Tuesday 14 August 2012

cinta antara benua; incoming....

kejap je dah  nak raya kan?

3 tahun duduk merantau di tempat orang, ni la pertama kali raya kat sini tahu? hihi...mana boleh raya tak balik ye tak? tapi disebabkan bulan 10 nanti dah nak kena balik and so takde la rasa sedih sangat ke apa. err, belum lagi kut. ;P

dalam kepala ni dok sibuk fikir kesedihan yang lagi tragis bila kena duduk berdua dengan Mya, so alah setakat raya tak balik kampung, baju raya recycled yang baju kurung dgn baju melayu papa time kenduri cukur jambul Mya dulu tu apa la sangat...kannnnnn???

the only baju kurung and baju melayu yang ada kat bumi Aberdeen tu je lah, warna kuning so secara automatik tema pun jadi kuning. order baju kurung mya online pun dengan sangat reluctant have to pilih kuning over pinky polka dots. duhh...

cepat betul masa berlalu...tidakkk...please October don't comeee...huhu...

saya sangat tidak mahu balik. sangat. =(

i'll miss nice summer and autumn weather.
drooling over m&s desserts sections.
oh so yummy costa roasted hazelnut latte.
primark! so long primark.... sobs.

...there gone my sweet life as a housewife, taking my own sweet time lazying on the bed till noon...opps! ;P

and tak yah cakap la pasal kerinduan pada mi amor, imagine dia balik keje bukak rumah kosong dan gelap, pastu lapar masak nasi sendiri and kena kupas bawang kena masak pun rasa nak menangis T__T

seriously, we don't know what to expect. ramai orang cakap, 'ala, resign aje la...sanggup ke duduk jauh2 tu'

memang la kalau ikut hati berhenti je kan sonang. pastu kalau nak sangat keje cari je keje apa2 kat sini, pastu pindah rumah yang besar sket ada laman boleh letak macam2 mainan kat luar then boleh tanam pokok bunga ke epal ke kan...oh indah betul berangan...

tapi kalau ikut akal, resign is not an option. parents makin lama makin tua, so takde la nak duduk lama2 kat sini betul tak? eventually akan kena balik jugak and at that time kan ke senang kalau memang dah ada kerja.

but at the same time deep inside there's this little voice inside me keep asking, 'oh is it really worth it that papa will missing so much on Mya? IS IT?'

like i said, we really don't know what to expect.

dah lama berbincang dan merancang so far ini la keputusannya, demi untuk masa depan kena la berkorban sikit... suami pun rasa tak confident nak bagi wife dia ni resign, takkan nak dia pulak yg resign and cari keje lain kan? oh no no no! so cannot! hehe...

as for me, dah mula siap sedia kuatkan mental and kesabaran duduk berdua dengan Mya...bukan la kitorang duduk dua orang je kan sebab for sure we'll stay at mak's place but you know...nak mengajar budak kecik yang tengah nak nakal ni bukannya senang, kena pulak kita ni kerja and daripada dia yang duduk rumah dengan mama tup tup dapat jumpa mama malam2 je..pastu muka stress...then kena marah no papa to pujuk pujuk...not easy...

belum masuk bab rindu and sedih teringatkan buah hati yang keseorangan...aduhh...just thinking of it pun dah rasa sebak, incomplete.. =(

Ya Allah, kuatkanlah hati kami...

hanya mampu berdoa semoga keputusan yang dibuat ni adalah keputusan yang tepat, semoga Tuhan lindungi semuanya dan jauhkan dari segala dugaan dan musibah..aminn...




4 comments:

zulaikha mz said...

be strong babe. kalau dah itu ketentuanNya insya Allah ko mampu nak hadapi. Allah takkan menguji hambaNya diluar kemampuan kite kan? So aku rase insya Allah ko boleh lalui. Halangan² tu mesti ade, tapi mestilah ade cabaran kan? sebelum bulan 10 ko jgn pikir banyak², enjoy! =)

swit@kon said...

can imagine. me with the 3 months old husband yang hanya ada di Penang pun macam tak best, apatah lagi aberdeen. please come back. i'll support u n mya mentally nanti k. *chewah!*.

will be waiting for you and mya. eikkk. excited! to kamal, be strong. suami cari rezeki, banyak pahala tu.
:)

lin, rindu!!!! nanti nak call.

mamamya said...

ika: insya Allah bolehhh..mak aku pun ada je yg kwn dia suami kerja sudan, dari anak2 sek rendah sampai dah besar2..4-5 org kut anak dia, relek jek...

sbb tu mak aku pun x kisah sgt, dia kata mesti boleh punya...alah dia yg lone ranger tu pun ok, kental sungguh =(

boleh boleh!

mamamya said...

yanti: kan? rasa mcm hati ni tertinggal kut...tak lengkap hidup, even kalau dok sama bukan lah berkepit ke apa but the presence nampak depan mata tu yg dirindui huhu..

suami penat bekerja cari rezeki isteri berjimba makan sedap, harus la kan nak happykan hati hihi (ayat sedapkan hati)

beb, raya nnt kalau ada line skype le...tolak 8 jam je waktu msia..search je nama kamal kt skype tu sure nampak online manjang hehe..