Tuesday, 3 May 2011

what's cookin - Custard Teacake



lapisan custard yang tak berapa menonjol, tapi bila masuk mulut..aduhhhhh....fengsan!

wahhh...! lamanya tak buat kek! rindu weh nak baking...bau harum vanilla-buttery yang memenuhi rongga rumahku (guna perkataan rongga sebab rumah comel saiz mini ;) )...berebut kerak keras rangup masa potong kek panas2..fuhh...serius rindu! dah lama intai2 nak buat kek apa ye? ternampak resepi kek yang menggunakan tepung kastad ni terus teruja nak cuba...i memang super curious nak tau macam mana la rasa kek resepi2 baru ni =)

kek ni a bit sunk in the middle, sebab tuan empunya diri tamak letak custard banyak2 sangat teeheehee.. =P

all in all, kek ni memang sedap! lembut moist ala2 butter cake..cuma ada a bit hint of custard sebab adunan tepung tu ada letak tepung kastad kan....mula tu ingatkan nama 'teacake' sebab ada letak air teh ke apa sebab ada je kek pakai adunan teh kan? hehe..rupanya kek ni sesuai untuk minum petang..apa daaa....lurus bendul betul! kek ni senang je nak membuatnya, ada satu lagi resepi kek kastad yang macam menarik, ada combination apple, brown sugar and cinnamon which rings perfection to me! cuba tengok sini... kesimpulannya kek ni highly recommended untuk dicuba lagi2 pada sesiapa yang sukakan custard =)

CUSTARD TEACAKE

BAHAN KEK :-)
125 gram mentega
1/3 cawan gula halus @ gula kastor
1 biji telur gred A
3/4 cawan tepung naik sendiri (i use 3/4 cup plain flour + 1 1/4 teaspoon baking powder)
1/2 cawan tepung kastard
1/2 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :-)
1 camca besar tepung kastard
1 camca besar gula kastor
2/3 cawan susu segar
15 gram mentega
2 camca teh esen vanilla

  • UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.

  • KEK:
  • 1. Panaskan oven pada suhu 175C, prepare baking pan dengan sapuan mentega dan taburkan tepung.
  • 2. Putar mentega dengan gula halus hingga berkrim, masuk telur dan putar hingga kembang. Tambah esen vanilla. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung naik sediri + tepung kastard sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata. (i pukul pakai tangan je uols)
  • 3. Masukkan 1/2 adunan ke dalam bekas yang telah disediakan, ratakan dan buat sedikit lubang ditengah2nya. Tuang kastard, ratakan dan tutup dengan baki adunan, ratakan dan bakar selama 30 minit atau hingga masak.
  • Sejukkan sebelum dihidangkan.

  • 2 comments:

    Gie-mysweetredroses said...

    As Salam..emm lama tak jenguk blog lynn ni..mmg elok sgt jenguk sbb tgh mencari resepi kek ..tup2 ada resepi teacake...nak cuba le..nanti akak bg tau hasilnya ya

    suhana azlin said...

    cuba kak jgn x cuba...sedap sangat lemak2 kastad gituu...hehe...nnt bagi laporan masakannya yo.. =)