Friday 28 September 2012

what's cookin - Chocolate Indulgence Cake (new recipe)


Sekali sekala ada la menjelma tempahan kek, from the one and only my beloved customer Athirah hewhewhew..dia ni je yang setia mengorder kek, kita pun buat suka-suka je takde la nak untung mana pun setakat nak tolong kawan kan, asal balik modal sudah :)

nak buat takdela susah mana pun, just kena tau a few skill macam how long nak kena pukul krim untuk mousse, panaskan krim tu nak sampai panas macam mana for ganache, and kadang-kadang bab basic nak cairkan coklat pun boleh disaster nak2 kalau buat tengah rushing kelam kabut tak organize betul-betul. especially white chocolate, kandungan cocoa fat (ke apa bahan dalam tu ye tak ingat) kan lain dari dark coklat, kalau tersalah nak cairkan tu coklat akan split and berketul. take it from someone who has bad experience(s) okey ;)

kalau macam kek boleh buat sehari awal, then on the day tu just sediakan mousse and assemble the cake. resepi mousse kali ni simple; tak perlu guna gelatin dan tak perlu pukul putih telur asing-asing (haha dasar pemalas ;P) 


crumb coat using leftover mousse(s), patut pakai chocolate mousse je tapi entah tersilap teknik choc mousse macam nak split pulak, over beat cream kut...surprised ok, sebab selalunya white mousse tu yang problem kalau buat indulgence ;P


dah siap crumb coat caca marba kehkehkeh..simpan dalam fridge dulu okey.



dah siap ganache, sejukkan suhu bilik then boleh tuang atas kek. tangkap leleh..........


err..excuse my tangan gigil deco. using paper cornet since piping bag dah habis, sedar sedar the melted white chocolate oozing out from the other side of the cornet hewhewhew...


no so smooth side, i guess this is what happens when you pour warm ganache on to the cake (the impatience me pfftttt...)


resepi? kali ni try this basic chocolate sponge cake from Sweet Lily Kitchen nun jauh di JB, kek sedap and moist! this is going to be my go-to chocolate sponge cake from now  :)

as for the white chocolate mousse and chocolate mousse terjumpa resepi baru, andddddd....yang buat sangat excited nak mencuba is katanya resepi ni dari the SR chef himself! katanya....hehe...and the recipe itself looks promising, sebab ada guna butter as the base so i guess the mousse can hold the cake better la kan.


KEK SPAN COKLAT

5 biji telur gred b
170gm gula kaster

1 camt ovalette 

100gm tepung gandum

1tsp baking powder 
40gm serbuk koko
70gm minyak jagung atau minyak masak atau butter yg di cairkan


Dalam satu adunan, telur, gula dan ovalette di  putar menggunakan kelajuan maksimum sehingga kembang, pekat dan berwarna putih.

Tepung, baking powder, serbuk koko masuk dlm adunan. Terus masuk minyak. Putar perlahan hingga adunan bergaul rata dan sebati.

Tuang dalam loyang berukuran 8". Boleh la di bakar pada suhu 170C lebih kurang 30 minit.
Dah siap, sejukkan kejap dalam 5 minit then terus hentak perlahan, keluarkan dari loyang dan sejukkan atas redai.




MOUSSE COKLAT PUTIH

100g compund white chocolate
150g butter
2 biji telur gred A (i used 2 yolks)
100g gula halus
250g non dairy whipping cream 

Cara-cara:
  • Cairkan coklat secara double boiler dan ketepikan. 
  • Pukul whipping cream hingga soft peak sahaja. Pastikan whipping cream TIDAK mencapai suhu bilik semasa diputar. Jangan terlebih pukul kerana suhu whipping cream yang semakin menurun, akan menyebabkan  ianya overmixed dan akan menjadi berketul. 
  • Pukul gula dengan butter hingga kembang. Masukkan kuning telur dan pukul lagi. Masukkan coklat dan kacau sebati.  Akhir sekali masukkan whipping cream dan kacau rata.





MOUSSE COKLAT HITAM
Source: bilachahkedapur.blogspot


100g compund dark chocolate 
150g butter
2 biji telur gred A (i used 2 yolks)
100g gula halus
250g non dairy whipping cream 

Cara penyediaan sama dengan mousse coklat putih.


COKLAT GANACHE

300g dark chocolate, hiris atau parut supaya cepat cair
300g non dairy whipping cream
25g butter

Cara-cara:

  • Masak whipping cream hingga timbul buih-buih kecil. Jangan terlebih panas nanti krim akan split dan grainy. Angkat dari api.
  • Masukkan butter kacau perlahan. 
  • Masukkan chocolate dan kacau hingga tiada lagi ketulan coklat dan coklat telah mencair sepenuhnya. Sejukkan kejap sebelum tuang atas kek.


CARA LAPIS KEK:
  • Potong kek pada 4 lapisan. (kita buat dua buku kek, satu kek potong 3 lapisan total ada 6 lapisan kek, ni kes kek first tu tak puas hati ada part yang tak berapa gebus. dapatlah baki 2 lapisan for mya's tea)
  • Letak sekeping kek atas cake board/plate. Sapukan WHITE chocolate mousse. Letak sekeping kek lagi, sapu CHOCOLATE mousse. Letak lapisan kek yang ke-3, tekan-tekan lembut kek dan sapu baki WHITE chocolate mousse. Letak lapisan kek yang terakhir @ lapisan ke-4. Sapu rata chocolate mousse keseluruhan kek (crumb coat). 
  • Letak kek atas redai, redai tu di alas dengan baking paper/baking tray besar/pinggan besar supaya senang nak kaut baki lelehan ganache yang akan dituang nanti.
  • Tuang ganache yang dah sejuk (kalau masih suam-suam lapisan mousse seluruh kek akan mencair like mine), ratakan dan hias ikut citarasa. Siap! 


p/s: million thanks to Cik Chah sebab sudi kongsi resepi yang simple ni, unfortunately kita tak dapat nak tengok rupa dalaman kek lepas potong atau rasa the whole combination, setakat lick-lick the mousse bowl and rasa lebihan kek (sebab buat adunan untuk mya sekali) ada la. tapi customer cakap sedap. hihi ;)

No comments: