gile lauk! kagum aku.. syabas mere bette, va va va !!!

kalau ikut aku, semua benda nak shortcut especially time in the kitchen kan.. maklumlah tekak nak makan sedap tapi i malas, hahaha.. aku kagum dengan pandan layered ko tu.. bila la aku ada masa nak buat, hish!

Jun said...

Salam aidilfitri my dear. Superwoman betulllll...juadah dasat dasat tu walaupun dok jauh darai mesia. Mmang isteri mithali ni....sungguh sungguh kak jun terkagum. Dan masih tetap maintain cun tanpa eyebag...tabik....!

suhana azlin said...

cik lurpak: masterchef? haha pandai la ko...first timer beb, mesti la semangat semua nak buat nasib baik la dpt idea genius hang hehe...mmmg happy sgt2 jumpa 'ketupat segera england' ;)

suhana azlin said...

kak jun: salam aidilfitri dan maaf zahir batin kak jun, thanks so much sudi drop by ke blog tak seberapa ni =)

dah duduk jauh ni baru la 'rasa' camne penatnya kena masak sendiri kak, kalau tak tu jadi sous chef je ikut ckp mak. nak wujudkan suasana raya tu kena jugak la pandai2 kan diri masak lauk wajib kan, hilang sket sebak2 ni hihi

syafa said...

suhana azlin pernah sekolah smkj3 bandar baru bangi ker.. macam kenal jer

suhana azlin said...

syafa: memang pun..ni syafa mana ek? syafawati ke?