Friday 20 January 2012

what's cookin - Dendeng Daging Pandan




pencarian resepi dendeng daging yg sedap berakhir! yezzaaa...!


walaupun ni lauk entah minggu bila tapi sila cuba ye, memang sedap sangat2...kena post jugak even entry basi sebab memang ish sedap sangat sangat la...rugi kalau tak share dengan kawan2 ye tak?istimewanya adalah digaul dengan bawang goreng sebelum dihidang....and yes, please use homemade bawang goreng ye...dengan bau harum pandan, bawang goreng dan rasa isi daging berempah yang digoreng garing ummpphhhhh....terangkat!


dah cuba sekali confirm wajib masuk hidangan raya korang, cayo la cakap den ni yo....


for homemade bawang goreng senang je; bawang merah hiris nipis, gaul dan salut sepenuhnya dengan tepung gandum, garam, dan sedikit gula..goreng dalam minyak panas sampai garing...sedap sangat selalu tak sempat nak masuk dlm lauk pun sebab dah kena curik buat ratah mama dan mya..hehe...resepi ni dpt dari myresepi kalau tak silap...


terima kasih pada Kak Ummi, blogger pakar masak yg femes tu..mana tak femes resepi ni dah masuk majalah Jelita y'all!  =)




DAGING DENDENG PANDAN
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 500 gm daging batang pinang
  • 2 cawan air
  • * 2 batang serai - diketuk
  • * 1 inci halia - diketuk (*untuk direbus dgn daging)
  • 2 sudu besar cili kering yang dikisar
  • 2 sudu kecil rempah kari daging
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar kicap pekat manis
  • 1/4 cawan gula melaka yang dihancurkan
  • 3 sudu besar gula pasir
  • garam secukup rasa
  • sedikit air (jika perlu)
  • 1 helai daun pandan - disimpul
  • 1/2 cawan bawang goreng
  • minyak masak secukupnya
Bahan Kisar:-
  • 8 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm lengkuas
  • 2 cm halia
Cara Memasak:-
  1. Potong daging kepada saiz 4 x 4 inci, bersihkan dan rebus hingga daging empuk. Angkat dan toskan. Hiris daging nipis2. Buat hingga siap.
  2. Tumbuk-tumbuk sedikit setiap keping daging.
  3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sekejap daging tadi hingga nampak garing sikit di bahagian tepinya. (boleh gunakan minyak lebihan bawang goreng untuk lebih sedap). Angkat dan toskan.
  4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebihkurang 1/4 cawan dan tumiskan bahan kisar serta cili kering dengan api sederhana perlahan hingga pecah minyak.
  5. Masukkan serbuk kari daging, serbuk ketumbar, kacau rata. (masukkan sedikit air jika terlalu kering)
  6. Masukkan gula melaka, gula pasir, kicap manis dan garam secukup rasa. Seimbangkan rasa.
  7. Masukkan daging dan daun pandan, gaul rata. Masak hingga daging benar2 bersalut dan sedikit kering atau pecah minyak.
  8. Tutup api dan tuangkan bawang goreng. Gaul rata-rata menyelaputi daging. Siap untuk dihidangkan.

No comments: