mungkin berkat niat suci murni nak buat kek untuk harijadi suami, for the first time since using my new neurotic oven my cake turned out so so soooo well!
terjoget joget kejap kat dapur bila tengok kek tu masak cantik je, lembut gebus pulak tu. selalu kan sure jadi bingka or bahagian bawah kek x berapa masak. stress okeh. apa la masalahnya oven ni tak tau la. so far, dah faham la sikit2 perangai dia, suhu set 130C, bakar kek sure more than 1 and 1/2 hours, and tak boleh buat adunan banyak2 sangat.
sebab kek dah menjadi barulah semangat nak mereliasasikan Chocolate Banana Cake ala SR tu...for the cake guna resepi kek coklat span from myresepi ni, for the chocolate mousse refer here.
ratio kek to filling macam tak balance kan? satu kek potong 3 lapis mana tak nya hehe.. maybe kalau nak buat lagi next time kena buat 2 biji kek baru mahsyuk....
ada jugak resepi kat citarasawan, memang best blog kak wan ni Tiramisu Cake, Blackforest Cake, nak Chocolate Indulgence pun ada. tapi sebab dah pernah try resepi chiffon cake masa buat Chocolate Indulgence (untuk birthday anak Mell, which i forgot to blog about) so for the cake teringin la nak cuba resepi baru pulak. lagipun cam curious sebab dalam bahan ada mayonis, plus review di myresepi sangat memberangsangkan.
pukul sekembang ini ye, bak kata pesanan tuan punya resepi 'pukul sampai gebu dan fedulikkan kebisingan mixer itewww...'
dah ready nak bakar, warna adunan memang pucat macam ni but dont worry dah masak nanti kaler coklat dia ok je.. ada lebihan bancuhan kek try masuk dlm bekas kek mya, sekali hadap je dia habiskan, so memang sodap la tu.
dah potong 3 lapis, sapu mousse, susun banana slices and crumb coat. mousse lupa nak snap, mya sibuk bertanya itu ini,'mama, what's this called? this? what's that mama?' which i found sangat susah nak multitask between answering her questions and getting my crumb-coating right.fuhh!
ok, by lunch hour dah siap deko sikit2. sempat la bagi set dlm fridge sebelum papa balik for dinner. nasib baik ada lebihan ready-made writing icing dari birthday mya hari tu. please excuse my poor piping skill ye, emak saya terjumpa nozzle saiz kecik2 je dlm kabinet khazanah barang baking saya kt rumah bila mintak selitkan dalam kotak parcel hari tu. dah alang2 memang nak anta stok ikan bilis kan. nak beli baru cam sama harga dengan blouse dorothy perkins, selalu keliru nak decide mana satu keperluan lebih mendesak ;P
mya paling happy, tolong mama buat kek satu hari (particularly lick the bowl part), tolong letak lilin, dapat nyanyi2 and bagi papa hadiah...macam sedih pulak menyambut 3 beranak je huhu..masa ni la terasa sangat rindu kat family sob sob...my mil very the sweet, a day before ada kad harijadi (ma, orang sekarang mana ada anta kad, sume main ikut fesbuk je tau macam aunty zah tu) sampai untuk anak kesayangan ...awwww...kad yg ada lagu2 lagi, bila tengok and baca ucapan i yg touching lebih2 tiba2 nak sedih2 lepas tu ngalahkan tuan punya badan sendiri yg excited nak call bitau kad dah sampai haha...
jom tengok resepi kek span ni, memang highly recommended! suka sangat, gebu melampau dan moist! tersangat gebu sampaikan nak potong into three agak mencabar. just baca instruction dan pesanan tuan punya resepi betul2 ok.
Kek Span Coklat
Bahan A:
4 biji telur
120g gula kastor
1 camca besar ovallate
1 camca besar mayonis
Bahan B:
80 gram tepung gandum
20 gram tepung jagung
20 gram serbuk koko
1 sudu teh baking powder
65 gram mentega cair - sejukkan suhu bilik
Cara-cara:
1. Satukan kesemua bahan B dan ayak sebanyak 5 kali, pegang pengayak tu tinggi2 to aerated the flour.
2. Campurkan kesemua Bahan A dalam mangkuk besar, pukul dengan hand mixer sampai kembang HIGH-SPEED selama 15 MINIT. Sila bersabar dengan kebisingan mixer dan kelenguhan tangan.
3. Masukkan adunan Bahan B yang dah diayak tadi, pukul 2-3 minit sampai sebati ( i kacau slowly guna spatula).
4. Masukkan mentega cair dan kacau sebati. Masukkan dalam loyang kek (i guna 9'' round tin) yang telah letak baking paper dan dah di gris dengan mentega. Bakar dalam pre-heated oven selama 45 minit, 170C.
5. Bila kek dah masak, hentak2 perlahan sikit dan terus terbalikkan kek atas redai (jangan keluarkan kek dulu, step ni macam buat chiffon cake).
6. Bila dah sejuk, lalukan pisau keliling kek dan boleh keluarkan kek.
Chocolate Mousse
Bahan:
250 gm. Non-Dairy Whip Cream
150 gm. Dairy whip cream
(i just total up 400gm double cream and whipped till just stiff)
1 tsp. essence vanila
1 sudu makan rata serbuk gelatin yang halal - i used veggie gel jenama dr oetker.
4 sudu besar air
(Bagi yang tak mahu menggunakan gelatin, boleh gantikan dengan agar-agar serbuk dan double boilekan gelatin sehingga hancur)
50 gm. serbuk koko } ( serbuk koko dan gula ising di ayak bersama)
80 gm. gula ising }
1 1/2 sudu makan Nescafe } ( Campurkan nescafe bersama air panas)
1 1/2 sudu makan air panas }
1 sudu kecil chocolate emulco
2 - 4 biji pisang Del Monte atau pun pisang berangan - dihiris tebal
Cara-cara:
(1) Pukul kedua-dua whipping cream secara berasingan. ( Untuk dairy whipping cream, pukul sehingga ia menjadi pekat sahaja. Sebaik sahaja ia menjadi pekat terus berhenti dari memukulnya. Sekiranya terus memukul ia akan menjadi cair. Untuk non dairy whipping cream, kita boleh terus memukul sehingga ia menjadi lebih kurang tiga kali ganda kembangnya.)
(2) Kemudian campurkan kesemua bahan untuk mousse termasuklah kedua-dua whipping cream yang telah dipukul tadi. ( Pastikan campuran gelatin atau agar-agar serbuk tadi tidak sejuk. Sekiranya telah sejuk ia akan menjadi beku dan bergentel2. Sebaik-baiknya campuran gelatin ini disediakan setelah kesemua bahan untuk mousse telah dicampurkan)
Nota:
- Saiz loyang kek adalah 9'', agak nipis untuk potong kek pada 3 lapisan. Kalau nak buat 4 lapisan sila buat 2 biji kek ok.
- Tastewise; kek span tu is the best! not too sweet, moist and very very spongy. Just nice with the rich mousse, next time i may reduce or omit the nescafe part in the mousse.
- Mousse is very dense and rich due to the coffee content in it, its just bring out the chocolaty taste more that for me its overpowering the banana...kasihan pisang tu tak rasa sangat, dah rasa macam choolate mousse cake with banana essence je. next time kena hiris pisang tebal2.