Thursday 21 October 2010

what's cookin - Moist Chocolate Cake


sesungguhnya...kek coklat dan lin memang tak boleh dipisahkan.....

haha apa la punya pembuka kata =P

tapi serius la laling-laling sekalian, masa zaman muda belia dulu kan rasanya selain dari tahap ketembaman (yes saya adalah the bam2 chubby girl kat skool dulu ye terima kasih sila dtg lagi), perangai notty yg membuatkan tapak tanganku merasa rembatan rotan cikgu depan perhimpunan sekolah (maunya tak femes sekejap hehe...cikgu, kalau cikgu jumpa saya sekarang mesti bangga budak tembam comot nakal ni dah jadi orang ngeh ngeh ngeh) kawan-kawan sekolah juga kenal saya sebagai budak penaja kek coklat kalau ada jamuan kelas hehehe... which is totally the other way around dgn mi amor sebab dulu time sekolah org kenal dia sebab 1.budak baik, 2.budak pandai and 3.err..budak baik dan pandai serta bermuka jambu yang masuk st john club =P hehe..itula org putih kata we compliment each other ye tak?

ingat lagi kalau hari ada jamuan tu nampak je budak tembam ni bawak kotak kek membe dah kerumun nak intai kek dan buat muka kagum...comel kan budak sekolah? padahal kek coklat je pun =) minat buat kek ni harus berterima kasih kepada emak, sebab dulu kalau kawan-kawan mak buat tempahan mesti saya yang kena tukang bancuh kek tu..mula-mula buat atas pengaruh upah (upah saya adalah the whole harga kek itew yer...haha tak balik modal kan?) lama-lama cam best lak baking ni...

sehinggalah kepada zaman dah berboyfren...kek coklat adalah senjata utama terutama semasa birthday dan musim perayaan..maunya tak rasa kembang semangkuk kalau dapat hulur kek coklat dgn kek blueberry ke rumah boyfren semasa hari raya...kalau korang pun sure vangga kan, silap-silap esok terus ada rombongan datang kehkehkeh...

kek coklat tu resepi emak...memang sure menang punya resepi okeh...and i was too lazy to try another choc moist cake sebab..resepi tu senang gile! hehe..sukat pakai cawan dan sepanjang pengalaman bertahun buat tak pernah failed or ada problem masa baking...

until one day i found this recipe...and my eyes were automatically terbeliak dan hati kecil pula berkata 'lin ko mesti buat beb gua sure mesti sedap punyer' simply because, the amount of liquid used in them.

and yes, saya mendengar kata hati kecil and do it straight away. and boy oh boy they were amazing! yahoooo..!!

tergedik2 i dengan mya(dah dia je geng kat rumah kan and of course dia tak mengerti apa-apa, mama je over lebih) masa makan first bite tawww....baiklah, mari kita lihat imbas kembali saat-saat kegembiraan tersebut kawan-kawan...
basic; bancuh semua bahan kecuali telur dan kacau...see see very the liquid i tell you kan kan...cairrrrr jer..wah masa ni dah happy...ni baru betul moist choc cake! (oops, didi, walkers sebagai background tu adalah tidak disengajakan ye..hehe.. tu kudapan chef selepas penat membancuh kek =P)


topped with simple choc frosting, hias sikit dgn hundreds and thousands, gula manik kegemaran mya


haaaa..kasi guna flash nak tunjuk sikit kelembapannya yang menawan kalbu itewww...actually dah potong dua layer kek ni, lapis lagi fosting kat tengah tapi sebab tak cukup tak dapat nak letak krim tebal sepuas hati kat tengah tu huhu...

muka excited nampak kek terus nyanyi lagu hepi besday dalam versi sendiri
anak dara sape la ni. haih. comot kan? still tak pandai lagi nak berikat rambut main reben2 dan scrunchie bunga2 polka dot....huhu..ikat rambut kejap dah bising suruh mama bukak ;)

junior chocohalic in the making...serious tak boleh bagi makan coklat selalu, makan cam addicted lajuuuuu je habis...


bahan liquid dalam kek ni ada 3; 1 cawan minyak,which is preferably canola oil la kan, paling sesuai untuk baking...jangan korang curah je minyak masak kelapa sawit tu takut nanti terasa pelik hehe (ni cakap ikut pengalaman ye akibat degil malas pergi kedai beli minyak jagung habis muffin ku terasa yuck! =P)

then, 1 cawan susu segar dan 1 cawan kopi...yes darling coffee...kopi ni fungsi dia adalah untuk enhance lagi rasa kecoklatan kek and you can actually taste the depth of the cholatey taste, not the coffee...just bancuh je black kopi (kopi o lerrr..hehe) macam biasa dan tuang sahaja ikut instruction..tak kisah la jenama apa nescafe pun okey jer...and make sure use good quality cocoa powder...selalunya orang guna jenama van houten....tapi kalau beli kat kedai baking cam yummie bangi tu boleh je beli yang packet tapi pilih yang imported ye...sama kualiti dan sama rasa macam van hauten =)

and as for the cake frosting, i've use simple ganache recipe from davidlebovitz.com which you can refer here.

kalau kita baca entry asal resepi kek ni from kitchensimplicity.com dan ikut arahan dalam resepi tu memang dia suruh bakar dalam dua loyang kek yang bersaiz sama, which is bahagi dua adunan and bake separately or kalau ada oven besar kipas laju boleh je bakar dua loyang sekaligus. this is due to kecairan adunan itu ya...saiz loyang memainkan peranan so kalau kita sumbat adunan pada loyang yang tak sesuai ada kemungkinan kek tu tak jadi or rupa buruks sikit. gituuuu...

but since i don't have 2 cake pan, bakar je la sekali harung kan...and as per said by the author in the comments section (minah ni memang bagus tau, rajin layan pertanyaan readers dia pasal baking), my cake did sank a lil bit in the middle after cooling, which is tak effect rasa pun cuma rupa paras je la huduh sket hehe...

here goes the recipe...copy paste dari kitchen simplicity, million thanks cheri! =)


MOIST CHOCOLATE CAKE
Source: kitchensimplicity.com, which is adapted from TasteofHome

  • 2 cups flour
  • 1 tsp. salt
  • 1 tsp. baking powder
  • 2 tsp. baking soda
  • 3/4 cup baking cocoa
  • 2 cups sugar
  • 1 cup oil
  • 1 cup brewed coffee
  • 1 cup milk
  • 2 eggs
  • 1 tsp. vanilla
  1. Sift together dry ingredients. Add oil, coffee and milk. Whisk until combined. Add eggs and vanilla. Whisk until well incorperated (about 2 min.). It will be quite runny.
  2. Grease and flour 2- 9 inch round pans. Pour the batter into the pans and bake at 325ºF for 25-30 min until a toothpick inserted into the centre comes out clean. (kalau guna satu loyang je like moi, mungkin kena tambah masa untuk membakar ye)
  3. Let the cakes cool in the pans for 10 min. before removing to cool completely.
Happy Baking and eating! (^o^)

2 comments:

swit@kon said...

aku nampak mya dulu, baru kek kau!!!! rindu budak chomot tu.

aku lama dah tak buat kek. weekend ni laa

mamamya said...

iya dia mg semakin comot, dan notty! suka ajuk mama cakap or marah guna suara comel sampai mama x jadi marah. haih.

sila baking, dan belogkan.