Monday 19 December 2011

hasil eksperimen semalam yg masih membingka dan my 1st Chicken Pot Pie.


serpihan kek yang dapat diselamatkan, dah selamat pun masuk perut mya dan mama =)

ini lah hasil eksperimen Kek Coklat Chiffon semalam uols....
part tengah still tak berapa masak, slightly undone...tapi part tepi memang lembut gebus sedap....
resepi from Mat Gebu yang famous tuh...kurang manis sket maybe sebab kita convert sukatan from gram ke cups hehe...sonang kojo ;P

tapi lepas tu ada buat eksperimen ke-2, Chicken Pot Pie.

yang ini wallah! memang sedap nyum nyum nyum....shortcrust pastry guna resepi basic je amik dari buku masak den - The Great British Book of Baking, from The Great British Bake Off Series 1.

banyak resepi Chicken Pie yang nampak menarik, especially part pastry tu...ada yg suka flaky pastry, ada yang prefer puff pastry so guna shopbought puff pastry je dah ok kut...tak yah susah2. makcik nigella pun buat chicken pot pie guna shopbought pastry je. senang.


tapi ada jumpa satu resepi pastry yang nampak menarik, dekat bakingmum sebab ada guna yogurt. next time kalau craving nak  makan pie harus cobain. (co-ba-in bukan kurt cobain ye)


filling pulak main campak2 ikut suka...sonang je bedah, pakai je apa bahan yang ada kek dapur tu....semalam pakai isi ayam, carrot sket, kentang, button mushroom dengan edamame...hehe si mya ni peas dia tak suka tapi kalau edamame gemar sangat2...kuah pulak sebab malas nak buat basic white sauce pakai tepung gandun just guna cornflour je untuk pekatkan kuah...nyum nyum nyum....

oven oh oven.

cookies, tick!
pie, tick! 
cupcake, tick!
cake, tettttt!!

kesimpulan yang dapat kita buat setakat ni is; kalau nak buat kek tak boleh pakai loyang besar..kena bahagi bakar layer by layer...tu kalau memang nak buat kek lapis dengan frosting and cream ok la kan, kalau nk buat marble kek ke butter kek ke cmno tuh? haih.

tapi takpe, practice makes perfect.
lepas ni mari kita teruskan ujikaji dengan membuat roti pula. chaiyok chaiyok!!


bantat

kan kita ada oven baru kan.

baru tak baru dah 2 months old la jugak so sekarang masih dalam fasa mengujikaji perangai cik oven. first time buat kek besday mya sangat tak puas hati.suppose nak basic kek victoria sponge tu, kek masak tapi tekstur cam berat semacam. but still edible la. tapi kalau buat cupcake ok la pulak.

then try buat cookies pun cam bantat, but that one maybe its the recipe sebab ratio butter dengan tepung cam tak balance, ke diri sendiri yang salah bancuh tak tau la. tapi pernah dengar orang cakap kalau cuaca sejuk baking2 ni susah nak menjadi, sebab tepung jadi satu macam. betul tak betul tu tak tau lah kan.

rasa cam seminggu 3-4 kali membaking, sebab nak dapatkan setting yang betul. mostly kalau kek yang loyang besar luar nampak macam dah ok tapi bila potong lapisan bawah tu tak masak. macam bingka. sangat frust tahu??

so far cookies dah ok, masak memang cantik sebab memang piring dia berpusing ala2 microwave tu kan, and oh yes i try resepi cookies yang lain hehe...sodap rangup, pueh ati den dapat benda nak mengunyap malam2. amik resepi kt curlybabes.

only god knows berapa kilo tepung ku habiskan and how many trips i made to the shop just to buy eggs and flour. agak2 cam tak jadi je cepat2 hambun and hapuskan bukti, kang kut terdengar usik usikan manja cik hubby ada yang akak meroyan bedah. hahaha.

jadi ujikaji hari ini adalah: Moist Chocolate Chiffon Cake. yang ni kalau tak jadi memang nak kena sumpah. sebab di buat dengan penuh kasih sayang you know, spend exactly 35 minit untuk beat meringued BY HAND.

yes you read me, penat berdiri duduk, sakit pinggang duduk berdiri pulak. siap ada coffee break once a while lagi. haha. sekarang nak menaip sikit pun tangan cam dah kebas haha. lenguh gile. tapi takpe, me beloved 'chicken wings' deserved it. LOL.

Friday 16 December 2011

Renteten kes pelajar Malaysia hilang di Dublin - apakah benar??

ish. seriau beb seriau....kalau betul, kesian mak bapak kat msia tu..sudah la risau hidup tak tenteram anak menghilangkan diri, hantar belajar jauh2 dengan harapan tinggi jadi Doktor tup tup kena tanggung saman biasiswa pulak....ni tengok2 jadi macam ni... kesian sangat2 kat family...

apa la nak jadi.

Ya Allah, Kau jauhkan lah benda2 macam ni daripada keluarga, kawan2 dan mereka yang aku sayangi...berilah si Ariff ni hidayah dan nur supaya pulang ke pangkal jalan. Amin..

Untuk berita lanjut sila klik here and here .

Tuesday 13 December 2011

amalan kecantikan yang telah lama saya tinggalkan. tsk tsk. T___T



kalau dah namanya perempuan. lumrah perempuan suka nak bercantik cantik, bersiap siap comel lote dan sanggup berhabis kalau masuk bab cantik dan melawa ni, tak gitu?

yours truly tak ketinggalan. masa zaman anak dara muda jelita dulu memang rajin la bab2 menjaga kecantikan ni, zaman sekolah tu lebur je krim apa yang mak pakai tapi bila dah masuk uni memang teeheehee duit habis sebab mengkayakan guardian dgn watson je la..dulu muda2 kadang2 ada jerawat2 comel seketul dua, condition kulit tak la teruk mana tapi dah namanya student hari2 berjalan kaki tengah panas dengan mata panda sebab stay-up (kononnya study padahal bergayut) jadi memang pantang kalau ada produk whitening baru keluar sure nak beli.

balik cuti sem sure mak layan belanja facial, hehe kenangan betul katil2 facial sebelah2 pastu tau2 je la facial ni kan lama, urut la mask la steaming la...tengah sedap relax2 tunggu mask kering and tahan mata yang dah layu tetiba terkejut dengar bunyi dengkuran mak tertido..haha LOL! =P

even lepas kahwin pun time hubby buat financial planning perbelanjaan sebulan siap propose, harus ya ada bajetnya untuk kecantikan gue dong. tapi haremmm tak buat pun sebab terus mengandung and bajet lebih terarah kepada melempiaskan nafsu makan. muahahaha. weekend2 tu drpd dok kat salun 2-3 jam baik la kita merayau jalan2 cari makan, betul tak? =P

tapi kan lepas ada baby tiba2 macam dah malas sangattttttt nak buat benda2 tu sume. bukan malas apa, penat. masa tu rasa nak marah2, miserable, tak terurus sume ada sebab tak cukup tido. nak adjust lifestyle bila ada baby ni bukan senang wooo....ada anak kecik tau2 je la kan, nak2 kalau tinggal berdua je dengan dia mana la ada masa nak berscrub muka pakai mask bagai. dapat mandi 5 minit tanpa gangguan pun dah cukup baik. bye bye lulur mandi puteri binari susu kambingku. kadang2 tu dia ok je tidur tapi telinga ni cam terdengar2 je baby nangis tengah2 sedap bershower tuh.

boleh je kut kalau nak maintain, patutnya bila tension and letih memanjakan diri is one of the thing yang kita boleh buat untuk release tension. tapi bila badan dah penat dengan kerja ofis, dinner pun ala kadar tapau seadanya, settle anak dari nursery, tidurkan dia and prepare baju kerja dengan barang utk nursery dia esoknya, ruji pakai mask and urut2 muka dah tak masuk dalam list penting.

sekarang bila dia dah besar ni baru la merasa balik pakai mask muka and mandi lama sikit memanjakan rambut. baru la rambut ni rupa rambut, lawa sikit la dari penyapu. kalau tidak....haish.

rindu pulak nak gedik2 belek muka weh. antara amalan kecantikan yang pernah dan wajib di hidupkan semula dalam kahidupan seharian as part of azam tahun baru is:

1. sapu EVO sebelum tidur : yang ni serius lama gilerrr kut tak buat, rasa cam zaman sekolah dengan uni dulu rajin la, massage a few drops minyak zaitun kat muka dan leher sampai la minyak tu merata cam ala2 kering sikit kat muka. best wooo...antioksidan semulajadi =)

2. tekap timun/cold used teabags atas mata: yg ni rasa memang semua orang at least mesti pernah buat sekali kan?

3. pakai bedak sejuk : orang yg selalu berjemur harus amalkan, saya ada satu favourite bedak sejuk gamat untuk resdung, all the way from langkawi. the bery first time pakai macam sejuk2 pedih, tak tau la sebab memang hidung ni beresdung ke apa =P tapi memang best gile la bedak sejuk ni, parut cepat hilang and elok untuk sunburn. make sure lepas pakai cuci bersih then sapu krim sebab bedak sejuk ni tend to make your skin feels dry after wards.

4. facial at least once a month and face mask once a week: facial oh facial. last sekali buat tahun lepas kut, tinggal mya dengan mak kejap, that was the first time after 2 tahun dia lahir. tapi macam tak best sebab dalam hati tak tenang ingatkan mya pastu sibuk berdoa eh cepat la amoi cuci muka gua, nak cepat2 habis je. pastu saya ni suka face mask yang jenis face-cloth tu, dulu feveret jenama from japan apa tu yang ada perisa lemon dengan orange. best sangat...tapi sekarang dah melambak2 kut skin care from japan/korea sampai cam takut pulak nak pakai.

5. steam rambut: yang ni best. sebab suka pergi salun nyonya style retro zaman 80-an kat pekan sungai besi. teeheehee...best sebab murah. dulu kalau datang 'kegilaan' tengah lunch break hari jumaat pun boleh pi pecut steam rambut jap. lagi tengah banyak kerja and stress rasa nak bakar opis lagiiiii la gatal semacam nak steam rambut...haha...tak dapat pergi sungai besi pi cuci rambut kat salun area precint diplomatik pun jadik, dokek sket den nak berkojar balik opis, boto tak? ;P

6. urutan dan tekan muka lepas bangun pagi: pernah sekali terbaca dalam majalah, pasal petua cantik artis, tak ingat la artis mana msia ke indon, tapi dia cakap bangun pagi basahkan muka then urut2 muka tu 5-10 minit. pastu tekan2 kat a few area contoh; tolak tulang pipi ke arah atas a few seconds and ulang, picit2 dagu, urut sekitar mata, picit2 belakang telinga serta tengkuk and urut leher dari bawah ke atas. kalau air kt muka dah kering basahkan balik dan ulang. so what i did is sambil urut sambil selawat. awet muda tuuuu selawat banyak2 kan? sekarang nan ado lah ye. bangun pagi pun sebab mya dah kejut mintak breakfast. T__T

7. sapu ais ke muka sebelum mekap: ni pun best gak. lepas cuci muka amik seketui ais then sapu keliling muka sampai cair, biar kering then baru pakai toner/sunscreen/ moisturiser/ serum or apa jadah la base ke apa then baru pakai mekap. entah la, macam suka sebab nampak mekap tu lagi blend and 'melekat'.

8. lulur badan: all time favourite, lulur mandi susu kambing. dulu hangat di pasaran jenama puteri binari, macam2 version ada yang bunga-bungaan, buah-buahan or milky type. rajin jugak la 2-3 hari sekali melulur. lagi best kalau mandi denga st ives apricot bath then sental badan dengan lulur. terasa diriku begitu berharga gitu! eh, rasa macam nak lari gi boots je beli body scrub hari ni...hmmm ;)

ada la lagi a few things yang agak rajin jugak dibuat dulu2, macam homemade face mask letak putih telur or crushed strawberries atas muka malam2. kalau bab supplement ni selalu lupa nak makan, time beli tu ye ye sangat je membeli vitamin c, kalsium, EPO tapi lepas 2-3 hari sure lupa nak amalkan.

rasanya sekarang ni bila dah di ambang three-o kena la mulakan balik apa yang patut...especially bab supplement dengan pemakanan kan? kena banyak kan lagi makan buah dgn sayur (yg ni cliche but so true) dah la malas minum susu, hubby selalu bising mama tu hantu kopi tapi susu tak nak minum =P dulu lagi la suka nau buat nescafe dengan coffemate..e.v.e.r.y.d.a.y.o.k. pernah dengar tak coffeemate tu sangat bahaya untuk tulang dalam jangka masa panjang? seram wehh...tau2 lutut reput peroi terus. sekarang tidak lagi hehe...jauhkan minuman instant, kalau nak pun buat kopi susu letak fresh milk instead of condensed milk. kalau hari2 minum bersusu letak susu pekat memang boleh rasa badan cepat naik tau.

penjagaan kecantikan ni bukan luaran je, zat2 dalaman pun kena jaga jugak. peringatan untuk diri sendiri tu. dah tu ni sape nak handle serunding dengan stok keropok ikan yang baru sampai ni? adoi...sedap pulak tu keropok ni, makan sampai kenyang gile pastu baru perasan pisang tersadai kt atas fridge. nak breakfast dengan banana konon. choi! =P

motip?? haha gambar ni masa keje kt Frankfurt, time ni semasa masih lagi gemuk tapi dah berani la sikit2 nak bergambar walaupun lepas tu rasa depressed tgk gamba sendiri. time mya dah umur 6 bulan. sob sob. T___T



Friday 9 December 2011

frozen mode


minggu ini adalah super-lemau.

oh ye! berita paling best minggu ni is my bestie didi dapat baby!! woot woot! elok pergi check up biasa tup2 esok kena c-sect...hihi teringat time beranak mya dulu, pergi check-up biasa terus kena warded kuarkan baby.


cuaca makin sejuk tak hengat, semalam dah start ribut angin around Scotland, gale-force org sini panggil...memang teruk, especially area Edinburgh and Glasgow...semalam half day je most office kat red-alert area dah tutup....high street Aberdeen pun tutup sebab lampu hiasan Krismas yg bapak besar jatuh atas jalan, jalan nak ke Banchory tutup terus sebab pokok tumbang dan yang paling bahaya but a bit funny is hubby's colleague saw this person yang pakai baju hujan 'terbang' kejap ditiup angin kt tepi jalan...

so memang sah sah la perintah berkurung berkuat kuasa secara rasmi oleh papamya =P

mya pun dah batuk and selsema...last sekali bawak dia keluar is Sabtu lepas, ada Christmas Fair dekat bakal sekolah Mya....dokek yo...jalan kaki 5minit dah sampai sekolah...alhamdulillah dapat yang dekat, sangat convenience especially dalam keadaan cuaca macam ni and dia pulak memang start term tengah winter bulan depan.

citer pasal pesta krismas sekolah mya; target pergi sebab mya nak face painting and mama pulak nak bawak something for homebake's stall..


elok pulak dia diam...baru betul anak dara suka org belek2 muka tak gitu? ;)


sempat amik gamba depan tingkap kelas hihi
tangan genggam sebab time ni sejuk gilerrr brrrr.....


contribution for home bakes; Fudgy Brownies....adeh, tengok gamba ni teringin la pulak....brownies yg chewy dan liat memang kelemahan saya


.....and Strawberry Cheese Tart, pastry case tu boli je dek non sonang kojo ;)


gambar tak sempat nak snap banyak2...sebab buat indoor dalam kelas2 and dewan...so dengan orang yang ramai dan padat tu nak jalan pun susah...korang jangan imagine bangunan sekolah dia cam sekolah kita kek msia nu..sini bangunan sume lama2, kecik comey je...mana la ada balkoni besar dengan laluan yg spacious in between sume....huhu..lepas drop brownies and tarts, buat face painting, singgah beli buku kt gerai used books and toys terus mya ajak balik...cik mya kita ni memang....dia mana suka kalau crowded and orang ramai 2 sangat, rimas!



the rest of the day sila panggil dia butterfly ok, not mya, i'm butterfly....

mya..eh silap, butterfly oh butterfly come eat...butterfly nak wee wee? butterfly cold ke? haha...

oh, papa baru beli toy kitchen as birthday present (lambat betul tunggu hadiah ;P ) nanti la mama snap gambo ye...esok ada tetamu ni so sibuk sket la nak prepare2

till then, have a nice weekend everyone! tata!