Monday, 8 October 2012

Bye Bye Papa

Alhamdulillah, kami dah selamat sampai di tanah air petang tadi.

Pheww..letih jangan kata la kan, for 7 jam perjalanan Glasgow-Dubai mya ok je, sibuk main ttoys baru hasil bribery mama untuk pujuk dia yang mengamuk sebab papa tak ikut masuk aeroplane.

Sedih, sebak, sayu tok sah cakap la kan, kita lak tengah kelam kabut kena bukak jaket, shawl, asingkan linquid semua tu untuk scan, yang guard tu boleh lak suruh diam 'sshh sshh'.

Woi, kau x dengar ke budak tu tengah menjerit i want my papaaaa! Mama, mama i want my papa to follow.....mama please cepat buy iPad mya miss papa ni mya nak call papaaaa...mama!!!

Heret cepat-cepat masuk kedai toys. Settled.

Dari malam tu dia dah start sedih x leh tido, Mintak ajak baik rumah x nak selepas kat hotel. Tau tau je kan?

Then sampai Dubai, terus K.O. Tidur kepenatan. Nasib baik ada mat saleh baik tolong bawah hand carry. Susah wooo...bayangkan nak terkucil takkan nak tinggal je dia tido atas stroller cam tu je kan?

Elok lagi 3 jam nak sampai mya bangun, tapi bad mood sebab mabuk. Mula la dia nangis and marah marah sebab nak  termuntah. Tiba tiba ada makcik perasan awet muda sound, 'sshh! Ssshh! Eh tolong jangan bising sangat eh? Senyap sikit boleh?'

The nerve of some people eh? I was so terkelu dan terkedu, tapi terkeluar jugak la perkataan B****
tadi, senyap senyap of course. Takkan nak create a scene lak kan?

Setakat rambut kering kuku cat hitam libas Furla cakap pun slang duduk london 40 tahun,kalau nak privasi sila la ke bisnes class cik puan. Kita tunggu je kalau dia nak sound baik kan, dah praktis dah ayat apa nak jawab.

Mya tengah nangis pun terkejut and takut, hmmm macam ni la perangai org malaysia  ya syg, sangat tak considerate. Bayangkan la, dia pergi sekolah tak pernah pun ada cikgu marah marah, ni tetiba ada orang marah depan ramai ramai, trauma sangat kan mya?

Bila ada baby  lain nangis pun dia mendengus dengus. Agaknya anak dia yang ikut sekali tu keluar
perut terus umur 18 tahun kut. Kesian ok, baby tu demam la sebab dah borak borak dengan mak dia.

Haih. Bila mengadu dekat papa dia sangat marah, tanya kenapa mama tak menjawab? Ish, kita ni dah la tengah emosi tak stabil,ada yg kena gunting rambut dia kang.

Well, tak pe la kan. Yang penting selamat sampai, papa pun tak risau risau lagi camne mama nak handle travel sorang. Lagipun kat klia lagi mama dah beli new play doh mya kan? And yang penting dah dapat makan gulai lemak cili api telur ikan perghhh..slurpppp!

Ok la, papa ni katanya tengah on da way balik keje nak pi beli iPhone. Kalau i tertidur sorry lah ye darling. Got a long day lots of thing to do tomorrow; ratakan rambut senget yang potong sendiri, buat spek baru, beli toileterries, masuk drive thru McD...hihihi...

Dan yang paling penting Esok juga kena bawak mya beli basikal ni, antara janji janji manis mama yang harus ditepati!




Kalau tak jetlagged la kan.......



P/s: apa benda la iPad ni kan? Susah betul nak taip. Grrrrrr.....

12 comments:

swit@kon said...

welcome to Malaysian Hospitality.
Furla je pon. Kecoh!
Kesian kau n Mya. aku leh bayang dia terpisat2.

see ya babe!

rennylesa said...

huhu...

finally...back to hometown...

sangat inconsiderate orang itu lin..kalau sy pun akan rasa nak reply orang tu je...fahamlah ada kids..kalau dia tak suka..dia jerit nangis je...dah nama pun budak2..

anyway...welcome home....

suhana azlin said...

Ahkon:that's what i thought! Msian ey.....aku lepas tu agak nyesal gak sebab x menjawab, malu beb kena sound cam tu tp rasanya dia la malu kut.

suhana azlin said...

Renny: memang geram sangat, Kalau nak privasi beli seat bisnes class la kan? Konfem xde budak. And seat belakang tu her friend, i'm sure dia dengar i membebel 'hish bod*** punya makcik!'

Haha.

nana rodziana said...

Welcome home sis..suke bce story sis..but yg latest story ni sgt teruk!xsgke dlm plane pn bole sound2 cm tu..grrrr

DeLancrettLurpak said...

wahh, sudah selamat sampai.. bila masuk opis? selamat berkerja..

aku pun selalu mcm ko, selalu terkedu kalau kena sound cenggitu, kalau dpt repeat, confirm ada je aku nak sound balik, hahaha

suhana azlin said...

Nana: awww..thank you! Ada jgk org baca blog picisan ni ek? Hehe...mmg makcik tu, Kalau u nak bygkan muka dia cam pelakon normah Damanhuri tu, rambut sabut. ;p

No offence ye kak normah!

suhana azlin said...

Cik lurpak: kita masuk ofis 1nov esok, tp tiada lg jetlagged yahuuuu! Haha. Cemerlang bukan?;p

Ko pun pernah kena ke? Dgn orang asing ke org kita? Agak2 la kan, kena kt ko or anak ko esok padan muka!

rehan syazwani said...

welcome back kak lin! selamat menempuh malaysia and malaysian yg penoh pancaroba ni. hehe

suhana azlin said...

Rehan: thanks! Kita dah jumpa kwn awak anas masa my farewellhari tu...

So far belum drive. Lg so belum tertekan sgt lahehe

Nurul Baity said...

Oh so tak boleh tahan bila baca pasal makcik rambut sabut itu...geram i ok!!! Kesian kat mya...How is she doing now Lin? okey ke dia dgn suhu kepanasan kat Malaysia? Hope she settling in well. Rindu kamu dan cutie mya sooo much!

suhana azlin said...

baity: kan kan kan? ishhhhh...i geram giler sampai skang pun rasa menyesal x sudah sbb x menjawab. grrrr....

mya ok je, semua org pun dia mengadu pasal si rambut sabut ;P

rindu org aberdeen juga :(