kali ni nak share satu resepi mudah, sedap, dan menyihatkan...Sayur Pak Choi dengan sos tiram ringkas...atau emak saya panggil sayur ni sawi pendek...kalau nak cuba sila guna sayur pak choi yang batang hijau cam ni ek..sebab yang ni lebih lembut dari yang jenis batang putih tu...kalau yang tu daun dia cam liat sikit kurang juicy lepas di celur...tak tau la kan ni taste ikut anak tekak i hehehe...
first time makan i terus jatuh cinta you...kredit tu my sister in law, hot mama adam yang introduce lauk ni..biasalakan...we all kalau weekend bila berkumpul ramai-ramai takdo kojo lain masak masak dan masak lagi hehehe...berlumbo-lumbo nak tunjuk skill...yg tahu baking (ehem*muka serius betukan spek =P) tunjuk camne buat kek, yang pandai lauk tunjuk skill masak lauk shedappp...gituu...haih. tetiba rindu nak balik kampung..uwaa..tak sampai sebulan ok sila tabahkan hati tunggu hari raya tahun depan T-T
yang penting lauk ni senang dan sesuai untuk orang yang tengah diet (oit, don't look at me okey gi jeling cik puan shakira yg sedang bersemangat berdiyet tu hehehe) kat aberdeen sayur yang ada baby spinach, kobis, carrot dgn baby pak choi ni la...so kalau lauk sayur terpaksa la rotate bayam goreng, sup sayur campur, pak choi masak oyster dan begitulah seterusnya...nak kangkung goreng belacan? maap la ye..kangkung ada tapi seikat tu rm20 hinggit okkkkktakpe lah ye baik i beli baju or barang baking =P
bahan kat bawah ni just senarai aje ye...bilangan dan amaun tu uols pandai2 la agak...ikut la sayur tu banyak ke tak..then main rasa-rasa aje..gituu...
Pak Choi with Oyster Sauce
sayur pak choi hijau
2-3 ulas bawang putih - cincang halus
udang kering - tumbuk light2 gitu
sos tiram
kicap manis cap kipas udang
1. Didihkan air dalam periuk. Bila dah mendidih, celur sayur sekejap agak-agak dalam 30 saat, angkat dan terus masukkan dalam air ais - ni petua untuk kekalkan warna hijau yang cantik. Kemudian tapis sayur dan susun dalam serving plate, preferably yang saiz besar dan nipis.
2. Untuk Sos - tumis bawang putih, kejap je sebab bwg putih cepat hangus. Then masukkan udang kering yang dah ditumbuk tadi. Kacau seketika.
2. Masukkan sos tiram, agak-agak nak kuah banyak mana ok. Masukkan kicap manis dalam 2-3 sudu besar dan tuang sikit air. Rasa sos dan tambah mana yang patut, kalau yang suka pedas boleh tambah sikit black pepper. Didihkan sekejap.
4. Tuang sos atas sayur tadi dan bolehlah dihias dengan hirisan cili merah, ikan bilis goreng atau bawang goreng. Hdangkan panas dan pasti menambat selera anda =)
2 comments:
hahaha..senang...
dah lama cari sesenang resipi begini...
thanks sue..
hey renny! long time no hear hehe..
tenkiu2..senang je kan? try la buat..boleh je ubah2 nak tambah sos lain kalau suka =)
Post a Comment