Tuesday 21 February 2012

a slap on the face. or, is it my b***?

bukti anakku yag bertuah tu memang like mother like daughter semalam.


mya: mama, can i put you in the oven?
me: what? why? don't want laarrrr....
mya: sebabbbbbb....seddapp mama tu..nyum nyum... (gigit2 kaki mama)


pang! ambik. slap on the face, my tembam face. -_-'


adoi mak aiii....terguris hati mak. begitu 'sedap' kah daku?
haha dah tau lagi mau tanya...mya ni cam tau2 je, mama memang dah plan nak pergi jogging la lepas anta mya school. tapi selalu je rancangan jogging ter'detour' ke window shopping. eheh.


ala kira bersenam apa? good 2 hours of brisk walking and strolling and relaxing and and..err...sambil makan maple pecan plait sedap?


so hari ni saya pun pergi la jogging lepas anto mya bertuah tu tadi.


pancitttttt takkkkk ingattttt...uwaaaaa....serius kembang kempis idong naik bukit.


tapi cuaca sangat best; matahari menyinar indah, burung berkicauan, angin sepoi2 kejap sejukkk kejap makin sejukkk..haha...spring is definitely on the air, udara sangat manis, semanis pucuk2 daffodils dan bunga kecik purple yg tak diketahui namanya yang dah mula bertebaran di tanah.....


siap terserempak dengan mi amor yg on the way balik lunch lagi. hahahaha....terus terkontrol balik kembangan lubang idong tadi uols, semangat sikit semangat!


sebab terjumpa kat traffic light, lambai2 manja aje buat isyarat babai babai pastu sambung larian. 


fuhh fuhh fuhh...


lambai makcik jaga lintasan jalan kaki budak sekolah...
lambai pakcik depan sekolah mya..
lambai sana..lambai sini...


sekali tapak kasut terkopak daaaa...haish. ari tu dah terkopak, den baru yo gam kan lekat balik. ni dah kopak balik. apakah maksudnya semua ini? hah? stress ai.


tau tak baru je berazam nak jogging hari2 lepas anta mya? cubaan sungguh.




makanya perjalanan (bukan 'larian' lagi nampanya heh) diteruskan ke kedai runcit. shopping sayur mayur pun jadik la janji dapat masuk kodai.


ohhh crap, alangkah bagusnya kalau dapat jadi joggaholic seteruk penyakit shopaholic and bakingholic akak ni....


*SIGH*

Wednesday 15 February 2012

We are FOUR! (plus exaggerating ramblings bout the celebration cake. haih)

 

15 Februari 2012 - genap 4 tahun usia perkahwinan kami...cewah! ayat tak ingat hihi...

kejap betul masa berlalu, sedar tak sedar je dah 4 tahun....looking back, rasa diri dah bertambah matang dalam hidup berkeluarga, sekarang dah tau pace and how to handle daily chores, dah mampu la nak masak sendiri setakat buat makan2 untuk close friends and family, dah rasa betapa susahnya juggling life as a working mum and the sweet life as fulltime housewife etc etc....

4 tahun lepas pada tarikh yang sama dalam kepala masih zero, tak tau what to expect....rasanya semua orang yang dah kahwin pun setuju kut kalau nak cakap the first 2-3 month are the 'hardest'...ye la kan masa tu baru nak adapt hidup berdua, selama ni dating jumpa2 dah cantik siap mekap wangi pulak tu ni tiba2 bangun pagi muka 'seksi' au naturel gitu...sangat natural termasuk la bau bauan ahahaha....

masa tu baru la tau erti perkongsian sebenar ;P

honestly, weols ni jenis yang jarang bergaduh...paling teruk pun merajuk bodoh2 je...tu pun sebab siapa lagi kalau bukan si mama diva ni *cough*cough*...bukan la nak cakap besar sebab relationship mana la yang tak de angin katrina or tsunami datang melanda kan...tapi memang daripada couple2 dulu memang jarang gaduh....tu pasal le kita pelik sangat time student dulu ada yang bergaduh bf/gf sampai nak tampar, campak helmet, tengking2 depan asrama....pastu bila dah baik boleh lak sambung i love you miss you sume...erk, hello? feliks okey. 

rasanya dugaan paling berat yang membuatkan terfikir; 'ok, this is it, this is going to be the first time in million years kau nak kena marah dgn laki kaw kaw...rasain!' ,is masa tragedi kunci tertinggal......sekali tengok2 eh asal x marah ni? wuuwuwuwuuu.....begitulah suami saya puan puan, begitu cool sekali. tsk.

semoga Tuhan terus memberkati kehidupan kami sekeluarga, bahagia selalu hendaknya sampai hujung nyawa...aminn....

hadiah? hehe...sampai 3 kali mi amor tanya nak adiah apa ni? muka blur je...hadiah? emm hadiah eh..hadiah hadiah...pikior punya pikior (ceh macam nak jawab soklan exam) cakap nak shopping je boleh? plus penerangan shopping  disini bermaksud several trips of shopping...shopping barang holiday, shopping piggan mangkuk, shopping loyang kek....haha bijak tak saya? 

bukan apa, kang bitau barang idaman hati yang tentu2 mahal pastu kalau rasa macam tak mampu and kena reject sedih lak haaa kan dah susah tu...

sebab kita bukan jenis yg sambut2 yo yo bonar bab anni ni kan so takde la plan nak mintak apa pun...lagipun bulan depan nak jalan so kira celebrate lah tu (oh so can't wait for the trip, nak makan macaroons Laduree!)

eh dah la tu...karut sugguh, jom bukak the exaggerating stories about the cake.

just to celebrate suka suka ada la kita menggodek kek sikit2 kan...sekarang ni ketagihan baking makin teruk. huhu. paling tak boleh dikawal bila pegang debit kad mi amor...wahhhh bersinar2 muka merembat bahan baking....kali ni saje nak main2 kek ni, dapat ilham dari masam manis, suka sangat dgn hasil tangan Kak Ita ni...subhanallah halus betul! dah patut bukak bakeri ni tau...tak caye tengok Chocolate Blueberry Roulade Torte ni, syiok kan?


simple deco; nasib baik ada leftover ganache boleh la main carik2 picit2 sikit buat penyeri..oh, tak lupa si kuning daisy mya, daisy ni memang pet mya, hari2 si daisy la buat umpan mya masuk bilik air nak suruh mandi....mya dah bagi daisy bfast? jom jom sian dia hungry tu...haha...menipu je la kejenye dah jadi mak ni uols...kalau tidakkkk haremmm....sejuk weyh, kita nak amik wuduk pun bercinta apetah lagi nak suruh mya mandi...

tarraaaa!! papa! papa! tengok la kek mama...haha tinggi tak tinggi tak? semalam leper je kan? magic you know...sexcited je nak tunggu time potong kek ni, tak sabar nak tengok dalam dia macam mana ;P


garisan menegak yang senget benget kena tiup angin...haha...enjoy tau buat roulade ni, next time harus try jenis kek sponge ringan macam genoise sponge...


sekarang misi menconvert mi amor kepada RVC dah tercapai...haha...selalu tu kalau buat dia bo layan je uols, stress ahkak. pastu bila kita bawak buat buah tangan pi rumah orang lain baru la dia teringin nak rasa sebab tengok orang lain cam excited2 nak makan....hah, baru tau kan? 

paling best ari tu kuar beli grocery shopping dgn mya ada dapat sms arahan; 'mama, malam ni buat red velbet. beli bahan' ewah. sonang boto ati eh, nak ordar saja. nasib baik la cinta ati den.

walawey! rasa nak joget joget! muahahaha(gelak jahat )...balik kedai godek kek laju2 then by 8pm dah selamat dapat red velbet dia, dgn icing cair sbb tak sempat sejuk ;)

that's why la buat roulade ni pakai red velvet...patutnya kena pakai kek jenis ringan, kek yang jenis 'dense' and berat memang pecah lah ye cik kak mama mya yang bijak bistari. sebab tu senget benget lapisan vertical dia tu. satu adunan RVC di bakar dua kali dalam loyang brownies, dapat 2 lapis, 1 lapis potong 2 bahagia untuk gulungan, 1 lapis lagi potong bentuk bulat untuk lapisan atas dan bawah kek pakai tupperware...miahahaha....tu sebab kek ni comel je, ikut saiz tupperware bentuk bulat tu ha....spesel ni tau, tak yah beli loyang kek baru, bila ukur pun diameter kek dalam 4 cm. apakah? ;P

apa? tak tau roulade? torte? takpe takpe...bunyi je macam hebat sebab dalam bahasa lain, in other words kek gulung menegak senang citer heheheh.

roulade is suppose just kek gulung macam swiss roll tu, (roulade is French for 'roll') kalau 'roulade torte' is dalam bentuk sebiji kek (as torte means 'cake' in German) and ada sweet pastry sebagai base, but ada je yang omit the sweet pastry case tu. another yummy roulade torte exampe refer live well, eat often, snack much and aunty yochana. there's no recipe provided but you can adapt the idea really. pakai aje resepi kek span or swiss roll feveret then play with the filling flavours; blueberry, nuttella, cream cheese....oh my, my mouth is full of saliva already! pendek kata, sky is the limit lah! =)

next time harus ikut full recipe macam Kak Ita kita tu, tapi kena ada excuse la pulak party ke gathering or farewell ke baru berbaloi...

adeh...cepat la buat summer party korang...or...welcoming spring party anyone? 

canne mama?



mama, macam mana mama? kan mama?

tu la ayat feveret mya. E-V-E-R-Y-T-H-I-N-G semua ada kena explaination.

mya, don't climb on that sofa jatuh nanti kan sakit. mama sad nanti tauuu...
aish apa mya screaming aje ni? i told you got uncle upstairs nak sleep kan?
mya jangan la disturb mama nak cook ni, kan got hot oil here...its very dangerous you know?
laaa...why mya draw on the wall ni? papa marah nanti tau....
come mya say bye bye to the cat, dia nak go back home tu mama dia miss nanti.

canne nanti mama cry?
canne nanti uncle get downstairs mama?
canne nanti mya terkena hot oil tu?
canne papa marah? alaaaa...meeyaaaa kan nakkkkkk...
canne mama mama cat tu miss dia? catttt ohhh cat, mama miss u..macam tu mama dia miss dia kan mama?

tak pun ada je akal dia nak pusing2 kita balik. contoh tak bagi makan ice cream sebab batuk. tiba2 out of blue tanya;

mama, mya dah baik cough ke? mya nak eat ubat la...
eh, mya dah takde cough tak boleh eat ubat sayang, that one kalau mya cough aje..
allaaaa...meeyaaa kan nakkkk...
ehhhh stomach pain nanti macam mana?
mama, mama, macam mana nanti mya siad bila mya stomach pain?
huhuhu..mammmmaaaaa helllpppp helllppppp so painfulll (sila abaikan lakonan mama yg over, siap dgn mimik muka lagi tu -_-')
mya dah boleh eat ice cream? (muka mengharap mama say yes)

sekarang pulak dah jadi habit, asal kita dah siap nak tidur, dah baca bedtime tinggal nak baring je tiba2 cakap hungryy la hunggryyyyy...haih. saje je kan? tadi bila kita nak bagi dinner pandai komplen; 


'i want chicken only don't want rice..tak sed-dapp rice tu. tak, tak sed-dapp.'


kat sekolah ada party valentine ko. kemain lagi. dress code red or pink. kecik2 sila rasain semua ye mya dah besar sok mama kutil2 kalau tau dok main2 valentine ni.

oh i feel so princessy today....



bila mama start berhujah 'see? kan mama dah cakap when its dinner time mya finish up la your food...when its bedtime you have to sleep..bla..blaa...mama dah bagi tadi....bla bla...put at the corner...kan mama dah tanya mya nak oat tak tadi....bla bla...'

pandai je buat kita cair; 'mama. mama ask la mya, mya do you want oat? mama ask la mee-yaaa.....uhuk uhuk'

like mother like daughter. sounds cliche, but so so true. ;P

betapa pandai pun kita yang mak ni rasa berhujah, membebel, menegakkan peraturan disiplin pandai lagi si kecik ni nak putar belit. hihi. sejak genap umur 3 tahun ni memang nampak sangat perkembangan perangai, sikap dgn kepandaian dia cepat sangat berkembang sekarang ni. time2 macam ni la kalau tersilap cakap sikit dia yang betul kan kita. oopss! i'm sorry mya, mama won't say that again ok? =)

nak anak cakap elok2, kita kena cakap elok2. nak anak pandai cakap 'please', 'thank you', 'excuse me', 'alhamdulillah', nyanyi2 happy2 kita pun kena buat benda yang sama. nak anak tak malu mintak maaf kita pun kena la tak berat mulut nak mengaku and say sorry bila buat salah.


 tengah cari akal camne ye nak mintak mama makain eskrem..hmmm...eskrem..oh eskremm cedappnyerr...slurpp!


susah wooo nak jadi mak, kita ni bukan la bagus mana jauh sekali ibu mithali so untuk tunjukkan perfection untuk anak dari diri yg tak perfect dan banyak kelemahan bukan la mudah ye. lagi2 la anak sulung, faham2 je la kan jadi bahan eksperimen mak bapak. bak kata chandler and monica masa dapat anak angkat 'we can screw them up to whatever we wants'. betul apa? kan?

kadang-kadang ada je tertinggi suara, terlebih membebel, tercakap kasar sikit nak nak bila tengah penat kerja rumah tak habis rumah makin bersepah tapi cepat2 kena sedarkan diri, what do i expect a 4 year old would do? duduk diam saje memahami kelelahan emaknya yang tak habis mengemas? hai lah, baru terasa kebodohan diri sendiri ;P.


 muka yg mencairkan hati mama bila mama bising suruh kemas toys


from the moment she's out to this world, proses pembelajaran menjadi seorang mama tak pernah habis. every day is a new chapter to me. looking back, there's faults and silliness that i would not change otherwise, sebab dengan kelemahan tu la kita baiki diri sendiri.

when she's all grown up, selalu bayangkan apa anggapan and first impression yang kita nak anak kita ingat dalam memori dia masa kecik2 dulu. oh mak saya tiger mum, garang gila serius aje. mama saya lemah lembut dan sangat penyayang. mama saya kelakar dan lucu orangnya. 

korang yang dah jadi mak selalu tak terfikir benda ni? mesti la kalau boleh nak anak kita ingat memori yang baik2 aje kan...mama saya garang tapi baik, walaupun dia membebel dan saya nangis sebab mama marah tapi saya tetap cari mama mintak pujuk..mama saya the best cook in the world you know! pandai sangat dia cook...dulu mama saya selalu ajar saya main counting, play with flour and butter,and then when its raining mama said we can put on our boots and play in the rain, best sangat! mama saya suka joget2, selalu bila saya tak perasan tiba2 mama dancing2 dengan papa...selalunya diorang buat funny moves and silly faces. hehe. mama saya sayang papa, papa saya pun. diorang tu memang kadang2 pelik sikit, saya pun tak faham tapi best lah!

haha terdetail pulak angan2. kesimpulannya, marilah kita perbaiki diri untuk anak-anak sendiri. harap2 Tuhan dapat terus berikan kekuatan untuk jadi yang terbaik for my Mya  :)


akibat tak nak tidur siang, punya la beria refuse even masuk bilik pun last2 tertidur atas sofa...tengok si capik bukan main cantik lagi dia bertootoo..entah bila masa la dia sarung tutu kt capik ;P

Sunday 12 February 2012

last weekend party and basic recipe for kambing bakar (adapt from Chef Wan's)

ini cerita hujung minggu lepas. what the...haha pemalas gile nak update skang ni, dah selesai pun weekend minggu ni baru nak cerita pasal hujung minggu lepas -_-'


oh sod it.


ok, last weekend hari ahad weols ajak 2 family datang makan2...purpose is saje2 nak borak2 and lepak2 dan jugak nak..err nak...mintak tolong habiskan ini....


pasangan kaki kambing kepada satu lagi kambing yang me and mi amor amik masa 3 hari 3 malam nak habiskan huhu...


lagipun sekarang ni si laki sibuk menggila kat ofis, so saje je la nak ajak kawan2 yang rapat borak2...lagipun mya pun dah pandai nak berkawan kan, since yang bergather ladies2 minggu lepas2 asyik dok sebut je nak pi rumah org tu la kakak ni la nak main...

party hari ahad, khamis dah start menggodek kek uols....planning kena baekk punyer hihi...jumaat start defrost itu lamb banyak busat, but still ahad tu bangun kul 7.30 pagi pun x menyempat lagi...the 'culprit' to my time management is cik pulut panggang ni. nasib baik la kau sungguh nyums sekali pulut! first time tau kita buat, bantai je la ikut je resepi tu pastu nak adjust rasa masam manis masin tu ingat2 lupa je rasa inti dia yg selalu makan tu macam mana...alhamdulillah menjadi. fuh!


kambing bakar resepi chef wan (pi cari dalam buku masakan chef wan tajuk 'sedapnyaaaa....'), pulut panggang, spaghetti olio sosej for kids, store bought mini muffin....


 udang sweet sour and sayur kobis campur yang tak dipandang...amboi2 sume pakat makan kambing jek naaa takda sapa pun nak amik sayuq chek...


 sesi mengetest pulut panggang, like i said to them kalau la boleh main bukak2 meja gerai depan rumah macam kt msia dah lama ku buat kalau boring2 huhu....nasi lemak, burger malaysia, karipap, roti jala, pulut panggang..kak beli kak eh silap, hi sir, would u like some nashi lermak? fat rice anyone? haha...


 being the sengal me, this is the only snap i took that involve the cake i've made; simple Strawberry Shortcake...goes down very well with my guests. dah makan kambing mesti la dessert yang light light aje kan? kang kut buat cheeseake or choc cake cam muak la pulak.


muhammad yang chumel bangat

 mya menumpang main iPad...hehe...nanti kita duk jauh dgn papa mmg wajib beli kan mya? senang merayau shopping mana2 pun boleh main skype ;)


slice paling akhir sebelum di ngap oleh mya, kita tak rasa pun huhu...masa ni dah penat giler uols, sampai tengah borak2 pun boleh je membe cakap 'eh jap jap, u penat ke asal mata merah?'


haha over tau...memang la penat senah, dah dari pukul 7.30 pagi menggodek itu ini kejap kang nak tambah spaghetti la chicken soup la takut makanan tak cukup pastu nasib baik ingat kek tak letak krim lagi membawak la ke pukul 4 petang tetamu dah nak sampai tak habis2...in between kena stop kejap paksa mya tidur, dia kan tidur awal sebab memang dah tak tidur siang..kita ni nak party2 sampai malam kang dah penat ada yang mendiva hehe...sia2 la penantian mya tunggu kawan nak datang, dah baper hari dok tanya 'mama, is it weekend mama?' kalau dia tak enjoy kan?


tapi memang puas hati sekali sekala dapat masak2 cam ni....i tak kisah u janji kambing habis, eh jap bukan kitorg tamak tau beli sekali sepasang kaki besar cam ni, ni beli kt Costco mmg dah siap pack sepasang murah lak tu kalau compare dengan yang beli kilo kat kedai butcher biasa GBP25 aje...so kalau nak buat bbq ke party2 memang berbaloi la.


sebenonye masak ala yo yo je...kambing kan oven yang settlekan, just masak udang dengan sayur je...penat ni sebab banyak spend masa prepare inti kelapa, siapkan daun pisang and menggulung pulut panggang tu ha....hehe....


oh ye, resepi marinate kambing tu kita tak salin yang actual sukatan, so far main campak2 aje...for kaki kambing yang berat around 3 kilo ni bakar dalam oven grill (sebab function grill je yg ok) dalam 4 jam suhu rendah dala 150 celcius gitu, sebab tak nak la bahagian dalam tu tak masak....sekali sekala kena balik2 kan side yg kena api grill tu and renjis dengan kuah marinate.


basic resepi kambing bakar:
anggaran 1 cawan sos tomato
anggaran 1/2 cawan minyak zaitun
bawang besar di dadu
tomato, lecek or potong dadu
sedikit worcester sauce
seikat daum ketumbar hiris halus
sedikit kicap manis kipas udang
gula/garam to taste


korang rasa2 la ye ikut selera masing2, nak sedap daun ketumbar kena banyak and dia memang masam2 sikit tapi memang kena la dengan manis kambing tu tadi...kalau bakar kaki besar cam ni kelar2 and sumbat2 kan sikit dengan sos perap ni...baki sos perapan ni tambah air sikit dan masak dalam periuk, didihkan kejap dan tabur lagi daun ketumbar, dah jadi sos pencicah dia. senang kan? ;)


nak ikutkan dalam resepi asal tu ada letak apple sauce/ apple cider vinegar...tapi sebab kita ikut tuan punya buku aka Kak Suni yang buat tak letak apple cider so i followww...haha...sebab rasa masam dah cukup so malas la nak cari apple cider tu...


kalau ada sape2 yang ter'ada' buku chef wan 'sedapnyaaaa....' tu sudi2 la share kat sini okeh. try selongkar almari buku mak2 korang mana tau ada, sebab buku ni buku zaman dolu2 masa chef wan muda belia gitu...hasil carian google image pun dapat yang ni je. kita dapat pun dari Kak Suni, memang dah worn out habis buku dia hehe....



Monday 6 February 2012

what's cookin - Pandan Layered Cake and 2 weeks old ladies gathering.

sorry la ye, lama bebeno rasanya teman tak update...bila dapat online tu sempat main fb kejap, check email and bergayut kt skype...blog kawan2 pun lama dah tak jenguk.

entry ni lama tertunggak sebab kita yg sengal ni lupa bawak kamera nak snap snap..terpaksa la menumpang kamera orang, membe pulak busy tengah pindah rumah...anyway, thanks Kak Lola sebab sudi melayan si sengal ni nak amik gamba kek sampai proper =)

ni ceciter pasal kita punya ladies gathering last 2 weeks, no mans allowed. ahaks! sebabnya weols yg pompuan2 ni lama dah tak melepak sesama and kebetulan Kak Suni's hubby balik msia coti2 so bila dtg idea utk cari tempat lepak minum2 kopi terus dia suggest datang rumah je. menu konon2 'ala takpe susah2 kita main masak2 makan megi je la' tu tuan rumah yg cakap tapi....



 we got laksa johor by tuan rumah yg konon nak buat megi and nasi goreng cina panas2 baru kuar kuali by Kak Lola...and ada lagi lovely cherries by Athirah.

rumah Kak Suni ni agak jauh ke luar bandar la jugak, dlm 20 minit gitu naik keta...wuishhh jauh la tu ko, sebab kitorg duduk betul2 kat city center so sume main jalan kaki jek dalam 10-15 minit =P  so demi melunaskan harapan nusa dan bangsa mya dan omak eh untuk bergossip bapak eh kena la ngantor...bak kata mi amor 'haiyolahai, rasa macam anto gi tuisyen pulak' hehe...

 left onwards; Athirah with Muhammad yg dah sombong, Kak Lola, ehem ehem yg dah demok, Kak Suni, and Effa

 

burger malaysia nyum nyumsss...sape lagi yang punya trademark kalau bukan si ehem ehem dah demok di atas; tengah tunggu adunan naik kembang atas heater tetiba laki si demok cakap eh jom la kuar sekarang, sudahnya cepat2 buat bulat2 comel then sambung perap and goreng kt rumah orang hihi...ate, kate slumber party? moh le kita sebok kecahkan dapur orang hehe...bengot2 sebab bulat comel dah tak comel bergolek2 dalam keta. nak resepi? try tengok myresepi here. simple dan sedap. my go-to burger malaysia's recipe. =)


and kali ni si ehem ehem tadi pun menggunakan peluang yang ada untuk menghabiskan list resepi-kek-nak -cuba-tap-tak-tau-bila dalam bookmark beliau.


 Pandan Layered Cake; my first trial. and as usual first time merasa juga. hehe....


dihias dengan sengaja khas untuk sesi fotografi dengan cherry cik Thirah kita. sedap woh ceri ni...tapi kita entah la tak boleh makan banyak, rasa sikit pun dah sakit tekak. nampak nau tekak org cheapskate, tak boleh makan benda mahal2 ;P


ok jom tengok resepi Pandan Layered Cake ni, nampak je leceh tapi senang je uols. resepi from Mat Gebu kat myresepi, siap ada gambar step by step dan tips lagi. macih CMG!

Pandan Layer Cake
Source: Cik Mate Gebu (myresepi)


5 biji telur Gred A
160 g gula
125 g tepung gandum*
1 camca teh baking powder* (*disatukan dan diayak)
75 g minyak jagung
15 g ovallate [ equal to 1 sudu besar ]
1 camca teh paste pandan
 2 camca besar susu segar/cair


BAHAN KASTARD:-
1050 g santan 
225 g gula
10 g serbuk agar-agar
1 camca teh paste pandan
100 g tepung Hoen Kwee warna hijau [ kita ganti dengan 3 sudu besar tepung jagung]
75 ml jus pandan (kisar 4 helai dan pandan dgn 75 ml air, kemudian tapis)
Secubit garam

Cara-cara

1. UNTUK KEK:- Satukan telur, ovalatte, gula dan paste pandan. Pukul hingga kembang dan gebu. Perlahan kan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga susu. Gaul rata

2. Masukkan minyak jagung dan gaul rata. Tuang dalam tin berukuran (8 x 8 x 3) inci yg telah di sapu dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas. Sapukan juga permukaan kertas dgn mentega. (i used 8" round pan as that what i have in hand, dan dapat bakar baki adunan dalam loaf pan)

3. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit atau sampai kek masak. Bila masak keluarkan kek dari oven dan sejukkan. Kecilkan sedikit kek dgn cara memotong bhg tepi kek sehingga menjadi (7 x 7) inci. Kemudian potong mendatar sebanyak 3 keping.

4. UNTUK KASTARD:- Satukan semua bahan2 untuk kastard dalam bekas tahan panas. Masak diatas air mendidih (secara double boiler), gunakan wisk, kacau hingga pekat dan berkilat. Mastikan api dan biar suam sedikit sebelum dilapis dgn kek.

5. UNTUK MEMBUAT KEK LAPIS PANDAN:- Gunakan tin berukuran (8 x 8 x 3) inci (in other words, loyang yg korang buat bakar kek tadi). Tuang 1/3 adunan kastard dan ratakan. Lapiskan dgn sekeping kek. Tekan sedikit. Tuang lagi 1/3 kastad dan lapiskan dgn sekeping lagi kek. Ratakan biar memenuhi bhg yg kosong. Lapiskan lagi dgn sekeping kek dan kemudian kastard dan diakhiri dgn kek. Isi ruang2 tepi kek dgn lebihan kastard.

6. Kemudian masukkan dalam peti sejuk sekurang2nya 1 jam. Keluar kan kek dari acuan dan salut dgn kelapa kering.



**kalau ikut resepi ni masa melapis tuang kastad dulu dan mula melapis (maknanya kastad-kek-kastad-kek-kastad-kek) dan bila nak keluarkan kek terbalikkan loyang berisi kek lapis tadi atas loyang dan hias dengan kelapa kering. tapi sebab kita tersilap faham baca konsep resepi ni dan buat pun dalam loyang ala2 springform so main belasah jek terus letak kek dan lapis dengan kastad sampai habis. yg penting sodap!


the verdict: alhamdulillah all the girls suka, sebab tak manis sangat, rasa lemak dan harum pandan menusuk kalbu, and the sponge pun moist. tak susah mana pun uols, kalau malas takde masa tapi terasa nak baking buat je sponge tu pakai sponge mix takpun beli je kek span dah siap.