Tuesday, 10 January 2012

taubat yang hanya tau-buat; dan promosi resepi red velvet yang sedap.

sejak dari balik kampung raya hari tu memang dah perasan dah. badan makin kembang. kempis nye takde tapi kalau bab mengembang bak juara.

dah perasan seluar tidur ada sikit sendat. huhu.

dah namanya balik kampung harusla makan tak ingat. balik sini mula la homesick, pastu cam sedih2 sebab teringat makanan yang maha lazat jauh di sanun. pastu cam tak de selera nak makan. bila malas nak makan makanya banyak mengunyah benda yg bukan2; kek, buat cookies, tiap kali beli groceries wajib maple pecan plait, ketagih m&m peanut, crisps lightly salted, wallah! then malam lapar je makan maggi. 

i know, zero calories. sangat tidak menyihatkan. makan benda yg entah apa2 pastu zat ke laut. (-_-')




teringin nak gi jogging, sebab sini kan ala2 sejuk pastu cam best je nak lari sebab takde asap2 bagai. harap2 mya start sekolah minggu depan dapat la si mak budak ni bermotivasi tinggi dan angkat punggung bersenam. kejap pun jadi la kan. nak dancing2 aerobik depan utube minah ni suka je kacau tau, pastu kita tengah syok2 buat step lagu jaiho slumdog millionaire tu sedar2 dia baring kat atas lantai, between my legs. sabar je la. terpijak ke hape tak ke naya, omak kau ni dah la overweight mya oi.


the reason kenapa merapu2 pasal demok ni is sebab last thursday memberanikan diri pergi timbang kt boots. wahey! seperti yang dijangkakan naik 3 kilo. syabas! my daily sit-up routine tak setanding food consumption yang terkumpul since last raya. apo laie nk dikato.hahaha...


gambar di atas adalah RVC yg buat sebagai buah tangan ke rumah Athirah last Saturday, thirah ajak lunch dan kebetulan memang dah lama teringin red velvet, kalau buat kang pastu kena pulun sorang2 sebijik kek tu memang tak sedar diri la kan. bila ada jemputan makan2 ni la peluang nak membaking kek idaman hati.


berjaya control makan satu slice saiz xs, tu pun lebihan si mya tak habis. tapi sekarang rasa tak puas la pulak. hukhuk. bila cam ada suara2 notty dalam hati suruh pergi kedai beli cream cheese untuk modify balance layer kek red velvet yang tak berapa nak jadi dan dijadikan red velvet truffle sila lah cepat2 picit lemak bawah dagu tu ye, takpun pi bukak baju and tenung lama2 chicken wings yg sihat tu depan cermin. insaf la kejap. err. actually for this RVC, bad luck dengan oven kembali. sebab overconfident sponge cake hari tu sukses kita pun tibai la buat 2 adunan sekaligus, lagipun satu adunan tu sikit je. tengok2 masalah yang sama, atas dah nak garing yang bawah tak masak. hanya satu lapisan dapat diselamatkan. esok pagi2 menggodek satu adunan lagi, alhamdulillah menjadi. so dapat la 3 layer altogether. tapi awal2 dah stand-by nak buat caramel croissant pudding dari akak Nigella, mana la tau kan...pheww!!


oh ye, bercakap tentang red velvet, my favourite recipe is from confections of a foodie bride, tolong lah buat korang, its delish, super delicious if you get it right. kek moist and tangy, i like! tapi ada pakai tepung kek, time kt msia dulu kita pakai tepung kek jenama blue key, as stated on the box dah ada bahan penaik. bila try cari substitute kt sini mostly cakap tepung kek is equal to tepung plain plus sikit tepung jagung. takde pulak suruh tambah baking powder ke apa so a bit confused di situ. so for this time i stick to this Kak Rima-Bisou A Toi's recipe instead. 


resepi sedap dari foodie bride ni first time kita try masa ajak kawan2 sekolah makan2  raya lepas. after all day long slaving myself in the kitchen cooking soto plus all its condiments AND baking, i'm glad this new red velvet recipe rocks!


dah puas kau mengomel 'kekesalan' mendemok lagi nak tayang gambar juadah raya T__T
tuan rumah masak soto, tetamu bawak sate and red velvet cupcake sedap for dessert


eh lupa lak nak kepoh, berat terkini yang buat kita meroyan sangat tu ialah lima-puluh-enam-kilos. ambik ko. sebelum ni just nice la 53kg, konon2 nak la kurang 2 kilo lagi kasi nampak slim sikit tup tup dah bertambah pulak ke lebihan muatan; 5 kilos more to shed. tsk. tsk. tsk.



6 comments:

DeLancrettLurpak said...

please! please tambah 12 kilo, baru sama berat aku, seriously, gems giler akuuuu!

Elis Escada said...

sedapnyer kek 2...nyum2..

mamamya said...

lurpak: wahey...aku ni dah la ketinggian ala2 hobbits lagi kau nak suruh tambah lagi 12 kilo, pastu kang org ingat pregnant sentap mak! haha..

mamamya said...

elis: red velvet mmg la sedap....percaya tak saya x pernah mkn red velvet kedai? terpengaruh dgn wabak red velvet kt blog pastu 1st time makan yg buat sendiri..mak aiiii sodap giler rupanya kek merah ni ek. hehe...

Anonymous said...

bestnya.. teror masak.. i like..mya pun so cute..

mamamya said...

little damia: terer ke? sikit2 boleh la, dah duduk di perantauan ni terpaksa la menggodek2 kt dapur, kalau tak kebulur =P