Monday, 6 February 2012

what's cookin - Pandan Layered Cake and 2 weeks old ladies gathering.

sorry la ye, lama bebeno rasanya teman tak update...bila dapat online tu sempat main fb kejap, check email and bergayut kt skype...blog kawan2 pun lama dah tak jenguk.

entry ni lama tertunggak sebab kita yg sengal ni lupa bawak kamera nak snap snap..terpaksa la menumpang kamera orang, membe pulak busy tengah pindah rumah...anyway, thanks Kak Lola sebab sudi melayan si sengal ni nak amik gamba kek sampai proper =)

ni ceciter pasal kita punya ladies gathering last 2 weeks, no mans allowed. ahaks! sebabnya weols yg pompuan2 ni lama dah tak melepak sesama and kebetulan Kak Suni's hubby balik msia coti2 so bila dtg idea utk cari tempat lepak minum2 kopi terus dia suggest datang rumah je. menu konon2 'ala takpe susah2 kita main masak2 makan megi je la' tu tuan rumah yg cakap tapi....



 we got laksa johor by tuan rumah yg konon nak buat megi and nasi goreng cina panas2 baru kuar kuali by Kak Lola...and ada lagi lovely cherries by Athirah.

rumah Kak Suni ni agak jauh ke luar bandar la jugak, dlm 20 minit gitu naik keta...wuishhh jauh la tu ko, sebab kitorg duduk betul2 kat city center so sume main jalan kaki jek dalam 10-15 minit =P  so demi melunaskan harapan nusa dan bangsa mya dan omak eh untuk bergossip bapak eh kena la ngantor...bak kata mi amor 'haiyolahai, rasa macam anto gi tuisyen pulak' hehe...

 left onwards; Athirah with Muhammad yg dah sombong, Kak Lola, ehem ehem yg dah demok, Kak Suni, and Effa

 

burger malaysia nyum nyumsss...sape lagi yang punya trademark kalau bukan si ehem ehem dah demok di atas; tengah tunggu adunan naik kembang atas heater tetiba laki si demok cakap eh jom la kuar sekarang, sudahnya cepat2 buat bulat2 comel then sambung perap and goreng kt rumah orang hihi...ate, kate slumber party? moh le kita sebok kecahkan dapur orang hehe...bengot2 sebab bulat comel dah tak comel bergolek2 dalam keta. nak resepi? try tengok myresepi here. simple dan sedap. my go-to burger malaysia's recipe. =)


and kali ni si ehem ehem tadi pun menggunakan peluang yang ada untuk menghabiskan list resepi-kek-nak -cuba-tap-tak-tau-bila dalam bookmark beliau.


 Pandan Layered Cake; my first trial. and as usual first time merasa juga. hehe....


dihias dengan sengaja khas untuk sesi fotografi dengan cherry cik Thirah kita. sedap woh ceri ni...tapi kita entah la tak boleh makan banyak, rasa sikit pun dah sakit tekak. nampak nau tekak org cheapskate, tak boleh makan benda mahal2 ;P


ok jom tengok resepi Pandan Layered Cake ni, nampak je leceh tapi senang je uols. resepi from Mat Gebu kat myresepi, siap ada gambar step by step dan tips lagi. macih CMG!

Pandan Layer Cake
Source: Cik Mate Gebu (myresepi)


5 biji telur Gred A
160 g gula
125 g tepung gandum*
1 camca teh baking powder* (*disatukan dan diayak)
75 g minyak jagung
15 g ovallate [ equal to 1 sudu besar ]
1 camca teh paste pandan
 2 camca besar susu segar/cair


BAHAN KASTARD:-
1050 g santan 
225 g gula
10 g serbuk agar-agar
1 camca teh paste pandan
100 g tepung Hoen Kwee warna hijau [ kita ganti dengan 3 sudu besar tepung jagung]
75 ml jus pandan (kisar 4 helai dan pandan dgn 75 ml air, kemudian tapis)
Secubit garam

Cara-cara

1. UNTUK KEK:- Satukan telur, ovalatte, gula dan paste pandan. Pukul hingga kembang dan gebu. Perlahan kan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga susu. Gaul rata

2. Masukkan minyak jagung dan gaul rata. Tuang dalam tin berukuran (8 x 8 x 3) inci yg telah di sapu dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas. Sapukan juga permukaan kertas dgn mentega. (i used 8" round pan as that what i have in hand, dan dapat bakar baki adunan dalam loaf pan)

3. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit atau sampai kek masak. Bila masak keluarkan kek dari oven dan sejukkan. Kecilkan sedikit kek dgn cara memotong bhg tepi kek sehingga menjadi (7 x 7) inci. Kemudian potong mendatar sebanyak 3 keping.

4. UNTUK KASTARD:- Satukan semua bahan2 untuk kastard dalam bekas tahan panas. Masak diatas air mendidih (secara double boiler), gunakan wisk, kacau hingga pekat dan berkilat. Mastikan api dan biar suam sedikit sebelum dilapis dgn kek.

5. UNTUK MEMBUAT KEK LAPIS PANDAN:- Gunakan tin berukuran (8 x 8 x 3) inci (in other words, loyang yg korang buat bakar kek tadi). Tuang 1/3 adunan kastard dan ratakan. Lapiskan dgn sekeping kek. Tekan sedikit. Tuang lagi 1/3 kastad dan lapiskan dgn sekeping lagi kek. Ratakan biar memenuhi bhg yg kosong. Lapiskan lagi dgn sekeping kek dan kemudian kastard dan diakhiri dgn kek. Isi ruang2 tepi kek dgn lebihan kastard.

6. Kemudian masukkan dalam peti sejuk sekurang2nya 1 jam. Keluar kan kek dari acuan dan salut dgn kelapa kering.



**kalau ikut resepi ni masa melapis tuang kastad dulu dan mula melapis (maknanya kastad-kek-kastad-kek-kastad-kek) dan bila nak keluarkan kek terbalikkan loyang berisi kek lapis tadi atas loyang dan hias dengan kelapa kering. tapi sebab kita tersilap faham baca konsep resepi ni dan buat pun dalam loyang ala2 springform so main belasah jek terus letak kek dan lapis dengan kastad sampai habis. yg penting sodap!


the verdict: alhamdulillah all the girls suka, sebab tak manis sangat, rasa lemak dan harum pandan menusuk kalbu, and the sponge pun moist. tak susah mana pun uols, kalau malas takde masa tapi terasa nak baking buat je sponge tu pakai sponge mix takpun beli je kek span dah siap.

3 comments:

swit@kon said...

buat kek ni la jari aku terbakar. sebab nak siapkan jelly pandan. :(

suhana azlin said...

ouch! panas gile tu beb terpegang kastad menggelegak huhu...

dulu selalu je nampak kt bakery, tp x pernah teringin pun nak beli. dah buat ni rasa alahai sonang yo...tinggal ada mood nak buat ke x je. ;)

swit@kon said...

ye! sangat senang. tapi aku sedey. terbakar tangan. tobat ok. haha