Tuesday 26 June 2012

Rondaan Eropah 20120 - Colmar, Alsace Region, France.

serious tak ingat. boleh pulak tertinggal one of our big fat le tour de europe, wah gitu! haha...ok la sebelum ketinggalan buat kenangan baik kita tempek a few pics cepat2.


Colmar is acommune in the Haut-Rhin department in Alsace in north-eastern France.
It is the capital of the department. Colmar is also the seat of the highest jurisdiction in Alsace, the appellate court.
It is situated along the Alsatian Wine Route and considers itself to be the "Capital of Alsatian Wine" (capitale des vins d'Alsace).
In 2006, the city of Colmar had a population of 65,713[1] and the metropolitan area of Colmar had a population of 120,367.[2] Colmar is the center of the arrondissement of Colmar, which has 144,700 inhabitants in 2006.[3]
Colmar is the home town of the painter and engraver Martin Schongauer and the sculptor Frédéric Bartholdi, who designed the Statue of Liberty. The city is renowned for its well preserved old town, its numerous architectural landmarks and its museums, among which is the Unterlinden Museum(sumber dari Wikipedia)


seperti yg kita semua tahu Colmar ni lah tempat asal sumber inspirasi kepada Colmar Tropicale Resort, Bukit Tinggi  Pahang. pernah la pergi sekali time zaman bercinta dulu (hewhew tu je yang paling jauh nak feeling dating oversea pun kan) tapi macam takde ramai orang sangat time tu, so agak gloomy.

but.....the 'real' Colmar memang sangat best!! love the ambience, love the people, love the building, endless array of pastries, macaroons and coffee shops, and full of vintagey souvenir shops...suka suka suka! kedai toys sangat comel, penuh dengan cute figurines and old school wooden toys; dan untuk orang yang baking freak like moi memang boleh crazy tengok acuan kuih muih...siap cakap kat mi amor, 'papa, nanti kalau kita dah kaya terlebih duit datang sini lagi eh? mama nak shopping angkut segala mak nenek set pinggan comel kat display tu...dont worry time tu tak yah risau over limit luggage sebab i suruh je kedai tu shipping sampai msia, dah tu kata duit banyak, kan? harus i ferasan bik mama gitu'

haha jelingan maut ko i dapat. oopss!

sebab kalau time packing i selalu kena bebel tau, sebab dia yang tukang susun and timbang kita tukang angkut sampah sume nak bawak ;P


toy shop yang comel

nutella crepes for papa, macam la kat tepi jalan Aberdeen ni takde jual hihi

gugur jantung tengok..slurppp!


loving the wood beam detail on the wall and cute window shutters, colourful!


tumpang romantik orang naik gondola kat belakang...malas nak naik sebab dah la mahal pastu di bawaknya lalu belakang2 rumah orang, area yang cantik tu sebenarnya kejap je uols. pic yg bawah tu masing2 dah campak jaket, far too hot for us meh...weather just nice even tak sunny and susah nak dapat lighting utk bergambar but sedap2 la berlenggang dengan baju nipis.


haha...kudos to the director behind the scene, Cik Kasih Mya ;)

area ni ada dalam one of the picture dalam google tau, and dalam tu cam cantik giler sebab kiri kanan penuh dengan flower pot bergantungan kat tebing dan tingkap...so kalau nak pergi time cantik masa full spring ok, ready aje ongkos lebih untuk segala benda sebab musim melancong time gitu memang la mahal.

papa's girls

minty mint coloured house


percaya tak first time kita makan macaroon? tak pernah teringin nak makan pun sebab tau cam manis2 gitu kan...tapi bila dah sampai konon tempat asal macaroons ni and tengok pulak display wallah kemain comel gitu kita pun mempengaruhi Mya, haha saje je dah tau itu budak memang suka benda2 warna warni gini. so with us buat muka cembeng melekap muka kat depan cermin display maka papa pun gagahkan jugak la pergi memboli, sobab eh dia malas nak paham apa diorg cakap muahahaha...tau je la French cakap kan yang 'r' tu jadi kasar, so bila dia pronounce makarun org tu cam confuse2 and then finally said 'oh oui oui macaghoon'

and rupanya kat sini kalau kita nak beli terus beratur and btau nak apa, then diorang akan pergi belakang kat  dapur untuk ambik, yang display tu hanya for display only ok...cam tu...baru den tau...yang kita punya la dok bertempek kat tempat macaroon tu kan, takut orang dah beli dulu haha..rupanya banyak lagi kat belakang daaa...patut la semua orang masuk then terus beratur, patut la staff semua sibuk ulang alik kelaur masuk, patut la minah tu dok pandanggg je kat iols anak beranak yg mengendeng kepohchi takut macaroon kat display kena curik..hihi ;P

budak kedekut! semua dia punya, mama cannot have this ok mama? it's mine. T____T

 fine, i got mine la... le famous Opegha Cake...teeheehee...yang ni pun first time nak makan, but the chocolate ganache layer is far too rich for my liking, plus the extra strong coffee syrup jugak kut...melekat kat anak tekak...

 one of the reason i cannot mengurus semasa holiday, despite endless mendaki turun naik tangga, dukung mya and all the walking is we keep on stopping for lattes...oh, just by looking at at the layer kat gambar ni pun dah telan air liur..cedap cedap...

 english theme set

 polka dot range

 see?? sapa yang memang minat collect barang hiasan rumah yang comel2 sila allocate luggage khas untuk rembatan shopping anda...utk orang yang luggage limited like moi ni telan air liur je la kan, quite pricey pun ye jugak, kalau beli tu mano nak sumbek? kata mi amor nanti. hehe dah tau dah. sebab dah la kena turun naik teksi, flight and train pastu yang tukang angkutnya dia jugak kan. haha...


 we all spend 1 malam je kat Colmar, and to be frank semalam pun dah cukup...lain la kalau uols memang dah plan nak explore area gunung2 or melawat ladang anggur tengok orang buat wine kan hehe...tapi kalau uols dah terpergi melawat Germany yang belah2 Black Forest dekat dengan sempadan macam Freiburg tu please add Colmar to your list, lagipun cross border je dah sampai negara lain kan...cuma kat tengah sempadan tu Colmar dengan Freiburg dipisahkan dengan sungai so nak cross kena turun ke Basel or Zurich dulu then baru boleh naik train ke Freiburg. hah kat situ je dah dapat masuk Swiss sekali



@ Colmar Train Station, bye bye Colmar, you had me at hello ;)


later kita akan track perjalanan hari tu and share a few tips untuk bercuti secara berhemah ye....buat kenangan sebab ni tengah taip pun cam blur2 eh pastu aku pegi mana eh? boleh pulak nak terlupa padahal kita yang tukang planning all the route, hop on off flight to train to shuttle bus to flight, where to find halal food, drop luggage and all hihi ;P



Saturday 23 June 2012

lobster oh lobster!

ni cerita last weekend...minggu ni sangat tidak ada mood nak update hehe...actually menlobster ni plan gitu2 aje, yg tukang belinya para suami sebab nak beli tu agak jauh kat Peterhead nun, about 45mins from Aberdeen, maleh la nak ikut...sebab ingat lepas dah beli tu bawak ke rumah membe lain nak bakar pulak so rasanya better dok rumah buat kek and relax2 dgn Mya kan...lagipun tau hari tu sure si kenit maiiinnnnn dan mainnnnn sampai la matahari terbenam and mak bapak baru ingat nak balik so better bagi dia duk rumah dulu jangan berpenat-penat. gitu.

oh, diorang ni rupanya pi belik direct from the nelayan himself kau, siap bukak tong full of tok nenek lobster and ketams.

can't get it any fresher than this right? balik tu memang perasan isteri nelayan sebab laki bau ikan and laut hehe...

hambik, letak dalam bonet kereta pun hidup lagi, sampai nak masuk periuk kena rebus pun melompat2 ishh ai memang larik la awal2 takut! haha

fisherman's boat

bakal di chilli-crab kan by moi..come to mama!

tak sangka rancangan bbq lobster yang kecil kecilan dah terbesar...para suami membeli dengan agak tamak haloba la jugak..ish ish ish tercekik kut nak habiskan siap bawak balik lagi.

just simple marinate; garlic, butter, some salt, parsley and lemon juice.

kita biasala mesti nak buat kek, hari tu tergatal nak buat Strawberry Mousse Cake akibat mahu habiskan strawberry frozen, tapi kalau buat mousse-base cake mesti mousse jadi runny and tak set sangat...stress la jugak tapi sendiri yang substitue gelatin dengan agar2 powder ikut sukatan eye level je so hadap je la kek cair ni kan hehe ;P kebetulan hari tu father's day so saje je suka2 bagi anak2 tiup lilin.

lobster ni memang mahal betul kat msia kan?? kita dah la tak pernah makan (tersangat la kampung, orang kampung pun malu kalau dengar ai  tanya mi amor eh papa nak masak dengan garam and kunyit je ke? plus siap google how to cook lobster) , tahu la benda ni mahal tapi tak sangka la boleh cecah sampai rm800 per lobster..perghh...tapi kalau kira2 pun bila convert kos menlobster dan mencrab hari tu ada la dalam rm1200++...hadoiii...berpinar beb, my first reaction to hubby is; what? boleh beli tiket pergi prague, or beg coach, atau stok baju primark selama 2 tahun tahu??

terus perasan orang kaya kau hihi...nasib baik la kongsi2 kalau tak pitam, makan jap then sambung pitam balik.

sekali sekala boleh la kan...tapi sebab mereka si tukang2 beli tu terlebih bajet membeli sumpah lepas ni 5 tahun ai dah tak nak lobster beb. ;P

Thursday 21 June 2012

what's cookin - Daging Goreng Sawi Asin

 hadoi...sian kat blog, berhabuk sudah hehe...cam tak tau je nak citer apa, padahal banyak je benda boleh update; sports day Mya, our lavish lobster weekend (serius terasa cam org kaya kau!), citer shopping, sale sana sinun bisa gugur jantung gue eh macam2 la kan tapi bila dpean lappie blank pulak ;P

anyway, sebab tengah lapar tak puas lunch mee hoon teringat belum update satu resepi yang sedap ni...memang kena dengan selera kita la sebab ada cili apa and sawi asin, bak kata Kak Ayu tuan punye resepi bila tergigit cili dengan sawi tu krup krap krup krap! wallah! do give it a try lovelies, simple dan sedap, two thumbs up! =)
saya adalah malas nak copy resepi, for recipe pi jenguk kat tuan rumah asal ye hehe...

Friday 8 June 2012

nursery report card review


ye, anak saya dah besar...bila pegang report card ni baru terasa oh my...when on earth did she become this big? already? progress review and check report card dah...uwaaa....mama tak perasan pun anak dara ni dah besar...tak lama lagi pejam celik pejam celik dah start nak amik big exams pulak, sheeshhh.....apa da punya sistem education, asyik2 exam asyik2 exam....stress mak. cuba bayangkan time tu dengan career woman cum part time house keeper sume camne la nak balance kan tanggung jawab kan? adakah kau mampu nak check home work anak or progress dia kat sekolah camne? dapat drop off pergi tuisyen pun dah cukup untung kut *sigh*

itu la cabarannya dah jadi mak ni kan, mula dari baby challenge lain...dah besar sket nak ajar dia social skills bergaul dengan play group, belajar untuk ditinggalkan dengan cikgu...then dah pandai berkawan, pandai merayap rumah kawan slumber party start sekolah rendah nak hambat buat kerja sekolah dengan tuisyen pulak...wuuwuuuwuuuu....baru lah faham apa yg omak den ghaso =(

feeling lebih, padahal baru progress report nursery je..hahaha...


 oh yes, dia suka la benda2 eksperimen and explaination ni..mama why mama said mya dah berat? why people getting bigger? why not getting smaller? what's that and this? where is the water coming from? why is the water coming? why mama turn on the tap? oh my...its all about what why when and who now...brace yourself je lah ye mama..fuhh fuhhh...sampai kering idea nak tipu apa dah ;)

 one thing for sure, mya sangat pemalu..sangat sangat reserved and more to jadi observer je...outspoken jauh sekali...but like her teacher said, it's just who she is =) nothing to worry about la kan, masing2 punya perangai, kut kang ada anak second macam dah boleh menjangkakan very the pokpek, kalau yg kakak sampai kena paksa nak cakap depan orang yg adik pulak bikin mama pening sebab cakap lepas je even to strangers...haha....

tang cautious tu pun ye, dia sangat tak suka kalau buat benda yang bukan rutin,macam bile travel turun naik public transport tu kena maintain favourite activity dia; bawak bekal buku coluring banyak2...bila buat something yang out of comfort zone macma teragak-agak sket, but mind you she can be adventerous some time, mostly when trying new foods..now that's my girl! =D

nak, after this no more Malaysia my second home ye? It's Scotland my second home ok baru betul. 

'pleasure to teach' my ***! you big faker cheeky monkey! kalau time mama ajar kat rumah kemain lagi tunjuk bolang eh, kita punya la semangat explain dia entah ke mana day dreaming, baru bukak iqra' tak sampai 3 minit dah rosah golisah...siap la balik msia esok mama hantar pi ngaji kt big ustazah baru tau! hihi....tapi yang bagusnya dia ni sangat berminat kalau ajar maths, dah pandai yang simple comparation which one is less and vice versa, dah tau konsep additional and substraction (paling best ajar substraction pakai blueberries, see when i took all put it in my tummy how many left? ;P)

awww...tak sia2 mama tersengguk sengguk kebosanan main puzzle yg entah keberapa ratus kali and terkinja kinja layan dia lari satu padang ;P


oh sayang mama ni, mengapakah masa berlalu begitu pantas kan? sebab memang dari kecik dan memori mula berfungsi dia dah duduk negara cuaca sejuk sedap bergulung ni so to her this is where she belongs, this is her home....lepas ni only 3 months to come, then we girls have to go back leaving papa behind..sob sob...sorry sayang, mama have to work lor, cannot cuti2 anymore...enough of my sweet life as a housewife now...makanya mama adalah dalam misi untuk menunjukkan betapa besttttt nya malaysia kepada mya...cuba korang imagine camne la budak sekecik ni dah face tukar negara, tukar sekolah, tukar kawan dan tukar bahasa? it is BIG for her ok. tu belum rutin pagi2 babai papa pergi kerja kat tingkap and main lompat2 atas katil lepas papa balik kerja uwaaaa.....confirm mak budak ni drama lebih kat airport nanti =(

memang mama give in je la nanti kut...nak apa sume dapat just to keep her happy...huhu...note to my self; gambatte utk tidak menjadi push over kpd anak sendiri! fuhh fuhh ;P

Thursday 7 June 2012

what's cookin - Ayam Kaprau


eh eh, rajin pulak mak budak ni masuk entry masak memasak ek....minggu ni efektif mencuba resepi baru bergurukan pakcik google dan juga sifu-sifu blogger masakan handalan seantero malaya...kali ni resepi datang dari dapur kak jee, masakan ringkas dan yang penting sodap!

resepi asal kak jee guna daging, dan ramai yang dah mencuba menggunakan ayam selain dari daging...the star ingredient is basil leaves, and tak dilupa cili api...the more the merrier gitu...

AYAM KAPRAU
Source: dapur kak jee

250 gm isi ayam, potong kecil
2 sudu besar pes tomyam (kita guna 1 kiub tomyam bancuh sket dgn 2 sudu besar air panas)
cili padi diketuk, ikut kepedasan diingini
bawang besar, dibelah lapan
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos cili
segenggam daun selasih, dicarik (basil leaves)

1. Perap isi ayam dengan pes tomyam selama 1/2 jam. Ketepikan
2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sekejap, kemudian masukkan cili padi diketuk. 
3. Gaul dan masukkan isi ayam tadi, gaul sampai ayam masak dan kecut. Masukkan kicap manis dan sos cili, masuk sikit air kalau nak, gaul sebati. Tutup api dan masukkan daun selasih. Hidangkan panas.


tima kasih daun keladi kak jee, ada resepi nanti share lagi ye...memang sodap2 lauk pauk menu harian kak jee ni, mmg menjadi pojaan hati ku lah! gulai tempoyak udang, sambal tempoyak petai, sambal belacan, perghhh....sedapnya la hai patin tempoyak asam pedas bangi *telan air liur*  huhu -_-'





Wednesday 6 June 2012

what's cookin - Talam Roti Paun


pertama kali buat talam dalam seumur hidup ni, pernah la buat Seri Muka tapi pakai microwave so tak kira talam yang proper la kan? kena berterima kasih pada my dear friend Yan yang tinggalkan pengukus antik dia kat kita masa dia balik msia early this year, antik wooo. pengukus tu..yang macam orang dulu2 mak2 kita pakai tu, i like!


lapisan bawah is roti and santan; panda flavoured custard; and custard for top layer

satu bekas ni untuk Thirah yang kebetulan mintak buatkan rvc, kita tumpang seronok kawan je family serombongan datang and nak bercuti melawat the other family members pulak kat Germany...huarghhh..seronoknyaaa....so dapat bagi talam je la, nak ajak datang rumah dah tak sompek..

the verdict; 2 thumbs up from Mya and papa! hurrah! walaupaun dekat setengah hari habiskan masa main santan kukus layer by layer ni berbaloi weyh...idokla susah mana nak membuatnya tapi dgn dapur berkecah bekas cream cheese and masak pasta for mya's lunch agak leceh la jugak...bersambung2 pulak dari mya belum pergi sekolah sampai la dah nak pergi amik dia baru siap...balik2 je si kenit dok tanya 'mana mama? mana? mana? dessert yg mya help mama stir tadi..mana?'

fuhhh, nasib baik dah siap...and sedap..kalau tidak drama sebabak la budak kenit yg kelaparan balik sekolah kempunan talam ..

nak buat tak susah pun, once faham resepi and the steps then tau la next step nak kena buat apa...since i use canned coconut milk, kita pakai about 1 1/2 can of coconut milk...and sukatan santan pekat tu kita lebihkan sikit dan kurangkan air sebab santan tin kita tak menepati 'santan pekat' macam kalau kita mintak kat pasar tu...

serius ni tau, very highly recommended! just imagine hubby yg jenis tak suka kuih manis macam kuih lapis or koci  pun makan berketul-ketul, siap ulang makan lagi sampai ke esoknya, so apa lagi marilah kita menalamkan diri! ;P


TALAM ROTI PAUN
Resepi asal: Chef Asma

Lapisan Bawah
  • 13 keping roti putih Gardenia- di carik2
  • 2 biji telur
  • 50 gm raisin - kita tak letak
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/2 sk garam
  • 150 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • 1/4 sk vanilla essence

Cara-caranya
  1. Satukan semua bahan-bahan dan rendamkan roti selama 30 minit (sehingga lembut)
  2. Masukkan dalam loyang 10x10x2"(Sapu minyak dulu sekeliling loyang dan alas plastik)
  3. Kukus selama 25 minit.
  4. Apabila masak angkat dan cakar dengan garfu.
  5. (Jika terdapat sedikit air di permukaannya, sendengkan loyang dan buangkan air guna sudu atau kertas tisu, pastu baru cakar2kan sedikit dan tuangkan adunan lapisan tengah)
Lapisan tengah
  • 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/2 sk garam
  • 2 biji telur
  • 100 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • sedikit pewarna hijau
  • sedikit perisa pandan

Cara-cara
  1. Satukan semua bahan2, kacau rata dan tapis ke dalam periuk.
  2. Masak hingga naik wap, guna api sederhana je. Masa ni sentiasa kacau guna whisk je...jngn terlalu pekat atau terlalu cair, adunan seolah2 susu pekat je.
  3. Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 25 minit ( Apabila masak, cakar dengan garfu)

Lapisan atas
  • 1/2 cwn tepung kastard
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/4 sk garam
  • 1/8 sk vanilla essence
  • 3 biji telur - kita guna 2 biji je
  • 100 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • sedikit pewarna kuning/oren - kita tak letak sebab kastad dah kuning

Cara-caranya
  1. Ikut seperti lapisan tengah. Satukan semua bahan2 dan tapiskan.
  2. Masak jangan terlalu pekat & jangan terlalu cair. Guna api sederhana dan sentiasa di kacau supaya tak berketul2.
  3. Tuang adunan ke atas lapisan tengah dan kukus selama 25 minit.
  4. Sentiasa lap tutup pengukus. Saya lap setiap 5 minit, permukaan kuih kelihatan rata dan licin.
  5. Setelah masak, angkat dan sejukkan. Bila dah sejuk bolehlah di potong guna pisau plastik.


Terima kasih kepada Chef Asma di atas resepi yg mahvellous ni! tak sia2 eden terconvert menalam, selalu tu baking aje....bila tengok dapat sambutan hebat dari mi amor and mya lagi la gumbira rasanya hati, tak sia2 berpeluh ngadap pengukus tau! ;P