Thursday, 7 October 2010

what's cookin - Butter Prawn


hidangan masa berbuka puasa beramai-ramai di kampung saya kat sg. besi (kat kl pun ada kampung okeh)

hai hai hai...episod eh eh masak ape tewww..? kali ini dimulakan dengan resepi Butter Prawn atau Udang Mentega (ek ele memang la pun kan)

firstly, harus berterima kasih pada my MIL sebab telah mempertanggungjawabkan memasak udang butter ni kepada saya dengan hanya berbekalkan resepi dari keratan surat khabar..hehe..lupa la pulak which one tapi rasanya harian metro kut yang kuar resepi hari ahad tu....dah la tak pernah buat lauk ni so kitorang pun cam excited je kat dapur nak tengok hasilnya last last menjadi la pulak...aummm!! (eh tetibe nak mengaum apehal)


Butter Prawn
Source: keratan akhbar yang dah lupa jenama apa =P

1/2 kg udang
2-3 ulas bawang putih - ketuk jer
beberapa helai daun kari
cili kering dan cili padi - dihiris (ikut suka tahap kepedasan masing-masing)
tepung beras
garam dan serbuk lada sulah
2 biji telur - dipukul
175gm mentega (setengah buku yang saiz 250gm tu)

1. Gaul udang dengan tepung beras, garam dan serbuk lada sulah. Goreng sekejap agak-agak dah garing angkat dan toskan. Put aside.
2. Panaskan mentega sampai cair dan berbuih, tuangkan bancuhan telur dan kacau sentiasa. Sila anggap anda sedang mensauna muka di salun pada ketika ini hehehe...
3. Bila minyak butter dan telur dah naik tuangkan bahan dihiris tadi - bawang putih, cili kering, cili api dan daun kari. Kacau sekejap.
4. Dah naik bau tuangkan udang, kaup balik cukup syarat dan angkat.
5. Ops, jangan lupa tapis hasil udang mentega tu dulu kasi minyak dia turun...and watch your keraks appear like from nowhere haha..magic!

ye ye saya tau agak tricky nak buat ikut resepi ni...your truly sendiri pun dah berapa kali buat pun ada yang kerak tak cukup mengamcam..tak pun silap-silap telur tu jadi telur dadar sebab tak cukup butter terlebih telur...tapi korang boleh je try ikut resepi lain yang lebih mudah, siap ada letak nestum lagi kat MyResepi.com ni...dah try kasi roger2 dalam belog eh =)

No comments: