Thursday 7 July 2011

what's cookin - Potato Bread


rasanya dah lama tak meroti..tiba2 teringin nak makan roti kentang,just plain, slightly sweet good ol' milky potato bread =)

dan boleh dikatakan operasi meroti kali ni yang paling sukses, despite segala kegundah-gelanaan perasaan di kala itu..hik. masa ni tengah merajuk hati, bukan dengan sape2 pun cuma ada rasa sedikit kecewa dengan diri sendiri, nanti2 la ye kita cerita cam malu la i =P

so bayangkan masa tengah uli roti ni hubby dok pujuk 'aih, ni kenapa ni nangis2 pulak..alololo meh sini meh...' sambil usap2 bahu dan i tengah menguli roti dengan juraian air mata...haha..

i wont deny it gurls, there is a part of me yang memang tahan nak tergelak ;P

sebab sambil uli sambil hati sedih sambil jeling2 sukatan air tadi betul ke tak dengan intai resepi tapi tak nampak sebab vision sangat distorted and blurry...dalam hati dah terfikir, adoii habis la roti aku tak jadi sebab buat time tengah sedih gini mesti dia pun merajuk tak nak naik gebu T__T

ok, kembali kepada operasi roti kentang.

bear in mind that i don't have a breadmaker, a weighing scale and piping beg to pipe my custard...TAPIII...itu semua bukan halangan untuk kita meroti ye kawan-kawan...breadmaker terasa rugi nak beli sebab bukan rajin sangat buat roti (tapi kalau terjumpa kat car boot sale bagus gak kan cam kak gie jumpa breadmaker 3 pounds), penimbang pun tak rasa perlu beli sebab convert aje kat cooking converter (although kalau timbang sukatan lagi precise kan), and piping beg pulak actually hari tu dah beli tapi i return sebab design sangat x ergonomik dan for me a bit pricey lah alat2 baking kat sini,contoh alat piping yang bagus sampai 15-20 pounds which is equal to sepasang jeans dorothy perkins atau blouse Topshop...hmmm...balik msia nanti maybe kena angkut sikit alat baking bawak balik aberdeen kan?

tapi bab yang nak paipkan kastad tu agak sadis la...first try pakai baking paper buat bentuk kon tapi susah giler sebab kastad yang i buat tu pekat...fikir punya fikir ahhh pakai aje la plastik beg, bersihkan, gunting sikit betuk 4 segi, letak kastad tengah2 then tebuk lubang sikit...aiyoo...dah lama2 lubang tu makin besar sampaikan ada tu terlambak-lambak atas doh okkk..haha kelakar giler...mya pun pelik tengok mama kelam kabut semacam sambil cakap sorang2.. 'mama, oh mama, mama buat ape?' haha suara dah la haluih comel aje dengar bila speaking melayu cam tu ;)

all in all, roti ni memang sedap, sebab i ganti air dengan fresh milk so rasa tu lagi lemak2 gitu...haha suka hati je nak 'derhaka' resepi, nasib baik jadi elok roti ni...sedap makan panas-panas buat minum petang, just be prepared and allocate masa untuk perapan doh kut kang nanti minum petang entah ke mana buat supper je la roti korang ni nanti hehe...


dah perap satu kali, susun atas dulang and perap lagi...jangan lupa sapu marjerin atas dan keliling loyang okkk....

wow! naik gebu lagi! dah sapu eggwash and paip kastad...adehhh....sedih woo time nak letak kastad ni... (-_-')

fresh from the oven...sedap, hangat, lembut, tembam...emmmmm....dah kena curi sebijik dengan si mya yang tak sabar nak makan, baru keluar oven dah suruh mama blow kan untuk dia..

resepi ni i dah convert ikut sukatan cawan ok, kalau nak pakai penimbang sila tengok resepi asal...boleh la baca komen2 mereka2 yang dah try...ada je yang pakai tepung biasa instead of high protein flour aka bread flour dan hasil ok je...blogger2 suka masak pun ramai yang dah cuba, ada yang letak bread improver la, softener la...lain tangan yang membuat lain rupa paras end product nya kan? lumrah la tu =)

resepi krim kastad i tak letak tau, sebab resepi yang i pakai tu mmg pekat sangat tapi rasanya kalau cair sangat pun tak sesuai pulak nak bakar atas roti ni,and lagipun tiap kali nak buat kastad mesti tukar2 resepi hehe..cari aje kat myresepi tu ha, berlambak macam2 resepi kastad ada pilih aje mana yang suka..ok?

Potato Bread
Source: myresepi.com

135 ml air ais ---> i used cold fresh milk
3/4 sudu teh garam
2 sudu besar mentega atau marjerin
1/2 biji telur (dipukul sebentar, baki 1/2 lagi guna untuk brush roti sebelum bakar)
4 1/2 sudu besar kentang lecek
3 cawan tepung roti/tepung protin tinggi
3/4 cmb susu tepung ----> i tak letak sebab tak ada
4 sudu besar gula
2 sudu teh yis segera ---->kalau kt UK ni xde mauripan, i pakai easy bake yeast jenama allinson


1. Satukan tepung, gula, yis, garam, kentang lecek, mentega/marjerin dan telur. Kacau dan tuang air sejuk/susu segar sejuk sedikit demi sedikit sambil diuli perlahan.

2. Uli sampai licin dan elastik, kalau agak melekit tambah tepung 1 tablespoon at a time, uli sampai tak melekit dan baru tambah tepung 1 tablespoon lagi sampai doh licin (anggaran masa menguli dalam 10-15 minit).

3. Bulatkan doh, tutup doh dengan kain lembap (kain jangan cecah doh cover permukaan mangkuk aje) dan perap doh 45 minit atau sampai naik dua kali ganda di tempat yang suam, in my case di tepi heater.

4. Tumbuk doh untuk keluarkan udara, uli lagi 1/2 jam (now, this part menguli another 30 minit i tak buat sebab terlepas pandang, but fortunately roti menjadi hehe).

5. Buat bentuk bulat kecil, susun atas loyang yang dah di gris atau dah lapik dengan foil. Ikut resepi dapat 10 biji but i buat 12 biji, just nice nak susun atas loyang.

6. Tutup dengan kain dan perap lagi 40 minit. Kemudian sapukan eggwash (guna lebihan telur tadi di campur dengan 1 sudu besar susu atau air) dan paipkan krim kastad. Bolehlah dibakar 20 minit dalam pre-heated oven, 170 celcius atau sampai masak (ikut tahap kepanasan oven masing-masing ok)

HAPPY BREAD-MAKING GIRLS! (^0^)



2 comments:

swit@kon said...

akan dibuat. SEGERA!

mamamya said...

balik outstation nnt sila buat okeh, terapi baking release stress =)