Thursday 5 January 2012

what's cookin - Szechuan Chicken

gile lama tak letak entry main masak2 kan? berbulan dah rasanya.


ok, semalam ada try buat szechuan chicken ni, sodap babe! senang pulak tu...ternampak kat belog dapur kjee dah lama dah dok tangguh2 nak buat sebab takde gajus. last2 buat jugak walaupun takde gajus. entah apa2 je. tapi serius lepas ni harus beli gajus khas untuk ulang tayang ayam szechuan ni. sedap dik non cayo lah cakap den yo...


resepi ni hasil kacukan resepi kjee dengan yummylicious-jun yg asal dari gert.


method ikut cara kjee, kalau ikut yg kak jun dengan gert tu goreng asing dulu ayam yg dah marinate dengan sos and tepung jagung. tapi kita lagi suka yang basah2 kut.ikut suka korang la kan. masa nak marinate ayam dengan salt/pepper tu letak sikit cuka to replace rice wine. pastu campak2 je spring onion yang memang ada stok. kalau makan dengan sayur pakchoi celur je ni pun sodap. tapi sebab cili kering saya tu jenis yang tak pedas harus lah di campak 2 biji cili api baru kick rasa pedas2 manja.


next time harus letak gajus dan diusahakan letak sesame seed or minyak bijan. sure lagi feel macam kt chinese restaurant. 




SZECHUAN CHICKEN
Source: dapurkakjee, yummylicious-jun, and mykitchensnippets.


3 keping dada ayam 
2 sudu besar kicap manis cap kipas udang
2 sudu besar sos tiram
segeggam biji gajus  - kita takde
10 batang cili kering 
4 biji bawang putih diketuk
2 biji bawang besar dibelah empat dan dicerai-ceraikan
dua inci halia muda, hiris nipis

sedikit gula
1 sudu besar kicap cair - tambah sendiri

1 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan 2 sudu air
beberapa titis minyak bijan - kita takde ni huhu

hirisan daun bawang


bahan perap:
salt and pepper
1 sudu cuka


1. Perap isi ayam yang dah dipotong kecil2 dengan garam, pepper dan cuka selama 30 minit. Ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis cili kering hingga garing, masukkan bawang putih dan halia, Tumis sampai naik bau. Ketepikan.
3. Masukkan isi ayam dalam kuali yang sama dan besarkan api. Kacau2 sampai ayam agak garing dan air ayam kering sedikit. Gaul dengan cili kering, bawang putih dan halia yang dah di tumis tadi. Kecilkan api dan masukkan bahan perasa - kicap manis kipas udang, sos tiram dan kicap cair. Masukkan pula hirisan bawang. Gaul rata.
4. Masukkan bancuhan tepung jagung, kacau sampai likat.Masukkan gajus (kalau ada), dan hirisan daun bawang. Kacau kejap dan sedia untuk dihidang. Sodap di makan panas2 dengan nasi panas. Fuhh!!



6 comments:

Cik Piza said...

Lin,

thanks for recipe. Harus try sbb indra suka Chinese food.

mamamya said...

cuba la beb sedap mkn panas2.

kita just share penemuan resepi yg best je ;)

DeLancrettLurpak said...

akan ku coba, sbb semua benda ada didapur.. kena tag recipe ni..hehehe

mamamya said...

sila cobaain! letak cili byk2 pastu wajib ada cshews =)

aku pun dah try kambing masak itam ko, meletup! nnt nak hapdet.

Sonia ~ Nasi Lemak Lover said...

Sound simple and yummy!

mamamya said...

hi sonia! thanks for dropping by, u lagi master kut, malu i =)