Sunday, 27 February 2011

akhirnya datang juga bekalan vitamin D semulajadi

pada hari ahad cuaca adalah sangat terbaik, cahaya matahari menyinari dengan terang, cuaca yang dah kurang sejuk and bunyi burung berkicauan menyanyikan lagu riang..la la la laaaa.....bangun pagi pun terus rasa happy sebab tengok rumah dah terang, selalu tu mandommm je kan, cepat2 masak bfast mee hoon, prepare lunch and siapkan Mya...zuss zass zuss zass...jom Mya mama take you to the park =)

sebelum pergi tu sempat singgah kedai beli banana and biskut as bekalan di taman, destinasi di tuju; Duthie Park, dalam 20 minit jalan kaki dari rumah..

on indahnya panorama...

si mya nampak mainan ni semua terus dah tak keruan

petik2 bunga...bunga comel dah keluar, yeay! so memang dah early spring la nih...nnt dia tukar2 pulak dafodil, then datang musim cik tulip anggun, then tukar si klasik english roses...gitu...

erk, nampak macam dah besar sgt pulak anak dara i sorang nih...

kita main bola dulu ye sayang, seronok betul dah lama tak lepas bebas lari tengah padang luas macam ni kan mya?

dah penat main makan bekalan banana sambil tengok itik dan burung bermandi manda di kolam

hamboi2 romantik sungguh hang naa...flower bed purple sebagai background....

tu diaaa....hilang kecomelan tengok aksi makan banana macam nih hehe =P


penutup dengan video mya pengubat rindu atuk nenek dan acik atie =D



video main buai dengan main bola..haha main buai sepak bola pun sibuk nk record2, excited tau dah lama x dapat main kat luar, kan mya kan? kan?


Nota Kaki: terpelik sekejap adakah perlu bersiar2 ke taman dengan kasut wedges 5 inci dan handbag gucci? emmm...

jom makan2 @ our humble crib..again...

sabtu lepas ada tetamu lagi...hehe..wallah! sejak dah ada kawan ni selalu je ada tetamu datang kan? hehe...kali ni giliran Kak Suni dan Abg Taufik sekeluarga pulak, kena gilir2 you sebab rumah i ni cinonet jek...nanti next week giliran family lain pulak...gitu lah ye...

menu of the day - Nasi Daging, Dalca, Acar, Ayam Goreng Tepung, Sate Ayam and Moist Chocolate Cake...zass...jom amik bau =)

Nasi Daging...punya la takut tak cukup sampai dekat 6 cawan i masak nasi ni tau...huhu..banyak berlebih rasa terkilan pulak masak ikut nafsu...i bukan apa, kalau orang datang ni paling takut makanan tak cukup...dan jugak ta-to-the-mak : TAMAK hahaha... =P

ayam goreng tepung, dalca, dan acar...

Sate Ayam..sori ye gambar sedikit messy...ni je yg sempat snap masa org tengah sibuk nak makan hehe...tu pun sebab layan Mya main kamera =)

moist chocolate cake yang yummy! ada kisah sedih disebalik kejadian kek nih...nnt kita citer entry lain okey...

nyum nyum nyum...

abang Syafiq yang cool sebab layan Mya main belon and pull funny faces =)

lepak2 then around 5.30 gitu we all sama2 gerak ke rumah lain pulak, ada jemputan lain you...dah macam raya pun ada hehe..alhamdulillah rezeki kan...ke rumah En Md Noor dekat, err...serius i tak ingat kt mana...area yang hanya di tempuh after setahun setengah duk sini hehe..kalau xde org ajak sah2 memang tak sampai...masa tu borak sakan sampai lupa nak snap2 gambar, adoihh....sedap woh ada laksam sambal power, nasi beriani (kut..sbb yang ni i tak rasa), fruit salad, bubur kacang and pakora....

kesimpulannya, aktiviti makan2 memang terbaekk kan? tak kisah la sebagai host or datang bawak perut gendut jek,i memang likeee! =P

Wednesday, 23 February 2011

what's cookin - Spaghetti Olio


menu semalam semasa sesi melepak dan bergosip, the gurls; Kak Suni, Mell dan Athirah come over after diorang main badminton...yg main 6 orang tapi yang join sesi menggendang gendutkan perutnya bertiga aje yang dapat datang...maklumlah kan, ada yang nak balik prepare lunch untuk suami2 dan ada yang terus pergi attend kelas or jumpa lecturer...

eh, lupa lak, yours truly adalah tidak join sesi bersenam tersebut...kurang minat dan tak pandai main atau dalam erti kata lainnya dilanda wabak 'M' hehehe....bila diorang sibuk ajak and bincang pasal aktiviti riadah elok senyap je tapi bila masuk bab 'eh, lepas tu jom kita lepak mana2 nak' nah amik ko lajuuuu je offer diri jadi host muahahaha....saya memang suka bab lepak dan makan, lebih tepat lagi suka dapat jadi host dan masak2 untuk tetamu, tak kisahla kalau setakat menu yang ringkas sekalipun =)

menu simple semalam adalah - Spaghetti Olio Pedas, Bubur kacang hijau, Murtabak Mini dan Kek Batik yang tak mengeras nak makan kena scoop2 aje...huhu...oh and kopi original Kluang Station thanks to my mak =)


kalau ikut resepi original Olio from Italy ni kalau tak silap just pakai garlic and olive oil je....tapi ingat lagi dulu masa kerja kat San Francisco Pizza (ala yang dekat seksyen 8 bangi, kedai corner lot tepi traffic light tuu) abg chef tu buat Olio pakai cili kering....banyak peminat tau Olio kat situ ramai orang order...aiyoh, teringat pulak kat Mushroom Bruschetta depa..slurrpp...

anyway,resepi Olio i ni adalah hasil campak2 sahaja..ikut apa bahan yang ada dan ikut selera anak tokak den yo....sonang bona nak buek...yang ni tak letak perencah daging, ayam or seafood sebab Mell tu allergic...dia ni pendek kata allergic semua benda; tak boleh berpeluh, telur, seafood, ayam bla bla....makan pun setakat rasa2 sikit je...kesian nanti tak dapat nak makan banyak2, dah la kek batik dengan murtabak tu ada telur....kalau uols nak buat ikut je selera masing2 ok, tak pandai nak sukat2...boleh letak daging, ayam, udang, sotong, sosej, variety of mushrooms...gitu...

Spaghetti Olio, my way...

spaghetti
capsicum merah/kuning/hijau
cendawan butang segar - dihiris atau potong empat
lobak merah - potong panjang runcing
3-4 ulas bawang putih - cincang halus
cili kering - potong panjang, the more the merrier
1-2 sudu kecil italian mix herbs - optional
garam dan sedikit kiub ayam to season
sedikit olive oil untuk menumis

1. Rebus spaghetti accordingly. Letak sedikit minyak dan garam.
2. Bila spaghetti dah hampir masak, panaskan olive oil dan tumis cili kering, kemudian masukkan cendawan, kacau sekejap sampai agak layu.
3. Masukkan bawang putih yang telah dicincang (tak tumis awal2 sebab garlic cepat hangus), kacau sekejap dan masukkan capsicum,mix herbs, serta garam dan kiub ayam secukup rasa.
4. Tapis spaghetti dan masukkan dalam kuali tadi, better masukkan pasta yang masih panas so that boleh meresap rasa. Kacau dan tambah seasoning kalau perlu. wallah!

Monday, 21 February 2011

what's cookin - Biscuity Lime Pie

pie base yang bersepah..hehe..tak kisah lah sebab i mmg hantu pie crumb yang sedap lemak lemak biskut and so buttery...nyumms...

another entry yang tertunggak dalam draft...pie ni buat as dessert masa ada tetamu datang 2 minggu lepas, family mel and athirah....sebagai sampingan nasi lemak and sate ayam....sedap and senang sangat nak buat,kalau tak suka crumbs biskut bersepah like moi, boleh juga pakai basic pie crust yang biasa tu...very refreshing, citrusy and lemony tau...bila rasa zesty tangy lime tu sampai kat anak tekak i sokaa...hehe...cuma satu je, i dont have a grater so memang kupas kulit nipis2 then cincang lumat guna pisau besar cam ala2 masterchef (perasan hebat kejap)...bila kupas tu ada la sikit2 part putih bawah kulit yang pahit sikit tu kan...aduhh...habis ada rasa masam pahit pie ku....other than that, pie ni memang sodap! lepas ni kena cari grater, pengajaran di sini make sure alatan cukup ikut keperluan resepi baru boleh masak...

resepi pai limau ni memang banyak, ada yang pakai whipped cream ada yang tak....for me i chose yang tak pakai cream, reason being sudah tentu nak kurangkan kalori yang dah sedia banyak dengan menu nasi lemak sambal sotong tu, and second sebab masa search resepi ada terbaca komen yang better try buat yang without cream sebab nanti senang filling pie tu nak set dalam fridge, nak mengelakkan dari mendapat filling pie yang runny gitu...


Biscuity Lime Pie

300g pack ginger nut biscuits (i used digestive biscuits)
100g butter , melted
3 egg yolks
50g golden caster sugar
zest and juice 4 lime, plus this lime slices (optional) to serve
zest and juice 1 lemon
397g sweetened condensed milk

1. Panaskan oven 160C, sediakan base biskut - hancurkan biskut dan campur dengan mentega cair. Tuang dalam bekas springfoam (20 cm) dan tekan-tekan supaya padat. Bakar sekejap dalam ketuhar selama 10-15 minit sampai sedikit garing.
2. Pukul kuning telur, gula, serta parutan limau dan lemon sampai kembang dan naik 2 kali ganda. Masukkan susu pekat, kacau sebati dan akhir sekali tuang jus limah dan lemon. Kacau perlahan sebati
3. Tuang filling atas biscuit base tadi dan bakar 20 minit just until set. Sejukkan dan simpan dalam fridge until later. wallah!

very the easy peesy right? ;)

what's cookin - Pain Au Lait


entry meroti yang dah basi..kuikuikui...rasanya roti dah err, kejap lupa pulak..bila ek buat roti ni? serius dah tak ingat...2 minggu lepas kut...punya la malas nak tepek dalam blog, ni bila dah takde idea nak membebel baru teringat ada buat roti hari tu..

resepi ni senang jek, rasanya kalau nak buat bentuk bulat ala2 bun comel pun ok kut...bahan tak banyak so sesuai la untuk orang yang nak uli guna kuasa manual kan..hehe...lepas tu suka2 hati je mofdify, separuh doh tu tabur gula dengan cinnamon...walla! i heart cinnamon you know =)

tetiba je roti comel ni famous di kalangan blogger sifu memasak, tu yang rasa tergoda nak cuba meroti...sedap weyh...rasa lemak2 gitu...tapi yang tak best nak buat roti atau apa2 yang menggunakan yis ni kat sini adalah cuaca yang sejuk sangat, nak tunggu doh tu naik sabar je la...so lesson learned dari pengalaman lepas, letak doh tu kat tepi heater...amik ko..pueh ati den =P



tu diaaaa....meleleh ayaq gula dengan cinnamon kena bakar...

PAIN AU LAIT
Source: dailydelicious.blogspot.com (sila rujuk blog tuan punya resepi, ada gambar step by step sebagai rujukan)

230g All purpose flour
60g Bread flour
125g Whole milk
4g Instant yeast
50g Egg (about 1)
38g Sugar
5g Salt
63g Unsalted butter
Pearl sugar, for sprinkle at the top (i use demerara sugar)

1. Mix the milk and yeast together, set aside.
2. Put both flour and sugar in a bowl, whisk to combine, add the salt whisk again. Pour the liquids mixture (milk and yeast) and egg into the bowl. Use large spoon (or pastry scraper) to mix everything together, and knead briefly to bring all the ingredients together.Take the dough out of the bowl and knead.
3. Knead by using the heel of your hands to compress and push the dough away from you, then fold it back over itself. Until all the dough are moisten.
4. Add the soften butter, give the dough a little turn and repeat. Put the weight of your body into the motion and get into a rhythm. Keep folding over and compressing the dough. Knead for 10-15 minutes or until the dough is soft, pliable, smooth and slightly shiny, almost satiny, the dough will stop sticking to your hand.Cover the bowl with a tea towel or cover with the plastic bag and leave the dough to prove for about 30 minutes.
5. Gently press down the dough and cut the dough into 10 pieces, let the dough rest for 15 minutes. Use a rolling pin to roll the dough into a circle, about 8 cm. Fold the dough and roll into a small batard.
6. Cover the shaped dough; let rise until almost doubled in volume, about 30-40 minutes. Before baking, brush the dough with egg wash and use a scissor to cut the top of the dough. Sprinkle the pearl sugar on top.
Bake for 10-12 minutes, in preheated oven, 210C or until the bread is golden.

Thursday, 17 February 2011

hee hee heellarious! (^o^)



1. nyanyi twinkle twinkle little star yang tak habis habis
2. cubaan untuk tiru gaya mama tunjuk2 buku semasa sesi baca buku bersama mya
3. cubaan menyanyi then pada masa yang sama nak jugak tunjuk2 jari kat buku then pada masa yang sama nak jugak baby dengar and baca buku sama2
4. kamera gigil2 sebab mama tengah menahan ketawa dari pecah berderai
5. and err...sila abaikan keadaan rumah yang serupa nursery ni ye...


berapa konservatif kah anda?

how conservative are you? haha bila dah terjemah ke bahasa melayu macam banyak kesalahan tatabahasa je kan?

so, how? rasa2 korang ni conservative atau seorang yang moden? generation x kata orang....for me i always thought i am more on conservative side....

pemikiran saya memang 'kolot' sikit haha....tp bab2 yang memerlukan untuk kita menjadi 'kolot' la kan....lebih2 lagi bila kaitan dengan hal2 percintaan (ni masa zaman cintan cintun dolu2 la)

dulu kan punya la suka giler kat sorang mamat ni...ala...mamat yang pakai kancil biru plat nogori tu, tp skang dia dah kerja jauh you, kat uk nun..kehkehkeh...ok berbalik pada kisah saya suka si mamat, memang suka giller kat dia...kalau tengah jalan kaki nak pergi kelas tu selalu mengharap nak terserempak sebab fakulti dia kat ats bukit fakulti saya..haha...kau ingat diri tu hot sangat ke kalau diri tepi jalan si mamat boleh nampak time tengah drive? =P

lepas tu dok tunggu2 mana ni tak sms ponnn...x call ponn...nak kita msg dulu jangan harap laa hehe...eh, ni jual mahal ke or ego nih?

kalau zaman sekolah dulu pon sama jugak, selalu rasa macam amaze dalam hati kalau ada my girlfriends yang dok ngorat2 lelaki dulu..entah la ek, macam dah set dalam kepala lelaki yang kena tackle us ladies...hehe...kagum sebab membe tu berani kan, kalau i memang hampeh la....terus gelabah memalukan diri sendiri kut...ishh malu ah...

kalau korang macam mana eh?

lagi satu bab memasak, for me orang perempuan mesti tahu memasak...at least basic masak nasi and telur kicap..senang je kan? setinggi mana pun jawatan, pangkat dan gaji seorang perempuan tu tapi bila dah kahwin wajib dia masak untuk family..sebab saya percaya pada kuasa 'air tangan'...saya bukan lah hebat mana pun, setakat untuk makan sendiri boleh la sikit2 bukannya tiap2 hari nak kena masak hidangan hebat ayam golek ke apa kan...

pernah sekali masa 1st year kahwin jemput kawan2 hubby datang rumah open house raya kecil kecilan sebab masa tu tgh boyot so makanan yang ada pun ikut kemampuan je la kan, ada ke patut sorang membe dia cakap 'eh, kau tau masak eh? kat ofis aku yg pompuan semua tak pandai masak, bukan pompuan sekarang semua x tau masak ke?' and i was like, hello, kawan2 i semua tahu masak okkk...terkezut kejap, lagipun mee hoon goreng bodoh je kut aku buat ni..hehe...like i said, kalau pandai masak nasik, goreng ayam and masak kicap tu kira tahu masak la kan?

selalunya bab konservatif ni elok kita applykan dalam hal berkaitan perkahwinan and married life...contoh dulu masa nak kahwin, selain dari mengharapkan dalam suami yang baik bertanggungjawab tahu agama soft spoken ada kerja elok tak kedekut tak panas baran dan lain lain lagi perkara kedua penting adalah mendapat keluarga mertua yang baik...betul tak kawan2 yang dah kahwin? so sekarang memang sangat bersyukur sebab keluarga mertua saya sangat baik, perfect, dan memang rasa sense of belonging to the whole family...kadang2 rindu pada family mertua lagi kuat tau...masa sebelum kahwin dulu selalu jugak perhatikan macam mana emak, makcik2 dan saudara mara perempuan yang dah kahwin layan keluarga mertua masing masing....contoh baik memang banyak, contoh yang tak berapa sedap tu elok la dijadikan tauladan...

my mum walaupun my abah dah tak ada, at least setahun sekali mesti balik jenguk my grandparents sampai la sekarang even diorang pun dah tak ada, ada my auntie tu sejak kahwin dengan my uncle memang duduk dengan nenek sampai la sekarang, daripada nenek saya sihat dan mulut masih kuat berleter (nenek saya memang suka berleter tau, bukan marah tapi asyik bercakap je sampai kadang2 naik rimas tp my auntie ni memang sabar tahap dewa selamba je hehe) sampai la sekarang dah uzur dan saya sangat kagum macam mana my auntie ni sebagai menantu menjaga nenek yang dah uzur....

contoh yang tak baik pun ada juga, berkira dengan keluarga suami ada....yang biadab pun ada tapi tu toksah la kita cerita panjang2 kan....tak best pun =P

rasanya untuk establish relationship dengan keluarga mertua ni bukan susah sangat, pandai2 la amik hati kan...benda2 kecik and small gestures macam selalu beli buah tangan or just tolong masak kat dapur pun dah cukup...

kalau ikut budaya orang barat kat sini memang totally different dengan adat kita orang timur....agaknya sebab tu la orang lelaki mat salleh ni suka kahwin dengan asian kan? perempuan asia ni lebih lemah lembut and memang dah dibesarkan dalam culture isteri ikut suami which is bukan budaya diorang hehe...

being conservative myself, doesn't mean that i am not an independence person....anak sulung mana tak boleh independence kan? terlebih berdikari lagi ada kut...hehe...bila dah kahwin baru la belajar untuk tidak over independence sorang2, semua kena rujuk pada big boss, dah tak boleh sesuka hati buat2 berani lagi dah tapi kalau rasa dah lama tak kene bebel dengan jelingan tajam or gatal nak cari gaduh try la buat =)

eh, panjang pulak membebel hehe...kalau ada benda2 senditif tu korang jangan pulak pandai2 nak terasa tak tentu pasal eh...ni pandangan i je, tak kisah la konservatif ke tak asal pandai jaga diri sudahhh...







Wednesday, 16 February 2011

weekend lalu yang menggemukkan

last saturday ada jemput kawan2 hubby geng main badminton datang rumah breakfast...kalau dah nama sarapan ala melayu sah2 la wajib ada nasi lemak...tak gitu? hehe....jemput 2 family je, nak ajak satu geng tu tak dapat la kan...kena buat peringkat2, dah kata rumah comel =)

breakfast buffet spread, my style...nasi lemak sambal sotong, ayam goreng, karipap and sate....oh yeahhh... =)

so sebelum subuh pukul 6 pagi i dah bangun okeh...kena masak nasi lemak tu 2 round sebab periuk kecik, then nak menumis sambal, goreng ikan bilis and kacang, goreng karipap, goreng ayam, cucuk sate and bakar sate...fuhh...berpeluh jugak la nak siapkan sebelum pukul 9, cucuk sate 2-3 cucuk stop kejap kacau sambal, sambung cucuk balik then goreng karipap pulak...dah rasa macam masterchef sekejap haha.... janji dengan orang pukul 9.30, si Mya la kesian 9.20 tak mandi2 lagi hehe....mama sibuk dok basting sate balik balikkan dalam oven..opps! alamak anak den tak mandi lagi...hehe....

bapak bapak

ibuk ibuk dan anak anak...kanan azian, kiri athirah =)

seronok kan sekali sekala buat makan2 macam ni? orang melayu kat sini memang agak rapat jugak....we all je baru hegeh2 nak join hehe....sebab dah sorang2 sesat duk kt tengah bandar kan....kebetulan family azian tu duduk dekat2 area rumah kitorang so selalu la si kamal menumpang si husband gi main badminton....gituuu....

terima kasih byk2 pada athirah and azian sekeluarga sebab sudi datang hari tu...siap bawak buah tangan lagi dengan cupcake bagai..aduhai..susah2 je athirah buat carrot cake dah la dengan ada baby lagi...dah susah2 buat tu terpaksa la i susah2 habiskan ye tak? hehe...nak harapkan mi amor makan carrot cake? harapannnn....dengar dalam kek ada lobak pun dia dah buat muka felik...haih...

carrot cake buah tangan tetamu...huhu...sedap rasa light2 aje satu bekas ni i sorang je melantak taw....huhu...

habis je weekend terus terasa lelemak di perut dan pinggang ni semakin menebal...wuwuwuwuwuuuu....baru la rasa menyesal menangisi nasib diri...bila makan tak hengat donia padan muko den dush dush dush... T_T

Tuesday, 15 February 2011

tiga tahun sudah....


HAPPY 3rd ANNIVERSARY TO US!

3 years together, untuk my husband yang tersayang, the best husband and most wonderful father, happy anniversary dear...i wish you all the happiness in the world, you are the best thing that ever happen to me, and may Allah bless our love forever...aminn...


gambar masa grad semasa saya masih muda belia dan beliau yang sedikit logam sebab baru balik off shore...haha saje je letak gambar orang tu tengah longot =P


seriously, 9 years together hokey...mula bercintan cintun 16 November 2002 (same date as mya's birthdate)

erk, rasa tua pulak tiba2....ingat lagi masa tengah dok gatal ngorat2 tu tengah hot lagu melly goeslow filem ada apa dengan cinta tuh...so hari2 kalau ngedate lagu tu la yang berkumandang dalam kereta kancil comel enjin turbo beliau...hehe...pastu kan masa tu i comot giller...serius...tak caya tanya mek murni, punyala dia golek2 gelak tengok gamba kitorang masa sebelum declare, cis sungguh! mana la minah tu tak tergolek dog ketawa, sorang gemuk muka berkilat (ehem, eau naturale ok) dengan kemeja gedobos sorang lagi kurus papan sekeping pakai cap hahaha...amik gambar pun jauh2 je...nanti la ye kalau balik rumah mak nnt i terjumpa gamba tu i scan haha...

all i can say, sangat bersyukur sebab dapat husband yang sangat very the best...maunya x best ko tertinggal kunci dalam rumah duit melayang pun still selamba kodok jek =P , tak payah nak marah2 suara keras sikitttttttt je air mata dah berderaian jatuh haha...

tiga tahun eh? muda lagi kan...masih lagi dalam proses pembelajaran menjadi isteri dan ibu yang terbaik...and i am really looking forward for us to growing old together...to my darling, i love you soooo much! jgn lupa eh dah byk duit nak hadiah ribu riban macam yang kita bincangkan tuh =P


Tuesday, 8 February 2011

what's cookin - Swedish Meatballs



tiba tiba je craving nak makan meatballs...resepi ni la punya pasal, adoii....nak makan bebola ala sweden la pulok....bila tengok gambar je terus perut bernyanyi riang dan dalam kepala sebok stadi bahan2 sambil imagine rasanya...emmm..cam sedap je kan, selama ni memang la dok baca je dalam orang punya blog cerita pergi Ikea wajib makan their ever famous meatballs....percaya tak i tak pernah makan pun meatballs Ikea tu? hehe...tak pernah makan pun boleh sampai nak mengidam, dah tu nak masak ni sah2 la tak tau nak agak rasanya macam mana kan...hentam je la labu...kalau tekak ni dah kata nak tak boleh tidak memang kena masak jugak ni =P

ohhh..sini rupanya mama, patutla senyap je tgh snap gamba tepi tingkap rupanya...ey, apa dalam mangkuk tu?

meh cuit sikit...sebelum tangan di tepis mama =P


nak buat senang je kawan2, cuma part gravy tu la tricky sikit..sebab kena masak tepung dan butter sampai bertukar warna kecoklatan, as Elise from Simply Recipe called it 'classic roux'...first time memang hampeh x jadi kuah tu, which cost me my homemade chicken stock, dari tulang ayam yang memang purposely simpan untuk buat gravy nih..adehh..rasa tepung then macam ada hangit2 sikit..maybe ada part hangus kat minyak tu lebihan dari goreng meatballs before that...kecewa la kejap kan, dah tu nak makan jugak buat mushroom gravy biasa je..letak la 2,3,8 ketul meatballs bila nak makan, balance meatballs tu simpan untuk cubaan kedua esoknya...

and today berazam nak try lagi sekali buat gravy ikut resepi....tapi kali ni buat pakai larutan gravy granules dengan air panas je la untuk ganti air rebusan daging....rasanya kuah ni boleh di ubah suai ikut selera masing-masing, nak letak mushroom ke, lada hitam extra ke, sonang yo campak2 je la kiub ayam sikit ke apa nak bagi sedap kan....hasilnya, oh yeah baby....sodap memang mejilat sudu kehkehkeh....tak sia2 tau, macam seronok pulak nak2 masa tunggu tepung tu bertukar warna hehe...

kalau ikut resepi tu adalah untuk anggaran 1.5 kg daging cincang, so for me yang buat tak sampai 1/2 kg ni kena la pandai agak2 sukatan bahan-bahan lain...rasa meatballs ni memang sedap,so juicy...boleh buat extra then campak dalam kuah spageti jadi la spageti bebola daging hehe... one of the reason teruja nak try resepi ni sebab dalam adunan meatballs tu tak pakai breadcrumbs like normal recipe, but used bancuhan roti dan susu yang dah di blend.

all in all, a proper comfort food =)

(Resepi ni terjemahan ikut pemahaman saya ye, sebab guna daging anggaran 200gm so byk bahan yang dikurangkan amaunnya, cth roti cuma guna 2 keping and rendam dalam 1/4 cwn susu)


SWEDISH MEATBALLS

Bahan meatballs:
1 large yellow or white onion, peeled, grated (through a cheese grater) (i cincang halus aje)
2 Tbsp butter
2/3 cup susu (i only use 1/4 cup)
4-5 slices of bread, crusts removed, bread cut into pieces (i use 2 slices)
2 eggs (i only use 1 egg)
2 1/2 pounds ground beef
2 teaspoons salt
1 teaspoon freshly ground nutmeg (pakai allspice pun ok, tp sbb x ade so letak a pinch of mix italian herbs je)
1 teaspoon ground cardamom
2 teaspoons black pepper


Bahan sos gravy:
6 Tbsp butter (i just use about 2-3 tbsp)
1/3 cup flour (i use 1 tbsp)
1 quart beef stock (agak2 nak kuah pekat mana)
1/2 to 3/4 cup sour cream (i didn't use)
Salt
2 to 4 Tbsp of Lingonberry, cranberry, red currant or raspberry jelly, more or less to taste (optional) - (apo ko bondo eh ni tak payah ler hehe)

1. Untuk meatballs: Panaskan butter dan tumis bawang sampai layu, ketepikan kejap. Rendam roti dalam susu dan biarkan kejap sampai roti menyerap susu dan blend (kalau ada lebihan susu yang tak diserap roti tu tapis ye...nanti banyak sgt liquid takut susah nak bentukkan meatballs tu).

2. Campurkan bawang yg telah ditumis tadi ke dalam bancuhan susu dan roti, then masukkan semua bahan lain - daging cincang, telur, garam, pepper, dan seasoning lain. Gaul sebati. Bentukkan adunan daging tadi menjadi bebola, boleh juga pakai sudu kalau perlu but i found it much more easier when using my wet hands. Bentukkan meatballs sampai habis.

3. Panaskan minyak, goreng meatballs sampai masak but not too brown..eh cmne pulak tu hehe...pandai2 la asalkan bahagian dalam bebola tu tak mentah....hati2 semasa nak balikkan meatballs ok.

4. Untuk Gravy: Panaskan air stock. Sementara tu in other pan, panaskan butter, bila butter dah cair dan kuali dah panas masukkan tepung, sentiasa kacau supaya tak berketul sampai tepung bertukar warna kecoklatan (classic roux).

5. Bila dah yakin tepung tu telah mencapai keadaan classic roux tersebut (harus ye kalau x tepung tu x masak nanti gravy rasa tepung tak sedap), tuang perlahan air rebusan yang dah dipanaskan tadi sedikit demi sedikit sambil di kacau menggunakan whisker, kacau sampai jadi kuah yang pekat dan berkilat. Kalau pekat sangat tambah stock/air panas ikut suka.

5. Bila dah hampir menggelegak, masukkan meatballs tadi, rasa kuah dan tambah salt/pepper/seasoning lain kalau perlu. Tutup kuali dan masak dengan api perlahan selama 10 minit.


there, as i said, proper comfort food =)



Monday, 7 February 2011

what's cookin - Moist Butter Cake


somehow i always find myself crave for an old fashion, moisty, buttery plain butter cake...the smell and aroma that linger around your house when they baked in the oven was heavenly and waiting for the cake to be done is so temptingly let alone for the cake to cooled completely before i can slice it off, well of course i always failed to do that..haha..maybe that's why all my cake were slightly undone but that's ok because i loveeeeeee undone cake, yes i'm a weirdo =P


beware friends, this recipe is definitely a keeper! by far THE BEST butter cake i've ever bake...it was so moist,so fragrance and buttery, just make sure you use high quality butter when you bake this baby (SCS Butter is the best, other butter like Anchor and Lurpak also taste devine)

i did find the taste were a little too sweet to my liking, but hey don't worry, it won't stop you from taking another slice and another slice and another.....yeah baby, its truly obsession....it was so so so deadly easy to make, even you don't have fancy mixer or hand mixer like me there is no way that you can go wrong with this recipe...the key is mix extremely well when you cream butter and sugar together and don't overmix when you added flour, you don't want to disturb or kinda 'wake-up' the gluten in the flour to prevent having a dense texture cake...

enough said, just try this..thanks Ju from The Little Teochew for sharing this recipe! (she is so gorgeous, true hot mama!)

MOIST BUTTER CAKE

195g all-purpose flour
1 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp salt
170g butter, softened
225g sugar ( can be reduce to 200g)
1 large egg, plus one large egg yolk
1 1/2 tsp vanilla extract
12 tbsp whole milk

1. Preheat oven to 190 degrees celsius. Butter and line a 9-inch cake pan.
2. In a medium bowl, whisk together flour, baking powder and salt.
3. Using a mixer on medium speed, cream butter and sugar until fluffy for about about 2 minutes. (This is the most important step, make sure the butter were totally fluffy)
4. Beat in egg, egg yolk and vanilla until well-combined.
5. On low speed, add flour mixture in 3 parts, alternating with milk.
6. Switch mixer to medium and beat for 10 to 15 seconds, just until batter appears uniform.
7. Pour batter into prepared pan and smooth top with spatula or knife.
8. Bake for about 40 minutes, or until it reaches a dark-gold color and an inserted cake tester comes out clean.
9. Let to rest in pan for 5 minutes, then remove to a cake stand or platter. Sift with icing sugar if desired.

Nota Kaki: hehe tetibe nak berbahasa inggeris, mimpi apa ntah..tapi hari ni memang 'pelik' sket, tetibe snow balik...hhhmmpppphfffpffsk...sangat menyerap tenaga -_-'

Friday, 4 February 2011

what's cookin - Cream Puffs


dalam pada pening melayan Mya yang moody semacam menjerit2 marah2 sebab tak suka hidung lekit2, sempat jugak bancuh cream puffs ni.....rasanya ramai dah blogger otai masak2 selalu buat puff ni kan...senang je rupanya...just baca betul arahan, then suhu oven kene betul...ok la jugak, just kalau dapat kastad yang pekat lemak letak kat tengah lagi sedap...for me, ni jenis dessert yang sesuai minum petang which bila nak makan baru masak....dah sejuk tu cam kureng sikit la...memang advisable makan on the same day, or kalau nak buat in 2-3 hours advance pun better simpan dalam bekas tupperware..

first time buat ni berdebar jugak, sebab ada part yang remove from heat takut gak kelam kabut dok letak je periuk tu atas dapur, takut jadi telur dadar jek hehe...alhamdulillah jadi, memandangkan ni sekadar eksperimen melepaskan rindu kepada aktiviti baking i buat 1/2 adunan je....oh ye, kalau nak scoop pakai sudu or nak guna piping bag masa nak paip adunan before bakar tu sila lah buat comel2 ye...kalau tak jadi macam puff di atas, gebus semacam macam tuan dia jugak huhu...nasib baik dah kena mekap dengan bedak so takde la nampak beno kegebuannya =)

resepi from David Lebovitz, disebabkan saya adalah malas nk copy paste resepi sila lah ke website beliau ye...lagipun better korang baca penerangan dari chef sendiri, kalau ikut arahan insya Allah menjadi..happy baking! =)

Thursday, 3 February 2011

kemana menghilang....



aduh. lama betul x update blog.... -_-'

ok, quick update for last weekend (hoi esok dah masuk weekend baru okkk..ah suka hati la kan =P)

SABTU - bawak Mya main kat Codonas..mana lagi kan, nasib baik la ada tempat indoor games ni so takde la sangap sangat si Mya....before that sempat buat Brownies untuk buah tangan sebab ada jemputan dinner kat rumah hubby's fren...en amir, membe sesama main badminton..so ni baru nak berkenalan la dgn puan rumah beliau, pn athirah....sgt mesra dan kiut2 hehe....ada anak pompuan sebaya Mya and baby umur 3 bulan (baik giler ok baby ni, nangis time pampers penuh je then tengok makanan drooling haha) dan ada 2 orang teman sepejabat lain yang dijemput jugak; satu Italian family and Indian couple (the husband from Msia and wife memang from India). kesimpulannya, great food, great friends, marvellous hospitality...yang wifey2 ni berborak macam dah lama kenal...haha..sebab yang Italian tu; Eliana and the Indian lady; Sivadha memang kelakar habis....macam puas hati sebab i kan jarang dapat berkawan kan..sob..sob..(weyh, gile pathetic hidup ko mesti ada yang dalam hati korang berkata begitu =P)
seronok sangat Mya dapat main....ada satu ruangan khas untuk toddler, penuh dengan mainan, gelongsor besar and ball pool...tapi x boleh amik gambar..tak yah la try curi2 snap sebab dah pernah kena warning dulu muahaha....

mmm...sebenarnya kan, a day before dah bake kek pandan tau..resepi nampak sangat menarik, and i memang suka kalau kek pakai ovallette ni, lembut gebus je...lagipun memang nak buat buah tangan la kan untuk tuan rumah..tapi kan..kek kita tak jadi! uwaaa....habis i punya ovallette taww....sedih ni..x dapat la nak buat kek marble lembut feveretku....resepi tu from here, but i don't blame the recipe though....jgn sesekali salahkan resepi kalau kek anda tak jadi ye..buat kek ni kan rocket science sket, kalau ikut exactly sukatan bahan dan arahan insya Allah menjadi....sila salahkan diri sendiri yang konfiden terlebih nak kacau by hand resepi yang memerlukan hand mixer...ingat kau tu domestic goddess cam nigella ke campak2 tepung pakai cawan kopi terus jadi kek?
kek pandan ku yang lebih kepada bingka...demmit...takpe takpe balik msia nnt kita cuba lagi siap koo....nasib baik emak kita dan pos satu kotak makanan termasuk ovallette hehe....


bekalan brownies express, checked!

sebelum melalak...main mainan orang macam sendiri yang punya, haih. bersama kakak Rafaela dan kakak Anisa, anak si tuan rumah...Rafaela ni one of anak Italian family tadi, sorang lagi lelaki nama Mario...

syok sangat berborak malam tu sampai lupa nak snap gambar...tau2 Mya dah nangis sebab berebut mainan..lebih kepada dah penat sebenarnya..hish, malu i menangis melalak kat rumah orang..apa lagi pandai2 la bawak diri balik rumah =P


AHAD - semangat bangun pagi sebab nak ke carboot sales hehe....tapi punya la sejuk yang amat..kesian Mya...and tak menarik la gerai dia, alahai ciput jek...sebab still winter lagi kut...takpe la, rembat je la mana2 yang berkenan...apa lagi mainan Mya la kan...jalan cepat2 then berlari2 masuk kereta sebab freezing giller..mya dah senyap je air hidung meleleh leleh kehkehke....and terus ke rumah another fren, ada jemputan jugak hari ni, jemputan breakfast...alhamdulillah murah rezeki minggu ni ada orang nak jamu kita...rumah diorang ni jauh sket dari bandar, kira ok la kan dari tempat carboot sale tu....cantik besar tau rumah kat sini, cam area rumah Wisteria Lane.....

menu sedap; nasi lemak, telur mata, mee hoon goreng....lapar beb, bila orang panggil makan lajuuuu je cedok nasik kehkehkeh...sekali lagi, baru la dapat berkenal mesra dengan kakak2 kat sini, selalu kalau jumpa kat majlis mana2 tu x sempat la nak berbual panjang kan....athrirah pun dijemput sekali so meriah la berbual...


bak kata yanti, buat head count...hehe....with kakak rania and kakak anisa =)

nak amik gamba kawasan sekitar perumahan tu tapi eh sogan la den....kang orang kata jakun nau nak amik gambar rumah huhu dah la mereka pakai kereta jenama mewah semuanya....nak ajak datang rumah pun segan, ye la kitorg ni duk rumah chomel saiz mini jek...sah2 la kena duduk bawah kan...


punyalah penat minggu tu, memang melepek habis...sekali sekala sewa kereta ada byk pulak tempat nak pegi kan....hari ahad malam tu mya start demam...aduhh.....badan agak panas and tak boleh tidur..ni mesti sebab beku masa kat carboot pagi tuh huhu...mya, sori ye sebab nak pergi carboot mama mya demam pulak =(

alhamdulillah after 2 days mya dah baik....batuk berkahak dengan hingus je ada lagi, pastu hidung gatal kesat dengan tangan nak marah2 pulak sebab hingus melekat kat jari...hidung pun dah nak melecet...haiyoh...drama tau jerit2 cam kena belasah je padahal hingus sendiri =P

apa apa je la mya janji mya sihat and happy..nanti papa take sport car some more okay?