Wednesday 23 November 2011

the one with the new baby, a party and a birthday cake disaster




last monday alhamdulillah selesai party kecil-kecilan hari jadi my princess...terima kasih pada aunties2 yg sudi datang memeriahkan majlis and get together, yg ramainya semua kawan2 mama je...kawan sebaya mya just ada sorang dua, batrisyia x dapat datang so tinggal la berdua dengan kakak anisah..

sebelum tu mari berkenalan dengan baby baru saya =)
Combination Microwave Oven jenama Goodmans, beli kt Comet; fungsi microwave dan fan assisted convection oven dalam satu, baguih naa sebab bawak balik msia nanti tak payah makan ruang dapur sebelah microwave sebelah oven.

oven ni kecik je, mula2 tengok macam skeptikal eh boleh ke buat kek ni dalam dia nampak cam microwave je kecik pulak tu...ada banyak choice yang besar sket, yg stylo, yg ada 3 fungsi dalam satu -microwave+oven+grill pun ada tapi sebab dalam hati ni macam tak caye je boleh buat kek so pilih yang paling murah dan basic...ye la, kek msia nun mano nak jumpo microwave sekali dengan oven ye tak? awal2 dah tanya kedai kalau tak suka boleh tak nak pulangkan....choii!! ;P

last weekend mmg busy, hancur plan mama nak eksperimen buat kek mya...beli oven hari sabtu, then balik buat dessert utk bawak ke rumah Kak Suni yg baru balik haji...malam pergi get together @Kak Suni's house minum air zam2 and kurma mekah...ahad awal2 kul 6 pagi dah bangun buat kek..terkial2 baca manual dah la digital..kejap2 terkagum whoa...fuyyoo...pandai dia beep beep bitau kita ek..kejap2 kang tertakut pulak...adoii apesal pulak ko beep beep beep non stop nih? last2 sebab takut tutup suis hah mati terus pastu start balik haha....padahal nak preheat oven jek

first batch kek yg buat di pagi buta ahad tu hancus; sebab tak pandai setting suhu...kita dengan tulus nya set la suhu 160C, macam biasa...kek tu jadi macam bingka telur uols, keras and macam getah pastu tengah tak masak...deymmm....lupakan hati yang lara kek tak jadi kena sambung masak pulak sebab ada tetamu nak datang....dalam kepala penuh dengan schedule task - first goreng papadom, dulu baru goreng ayam kalau tak nnt minyak kotor nak goreng papadom, maasak nasi tomato, then kari, then ayam masak merah,eh jap cili blend ada ke tak? bla bla....... nasib baik 2 orang je but still ketung tang jugak la kan....guest balik dah malam, tidokan mya then sambung balik eksperimen buat kek...turn out kena set suhu 140C baru kek tu ok..mano la den tau....

cubaan untuk stay cool, saya imagine poster keep calm ni
*image source

sambil tunggu kek masak panjat sana sini gantung belon and birthday streamers...kek kuar oven sejukkan kejap then sapu frosting yang tak sedap tuh (huh, damn you cheap hand mixer!), kelam kabut tabur sprinkles, tabur smarties sana sini...

so there you have it, benda paling tak nakkkk lah terjadi adalah masih membuat kek dengan lantai dapur yang melekit penuh gula di tengah malam...its almost midnight, my house is nowhere but chaotic, hubby's already so sedap snoring bergulung dlm duvet kepenatan tiup belon konon and i am soooo damn tired with a rumbling tummy....plus esok kena bangun awal nak masak lagi sebab party start @10 am....dan saya sangat stress dengan kejadian kek mya yang...err, not at all look like castle i would say...more like a tank ada la T___T

sickingly sweet icing dan keadaan kek yang belum diketahui di dalamnya...jeng jeng jeng...nasib baik rasa kek tu not bad, sedap jugak ada la rasa butter cake yg normal hihi


masa belum letak tower tu serius macam kereta kebal koo....sedih mak wuwuuwuuu....saya super stress...knowing me, when it comes to making cakes selalu buat in extra advance so that kalau kek tak jadi ada masa nak bake a new one....and bila tengok hasil yg langsung tak jadi macam yg di bayangkan lagi lah sodih....a castle with no big door, or windows...apetah lagi dengan bunga menjalar....dah la kita nak biru yang jadinya ijo chet!!

oh sod it, apa2 je lah kan...badan dah penat dan no time to stress sana sini...woke up at 6 the next morning tergelak gila bila tengok kek yg kalerful tuh. ha-ha-ha. just what i need eh.

menu party - tidbits, spaghetti olio, mushroom bruschetta, and last minute decide buat nasi carrot dengan ayam goreng sebab being typical me takut makanan tak cukup.

sorry dengan gamba yang seadanya, so busy kamera bergantung di tangan dan nak kejar mya yang mengamuk tak bagi baby muhammad kutip her toys. kedokut!

sepanjang hari ni je yg sempat grab, so setengah pinggan yang habis ni memang saya mengaku tuan rumah yang dok makan, lapo!

rambut mengerbang sebab anisah bought her hair glitter, no tie up hair today mama!

at least the girls having fun eating the cake and the 'tower'


pressies - princess book, red satin monsoon shoes (kelas kau mya mama pun takde nak beli kasut kat monsoon), checked dress, money box, pink teddy, lunch box comel and princess watch.


alhamdulillah the princess herself is having a blast! senang jugak bila tak ramai budak2 ni elok je main berdua...suka hati lah nak buat sepah ke apa janji ko senyap dan happy sudahhh...and so far mama masih stick to the idea of making her birthday cake myself despite all the drama and the poorly looking cake *sigh* but hey, that's what home made all about right? baik korang setuju cepat! ;P

next year kita buat proper ok mya, with atuk, both neneks, cousins, uncles and aunties...time2 macam ni sedih jugak berjauhan huhu...

ah sudah. sudah. dont start melankolik terkenang kampung halaman.

by 4pm i hardly open my eyes, mengantuk tersangat sangat dan keletihan 2 hari memasak tak cukup tidur....tak tau pulak buat party simple macam ni pun boleh sleep deprivation...haih. that time baru sedar i might be bite off more than i can chew, baru sedar kau! =P

and i think i deserved this lah hehe...


come on everybody, keep calm and do what you want! =D

Friday 18 November 2011

buttercream meltdown

i was mixing butter for the second batch of the buttercream when my cheapy, unstable hand mixer's beaters go wild and stuck to each other.

sampai mya pun takut, elok2 berdiri atas meja kecik leka tengok mama membancuh sambil main2 gula ising terus terkejut and mintak mama put down and larikkkkk duduk jauh2 atas sofa ;P

actually tengah prepare frosting untuk birthday cake mya ni, official party insya Allah Isnin ni..saje buat waktu hari kerja just for us mummies....ala bukan ramai nau pun jemputannya, kawan2 yang sebaya dia pun Anisah sorang je and Isnin hari Kakak Anisah cuti pergi nursery...kakak2 and abang2 lain semua out of age-range and diorang pun pergi sekolah.

berbalik kepada buttercream yg hancus tadi, eh silap bukan frosting tapi hand mixer.

tu la, dasar cheapskate, beli hand mixer pun jenama Argos, 4pounds aje padan muko den.

first batch frosting agak manis...seriously, 250gm butter sampai dekat 8 cups of icing sugar..bahan lain just susu and vanilla essence...sickingly sweet! tengah pukul butter untuk second batch tu la dia buat hal tersangkut, nasib tak meletup teeheehee....terpaksa guna kuasa gajah by hand aje memukul...adoiii lenguh lemak2 di lengan ni berkibar-kibar senah...

nak try yang hot syrup and egg base icing tapi macam bukan masa yang sesuai pulak nak bereksperimen, jadual weekend penuh dengan jemputan orang kepada kita dan kita menjemput orang makan, sabtu esok baru nak pi beli oven, ahad ada tetamu bila nak buat kek entah. hahaha...ada yang tidur tepi oven kang ;P

mya sambil duduk atas sofa macam biasa sibuk tanya mama itu ini...

mya : mama dont use the mixer ok? mya takut..use hand aje ok?
mama: ok sayangg...mama use hand aje ni ok (sambil berkeluh kesah membebel marah mixer)
mya : rosak ke hand mixer mama? don't worry ok..nak mya and papa buy new one?
mama: nakkkkk..mama so sad ni...
mya : say 'please mya'. say.
mama: oh ok sorry, 'please mya...' (tahan gelak, adoi mak nenek sungguh)
mya : ok nanti mya and papa buy new one for you ok? what colour you want? black? white? green?

and the conversation goes on and on and on...mya nak heart shaped cupcake cases yang kat kedai tadi tu la...why mama dont have enough money...nanti dont forget ask papa to give you money bla bla bla...

iyo lah mya sayang...apa2 je la kan, janji esok papa kena beli oven mama...kalau takde oven kat kedai tu alamatnya cake m&s dengan buttercream biru je lah jawabnya.


Wednesday 16 November 2011

three. is a magic number


pejam celik dah 3 tahun dah my lil diva huhu....seriously korang, sape2 yang ada baby or small toddler tu sila nikmati bau sedap bayi anda dan aksi comel mereka, lepas ni mesti rindu like uwaaaa....dah bosar dah, rindunya nak pegang baby kecik =(

kejap je dah pandai jaga mama and papa, pantang terbatuk or terjerit sakit macam kena pisau or tersepak pintu cepat2 dia datang 'mama sakit ke? kat mana? come show mya i'll blow for you dont worry ok?'

dah pandai complain mama masak sedap ke tak sedap, baju bau busuk tak bau flower, smelly pillow, main scooter pretend pergi shop belikan mama mekap and usap2 kepala papa and said 'papa tired eh? nak massage?'

semalam ada la beli kek and celebrate sikit2 dengan kawan2 dia kat creche, unplanned sebenarnya sebab a day before masa amik dia saje la tanya cikgu tu esok birthday mya boleh ke bawak kek tengok2 eh boleh yo! kat sini lain sikit uols, snack time diorang just bagi fresh milk, fruits, or oatmeal toast je....sangat restrict dengan sugary foods for kids so ingatkan tak boleh...

so semalam letak mya kejap mama pun lari ke morrisons beli kek simple, hati ni tempted nak beli kek yang cantik2 balut sugar paste ada gamba comel2 tapi tau budak2 tu nanti mesti kopek makan marzipan dengan sugar paste kat luar tu je...and the cake itself sure tak sedap sebab tengok best before date pun sampai december, eurghh =P

so just grab a cake, candles, smarties and writing icing dan jadilah ia....

sebelum bawak kek masuk dalam kena touch up sikit kek ni, baru nampak homemade hehe


budak2 ni cam malu ke takut tak tau la sume cam malu2 and blur je asal ada makcik pakai tudug lak ari nih? ramai yang dok kutip smarties je haih.

tapi sebelum start party cikgu kena make sure other parents is actually ok with their kids being photographed, other than takde sape yang allergic kena makan gluten free or dairy free stuff...see? i told you kat sini jangan main2 kalau pasal kids, depa sangat protective you know.

to Mya, happy 3rd birthday sayang! nak tidur malam tadi tiba2 out of blue dia cakap 'mama, mya dah big kan?' then masa bagi goodnight kiss and hug dengan innocentnye cakap 'thank you mama for buy colourful chocolate for mya..'

nak nanges T___T
apa mya cepat sangat besar sayang oi? cepat je masa berlalu..she's like literally turn into fine young women overnight huhu...excited and nervous at the same time nak tunggu dia masuk sekolah, ada kawan, nak exam, ada boyfren...nak kawen... erk. uwaaa....

selongkar2 folder cari gambar mya inilah hasilnya...pantas betul masa berlalu *sigh*


















Monday 14 November 2011

winter on its way


its that time of the year again.

where my batang hidung started to berkerak, kulit muka semakin kusam and my toes are officially getting their 2011 frost bites yesterday.

kesimpulannya, me and winter time = love-hate-relationship.

love:
  • siang pendek thus pukul 5.30 settle dah sampai solat Isyak
  • siang pendek makanya waktu paling ummpphh ganti puasa
  • freshly poured snow on the ground..oh so fluffy! sambil tu tangkap snow flakes comel yang manja2 jatuh turun
  • when everything was covered with snow, and ada sedikit sunshine. glowing je nak posing2 amik gambar.
  • christmas sale. everything dapat 3 for 2. adoiii meleleh ayaq lioq senah tengok mekap dengan skincare dah la packaging come lote.
hate:
  • sejuk kering, kulit yang memang kategori very dry ni makin tenat lah jadinya
  • frost bites. annoying sangat sebab kat jari kaki, nak tidur mengenyam gatal hujung jari beb nak garu cam tak puas kan? ish geram lah.
  • bersiap nak keluar. jaket,socks,another socks,gloves, scarf, boots, bla bla bla....
  • stale snow on the ground. dah keras nak cair tapi tak cair. licin gile.
  • blizzard.
suka tapi tak suka. ish. camne tuh?

tapi ok jugak sebab sekarang dah start mengomel kat anatawa ku muka kering la, hidung ni berkerak sampai gatal la apa la....omelan tu kita teruskan ye kawan2 sampaiiiii la cik hubby cakap 'iyo iyo nanti poie la boli kerim apa mendenya tuh...dah jangan duk garu2'

teeheehee (^-^)

tu sebenarnya....ni la nak tanya korang, ada sape2 yang pakai skincare clinique tak? ingat nak try clinique punya facial wash. only 14pounds 200ml, ok la kan? bosa tu. baca review lagi la terpengaruh. tapi bila tengok katalog krismas boots hati dah goyah.

what? spend 22pounds on No 7 product dapat set skincare worth 31pounds?
woh, soap and glory set comelnyeeee....
wait, coca cola ada lip balm? kalau pakai time puasa agak2 batal puasa tak eh?

Coca-Cola Cherry, Classic and Vanilla Lip Refresh
uhuk. mencik tau kalau packaging vintagey cmni. benda yg tak perlu pun jadi perlu.


adeh deh gatalnyaaa.....frost bites oooo frost bites, apesal la ko ni annoying sangat...pfftttt...

barulah raya


hurrah! nasib baik ada hamba Allah yang rajin buat video pasal sambutan raya korban sabtu lepas...ramai2 borak2 tengah sedap makan kambing masak kari tu tak kuasa nak keluarkan kamera nyah, baik i makan...yours truly bawak burger malaysia dengan rojak buah, kes nak ngabiskan kuah rojak yang buat hari tu....mau cirit beb nak habiskan satu botol besar kuah rojak sorang2 hehehe ;P

Sunday 6 November 2011

raya tak raya


best ke korang raya haji? we all kat sini hampeh duk rumah jek kehkehkeh...this weekend baru ada jamuan makan2 bagi yang buat korban kat sini...yummeh! so simpan je la perut tu ye...nak masak rendang baru je 2-3 hari lepas menu rendang, nak buat kuah kacang dengan lodeh mi amor tak suka so malasnya nak bersusah payah masak setakat makan sorang2

frankly speaking me and raya haji memang selalunya tak sambut mana pun...kalau zaman bujang dulu setakat tolong mak and mak usu masak2, setting meja, settlekan kek raya (orang dulu2 selalu panggil 'kepala meja' tak silap), then sampai masa gi solat raya tu je la. dah duduk kt tempat orang ni lagi la beb, takde rasa apa pun. nak gi solat tengah percutian bulanan, malam tu pulak tido lambat main tenet so pagi tu sejuk2 sedapppp je golek2 bergulung atas katil borak2 dengan mya sampai kul 9.30 oopss! ;P

hari raya mya and mama cuma sibuk buat 'sampah' sepahkan rumah...lets get artsy mama!

orang suruh senyum buat muka konon comel



puas dah setting gambar ni nak sengettt jugak dia, haih.

aik, lawa beno mya buat kraf2...muahaha...nampak cam mama je yang syok sendiri main tampal2 ni ;P

petang raya lapo jom layan cekodok udang cicah sos cili megi

gitu je la habis raya kami...haha boring je kan? papa pun malas nak keluar jalan2 sebab minggu ni minggu penat banyak keje so tido je bergolek depan tv di sebalik sampah2 kertas si mya...papa bising lantai melekit dengan gam and terpijak2 kertas dengan sequins, pompoms sume mama sengihhh je...lorr...dah rumah kecik mano laie weols gurls nak main kan mya kan?

soooo looking forward to this weekend, dah kumpul ramai2 makan daging korban baru datang feel raya haji kut....oh and yes, looking forward nak jadi undomestic goddess planning for mya's partayyy also...oh yeah...oh yeahhh...

Saturday 5 November 2011

sayang mya ku sayang


walaweh...lama sangat dah rasanya tak ngomel pasal anak dara i sorang ni kan?

16 November ni genap 3 tahun...dalam kepala mama tengah berkira party-no party? party? no party? sebabnya kalau buat haruslah sederhana apa lagi dengan keadaan rumah yang comel....dalam kepala jugak dah merancang2 menu party,dah siap conteng2 design kek besday si kecik (which is more into nak melunaskan nafsu baking mama sebenarnya hehe) tapi rasanya faktor utama kewujudan party ni is dengan kehadiran oven baru..owh! cepatlah hari gaji ni weh tak sabar nak tuntut oven dengan cik abang sayang....

baru baik demam tengok cuaca cantik ajak mya jalan2 belakang rumah amik angin....mya still moody malas nak keluar rumah lagi masa ni tu yang mama beria bawak kamera konon nak bagi dia main snap2 mushrooms ke bird ke apa2 je lah...buat umpan konon ;)

sekali jumpa pokok epal kecik ni beb...berterabur kat bawah pokok buah epal comel2...jakun kejap anak beranak mya siap nak gigit puas la bergaduh2 nak explain tak bagi dia makan...why cannot mama? i want la this apple....adeh...ada yg baik demam keracunan makan epal beracun cam snow white pulak nak oii....


si kecik mama sejak dari demam hari tuh makin meragam perangai, makin pandai menguji kesabaran, makin tahu celah mana yang sah2 mama akan mengamuk...which is at the end of the day mama akan rasa bersalah sangat2 sebab naik suara marah2 Mya yang pada mulanya fikir konon nak disiplinkan dia untuk sedapkan hati sebab mama tau main reason mya bertantrum is sebab dia takde kawan sebenarnya....start dari dilanda virus flu hari tu memang seminggu tak keluar rumah, no playgroups, no shopping for groceries, no bus ride, no dancing session let alone our cake eating session afterwards...mind you, after berdancing dengan mya sangatlah lapar dan sakit badan okeh sebab dia suka dancing sambil mama lambung2 makanya sepotong kek berkrim sangatlah tempting...emmmm...nyaman beb....

tapi tak jugak...hari ni hari Sabtu macam biasa pergi citymoves studio nak join sesi untuk pre-school tapi sekali hari tak ada kelas daaa.....adoi penat je mak kelam kabut masak meehoon goreng buat stok lunch untuk papa tadi....untuk mengubat kekecewaan sepotong kek Victoria Sponge Cake adalah harus ya...walaupun badan tak sakit berjoget nak jugakkk....

dah baper hari dok teringin victoria sandwich dapat jugak kau...sanggup tu berleceh2 naik lif, celah mencelah home furnishing department yang boleh buat mama gugur jantung kalau mya capai kristal2 pasu semua, target: John Lewis Cafe, The Place to Eat (what a name huh?)...sebab hari tu masa jalan sorg dah ternampak kek sepan plain yang gebus nembam kat situ =P

meroyan ngidam kek Victoria Sponge ni dah lama tau, since tengah gila tengok Great British Bake Off hari tu...siap google resepi specific 'Mary Berry's victoria sponge' konon beli oven je first sekali nak buat kek ni haha...eh, tau tak they even had Junior Bake Off? ala2 Junior Masterchef la ni budak2 umur bawah 12 tahun..serius pandai baking, mama mya terus berangan Mya nanti dah besar target umur 8 tahun wajib pandai godek buat kek sendiri hehe...dah jadi mak ni baru faham perasaan mak2 kita dulu kan? dah siap plan apa nak suruh anak2 buat...dapat anak degil cam moi patah hati beb...err...si kecik tu pun dah tunjuk taring sikit2 kuat melawan...tak ikut apa kehendak dia je nak tunjuk perasaan...ikut perangai siapa lagi kalau bukan ehem ehem! ;P

tangan kotor baru lepas main glue, lagi kita tegah jangan celup tangan dalam sup lagi dia buat...siap slow motionnnnn je nak celup jari sambil mata jeling mama...hah marah la marah la kena jual baru tau dengan muka dan senyuman notty....

asal dah siap nak tidur dah settle bedtime stories semua amik mood mengantuk elok je mama nak tarik selimut tiba-tiba 'i'm hungry la mama...my stomach so sad you know' dengan nada paling merengek guling2 atas katil

uwaaa...saje je kan bagi alasan tak nak tidur sebab by the time mama dgn muka muncung mulut pok pek 'mana la tak lapar tadi org suruh makan tak nak sibuk nak main je pok pek pok pek *toott* kan dah lapar bla bla...' masuk balik hall ambik makanan untuk dia terus lompat2 sambung main balik...mau i tak muncung; nanti nak tidur kena ulangggg balik semua; baca 3-4 buku, tunggu dia ngantuk bukan kejap wooo siap dengan suruh mama sing mama sing please....dah nak kena ngaji pulak berdodoi bagai subhanallah, walhamdulillah walla illa ha illallah wallahuakbar...tiga, empat sepuluh kali round baru boleh stop >_<

sekarang paling mencik nak suruh dia mandi, tau la dah makin sejuk tapi kalau mulut penuh air liur basi sampai dekat kul 11 tengah hari apa kes anak dara? hari2 sure bergaduh nak heret dia masuk bilik air...mya jom take bath jom..no mama eat dulu...dah makan kang alasan lain pulak, no mama play puzzle first (which is kena habiskan 3 set puzzles), no mama i want colourful chocolate first...no mama watch mr tumble dulu ok? (-_-')

selalu kalau dia buat melawan saja nak test mama marah ke tak mama akan pakai alasan tipikal yang bila ingat2 balik emak dulu ada guna jugak..which is nanti polis tangkap sebab mya smelly, spider eat sticky buttock nanti baru tau, your tummy so hungry so sad the doctor have to cut away your tummy, and paling popular buat2 merajuk and nak lari rumah hahaha...

i dont know about you guys, tapi baru la faham perasaan emak masa dia ugut nak lari rumah kalau asyik gaduh je adik beradik...sebab borak2 dengan mi amor dulu pun dia cakap ma pun ada nak lari jugak sebab tensen diorang asyik bergaduh je...lepas tu bila ma dah keluar boleh tak terus baik and pakat tadah tangan berdoa ramai2 ya allah janganlah bagi ma lari....miahahaha =D

and of course bila dah selalu sangat berlakon mya dah tak heran...like kita dah elok buat2 nak bersiap sarung jaket pakai kasut bukak pintu and said 'ok mya tak sayang mama kan? mama nak run away la you wait for the new scary mama ok? babai!'

yeah you guessed it right, elok je dia dengan happynya cakap; 'ok bye mama!' siap lambai2 tangan lagi

at that moment panggg! baru tersedar, she is truly, the authentic mini-me T__T

cinta hati mama and papa, selalu kalau tengok mya dah tidur malam2 terfikir ini lah hasil lepas 8 tahun bercinta ahaks! ;)

kehadapan anakku,

mya sayang, mama ni bukan lah emak yang elok sangat...jauh sekali dengan title ibu mithali lemah lembut suara manja mendayu-dayu...perangai kita kan sama kalau benda jadi tak ikut yang kita nak suka je nak sentap2 kan so mya jangan la suka lawan cakap mama sangat ok? lawan sikit2 nak test ok la tapi kalau dah mama cakap sikit je mya dah jerit2 p. ramlee pun cakap wah ini boleh menimbulkan kemarahan! tahu? mama nak mintak maaf sangat2 sebab sejak dua menjak ni mama selalu nak marah2 jugak kan? i'm not proud of it and somehow those were the days where i found mummyhood is sooooo damn hard for me...taking into consideration mama pun boring kat rumah what with ketiadaan oven my 2nd bestfriend selama ni kan? i'm so sorry mya...tak suka sangat tau sebab bila asyik hati panas je sangat tak enjoy jadi mama...mama yang marah2 akan melahirkan anak kecil yang marah2 juga...kadang2 malam sebelum tidur mama siap berdoa ya Allah bagila mama kesabaran, jadikanlah mya anak yang baik....makanya lepas ni mari kita sama2 berazam untuk happy sahaja no marah2 ok sayang? all rightt! hi five! (^_^)

p/s: bila mya nak sampai peringkat suka shopping ni? tak rock ar cam ni asal masuk boots je nak ngamuk...asal mama baru nak usha dress display kt luar kedai je pun nak ngamuk...come on bebeh! cepat2 jadi true anak dara tau.

Wednesday 2 November 2011

rumahku porak peranda......

hola!

rumah jadi tongkang pecah, porak peranda dibuatnya, sebab kami 3 beranak take turn demam...huhu...

first down is papa mya, malam yang kena tu memang agak teruk tak boleh bangun sebab body ache all over...serius tak pernah tengok cik suami yang selalu setakat demam biasa boleh lagi berlawak2 ni sampai mengerang2 kepala terlalu sakit....tolong2 lap and picit2 badan sampai satu tahap i was like dalam hati, please God tolong la papa buat lawak je....huahuahua...sebab dia kan selalu je nak buat2 tido pastu bila kita pergi dekat tiba2 huarghh! menjerit nak terkejutkan kita kan....sebab time tu dah takut gila beb...esoknya yang empunya diri gagahkan diri drive jumpa GP, balik makan ubat, pengsan sampai petang then getting much better...

malam tu pulak turn mya, kesian sangat bila si kecik ni sakit...ye la, dia mana la faham eh apesal tiba2 kepala aku ni rasa tak betul...ting tong ting tong je....selalu happy je berdancing2 dengar lagu Katy Perry ni umpan nak bagi tengok favourite song dia kt Youtube dengan syarat bagi mama lap badan pun dah mengamuk sakan huhu....malam tu tak tido lagi la jawabnya sebab mya asyik menangis 'mama...sakittttt...headache sangat la mama.....' adoiiii......risau beb suhu dah sampai 39.6 kau!

then bangun pagi esoknya pulak turn mama pulak....flat habis nampak segala macam mak nenek unggas burung serangga macam berkelip2 melayang2 depan mata hehe....mi amor lapkan badan pun redha je terkulai...take it all baby, im yours...tapi busuk sikit la hehehe....orang demam lap badan orang demam =P

melopong si mya tengok mama melepek, ayat paling kureng 'mama, what's that? your breast ke? haha so wobbly!'

cisss kureng sungguh dikau mya! hang dah sihat boleh ar ('-_-)

tapi ada jugak ayat sweet dia, tengok mama pening2 and batuk siap offer 'mama headache ke? mama nak mya buy ubat for you? massage? why your hand so hot? nak mya blow kan? nak?' auwwwww =)

but after breakfast terpaksa jugak gagahkan diri merangkak sikit2 masak nasik and goreng telur for lunch....haruslah kan kawan2, pada yang duduk di perantauan sure faham...mana la ada gerai or restoran bertaburan nak keluar pi beli lauk jauh sekali McD delivery untuk di suruh hantar bubur ayam....kalau terbaring je kat situ alamatnya tak berisi lah perut umat dalam rumah ni huhu...lagipun Mya tak nak minum milo yg papa buat utk bfast sebab dia cakap tak sedap, let alone nak papa masak sup for her lunch memang tak la kan =P

punca kena demam ni sebab last Monday we all ada 2 orang tetamu jauh datang from Msia, and one of them tengah tak sihat demam...adoi, jauh betul virus demam ni datang kan? hehe...orang tu dah selamat pulang pun ;)

sekarang alhamdulillah dah 100% up and running mengemas rumah...nak masak tu still a bit malas lagi la sebab takde selera tengok nasik je rasa nak terbluekk...err, dalam banyak2 benda boleh tak teringin nak Victoria Sponge Sandwich? nak kek butter simple yang light2 ada krim dengan jam wah sedapnyeeee.....

mi amor tengok muka mama ni pun sekonyot je sebab bosan dah seminggu tak keluar ni huhu...a part of that is sebab oven baru tak beli lagi hahaha...so cepat2 la beli oven utk mama okeh papa darling ;)