ini cerita hujung minggu lepas. what the...haha pemalas gile nak update skang ni, dah selesai pun weekend minggu ni baru nak cerita pasal hujung minggu lepas -_-'
oh sod it.
ok, last weekend hari ahad weols ajak 2 family datang makan2...purpose is saje2 nak borak2 and lepak2 dan jugak nak..err nak...mintak tolong habiskan ini....
pasangan kaki kambing kepada satu lagi kambing yang me and mi amor amik masa 3 hari 3 malam nak habiskan huhu...
lagipun sekarang ni si laki sibuk menggila kat ofis, so saje je la nak ajak kawan2 yang rapat borak2...lagipun mya pun dah pandai nak berkawan kan, since yang bergather ladies2 minggu lepas2 asyik dok sebut je nak pi rumah org tu la kakak ni la nak main...
party hari ahad, khamis dah start menggodek kek uols....planning kena baekk punyer hihi...jumaat start defrost itu lamb banyak busat, but still ahad tu bangun kul 7.30 pagi pun x menyempat lagi...the 'culprit' to my time management is cik pulut panggang ni. nasib baik la kau sungguh nyums sekali pulut! first time tau kita buat, bantai je la ikut je resepi tu pastu nak adjust rasa masam manis masin tu ingat2 lupa je rasa inti dia yg selalu makan tu macam mana...alhamdulillah menjadi. fuh!
kambing bakar resepi chef wan (pi cari dalam buku masakan chef wan tajuk 'sedapnyaaaa....'), pulut panggang, spaghetti olio sosej for kids, store bought mini muffin....
udang sweet sour and sayur kobis campur yang tak dipandang...amboi2 sume pakat makan kambing jek naaa takda sapa pun nak amik sayuq chek...
sesi mengetest pulut panggang, like i said to them kalau la boleh main bukak2 meja gerai depan rumah macam kt msia dah lama ku buat kalau boring2 huhu....nasi lemak, burger malaysia, karipap, roti jala, pulut panggang..kak beli kak eh silap, hi sir, would u like some nashi lermak? fat rice anyone? haha...
being the sengal me, this is the only snap i took that involve the cake i've made; simple Strawberry Shortcake...goes down very well with my guests. dah makan kambing mesti la dessert yang light light aje kan? kang kut buat cheeseake or choc cake cam muak la pulak.
muhammad yang chumel bangat
mya menumpang main iPad...hehe...nanti kita duk jauh dgn papa mmg wajib beli kan mya? senang merayau shopping mana2 pun boleh main skype ;)
slice paling akhir sebelum di ngap oleh mya, kita tak rasa pun huhu...masa ni dah penat giler uols, sampai tengah borak2 pun boleh je membe cakap 'eh jap jap, u penat ke asal mata merah?'
haha over tau...memang la penat senah, dah dari pukul 7.30 pagi menggodek itu ini kejap kang nak tambah spaghetti la chicken soup la takut makanan tak cukup pastu nasib baik ingat kek tak letak krim lagi membawak la ke pukul 4 petang tetamu dah nak sampai tak habis2...in between kena stop kejap paksa mya tidur, dia kan tidur awal sebab memang dah tak tidur siang..kita ni nak party2 sampai malam kang dah penat ada yang mendiva hehe...sia2 la penantian mya tunggu kawan nak datang, dah baper hari dok tanya 'mama, is it weekend mama?' kalau dia tak enjoy kan?
tapi memang puas hati sekali sekala dapat masak2 cam ni....i tak kisah u janji kambing habis, eh jap bukan kitorg tamak tau beli sekali sepasang kaki besar cam ni, ni beli kt Costco mmg dah siap pack sepasang murah lak tu kalau compare dengan yang beli kilo kat kedai butcher biasa GBP25 aje...so kalau nak buat bbq ke party2 memang berbaloi la.
sebenonye masak ala yo yo je...kambing kan oven yang settlekan, just masak udang dengan sayur je...penat ni sebab banyak spend masa prepare inti kelapa, siapkan daun pisang and menggulung pulut panggang tu ha....hehe....
oh ye, resepi marinate kambing tu kita tak salin yang actual sukatan, so far main campak2 aje...for kaki kambing yang berat around 3 kilo ni bakar dalam oven grill (sebab function grill je yg ok) dalam 4 jam suhu rendah dala 150 celcius gitu, sebab tak nak la bahagian dalam tu tak masak....sekali sekala kena balik2 kan side yg kena api grill tu and renjis dengan kuah marinate.
basic resepi kambing bakar:
anggaran 1 cawan sos tomato
anggaran 1/2 cawan minyak zaitun
bawang besar di dadu
tomato, lecek or potong dadu
sedikit worcester sauce
seikat daum ketumbar hiris halus
sedikit kicap manis kipas udang
gula/garam to taste
korang rasa2 la ye ikut selera masing2, nak sedap daun ketumbar kena banyak and dia memang masam2 sikit tapi memang kena la dengan manis kambing tu tadi...kalau bakar kaki besar cam ni kelar2 and sumbat2 kan sikit dengan sos perap ni...baki sos perapan ni tambah air sikit dan masak dalam periuk, didihkan kejap dan tabur lagi daun ketumbar, dah jadi sos pencicah dia. senang kan? ;)
nak ikutkan dalam resepi asal tu ada letak apple sauce/ apple cider vinegar...tapi sebab kita ikut tuan punya buku aka Kak Suni yang buat tak letak apple cider so i followww...haha...sebab rasa masam dah cukup so malas la nak cari apple cider tu...
kalau ada sape2 yang ter'ada' buku chef wan 'sedapnyaaaa....' tu sudi2 la share kat sini okeh. try selongkar almari buku mak2 korang mana tau ada, sebab buku ni buku zaman dolu2 masa chef wan muda belia gitu...hasil carian google image pun dapat yang ni je. kita dapat pun dari Kak Suni, memang dah worn out habis buku dia hehe....
No comments:
Post a Comment