Tuesday, 10 January 2012

what's cookin - Kambing Masak Hitam





sebab minggu lepas laki beli kambing sampai 2 kilo, makanya dah selang sehari pulak dok makan kambing; lamb chop, kambing bakar, lamb chop, kambing bakar....huh, jemu la pulak. jom try masak lauk kambing ni pulak. 


tengah dok surfing resepi lauk kambing teringat pulak cik lurpak kita yang sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan kambing dalam menu harian beliau...wakaka..(tuan punya obsesi-berdosa-ku; sila take this as a compliment kpd seorang foodie tegar okeh =D ) hah, ada pun resepi. kambing masak hitam, sangat lah senang nak membuatnya. rasa pun mantop, cuma kita takde kicap masin so ganti la dengan light soy sauce and oyster sauce. tapi sebab oyster sauce tu jenis ala2 manis so rasa macam dah termanis la pulak. tapi memang sodap ni beb. hah lurpak lepas ni boleh la masak untuk kenduri ye, memang sodap nih!

Kambing Masak Hitam
Source: mysinfulosession / resepipaklong


Ingredients
1 kg daging kambing dipotong dadu
1 btg Kayu manis
3 biji Bunga Lawang
5 biji Buah Pelaga
5 biji Bunga Cengkih
1 biji Bawang besar (dikisar)
7 biji Bawang merah (dikisar)
1/2 inci Halia (dikisar)
2 s/besar Serbuk kari
30 g Cili Kering (dikisar)
2 cawan Kicap manis
2 cawan Kicap masin/sos tiram
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
1 cawan Kismis (dikisar) - sebab nak cepat kita rendam kejap then cincang2, jgn malas ok kalau kisar lagi sedap
1 s/besar Minyak sapi - yg ni saya tak ada
Minyak masak
Air

Method:
1.Panaskan minyak masak. Masukkan rempah ratus (kayu manis, bunga lawang, buah belaga dan bunga cengkih). Masak sehingga naik bau
2.Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar (bebawang dan halia). Masak sehingga naik bau
3.Masukkan serbuk kari dan sedikit air. Masak kari sehingga naik minyak. Sekiranya belum naik minyak, tambah air.
4.Masukkan cili dan masak sehingga naik minyak.
5.Masukkan daging dan gaul. Biarkan selama 10 hingga 15 minit.
6.Masukkan kicap manis dan masin.
7.Bubuh garam dan gula secukup rasa.
8.Bila dah agak empuk, masukkan kismis. Masak lagi selama 20 minit.
9.Tutup api dan masukkan minyak sapi. Gaul sehingga sebati.


sedap wooo...nanti kita nak share lagi resepi daging dendeng harum pandan pulak, dapat dari ummi kuantan...baru try semalam, sedap sangat nak buat time raya pun best!

2 comments:

DeLancrettLurpak said...

mantap kannn? yg pentingnya, ia sgt senang. sesuai pulak tu makan dgn nasi minyak ke nasik ujan panas ke, ish ish ish..

chocolate banana cake ko tu mmg nampak nyumsss!! tapi sebab aku tak gemar combination chocolate and banana, so mcm takkan buat je, eh tak leh ganti dgn buah lain ke agak2 strawberry sesuai tak? tapi kalau ko bagi sepiring, aku on jee.. hehehehe

mamamya said...

eh stroberi pun ok gak noks!

saje je try buat kek ni, sbb laki den suka choc banana or indulgece SR. nk buat indulgence mcm byk sgt step dia lagipun x berapa yakin dg veggie gel dr oetker tu, last time buat agak disaster sbb urs truly x pandai handle gelatin hehe..

tapi i tell you la, kambing ni mmg mantap! i likee....