Thursday, 4 October 2012

oh mya's english!

ramai gak yang tanya, eh anak kau boleh cakap melayu tak?

over tau kalau tak reti, bajet mak bapak dia speaking scottish ke kat rumah? tak kuasa okeh! mesti la tau ko ni.....

mainly dia cakap manglish la, hujung ayat mesti ada 'lah', 'kan'..haha standard la tu ikut omak eh ;P

akan tetapi tak dinafikan dia lagi banyak tahu vocab yang basic in english, macam counting tu lagi familiar dengan one two three, perkataan kucing, tingkap, pinggan, telinga..tu semua perkataan yang dia akan tergelak masa first time dengar.

she even thought 'harimau' is limau, but at the same time tau pulak limau tu buah oren. haih.

'eh mya look at the cloud, mama rasa nak hujan la gelapnyaa...'
'hujan? what's that? hujan?'

'can you hear that? its the dog'
'dog? anjing ke mama?'

'which one is your car?'
'there my kereta!'



kekeliruan nampaknya anakku. nasib baik dah nak tengok upin ipin, first time tengok melopong tengok budak-budak tu main macam-macam, macam pelik je dialog tapi nampak cam seronok; hei larii larii..apa tak cakap awal-awal? kau ni upin tu pun tak tau, eh mestilah bapak aku yang beli..korang tu tau mintak aje...jom la kitorang tak pernah naik kereta..kaki opah lenguh ke?

so sekarang dia dah more to malay, rasa kelakar pulak.
'ugh..mamaaa...sak-kit la per-rowt mya ni..ugh ugh...sakit perrott...'
'mama mya hungry ssssaanngattt sang-ngat!'
'kelakela kan mama?'

kelakela as in 'kelakar'.

dia ni kira ok la bukan full-time nursery, mana yang 9-5 duk nursery tu toksah cakap la kan, berhabuk memang i tak faham you. yes yes kan aje haha...

tapi rasanya budak kat msia speaking slang british lagi hebat kan sekarang ni? tadika pun semua stok montessori british syllabus semuanya, especially around KL. oh speaking of KL tadi tiba2 tanya, 'mama, what is Key-El?'

sabar ye sayang, mama bawak masuk KL nanti sure terkezut tengok bangunan mencakau langit.

note to self: start counting in satu dua tiga instead of one two three. dengar perkataan 'sebelas', 'dua belas' nanti sure kezutan.


4 comments:

DeLancrettLurpak said...

Hehehe. Sesungguhnya kalau ko tanya aku "anak ko pandai ckp melayu ke tidak", jawapannya adalah tidak pandai, hahaha. Sebab anak aku duk kat nursery masa umurnya 2++ years old. Sekarang umurnya sudah almost 5years old.

"Masaklah" aku nanti nak menyekolahkan dia,aaaaaaa

swit@kon said...

hahaha.
mya kono blaja speaking nogori plak pas nih.

:)

eh. tak sobar aku dah!!!

suhana azlin said...

cik lurpak: tu la kan? camno nak buek, blk kampung esok kut org dgr cam meluat pun ada tp dah mmg budak tu time kecik2 dapat mulut je dah kt hengland.

masak la mummy teeheehee...good luck! ;P

suhana azlin said...

ahkon: haha kalau dengar dia terpengaruh ckp nogori kelakela beb, geram dgn toys dok ketuk2 cakap apo bondo niiii...hish, ap-po ni!!